Saturday, 5 March 2022

2022 MIRI & KUCHING BHG. 05 (Miri Waterfront)

Februari 2022

SARAWAK, MALAYSIA
Miri & Kuching

Bahagian 5 : Miri (4)
PULLMAN MIRI WATERFRONT HOTEL & MIRI WATERFRONT

HARI PERTAMA (5)

Part 12: Pullman Miri Waterfront Hotel

Hotel penginapan kami di Miri adalah Pullman Miri Waterfront Hotel yang kami tempah melalui Agoda. Booking ini pun sebenarnya dibuat lama dulu sampai kita pun dah lupa apa sebenarnya bilik yang ditempah itu. Maklumlah, konon-kononnya nak merebut tawaran murah Agoda masa itu!

Pullman Miri Waterfront Hotel
Seperti juga di semua hotel lain ketika itu, lobi hotel dihias indah dengan tema Chinese New Year.

Masa check-in barulah kita tahu yang bilik yang kita tempah adalah bilik city view tanpa breakfast. Nego-nego dengan staff registration tu, dapatlah kita upgrade ke bilik partial seaview kat tingkat yang lebih tinggi. Tapi breakfast package di hotel ini sangat mahal, jadi kita tetap tak ambil breakfast.

Check-in
Bila masuk ke bilik terkesima tengok bilik kami. Waduh, luasnya. Biliknya juga terang dengan natural sunlight. Tak payahlah nak buka lampu pada waktu siang.

Bila pandang ke luar tingkap, pemandangan Sungai Miri dan sebahagian Laut China Selatan juga memukau. Sungai Miri ini sibuk dengan kapal-kapal yang keluar masuk membawa bekalan dan keperluan untuk kegunaan pelantar minyak di tengah laut. Macam-macam kapal lalu di sini ~ dari sekecil-kecil bot sehinggalah barge yang membawa kontena.


Part 13: Miri Waterfront

Disebabkan hari masih siang, kita turun dulu berjalan-jalan di Miri Waterfront yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Hotel Pullman ini. Petang-petang begini memang ramai orang yang datang berkunjung ke sini, terutamanya pelancong-pelancong seperti kami.

Semakin lewat petang, pemandangan di Miri Waterfront semakin indah, terutama bila waktu dekat-dekat sunset.

Kapal kontena berlayar masuk ke Sungai Miri
Patung Kuda Laut yang menjadi ikon kota Miri juga ada di Miri Waterfront.
Awan pun berbentuk bak Kuda Laut di Miri Waterfront!
Dekat Miri Waterfront ini ada sebuah kampung air, tapi tidaklah sebesar yang pernah kita lihat di Sabah sana. Terkedu bila penduduk kampung memberitahu yang nama kampung ini ialah Kampung Wireless. Punyalah hebat nama dia! Tapi teringat juga yang sewaktu membuat Miri City Tour tadi, kita juga ditunjukkan tempat yang bernama Wireless Walk. Mungkin kawasan Miri di sini betul-betul bernama Wireless sejak zaman James Brooke dulu.

Kampung Wireless

Kami terus melepak di Miri Waterfront sampai matahari terbenam sekitar pukul 6.30 petang. Berdasarkan pengalaman, memang kami tak nafikan yang pemandangan sunset di Pulau Borneo, baik di Sabah ataupun Sarawak memang sangat amazing.


Part 14: Dinner di Restoran Muara

Sebelum pulang ke hotel, kami dinner dulu di sebuah restoran berdekatan Miri Waterfront. Nama restoran ini juga Restoran Muara seperti restoran di mana kami lunch Ayam Lalapan tengahari tadi. Mungkin restoran ini cawangan kepada Restoran Muara itu, tapi restoran dekat Waterfront ini lebih simple berbanding dengan restoran di tengah bandar tadi.

Restoran Muara dekat Miri Waterfront
Nasi Goreng Seafood
Mee Goreng Seafood
Dah kenyang makan dinner, barulah kami pulang ke hotel. Kita perlu berehat secukupnya untuk membuat eksplorasi ke Gua Niah pada pagi esok...

Selamat Malam, Miri!
Fireworks sempena perayaan Tahun Baru Cina yang sedang menjelang.


 Bersambung ke Bahagian 6...


No comments: