Tuesday, 8 March 2022

2022 MIRI & KUCHING BHG. 08 (Niah Trail 2)

Februari 2022

SARAWAK, MALAYSIA
Miri & Kuching

Bahagian 8: Niah (3)
NIAH WALKING TRAIL 2

HARI KEDUA (3)

Part 20: Niah Walking Trail (2)

Perjalanan seterusnya adalah merentas Hutan Paya Bakau. Di pagi hari begini sebelum mentari terik muncul, banyak kelihatan serangga yang keluar untuk mencari makanan.

Merentas Hutan Paya Bakau
Paya Bakau
Dalam Hutan Bakau ini banyak kelihatan Pokok Ara yang menumpang melilit atas pokok lain untuk mendapatkan cahaya matahari.
 
Pokok Ara yang menumpang melilit pada pokok lain
Berbagai jenis siput dapat dilihat di sepanjang Walking Trail ini
Suasana di dalam Hutan Bakau
Teruskan lagi perjalanan...
Di Hutan Paya ini, Amza menunjukkan kepada kami akar Liana yang digelar Handiplast Hutan kerana ia boleh digunakan sebagai plaster untuk menahan luka.

Liana ~ Handiplast Hutan
Akar Liana ini juga menyimpan air yang boleh diminum di waktu kecemasan.
Akar Liana yang menjalar
Kita teruskan lagi berjalan menuju ke Gua Niah...

 Suasana hening di Hutan Bakau
Lupa pulak nama tumbuhan ni...
Borneo Ant yang mempunyai gigitan berbisa.
Lintah !!
Ulat Gonggok
Begonia
Walaupun hutan bakau yang kami lalui ini kini terletak di kaki gunung, kajian membuktikan ia pernah terletak di dasar laut berjuta tahun dahulu. Antara bukti yang ditemui ialah fosil-fosil hidupan laut.

Batu kapur yang turut membuktikan bahawa kawasan ini dulu pernah terendam di dasar laut.
Batu Kapur
Kami bertemu lagi dengan pokok-pokok Tapang di sini. Kata Amza, lebah gemar membuat sarang pada pokok Tapang yang tinggi untuk mengelak dari dimakan oleh Beruang Matahari (Sun Bear) yang banyak terdapat di Pulau Borneo.

Pokok Tapang
Ara yang melilit
Di penghujung Hutan Paya Bakau ini, Walking Trail mula mendaki. Pada laluan ini, ada disediakan kayu-kayu macam speed bump di jalan raya untuk membantu pejalan kaki mendaki dan menurun laluan yang curam ini.

Laluan mendaki di Walking Trail
Berhenti sebentar... Muka dah mula mencungap masa ni.
Speed Bump
Tebing batu kapur yang tinggi... Dah nampak bayangan ketinggian yang perlu didaki untuk mendapatkan Gua Niah di depan sana...
Kemudian kita diperkenalkan pula dengan Halia Hutan. Halia ini sering digunakan oleh pemburu untuk memikat kijang jantan di hutan kerana baunya dikatakan seperti kijang betina.

Halia Hutan
Halia yang dihurung semut
Halia ini sering digunakan oleh pemburu untuk memikat kijang jantan
Bila berjalan ke depan sikit lagi, kami diperkenalkan pula dengan sejenis daun yang selalu digunakan untuk mengubat sakit urat dan sendi. Kegunaannya macam plaster Salon Pas yang selalu kita pakai bila tertarik urat. Surprisingly, bau daun ini pun macam bau plaster Salon Pas. Mungkin plaster Salon Pas itu dibuat dari daun ini sebenarnya.

Teruskan lagi berjalan...
Daun Salon Pas
Daun Salon Pas ini berlubang-lubang kerana ia juga diminati oleh serangga
Sungai di bawah gua
Pemandangan lebih dekat sungai di bawah gua
Lintah yang dinamakan Hammerhead Leech
Kepala Hammerhead Leech yang sama bentuk dengan kepala ikan jerung Hammerhead Shark
Mengambil gambar lintah
Siput yang unik
Pakcik yang bertugas membersihkan walkway
Masih merentas hutan bakau
Kalau tak ada akar, rotan pun berguna juga...
Selepas puas berjalan, akhirnya kami tiba di Tangap Community Centre. Di sini ada gerai menjual minuman dan handikraf yang diusahakan oleh penduduk dari rumah panjang berhampiran. Di samping itu ada disediakan tempat untuk berehat dan tandas yang bersih. Amza mencadangkan supaya kami berehat sebentar kerana kami sebenarnya dah sampai ke penghujung walking trail. Perjalanan seterusnya selepas ini adalah masuk ke dalam Gua Niah yang sebenar.
 
Tangap Community Centre
Gerai menjual minuman dan handikraf
Gerai ini diusahakan oleh penduduk dari rumah panjang yang berhampiran
Persimpangan
Informasi mengenai pembentukan gua dan karst di sini
Tempat rehat dan tandas yang bersih juga tersedia di sini
Arah ke Gua dan Rumah Panjang Patrick Libau
Masih 1.5 km dari sini!
Ayuh bergerak semula!
Laluan menuju ke gua
Generator lama yang digunakan oleh pengkaji British sewaktu ekspedisi Gua Niah pada tahun 1950-an dulu.
Tanah di sekitar Gua Niah adalah tanah tradisi milik Orang Penan dan Orang Iban. Mereka memberi penentangan sewaktu Kerajaan Sarawak membuat cadangan untuk menjadikan Gua Niah sebagai tarikan pelancongan di tahun 1950-an dulu. Malah mereka turut membina pintu pagar untuk mengelak kemasukan orang luar ke kawasan ini. Pagar ini masih ada dan menjadi penanda pintu masuk ke Gua Niah hari ini.

Rundingan demi rundingan diadakan oleh Kerajaan Sarawak dengan penduduk yang menentang. Rundingan ini akhirnya mencapai persetujuan apabila penduduk Penan dan Iban tempatan masih diberi hak ke atas tanah ini bagi tujuan ekonomi seperti mengutip sarang burung dan tahi kelawar (guano) yang masih menjadi punca pendapatan sebahagian dari mereka sehingga sekarang.

Pagar di pintu masuk ke Gua Niah yang pada asalnya dibina oleh penduduk tempatan yang menentang cadangan Kerajaan Sarawak untuk membuka tempat ini menjadi kawasan pelancongan.
Dari sini, bermulah pendakian sebenar untuk masuk ke dalam gua. Ada sebuah tangga kayu yang tinggi dan curam yang membawa kita terus ke dalam Gua Dagang (Trader's Cave).

Pintu masuk ke Trader's Cave


 Bersambung ke Bahagian 9...



No comments: