Februari 2022
SARAWAK, MALAYSIA
Miri & Kuching
Bahagian 11: Niah (6)
BATU NIAH & PANTAI TUSAN
HARI KEDUA (6)
Part 23: Kembali Ke Park HQ
Meninggalkan Great Cave, bermulalah sekali lagi perjalanan dengan berjalan kaki sejauh 3.1 km kembali ke Park HQ. Perjalanan pulang juga melalui walkway yang sama sewaktu kedatangan.
Tetap kena memanjat-manjat tangga berdekatan kawasan gua. |
Kita akan melalui Trader's Cave semula... Perlu melangkah berhati-hati lagi di sini takut terpijak sarang tebuan tanah dan jatuh terpijak guano yang licin.
Melangkah berhati-hati takut terpijak guano yang licin di Trader's Cave |
Sewaktu berjalan memijak tanah pula kena berhati-hati takut terpijak sarang tebuan tanah. |
Selepas itu kita akan menempuh kembali Hutan Paya Bakau... Tapi dah tak larat nak ambil banyak gambar seperti tadi sebab dah semput... Lagi pun pada waktu matahari dah terik begini tak banyak serangga yang keluar mencari makan.
Hati cukup lega bila kita tiba kembali ke Sungai Niah yang ada buaya itu. Seperti masa kedatangan tadi, kita perlu menyeberang semula ke seberang sana dengan menaiki bot.
Sedar tak sedar, kami sebenarnya dah berjalan kaki lebih kurang 7 km hari ini membuat round trip melawat ke Gua Niah. Ia memang satu pencapaian yang membanggakan bagi kami yang tak pernah buat hiking begitu sebelum ini. Perjalanan keseluruhan pula dari kami mula menyeberang Sugai Niah ini pada pagi tadi sehingga kembali lagi ke sini mengambil masa kira-kira 4 jam.
Part 24: Batu Niah
Amza membawa kami untuk makan tengahari di pekan Batu Niah. Dalam perjalanan kami dapat melihat pergunungan batu kapur yang tinggi di belakang pekan Batu Niah. Kata Amza, pergunungan ini dipanggil Bukit Kasut oleh orang tempatan. Ia dinamakan begitu kerana konon ceritanya, sesiapa yang memanjat ke bukit ini pasti akan tertanggal kasut.
Bukit Kasut |
Menurut ceritanya ia dinamakan sebagai Bukit Kasut kerana sesiapa yang memanjat ke atas bukit ini pasti akan tertanggal kasutnya. |
Restoran yang menjadi persinggahan kami di pekan Batu Niah adalah Min's Cafe. Disebabkan dah letih dan lapar hiking ke Gua Niah tadi, makanan yang dihidangkan memang menyelerakan.
Min's Cafe di Batu Niah |
Nasi Goreng Seafood & Fresh Orange untuk makan tengahari |
Memandangkan kami nak membuat persinggahan di Pantai Tusan dalam perjalanan pulang ke Miri, kami meminta Amza membuat persinggahan di masjid berdekatan untuk membuat Solat Jamak Zohor dan Asar. Bila dah solat, lebih seronok nak enjoy perjalanan. Amza membawa kami singgah di Masjid Al-Jabbar di Batu Niah.
Masjid Al-Jabbar di Batu Niah |
Pintu masuk ke masjid |
Suasana di dalam masjid |
Satu lagi suasana di dalam masjid |
Part 25: Pantai Tusan
Pantai Tusan yang terletak di daerah Bekenu adalah sebuah pantai yang terkenal di Miri.
Pantai Tusan |
Sayangi pantai kita |
Satu masa dulu, pantai ini terkenal dengan batu semulajadi yang berbentuk seperti kepala seekor kuda sedang minum air. Malangnya batu kepala kuda ini kini telah runtuh akibat hakisan ombak. Sebagai kenangan, pihak berkuasa tempatan telah membina sebuah memorial yang berbentuk seperti batu yang telah runtuh itu.
Memorial Batu Kuda di Pantai Tusan |
Inilah rupa Batu Kuda di Pantai Tusan sebelum ia runtuh menyembah bumi akibat hakisan ombak pada tahun 2020. (Sumber: Internet) |
Pantai Tusan yang sebenar terletak di bawah tebing tanah yang tinggi. Tebing ini juga kini sedang mengalami hakisan yang teruk.
Blue Tears yang pernah kami lihat di Kuala Selangor dulu juga sebenarnya boleh dilihat di Pantai Tusan pada masa-masa tertentu. Bahkan pemandangan Blue Tears di Pantai Tusan lebih hebat kerana ia boleh dilihat dengan mata kasar dari tepi pantai sahaja. Fenomena ini walau bagaimanapun dah agak lama tak kelihatan lagi di sini. Mungkin disebabkan faktor cuaca dan perubahan alam.
Disebabkan tak banyak aktiviti yang boleh dibuat di sini, kami meneruskan perjalanan pulang ke Miri.
Part 26: Ayam Penyet Ria
Pada malam itu kami keluar untuk makan malam di sebuah restoran Indonesia berhampiran Hotel Pullman yang bernama Ayam Penyet Ria. Restoran ini kelihatan sangat popular kerana sangat ramai pengunjung.
Restoran Ayam Penyet Ria |
Suasana di dalam restoran |
Menu yang disediakan adalah Ayam Penyet dan yang seangkatan dengannya. Tapi memang tak dinafikan yang makanan di restoran ini sangat sedap.
Ayam Penyet |
Penangan dehydration kerana membuat hiking ke Gua Niah tadi cukup terasa sampai ke malam. Kerana itulah segelas jus yang dipesan dengan set Nasi Ayam Penyet macam tak cukup. Tapi bila Myself nak order segelas lagi jus air, kaunter restoran memberitahu yang mereka dah tutup dan tak lagi menerima pesanan. Terkejut juga kita bila diberitahu yang restoran akan ditutup sekejap lagi pada pukul 9 malam. Awal sungguh tu!
Tapi ini bukanlah sesuatu yang aneh di Miri sebenarnya. Matahari di sini terbit dan tenggelam sejam awal berbanding di Semenanjung Malaysia. Oleh itu suasana pukul 9 malam di sini memang bagaikan pukul 10 malam di Semenanjung Malaysia.
Pulang ke Hotel Pullman |
Selamat Malam, Miri |
Esok, perjalanan kami akan diteruskan ke ibu kota Negeri Sarawak ~ Kuching.
Bersambung ke Bahagian 12...
CATATAN PERJALANAN SARAWAK (2022):
- Bhg. 01 [Hari 1] - First Leg (Kuala Lumpur - Miri)
- Bhg. 02 [Hari 1] - Miri 1 (Miri City Tour & Bukit Kanada)
- Bhg. 03 [Hari 1] - Miri 2 (Tamu Khas & Taoist Temple)
- Bhg. 04 [Hari 1] - Miri 3 (Lutong, Dewan Bandaraya Miri & Coco Cabana)
- Bhg. 05 [Hari 1] - Miri 4 (Pullman Hotel & Miri Waterfront)
- Bhg. 06 [Hari 2] - Niah 1 (Taman Negara Niah)
- Bhg. 07 [Hari 2] - Niah 2 (Niah Walking Trail 1)
- Bhg. 08 [Hari 2] - Niah 3 (Niah Walking Trail 2)
- Bhg. 09 [Hari 2] - Niah 4 (Gua Niah - Trader's Cave)
- Bhg. 10 [Hari 2] - Niah 5 (Gua Niah - Great Cave)
- Bhg. 11 [Hari 2] - Niah 6 (Batu Niah & Pantai Tusan)
- Bhg. 12 [Hari 3] - Second Leg (Miri - Kuching)
- Bhg. 13 [Hari 3] - Kuching 1 (Kuching Waterfront)
- Bhg. 14 [Hari 4] - Kuching 2 (Taman Negara Bako)
- Bhg. 15 [Hari 4] - Kuching 3 (Taman Negara Bako - Teluk Paku Trail)
- Bhg. 16 [Hari 4] - Kuching 4 (Taman Negara Bako - Teluk Delima Trail)
- Bhg. 17 [Hari 4] - Kuching 5 (Taman Negara Bako - Sea Stack)
- Bhg. 18 [Hari 4] - Kuching 6 (Sarawak River Cruise 1)
- Bhg. 19 [Hari 4] - Kuching 7 (Sarawak River Cruise 2)
- Bhg. 20 [Hari 5] - Pulang (Kuching - Kuala Lumpur)
No comments:
New comments are not allowed.