Monday, 14 March 2022

2022 MIRI & KUCHING BHG. 14 (Taman Negara Bako)

Februari 2022

SARAWAK, MALAYSIA
Miri & Kuching

Bahagian 14 : Kuching (2)
TAMAN NEGARA BAKO

HARI KEEMPAT (1)

Part 35: Selamat Pagi, Grand Margherita

Gong Xi Fa Cai! Selamat Tahun Baru Cina. Kami bersiap awal pada pagi ini kerana kami telah menempah Tour ke Taman Negara Bako hari ini. Oleh kerana pick-up dijadualkan pada pukul 7.15 pagi, seawal pukul 6.30 pagi sebaik restoran hotel dibuka, kami turun bersarapan.

Selamat Pagi, Kuching
Cuaca di Kuching berjerebu pagi ini.
Seawal 6.30 pagi kami dah turun bersarapan
Suasana di dalam restoran
SOP Covid di Hotel Grand Margherita mewajibkan semua pelanggan memakai sarung tangan sewaktu mencedok makanan. First time tengok hotel yang menyediakan sarung tangan getah begini untuk mencedok makanan. Selalunya sarung tangan plastik saja yang disediakan.
Suasana kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina di restoran Hotel Grand Margherita.
Lagi suasana di dalam restoran
 Pilih-pilih makanan yang hendak dimakan
Breakfast
Pemandangan kolam renang di Hotel Grand Margherita

Part 36: Perjalanan Ke Bako

Tepat pukul 7.15 pagi seperti yang dijanjikan, Tour Guide kami dari CPH Travel yang macam seorang berketurunan Cina datang menjemput di hotel. Eh, tak berayakah dia hari ini? Kan hari ini Chinese New Year? Terkejut kami bila dia memperkenalkan dirinya sebagai Abang Adam. Rupa-rupanya Abang Adam yang berwajah Cina ini berdarah kacukan Melayu-Cina. Ayahnya Melayu dan ibunya Cina yang memeluk Islam sewaktu berkahwin dengan ayahnya dulu.

Abang Adam meminta maaf kerana kami terpaksa bertolak awal ke Bako pagi ini untuk mengejar waktu air pasang masuk ke Taman Negara Bako. Ini adalah kerana satu-satunya cara untuk sampai ke Taman Negara Bako adalah dengan menggunakan bot. Kami tak kisah pun nak bertolak awal begitu kerana sebagai orang Islam memang kita kena bangun awal pun untuk Solat Subuh setiap hari.

Bersedia untuk memulakan perjalanan ke Taman Negara Bako
Abang Adam
Suasana di Kuching sangat berjerebu pagi ini. Tapi kata Abang Adam dan juga concierge di Hotel Grand Margherita tadi, jerebu ini adalah sebenarnya asap mercun yang dipasang tak berhenti-henti malam tadi sewaktu sambutan Tahun Baru Cina. Memang setiap tahun beginilah suasana pada pagi Chinese New Year di Kuching kerana bandar ini mempunyai ramai penduduk berketurunan Cina.
 
Suasana jerebu di bandar Kuching yang berpunca dari mercun sambutan Tahun Baru Cina.
Abang Adam cukup excited membawa kami ke Bako. Kata Abang Adam kami adalah tourist kedua yang beliau bawa ke Taman Negara Bako selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebelum PKP bermula pada tahun 2019 dulu, setiap hari ada saja tourist yang dibawa oleh Abang Adam ke Bako.

Kata Abang Adam lagi, kami bertuah dapat keluar dari hotel pukul 7.15 pagi. Tourist yang dibawanya bulan lepas kena bertolak pada pukul 6.15 pagi semata-mata kerana nak mengejar air pasang.

Bangunan Sarawak Energy
Dalam perjalanan menuju ke Taman Negara Bako, kami melalui Borneo Convention Centre. Kata Abang Adam, Festival Filem Asia pernah diadakan di sini dan dihadiri oleh bintang-bintang terkemuka Asia seperti Jacky Chan dan Tan Sri Michelle Yeoh. 

Kata Abang Adam lagi, dia pernah membawa Michelle Yeoh dan rakan-rakannya melawat ke Taman Negara Bako selepas festival filem itu. Abang Adam sungguh tak dapat melupakan pengalamannya bersama Michelle Yeoh sehingga sekarang. Disebabkan Michelle Yeoh banyak berlakon dalam filem Martial Arts, dia memang lincah dan bertenaga. Kata Abang Adam yang juga sungguh fit itu, Michelle berjalan macam tak tahu penat. Selalu saja Abang Adam tertinggal jauh tak dapat mengejar Michelle sewaktu hiking di Taman Negara Bako.

Borneo Convention Centre
Satu lagi pemandangan Borneo Convention Centre
Kemudian kami melalui Jambatan Jalan Keruing yang merentas Sungai Sarawak. Kata Abang Adam, jambatan ini juga special kerana mempunyai pintu air (barrage) di bawahnya yang boleh melindungi bandaraya Kuching dari banjir sekiranya berlaku air pasang besar di laut.

Jambatan Jalan Keruing
Beginilah rupa  pintu air di bawah jambatan itu...

Pintu air di bawah Jambatan Jalan Keruing (Sumber: Internet)

Part 37: Menuju ke Kampung Bako

Perjalanan dari bandaraya Kuching menuju ke Kampung Bako memakan masa 40 minit.

Perjalanan ke Kampung Bako
Pokok Nipah
Pemandangan Gunung Santubong dari kejauhan
Menghampiri Kampung Bako
Dalam perjalanan, tiba-tiba Abang Adam memberhentikan kereta. Rupa-rupanya dia terpandang seekor burung Broad-Billed Kingfisher sedang bertenggek di atas wayar elektrik dan nak menunjukkannya kepada kami. Kami bertuah kerana susah nak jumpa burung ini, kata Abang Adam.

Broad-Billed Kingfisher
Paruh Burung Raja Udang ini memang besar.
Kami tiba di Kampung Bako yang merupakan laluan masuk ke Taman Negara Bako. Kata Abang Adam, Taman Negara Bako adalah sebenarnya terletak di sebuah tanjung hanya di seberang sana dan bersambung  dengan Kampung Bako. Walau bagaimanapun untuk menjaga kelestarian Taman Negara ini, Kerajaan Sarawak membuat keputusan untuk tidak membina jalan raya ke sana. Maka, satu-satunya cara untuk ke Taman Negara Bako adalah dengan menggunakan bot yang diusahakan oleh penduduk Kampung Bako. Sebagai balasan kerana tiada jalan raya yang dibina untuk kemudahan penduduk di sekitar kampung mereka, Kerajaan Sarawak memberikan hak eksklusif kepada penduduk Kampung Bako untuk mengusahakan bot yang membawa pelancong ke Taman Negara Bako.

Tiba di Kampung Bako
Kampung Bako
Menurut cerita Abang Adam lagi, satu lagi sebab mengapa Kerajaan Sarawak enggan membina jalan ke Taman Negara Bako ialah untuk menyukarkan perjalanan pemburu haram. Taman Negara Bako mempunyai banyak habitat haiwan di dalamnya yang turut termasuk babi hutan. Babi ini adalah makanan kegemaran Orang Iban dan tidak mustahil akan ada usaha pemburu haram untuk menangkap dan membunuh haiwan tersebut untuk dijual dijadikan makanan. Walaupun terdapat larangan untuk memburu haiwan di Taman Negara Bako, kebenaran masih diberi kepada penduduk berketurunan Iban tempatan yang tinggal di sekitar kawasan ini untuk menangkap babi hutan di sana. Babi hutan ini walau bagaimanapun hanya boleh ditangkap untuk kegunaan makanan sendiri dan tidak boleh dijual untuk mendapatkan keuntungan.

Pasar Nelayan Bako
Berjalan ke Jeti Kampung Bako. Jerebu mercun dari Kuching ditiup angin sampai ke sini.

Part 38 : Perjalanan Bot Ke Taman Negara Bako

Perjalanan ke Taman Negara Bako sepatutnya dimulakan dari Terminal Bako. Memandangkan ketika itu air masih surut dan bot tak boleh sampai ke Terminal Bako, Abang Adam telah mengatur dengan seorang pemandu bot supaya mengambil kami di Jeti Kampung Bako.

Kereta yang banyak dilihat parking di tepi jalan ini adalah milik penduduk Kampung Bako
Signboard yang selalu dilihat di tepi-tepi sungai di Sarawak
Pemandangan Sungai Bako
Jeti Kampung Bako
Penduduk paling comel di Kampung Bako
Abang Adam memberi isyarat memanggil pemandu bot yang telah ditempah untuk kami
Datang ke sini!
Bot dah tiba
Bersiap nak melangkah masuk ke bot
Gaya Orang KL melangkah masuk ke dalam bot...
Perjalanan dengan bot menuju ke Taman Negara Bako memakan masa kira-kira 20 minit melalui Sungai Bako. Jaket keselamatan disediakan dan diwajibkan untuk dipakai oleh setiap penumpang bot.
 
Memulakan perjalanan
Pemandu bot dan Abang Adam
Nampak gemuk pulak kita pakai life jacket begini
Hutan pokok bakau
Perjalanan bot menyusuri sungai yang penuh dengan hutan bakau menghala ke Laut China Selatan. Pemandangan di sepanjang perjalanan sangat mendamaikan.
 
Pemandangan matahari terbit juga sangat indah pada pagi tersebut. Memang Myself tak pernah tahu sebelum tiba di sini yang Sarawak mempunyai pemandangan indah sebegini.

Sungai yang tenang bertukar berombak bila kami tiba di pertemuan Sungai Bako dengan Laut China Selatan. Disebabkan ketika itu air masih belum pasang besar, bot terpaksa berhenti di tengah laut dan kami terpaksa turun meranduk sedikit air untuk ke pantai. Suspen juga bila mendapati ketibaan kami sedang diperhatikan dengan penuh minat oleh sekumpulan kera...

Penyambut-penyambut tetamu di Taman Negara Bako


 Bersambung ke Bahagian 15...


No comments: