Februari 2022
SARAWAK, MALAYSIA
Miri & Kuching
Bahagian 1: First Leg
KUALA LUMPUR - MIRI
Selepas sempadan dibuka, syarikat-syarikat penerbangan berlumba-lumba menawarkan tiket murah untuk warga Malaysia pergi bercuti. Terpengaruh juga kita dengan iklan-iklan tambang murah ini, maka kita pun masuklah juga ke dalam website mereka. Tak naklah juga ketinggalan, kan?
Sambil tengok-tengok iklan kat internet, kita pun fikir-fikirlah bila dan bagaimana nak bercuti. Masa itu kita masih di tahun 2021, jadi mulalah kita membelek-belek kalendar tahun 2022 dan ternampaklah potensi untuk bercuti panjang sewaktu CNY. Awal-awal dah bagi warning kat semua orang kat ofis ~ jangan cuti masa CNY. Bagi peluang kat kita pulak bercuti masa tu!! Lagi pula dah memang menjadi tradisi untuk kami pergi travel masa cuti Chinese New Year. Tapi disebabkan rasa confident nak travel ke oversea belum ada, kita tumpu sajalah kepada destinasi menarik di Malaysia sendiri dan akhirnya Bumi Kenyalang menjadi pilihan.
|
Perjalanan percutian pertama Post-PKP Covid 2022 : KL --> Miri --> Kuching --> KL |
Naik kapalterbang di musim CNY bukanlah murah. Iklan-iklan tambang murah memang tak terpakai sewaktu CNY, begitu juga sewa hotel. Kalau destinasi seperti Sarawak yang mempunyai populasi berketurunan Cina yang ramai, lagilah suicidal bak kata Orang Putih. Tapi selepas menimbangkan semua angle dan planning dengan sebaik mungkin, percutian ke Sarawak tetap diteruskan kerana itu sajalah rasanya peluang untuk kita nak travel buat masa ini. Lagipun kita dah kumpul duit banyak dalam Tabung Travel sebab terkurung masa PKP dulu, kan? Inilah masanya nak bercuti kononnya lavish-lavish sikit. Satu-satunya tempat di Sarawak yang pernah Myself kunjungi selama ini hanyalah Kuching. Itu pun selalunya atas urusan kerja, jadi untuk mencari kelainan kita masukkan itinerari yang lain sikit untuk percutian ke Sarawak kali ini: KL - Miri - Kuching - KL. Tema percutian yang dipilih pula adalah Bersatu Dengan Alam. Oleh itu, Gua Niah di Miri dan Taman Negara Bako di Kuching menjadi destinasi utama kami.
Part 1: Tune Hotel KLIA2
Tak seperti selalu, perjalanan kami ke Sarawak tak bermula dari rumah kali ini. Disebabkan flight kami ke Miri berlepas awal pagi, kami memilih untuk bermalam di Tune Hotel dekat KLIA2. Jadi kita check-in di Tune Hotel KLIA2 sehari awal sebelum berlepas.
|
Tune Hotel KLIA2 |
|
Pintu masuk ke Tune Hotel |
|
Kaunter Pendaftaran |
|
Lobi hotel |
|
Interior Design hotel ini berkonsep moden dan mengingatkan kami kepada hotel-hotel Ibis yang pernah menjadi penginapan kami dulu. |
|
Mendaftar masuk ke hotel |
Waktu menginap di Tune Hotel, sempat juga kami mencuba makanan di restorannya yang bernama Makan. Makanan di restoran ini seriously sedap walaupun harganya sedikit mahal. Maklumlah hotel kat sebelah airport... tempias-tempias harga airport tetap ada.
|
Restoran Makan |
|
Suasana di dalam Restoran Makan |
Biasalah juga seperti di mana-mana restoran lain di musim Covid-19 begini... SOP sangat diambil berat. Kena tunjuk bukti yang kita dah ambil vaksin sebelum dibenarkan untuk dine-in.
|
Menunggu hidangan minum petang disiapkan |
|
Roti Jala |
|
Cucur Bawang |
|
Satu lagi pemandangan dalam Restoran Makan |
|
Deko yang menarik dalam Restoran Makan |
Bilik penginapan kami di Tune Hotel tak besar. Compact sikit macam suasana ala-ala tempat duduk dalam kapalterbang Air Asia.
|
Pesanan dalam lif |
|
Koridor di bilik hotel |
|
Bilik penginapan yang compact tapi selesa untuk penginapan 1 malam |
Dinner malam itu kami order secara room service. Dah beli masa minum petang kat Restoran Makan tadi dan pesan siap-siap supaya makanan dihantar ke bilik pukul 9 malam. Pada pukul 8.50 malam, makanan yang dipesan dihantar ke bilik kami. Tapi bekas makanannya tak glamourlah... cuma dalam bekas plastik pembungkus makanan yang biasa tu.
|
Dinner |
HARI PERTAMA (1)Part 2: Ke KLIA1 Kitak...
Walaupun kami menginap di KLIA2, penerbangan kami ke Sarawak adalah menggunakan Malaysia Airlines yang berlepas dari KLIA1. Disebabkan kita perlu berada di KLIA1 selewat-lewatnya pada pukul 6.30 pagi, seawal pukul 5.30 pagi kami dah check-out dari Tune Hotel.
|
Check-out dari Tune Hotel |
Kami merancang nak naik ERL dari KLIA2 ke KLIA1. Dari Tune Hotel, kami berjalan mengikut laluan pejalan kaki yang tertutup masuk ke bangunan KLIA2.
|
Laluan pejalan kaki dari Tune Hotel ke Bangunan KLIA2 |
|
Suasana di KLIA2 yang senyap-sunyi di awal pagi |
|
Stesen ERL KLIA2 |
Kaunter tiket tak dibuka di awal pagi begini. Jadi tiket perlu dibeli dari mesin tiket. Panik sikit kami dibuatnya sebab mesin tiket ini cuma beroperasi bermula pukul 5.45 pagi sedangkan tren ERL yang pertama berlepas dari KLIA2 pada pukul 6.00 pagi. Kalau terlepas tren pertama ini next train pukul 6.30 pagi.
|
Membeli tiket ERL dari mesin |
|
Menunggu ERL tiba di Stesen KLIA2 |
|
ERL dah tiba |
Perjalanan ERL dari KLIA2 ke KLIA1 cuma mengambil masa kurang 5 minit. Tiketnya pun murah ~ cuma RM2. ERL yang kami naik macam tren ERL baru. Bersinar-sinar rupa dalamnya, taklah kusam macam yang biasa kita naik dulu.
|
Naik ERL ke KLIA1 |
Sebaik tiba di KLIA1, kami terus ke kaunter check-in Malaysia Airlines. Ada kaunter berasingan yang disediakan oleh Malaysia Airlines untuk penerbangan dalam Semenanjung Malaysia dan ke Sabah & Sarawak. Ini mungkin disebabkan ada keperluan untuk membuat Health Declaration untuk semua pengunjung dari Semenanjung Malaysia yang ingin ke Sabah & Sarawak pada waktu pandemik begini.
Kami berdua dah isi Borang Health Declaration ini sebelum keluar dari Tune Hotel tadi. Borang ini boleh dimuat turun dari website Enter Sarawak. Borang ini walau bagaimanapun tak boleh diisi awal-awal kerana ia cuma mempunyai tempoh sah laku selama 12 jam sahaja. Penting untuk kita pastikan yang Health Declaration kita masih valid sewaktu kita tiba di Sarawak.
Bagi sesiapa yang tak download borang ini dari website Enter Sarawak, boleh scan QR Code bagi mendapatkan borang ini di tempat beratur untuk check-in di kaunter Malaysia Airlines. Boleh isi borang ini selepas check-in untuk ditunjukkan kepada Pegawai Kesihatan di airport di mana kita mendarat di Sarawak nanti.
|
Kaunter check-in Malaysia Airlines |
|
Beratur untuk check-in |
Sesuatu yang kami perhatikan ialah penumpang-penumpang Malaysia Airlines sangat menjaga SOP sewaktu menunggu untuk boarding di Pintu Perlepasan. Disebabkan SOP ini jugalah, ramai yang masuk lewat ke Pintu Perlepasan tak mendapat tempat duduk termasuklah kami berdua. Disebabkan waktu berlepas hampir sejam lagi, kita duduk sajalah di atas lantai sambil menjaga SOP.
|
Menjaga penjarakan sosial di Pintu Perlepasan |
|
Kena duduk kat lantai sebab kerusi yang boleh duduk dah penuh. (SOP Covid) |
|
Panggilan akhir untuk penerbangan kami ~ MH 2574 |
|
Boarding masuk ke dalam pesawat mengikut zon tempat duduk |
Part 3: Dari KL Terbang Ke Miri
Pesawat kami Malaysia Airlines MH 2574 dijadualkan berlepas dari KLIA ke Miri di Sarawak pada pukul 8.10 pagi. Seawal jam 7.45 pagi, penumpang mula dipanggil untuk masuk ke dalam pesawat.
|
Beratur masuk ke dalam pesawat |
|
Suasana di dalam pesawat |
|
Alhamdulillah, cuaca sangat baik sewaktu kami berlepas pagi ini. Berdebu pulak tingkap kapalterbang ni! |
|
Berlepas dari KLIA menuju ke Miri |
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Miri memakan masa 2 jam. Alhamdulillah, penerbangan kami sangat lancar sehingga sampai ke Miri.
|
Terbang menuju ke Laut China Selatan |
|
Pemandangan sewaktu terbang merentas Laut China Selatan |
Sajian penerbangan dihidangkan sewaktu kami sedang terbang merentas Laut China Selatan.
|
Pilihan Nasi Lemak |
|
Pilihan Noodle |
Disebabkan kami tak sempat breakfast sebelum naik flight tadi, Myself memilih hidangan Nasi Lemak. Husband yang memang peminat mi memilih sajian Noodles. Alhamdulillah kenyang juga kita makan Nasi Lemak ini walaupun tak sesedap Nasi Lemak yang dihidangkan dalam Silk Air sewaktu kami terbang ke Manado di Indonesia dulu. Rindu pulak kita kat Nasi Lemak sedap dalam Silk Air tu dulu. Kenapalah MAS tak boleh buat Nasi Lemak sesedap yang kat dalam Silk Air tu?
|
Terbang merentas Laut China Selatan |
|
Masih merentas Laut China Selatan |
|
Hampir tiba di Miri |
Miri terkenal sebagai Bandar Minyak. Jadi bila hampir tiba ke Miri, terjenguk-jenguk kita ke luar tingkap kapalterbang tu nak tengok pelantar minyak di tengah laut. Malangnya kita duduk salah side. Dari sebelah kami duduk, cuma nampak 1-2 buah saja pelantar minyak. Kalau duduk di sebelah sana kapalterbang yang mengadap ke Brunei, mungkin boleh nampak banyak pelantar minyak.
|
Pelantar minyak di tengah laut |
|
Cuaca berawan sewaktu pesawat membuat penerbangan turun. |
|
Semakin hampir tiba di Miri |
|
Dah nampak Pulau Borneo di depan sana |
|
Tompokan awan di Pulau Borneo |
|
Kawasan pertanian |
Part 4: Miri Airport
Seperti yang dijadualkan kami tiba di airport Miri pada pukul 10.10 pagi. Cuaca sangat baik sewaktu kami tiba di sana.
|
Miri Airport |
Disebabkan SOP Covid untuk mengelakkan kesesakan, penumpang dibenarkan keluar dari pesawat dalam setiap 4 barisan. Duduklah diam-diam dulu kat kerusi sebelum barisan kita dibenarkan keluar.
|
Keluar dari pesawat mengikut barisan tempat duduk |
|
Pemandangan selepas keluar dari pesawat |
Tiba di airport ini juga kita akan diminta untuk menunjukkan borang Health Declaration yang telah diisi tadi kepada pegawai yang bertugas. Negeri Sarawak sangat mengambil berat tentang vaksin Covid. Disebabkan kita dah siap ambil Booster Dose, memang tak ada masalah untuk masuk ke Sarawak.
|
E-Health Declaration untuk masuk ke Sarawak. Borang yang siap diisi perlu dibuat screenshot untuk discan oleh pegawai yang bertugas di airport ketibaan. Perlu pastikan borang ini masih valid sewaktu ketibaan kerana ia mempunyai tempoh sah laku 12 jam sahaja. |
Di Sabah dan Sarawak, ketibaan dari Semenanjung Malaysia dikira sebagai Ketibaan Antarabangsa. Oleh itu, kita perlu melalui Pemeriksaan Imigresen sebelum keluar dari airport. Tapi sebagai rakyat Malaysia, tak perlulah nak bawa passport antarabangsa ke sana. Cukup sekadar tunjuk IC kepada pegawai imigresen yang bertugas. Kita juga akan diminta untuk membuka face mask sekejap untuk memastikan gambar yang tertera pada IC itu memang muka kita. Selepas itu kita akan diberi sekeping kertas kecil visa untuk masuk ke Sarawak. Kena simpan baik-baik kertas ini kerana ia perlu diserahkan semula kepada pihak imigresen bila nak keluar dari Sarawak nanti.
|
Visa untuk masuk ke Sarawak. Perlu simpan baik-baik sebab ia perlu diserahkan semula masa nak keluar dari Sarawak nanti. |
Selepas dah selesai urusan imigresen barulah kita boleh pergi mengambil bagasi. |
Tempat pengambilan bagasi di Miri Airport |
|
Suasana di dalam Miri Airport |
|
Suasana di luar airport |
Bersambung ke Bahagian 2...
CATATAN PERJALANAN SARAWAK (2022):
No comments:
New comments are not allowed.