Monday, 7 March 2022

2022 MIRI & KUCHING BHG. 07 (Niah Trail 1)

Februari 2022

SARAWAK, MALAYSIA
Miri & Kuching

Bahagian 7 : Niah (2)
NIAH WALKING TRAIL 1

HARI KEDUA (2)

Part 19: Niah Walking Trail (1)

Selepas belajar serba sedikit mengenai Gua Niah, kita kini bersedia untuk memulakan eksplorasi. Suspen juga bila diberitahu yang kita kena berjalan lebih 3 km untuk sampai ke Gua Niah. Maklumlah, ini sesuatu yang tak pernah kami buat sebelum ini. Tapi tak mengapa... slow & steady, steadfast & surely, kita pasti akan sampai ke Gua Niah, Insyaallah. Kita juga dinasihatkan untuk menggunakan kemudahan tandas di Park HQ sebelum memulakan perjalanan ini.

Pemandangan dari Park HQ
Bagi yang ingin bermalam di Taman Negara Niah, ada juga chalet-chalet yang boleh disewa di Taman Negara ini.
 
Pejabat untuk sewaan chalet
Hiasan yang bermotifkan lukisan purba di dalam gua
Mercu Tanda Taman Negara Niah
Dari Park HQ pengunjung perlu menaiki bot untuk menyeberang Sungai Niah. Pangkalan bot ini terletak di belakang chalet-chalet penginapan.

Berjalan menuju ke jeti bot
Amaran Buaya di dalam sungai
Pangkalan bot untuk menyeberang Sungai Niah
Membeli tiket bot
Kita cuma nak menyeberang ke seberang sana saja...
Have a nice trip...
Air yang tenang jangan disangka tak ada buaya...
Bot dah sedia menanti
Bot yang membawa penumpang menyeberang Sungai Niah ini tidak mempunyai jadual perjalanan yang tetap. Ia bergerak mengikut permintaan.

Perjalanan menyeberang sungai ini juga tak lama, hanya memakan masa tak sampai 5 minit.

Dah sampai ke seberang sungai
Di sini juga ada amaran buaya
Kena tangkap gambar sebab tak pernah jumpa signboard begini di Semenanjung Malaysia
Berjalan meninggalkan jeti
Hiking sebenar ke Gua Niah bermula selepas kita menyeberang Sungai Niah. Yang bagusnya ada walkway kayu disediakan sepanjang perjalanan sehingga ke gua. Kami diberitahu Kerajaan Malaysia telah mengemukakan permohonan kepada UNESCO untuk menjadikan Gua Niah sebagai Tapak Warisan Dunia. Walkway kayu ini disediakan untuk memenuhi syarat yang ditetapkan oleh UNESCO bagi memelihara kelestarian alam sekitar.

Walkway menuju ke Gua Niah
Walaupun walkway ini secara umumnya dijaga dengan baik, kerosakan-kerosakan kecil tetap tak dapat dielakkan.
Muzium Arkeologi Niah ini sedang ditutup untuk pembaikan
Chalet-chalet penginapan untuk disewa
Masih di kawasan chalet penginapan
Dari belakang chalet ini bermulalah perjalanan kita sejauh 3.1 km menuju ke Gua Niah... Kita juga dinasihatkan untuk membuka face mask sewaktu hiking kerana aktiviti ini menggunakan banyak oksigen. Tapi kenalah tetap menjaga penjarakan sosial untuk mengelak dari jangkitan Covid-19.

Walking trail bermula
Disebabkan hujan yang turun pagi tadi, ada sebahagian laluan yang menjadi sangat licin.
Penanda arah
Amza menunjukkan Pokok Pongpong
Getah buah Pongpong beracun dan boleh membutakan mata
Pokok tumpang
Kami bertuah kerana menggunakan Guide seperti Amza sewaktu hiking ke Gua Niah. Dia banyak pengalaman dan pengetahuan tentang alam semula jadi di Niah. Banyak tip keselamatan yang diberi kepada kami di samping dia memperkenalkan beberapa tumbuhan dan serangga yang ditemui. Amza turut mengajar kami melangkah dengan cara yang betul sepanjang perjalanan untuk mengelakkan kemalangan dan kecederaan. Memang kena berhati-hati melangkah di sini kerana perjalanan menuju ke Gua Niah sangat jauh ~ 3.1 km sehala dan kita hanya bergantung kepada kaki kita sepanjang perjalanan.

Papan tanda peringatan
Amza menasihatkan kami supaya mengelak dari memegang railing kayu di sepanjang walkway kerana banyak serangga menggunakannya sebagai laluan highway. Ada di antara serangga ini yang mempunyai gigitan berbisa.
Kami juga dinasihatkan untuk berjalan di tengah walkway kerana ia lebih stabil di sana.
Suasana di dalam hutan
Mengikut Amza masuk lagi ke dalam hutan
Daun Macaranga yang boleh digunakan untuk mengubat sakit perut
Berjalan lagi masuk ke dalam...
Sewaktu melawat Niah Interpretation Centre tadi, kita ada belajar tentang cara Orang Penan tradisional mengebumikan mayat di dalam batang pokok. Seperti juga orang Maori di New Zealand dulu, Orang Penan sangat menghormati alam dan tidak akan memotong pokok yang hidup. Hanya kayu yang telah tumbang sahaja yang digunakan bagi tujuan mengebumikan orang yang telah mati.

Pokok kayu berlubang seperti inilah yang akan digunakan oleh Orang Penan tradisional dulu untuk mengebumikan mayat orang yang telah mati.
Disebabkan ketika itu weekend yang bersambung dengan cuti Tahun Baru Cina, ada ramai juga pengunjung yang datang ke Gua Niah ketika itu. Sekali-sekala memang kita rasa tercabar bila dipintas datuk-datuk dan nenek-nenek tua yang datang hiking di sini bersama anak cucu mereka. Terfikir juga dalam hati, adakah kita pun akan secergas mereka nanti bila sampai ke usia itu?

Pemandangan yang tenang dan damai
Hiking sambil mengambil gambar
Amza berhenti kerana nak menunjukkan Magic Mushroom kepada kami
Walaupun nampak cantik, Magic Mushroom ini tak boleh dimakan kerana ia memabukkan.
Menangkap gambar Magic Mushroom
Kemudian kami ditunjukkan pula lubang pokok di mana kelulut akan terbang untuk membunuh diri bila dikejar pemangsa mereka si burung pipit (swiftlet). Terus teringat kepada Tarsier yang pernah kami lihat di Cebu, Philippines dulu. Ingatkan Tarsier saja yang akan membunuh diri bila tension dikejar pemangsa. Rupa-rupanya kelulut pun sama. 

Lubang pokok tempat kelulut membunuh diri
Ada madu yang akan terkumpul pada lubang kelulut ini.
Hutan yang kami lalui adalah sebenarnya secondary forest kerana pada tanah, masih ada tumbuhan renek yang tumbuh. Kalau hutan primary yang biasanya berusia jauh lebih tua dari secondary forest, hutannya lebih tebal. Tak ada tumbuhan renek yang boleh tumbuh di tanah kerana cahaya matahari tak sampai ke situ.

Cahaya matahari masih boleh tembus ke tanah di hutan secondary seperti ini.
Kemudian kita belajar pula tentang khasiat lumut di hutan. Pada masa dahulu, lumut-lumut begini digunakan untuk menghentikan luka. Orang dulu-dulu kan suka berperang. Bila cedera terkena senjata musuh, lumut inilah yang digunakan untuk merawat luka.

Lumut
Ubat untuk menghentikan luka
Lumut yang suci bersih
Kayu-kayu berlubang yang digunakan sebagai keranda orang mati di zaman dulu.
Gua Niah masih 2 km dari sini
Ada sebahagian Walking Trail di Niah yang dibina dari simen. Bila hujan begini, banyak lumut akan tumbuh di sana sehingga menyebabkan laluan menjadi licin. Di tempat-tempat begini terutama di cerun mendaki dan menurun, kami dinasihatkan untuk berjalan di atas tanah di tepi laluan. Lebih selamat berbuat begitu untuk mengelakkan dari cedera terjatuh.

Laluan pejalan kaki yang licin
Sesetengah walkway kayu juga licin bila ada lumut tumbuh di atasnya. Kenalah melangkah dengan berhati-hati.
Pit Stop untuk berehat
Kemudian kita diperkenalkan pula dengan Pokok Ipoh. Getah Pokok Ipoh ini sering digunakan pada sumpit Orang Iban. Uniknya, getah Pokok Ipoh ini sendiri tidak beracun. Ia sebaliknya hanya bertukar menjadi racun bila dicampur dengan getah pokok lain.

Pokok Ipoh
Bergambar dengan Pokok Ipoh
Walaupun sering digunakan pada panah sumpit, getah Pokok Ipoh sendiri tidak beracun. Ia sebaliknya bertukar menjadi racun bila dicampur dengan getah dari pokok lain.
Getah pada kulit Pokok Ipoh
Pengunjung lain ke Gua Niah
Pokok seterusnya yang diperkenalkan kepada kami adalah Pokok Talang. Pokok Talang special kerana ia hollow dan mengeluarkan bunyi yang kuat bergema bila diketuk. Ia juga membalikkan suara bila kita menjerit pada banirnya. Dengan ciri yang dimiliki, ia sangat berguna untuk mengeluarkan amaran SOS jika tersesat di dalam hutan. 

Berhenti posing sekejap...
Pokok Talang
Banir Pokok Talang yang besar begini membolehkan kita berlindung dari hujan dan binatang liar kalau kita letakkan kanvas padanya.
Husband cuba menguji bagaimana banir Pokok Talang boleh membalikkan bunyi.
Kita berjalan lagi...


 Bersambung ke Bahagian 8...


No comments: