Februari 2022
SARAWAK, MALAYSIA
Miri & Kuching
Bahagian 19 : Kuching (7)
SARAWAK RIVER CRUISE 2
HARI KEEMPAT (6)
Part 49 : Sarawak River Cruise (Part 2)
Sarawak River Cruise adalah pelayaran selama 1 jam 30 minit di Sungai Sarawak. Sambil berlayar, kita akan diberi penerangan tentang tempat-tempat yang kita lalui di sepanjang sungai. Pelayaran kita bermula dari Kuching Waterfont berhampiran Jambatan Darul Hana.
|
Jambatan Darul Hana |
Jambatan Darul Hana adalah jambatan melengkung yang dibina merentang Sungai Sarawak. Ia hanya boleh digunakan oleh pejalan kaki. Dari sini kapal persiaran kita berlayar menghulu Sungai Sarawak.
|
Masjid Bandar Kuching (Masjid India) |
Kapal persiaran seterusnya melalui Brooke Dockyard yang merupakan sebuah limbungan pembinaan kapal lama yang dibina pada tahun 1912.
|
Brooke Dockyard |
Kemudian kita dapat melihat pula Masjid Bahagian Kuching. Ia adalah masjid pertama yang dibina di Bandar Kuching pada tahun 1847. Selain menjadi masjid pertama di bandar Kuching, Masjid Besar ini juga adalah masjid yang paling tua di Negeri Sarawak dan menjadi lambang Islam di negeri ini. Masjid Bahagian Kuching telah dibina oleh seorang Ketua Orang Melayu Sarawak yang termasyur dan ternama bernama Datu Patinggi Ali dan keluarganya.
|
Masjid Bahagian Kuching |
Kuching terbahagi kepada 2 bahagian: Kuching Utara dan Kuching Selatan. Kuching Waterfront dan kawasan komersil bandaraya ini terletak di Kuching Selatan manakala kawasan pentadbiran Kerajaan Sarawak pula terletak di Kuching Utara. Dalam perlayaran ini, kita dapat melihat dari kejauhan Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara yang berlatar belakangkan Gunung Santubong.
|
Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara dengan berlatar belakangkan Gunung Santubong. |
Dari sini, kapal kita berpatah balik untuk berlayar ke hilir Sungai Sarawak pula. Pemandangan yang banyak kelihatan di sepanjang sungai adalah kampung-kampung tradisional Melayu.
Pemandangan seterusnya yang akan menarik perhatian kita adalah sebuah bangunan putih yang dinamakan Astana. Astana dibina pada tahun 1870 oleh Raja Brooke Sarawak yang kedua, Charles Brooke sebagai hadiah perkahwinan kepada isterinya Margaret. Dibina dengan gaya Inggeris, ia adalah bangunan kediaman yang ketiga dibina oleh Raja Brooke yang memerintah Sarawak sehinggalah penaklukan Jepun dalam Perang Dunia Kedua pada tahun 1941. Bangunan ini bersejarah kerana menjadi pusat pemerintahan Kerajaan Sarawak bermula tahun 1873 - 1937.
|
Astana |
|
Astana dibina oleh Raja Brooke yang kedua, Charles Brooke sebagai hadiah perkahwinan kepada isterinya Margaret. |
|
Astana kini digunakan sebagai kediaman rasmi Gabenor Sarawak dan tidak dibuka kepada orang awam. |
Kemudian kita bertemu kembali dengan Jambatan Darul Hana.
|
Jambatan Darul Hana |
Di penghujung seberang sana Jambatan Darul Hana, berdiri megah Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak. Di depan bangunan ini sebenarnya ada sebuah Musical Fountain di dalam sungai tetapi persembahannya telah diberhentikan sewaktu PKP dulu. Kalau kami datang ke Kuching dalam sedikit masa lagi, mungkin boleh menyaksikan Musical Fountain ini beroperasi semula.
|
Dewan Undangan Negeri Sarawak |
Pemandangan sepanjang perlayaran Sarawak River Cruise memang mendamaikan. Bagi sesiapa yang berkunjung ke Sarawak, khususnya ke bandaraya Kuching, Myself memang recommend supaya anda mengikuti pelayaran ini.
Di sebelah Astana kita dapat pula melihat sebuah kubu berwarna putih yang juga dibina oleh Charles Brooke dulu. Kota ini bernama Fort Margherita dan sudah pasti ia dinamakan sempena isteri Charles Brooke, Margaret Alice Lili de Windt. Selain kota ini, Charles Brooke juga ada membina dua buah kota lain: Fort Alice di Sri Aman dan Fort Lily di Betong yang juga dinamakan sempena nama Margaret. Sebagai isteri kepada Raja Sarawak, Margaret turut memegang gelaran Ranee Sarawak.
|
Bersiap-sedia untuk keluar dari kapal |
|
Selamat kembali ke Kuching Waterfront |
Part 50: Dinner di RJ Cafe Lagi
Abang Adam dah sedia menunggu untuk menghantar kami pulang ke hotel selepas Sarawak River Cruise tamat. Kami walau bagaimanapun meminta dia menghantar kami ke RJ Cafe kerana kami nak dinner di sana lagi. Cita-cita nak makan seafood dan Pucuk Midin di Top Spot masih tak kesampaian sebab ia masih ditutup sempena perayaan Chinese New Year.
|
Dinner di RJ Cafe |
|
Memilih makanan yang hendak dimakan |
Dalam buku menu ada ditulis hidangan Cucur Pusuk. Apa bendanya Cucur Pusuk tu? Bila ditanya kepada waitress, susah betul dia nak explain apa Cucur Pusuk tu. Rupa-rupanya Cucur Pusuk adalah Cucur Ikan Bilis!
|
Ayam Kicap Sambal Gesek |
|
Bee Hoon Goreng Biasa |
|
Cucur Pusuk |
Bersambung ke Bahagian 20...
CATATAN PERJALANAN SARAWAK (2022):
No comments:
New comments are not allowed.