Februari 2022
SARAWAK, MALAYSIA
Miri & Kuching
Bahagian 3: Miri (2)
TAMU KHAS & TAOIST TEMPLE
HARI PERTAMA (3)
Part 7: Tamu Khas
Selepas melawat Bukit Kanada, Amza membawa kami melawat pula ke Tamu Khas. Dekat kawasan Tamu Khas ini ada juga beberapa Tamu lain seperti Tamu Kedayan dan Tamu Muhibbah tetapi Tamu-Tamu ini adalah pasar-pasar biasa. Kami juga diberitahu kaum Kedayan yang namanya diabadi pada salah sebuah Tamu ini adalah sebenarnya Orang Melayu Brunei.
|
Tamu Kedayan yang merupakan sebuah pasar basah. |
Sarawak adalah sebuah negeri di Malaysia yang dihuni berpuluh-puluh kaum etnik yang setiap satu mempunyai ciri tradisional masing-masing. Tamu Khas di Miri adalah sebuah pasar yang menjual pelbagai barangan etnik tradisional ini.
|
Tamu Khas Miri |
|
Suasana di dalam Tamu Khas |
Berbagai barangan tradisional dijual di Tamu Khas. Ada di antaranya yang biasa kita lihat dan ada di antaranya yang pertama kali kami lihat di sini. Sesuatu yang menarik di Tamu Khas ini ialah peniaga di sini memang mesra dan baik-baik belaka. Mereka tak kisah pun kalau kita cuma melihat dan membelek barang-barang jualan sekali pun kita tak membeli apa-apa. Malah bila mereka tahu yang kita adalah orang luar, mereka turut membantu memberi penerangan tentang barang jualan mereka.
|
Ragi untuk membuat Tuak |
Di Tamu Khas ini, Amza menunjukkan Beras Bario kepada kami. Beras Bario adalah sebenarnya padi bukit (padi huma) yang datang dari Tanah Tinggi Bakalalan. Beras ini dikatakan sangat berkhasiat kerana ditanam dengan menggunakan air gunung. Tapi harganya mahal kerana ia perlu diterbangkan ke Miri dari kawasan pergunungan ataupun dibawa menggunakan jalan balak.
|
Beras Bario |
|
Beras Pulut Merah |
|
Beras ini dibawa dari Tanah Tinggi Bakalalan |
Nanas Sarawak juga memang menarik perhatian kami kerana nanas ini memang manis dan sedap.
|
Nanas Sarawak |
Selain beras, Bario juga terkenal dengan Garam Bukit yang juga dipanggil Garam Bario. Selain untuk masakan, garam ini turut digunakan dalam mandian untuk menyegarkan badan.
|
Garam Bukit yang dibalut dengan daun buluh |
|
Ada juga yang dijual dalam botol |
Kuih-kuih tradisional juga banyak dijual di Tamu Khas. Antara yang menarik perhatian ialah Tebaloi (Biskut Sago) yang berwarna-warni. Kami juga ada membeli Kuih Bakar di Tamu ini. Rasanya memang sedap dan kurang manis.
Suatu pengalaman baru yang kami rasai di kedai-kedai makan di Sarawak ialah makanan dan minuman yang dijual memang tidak manis. Kalau kita beli jus buah-buahan misalnya, jus ini memang jus pure dari buah-buahan yang diperah. Gula memang tak dicampur langsung ke dalam minuman ini seperti yang biasa dibuat di KL. Patutlah kami perhatikan orang-orang di Sarawak slim-slim belaka. Tak jumpa pun orang yang obese sepanjang percutian kami 5 Hari 4 Malam di negeri ini.
|
Banyak makanan tradisional dijual di Tamu Khas |
Itinerari lawatan kami yang seterusnya adalah melawat kuil Cina terbesar di Miri yang bernama Tua Pek Kong Temple. Malangnya kuil ini sedang ditutup untuk renovation dan tak boleh dilawati. Bagi menggantikan itinerari ini, Amza membawa kami melawat ke Taoist Temple.
|
Suasana kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina di Times Square |
|
Lagi pemandangan di Times Square |
San Chiang Min Temple adalah Taoist Temple yang terbesar di Miri. Tidak seperti penganut Buddhist yang cuma menyembah Buddha, penganut Tao menyembah banyak dewa.
|
Taoist Temple |
|
Pintu masuk ke Taoist Temple ini dijaga oleh patung dua ekor naga. Tembok pagar temple ini dibina seperti bentuk badan naga tersebut. |
|
Bangunan utama Taoist Temple |
|
Tempat membuat sembahan di perkarangan temple. |
Tiang utama Taoist Temple ini juga dihias dengan patung 2 ekor naga. Menurut kepercayaan penganut Tao, naga-naga ini sangat becok dan tak berhenti bercakap. Untuk mendiamkan kedua-dua naga ini dari bercakap tak berhenti, Dewa Tao telah mencampak sebiji bola untuk dikejar oleh kedua-dua naga ini. Kerana itulah terdapat ukiran sebiji bola di tengah-tengah di antara naga ini.
|
Ukiran dua ekor naga yang dikatakan becok bercakap tak berhenti di depan pintu kuil. |
|
Pemandangan ukiran naga dari sisi |
|
Ukiran bola di antara naga yang dicampak oleh Dewa Tao supaya kedua-dua Sang Naga berhenti bercakap. |
Pelawat dibenarkan masuk melawat ke dalam temple ini tetapi kita perlu membuka kasut. Di dalam temple ini ada ukiran patung-patung Dewa Tao. Penganut Tao akan melangkah masuk ke kuil dari sebelah kanan dan keluar dari kuil dari sebelah kiri dengan kaki kiri. Bercanggah dengan ajaran Islam, orang Tao percaya lebih bertuah bila kita masuk dan keluar dari sesuatu tempat dengan kaki kiri. Bila membuat sembahan kepada Dewa juga, mereka akan lebih dulu menyembah Dewa yang berada di sebelah kanan supaya mereka boleh keluar dari temple dari sebelah kiri.
|
Pemandangan di dalam Kuil Tao |
|
Pintu antik di Kuil Tao |
|
Penyelak di belakang pintu |
|
Patung Dewa Tao |
|
Siling di dalam kuil |
|
Colok-colok gergasi |
|
Peralatan sembahan untuk jualan |
|
Kata petugas di kuil, lilin berbentuk lotus yang besar ini boleh menyala selama sebulan. |
Selepas melawat ke dalam temple, kita melawat ke bahagian belakang pula.
|
Pemandangan di bahagian belakang temple |
|
Siling di koridor bahagian tepi temple |
|
Tembok yang mengelilingi temple dibuat seperti bentuk badan naga |
|
Pemandangan keseluruhan koridor di bahagian tepi |
|
Ukiran hujung ekor naga penjaga tembok temple di bahagian belakang bangunan
|
Bersambung ke Bahagian 4...
CATATAN PERJALANAN SARAWAK (2022):
No comments:
New comments are not allowed.