Wednesday, 16 March 2022

2022 MIRI & KUCHING BHG. 16 (Teluk Delima Trail)

Februari 2022

SARAWAK, MALAYSIA
Miri & Kuching

Bahagian 16: Kuching (4)
TAMAN NEGARA BAKO (TELUK DELIMA TRAIL)

HARI KEEMPAT (3)

Part 41: Beach Trail

Dari Tanjung Paku Trail, kami kembali semula ke pantai. Kita rehat-rehat kejap melepaskan penat kat tempat rehat yang disediakan di sini.

Disebabkan dia frust tak dapat nak menunjukkan Monyet Proboscis kepada kami di Teluk Paku Trail tadi, Abang Adam mencadangkan supaya kami hiking di Teluk Delima Trail pulak. Teluk Delima Trail adalah trail yang paling mudah di Taman Negara Bako, tak perlu memanjat macam kat Teluk Paku Trail tadi. Kat sana pun selalu juga boleh nampak Monyet Proboscis.

Pada sesiapa yang belum kenal lagi, inilah rupa Proboscis Monkey berhidung panjang dan berbulu perang yang juga dikenali sebagai Monyet Belanda...

Kalau bernasib baik, inilah pemandangan Monyet Proboscis yang dapat dilihat di Taman Negara Bako
Abang Adam seterusnya mengajak kami merentas pantai untuk pergi ke Teluk Delima Trail yang terletak di sebelah sana Taman Negara Bako. Ketika itu dah pukul 10.30 pagi tetapi air laut masih surut. Kata Abang Adam, air dijangka pasang pukul 12.30 tengahari pada hari ini.

Kawasan rehat di tepi pantai ini adalah sebenarnya jeti bot. Kalau air pasang, bot boleh belayar sehingga ke sini untuk menurunkan penumpang.
Berjalan merentas pantai
Pantai yang sangat luas di Taman Negara Bako tetapi tak boleh mandi di sini kerana ada ancaman buaya.
Burung 
Lubang-lubang ketam
Bergambar di tepi pantai
Bermacam-macam spesies siput dan kerang boleh dilihat di pantai ini
Air laut masih surut lagi
Kumpulan kera yang menunggu kami sewaktu tiba di Taman Negara Bako tadi masih ada di sini. Biasalah kalau kita nampak monyet macam ini... risau je kalau-kalau mereka datang menyakat kita pulak...

Di tepi pantai juga ada kelihatan sampah seperti botol-botol plastik yang terdampar. Kata Abang Adam, sampah-sampah ini dihanyutkan ke pantai dari laut luas. Sesetengahnya berasal dari kapal-kapal yang berlayar di Laut China Selatan. Dari semasa ke semasa memang ada program pembersihan pantai yang dilaksanakan oleh pertubuhan dan sukarelawan. Namun begitu, selagi ada sampah yang dibuang ke dalam laut, masalah ini akan tetap berterusan.


Part 42: Teluk Delima Trail

Teluk Delima Trail terletak di belakang Chalet Penginapan di Taman Negara Bako. Ia memang laluan trail yang mudah di mana di sini ada disediakan laluan walkway yang diperbuat dari papan-papan kayu. Myself memang recommend hiking trail ini kepada sesiapa yang ada masalah seperti sakit lutut tetapi tetap nak menikmati suasana nature di Bako.

Menuju ke Teluk Delima Trail
Laluan pejalan kaki di Teluk Delima Trail
Berhenti sebentar untuk mendengar penerangan dari Abang Adam
Kerengga
Lupa pulak nama serangga ini
Sewaktu berjalan di Teluk Delima Trail, kami dapat mendengar bunyi pokok hutan bergegar-gegar. Kata Abang Adam itu bunyi Monyet Proboscis tetapi kami tetap tak ada rezeki nak bersua muka dengan mereka.

Berjalan dengan penuh harapan nak melihat Monyet Proboscis
Mencari-cari Monyet Proboscis
Suasana di Teluk Delima Trail
Pokok Mengkuang
Pokok yang berbatang halus ini adalah pokok rotan yang masih kecil.
Di Teluk Delima Trail ini kami berkenalan pula dengan Pokok Ridan yang mempunyai batang yang berduri. Kata Abang Adam, batang Pokok Ridan sering digunakan oleh Orang Iban di Sarawak untuk membuat sumpit.

Berjalan di tepi Pokok Ridan
Pokok Ridan yang berduri ini sering digunakan oleh Orang Iban untuk membuat sumpit.
Buah Sea Apple
Pemandangan dekat buah Sea Apple
Abang Adam sedang memberi penerangan
Kemudian kita bertemu pula dengan Pokok Durian Hutan. Buah Durian Hutan kecil dan tak sesuai untuk dimakan oleh manusia kerana banyak ulat. Namun begitu ia tetap menjadi hidangan yang menyelerakan untuk Sang Tupai.

Bila melihat buah durian ini teringat pulak kepada satu ilmu yang disampaikan kepada kami sewaktu camping bersama Angkatan Tentera Malaysia semasa di sekolah dulu. Ketika itu kami diajar yang kalau kita sesat di hutan dan merasa lapar, jangan terus memakan buah-buahan yang dimakan oleh burung. Ini adalah kerana sistem pencernaan kita tak sama dengan sistem pencernaan burung. Apa yang dimakan oleh burung boleh menjadi racun kepada kita. Sebaliknya dengan ilmu yang sama, kita boleh memakan buah-buahan yang dimakan oleh monyet. Ini adalah kerana sistem pencernaan monyet sama dengan sistem pencernaan manusia. Oleh itu, apa yang dimakan monyet umumnya selamat untuk dimakan oleh manusia.

Pokok Durian Hutan
Buah Durian Hutan
Kalau di Taman Negara Niah dulu kita dinasihatkan berhati-hati dengan gigitan serangga, lain pulak ancaman yang ada sewaktu hiking di Taman Negara Bako ini. Di sini kita sering diingatkan supaya berhati-hati dengan buah-buahan seperti kelapa dan buah durian hutan seperti ini yang boleh jatuh dari pokok tanpa sebarang amaran dan mengena kepala kita.
 
Kami terus berjalan sehingga sampai ke penghujung Teluk Delima Trail. Di penghujung trail ini ada sebuah trail lain yang bernama Lintang Trail pula. Tengok permulaan Lintang Trail ini pun dah seram. Lagi dahsyat rupanya dari Teluk Paku Trail tadi, pada pandangan mata kamilah! Tapi kalau pada orang yang adventurous dan adrenaline junkie mungkin dah melompat-lompat tak sabar nak memanjat Lintang Trail. Hahahaa!

Penghujung Teluk Delima Trail
Permulaan Lintang Trail di penghujung Teluk Delima Trail. Nampak tak akar-akar kayu dan tangga kayu kat depan sana? Terlalu adventurous bagi kami!
Peta Taman Negara Bako
Pokok Mengkuang yang bersaiz giant
Selepas dah sampai kat penghujung ini, kita pun berpatah balik ke pangkal jalan...


Part 43: Lunch Di Kafetaria Bako

Kata Abang Adam, dia dah membuat aturan dengan pemandu bot tadi untuk datang mengambil kami sekitar pukul 12.30 tengahari bila air dah pasang. Jadi tak perlulah berjalan sampai ke tengah laut lagi untuk mendapatkan bot seperti sewaktu ketibaan kami pagi tadi.

Sebelum pulang, kami makan tengahari di Kafetaria Bako. Ruang makan di kafetaria ini disediakan di tempat yang terbuka dan tertutup. Kami memilih untuk makan di ruang tertutup untuk mengelak risiko dari diganggu oleh kera kalau makan di ruang terbuka.

Ruang makan terbuka di Kafetaria Bako
Pemandangan di ruang makan yang bertutup
Makanan di kafetaria ini disediakan secara A La Carte
Menunggu makanan dihidangkan
Hidangan makanan tengahari


Bersambung ke Bahagian 17...



No comments: