Februari 2022
SARAWAK, MALAYSIA
Miri & Kuching
Bahagian 10 : Niah (5)
GUA NIAH (GREAT CAVE)
HARI KEDUA (5)
Part 22: Great Cave @ Gua Niah
Dari Trader's Cave, kita menuju pula ke Great Cave...
|
Turun ke bawah... |
|
Jalan ke depan... |
|
Tangga untuk dipanjat lagi... |
|
Tiba akhirnya... |
Tadaaa ~ inilah dia Niah Great Cave! Kalau tadi kita dah kagum melihat saiz Trader's Cave, kita lebih kagum melihat saiz gua ini. Dengan saiz 60 meter tinggi dan 250 meter lebar, ia adalah antara bukaan gua yang paling menakjubkan di dunia.
|
Pemandangan pertama Great Cave. Macam boleh letak beberapa buah kampung rumah panjang kat tepi-tepi gua ini. |
|
Mak aiihh, besarnya! |
|
Antara pemandangan Gua Niah yang sering diabadikan dalam poster promosi. Abaikan saja jari photographer yang tidak profesional di sebelah atas itu. |
|
Peta Great Cave |
Kita nikmati dulu pemandangan di sekitar mulut gua yang bersaiz gergasi ini sebelum melangkah lebih jauh ke dalam...
|
Pemandangan awal ke dalam Great Cave |
|
Rumah kampung di dalam Great Cave |
|
Rumah kampung ini adalah kediaman Tom Harrison dan isterinya Barbara Harrison sewaktu mereka membuat kajian di dalam Gua Niah dulu |
|
Yang kelihatan seperti tali yang terjuntai dari bumbung gua itu adalah sebenarnya buluh-buluh panjang yang digunakan oleh pemungut sarang burung untuk memanjat bumbung gua. |
|
Pemandangan lebih dekat buluh-buluh panjang untuk kegunaan pemungut sarang burung. |
|
Pemandangan ke arah luar Great Cave |
|
Gua ini sangat besar. Hanya sedikit sahaja cahaya matahari yang boleh tembus sampai ke dalam. |
Tak seperti Trader's Cave tadi yang sejuk nyaman, suasana di dalam gua ini panas lembap (humid) sehingga menyebabkan kita berpeluh.
|
Kawasan penggalian kesan sejarah di tepi pintu gua. Kat area sinilah agaknya dia orang jumpa tengkorak manusia zaman purba dulu-dulu tu. |
|
Kesan tahi kelawar pada siling gua |
|
Amza sedang memberi penerangan tentang Great Cave |
|
Pemandangan ke atas siling gua yang sangat tinggi |
|
Kawasan permulaan pintu gua ini dinamakan sebagai Lobang Kuala |
|
Papan keterangan tentang Gua Niah. |
Tour Guide kami Amza sangat berpengalaman membawa pelancong masuk ke Gua Niah. Walaupun ada laluan pejalan kaki yang disediakan di dalam gua ini, Amza membawa kami masuk ke dalam gua dengan menyusuri tepi pagar di mana kerja-kerja penggalian sejarah sedang dibuat. Penat kalau ikut laluan yang disediakan, kata Amza kerana perlu lebih banyak mendaki tangga dari menurun.
|
Amza membawa kami mengikut laluan menyusur di tepi pagar. |
|
Keratan rentas Great Cave |
Kata Amza, dia nak membawa kami ke bahagian gua yang gelap. Dari jauh pun kami dah nampak lampu suluh yang dipakai oleh pengunjung-pengunjung ke dalam gua yang gelap itu.
|
Lampu suluh diperlukan kalau nak masuk lebih jauh ke dalam gua di sana. |
Disebabkan kami tak membawa lampu suluh ke sini, terpaksalah kita menggunakan flashlight pada handphone. Tapi okey juga pakai flashlight handphone ini rupanya. Sama terang macam kalau kita pakai lampu suluh yang sebenar. Kata Amza, gua gelap ini diberi gelaran Hell di kalangan Tour Guide di Niah.
|
Perlu melangkah dengan berhati-hati terutama sewaktu turun tangga yang semuanya curam-curam belaka. |
|
Risau juga takut bateri handphone habis bila pakai flashlight dalam gua yang gelap begini. |
|
Lubang cahaya di dalam gua yang gelap gelita. |
|
Pemandangan dengan keindahan yang tersendiri |
|
Mendongak ke arah lubang cahaya |
|
Memanjat naik menuju cahaya |
|
Ada kerusi rehat disediakan di dalam gua yang gelap ini tetapi ramai yang tak perasan kehadirannya di situ. |
Tak banyak sebenarnya gambar yang boleh diambil di dalam gua yang gelap ini dengan kamera kami yang tak begitu canggih itu. Kami juga bertemu dengan ramai pengunjung yang tercungap-cungap di tangga gua kerana mereka datang dari arah yang bertentangan dengan laluan kami. Ada sesetengahnya memang nampak macam dah nak pengsan. Maklumlah kalau datang dari arah itu, memang lebih banyak tangga mendaki berbanding menurun yang perlu dilalui. Kerana itulah kita sangat disarankan menggunakan guide kalau nak explore ke dalam gua ini.
Tengok sajalah beberapa gambar yang dikira menjadi yang kami ambil di dalam gua yang gelap ini...
Myself dan Husband bukanlah kaki hiking. Malah kami tak buat apa-apa persediaan pun macam excercise seadanya sebelum datang ke Gua Niah. Bila kena memanjat turun-naik tangga begini memang terkejutlah urat-urat saraf seluruh badan. Dekat seminggu jugalah tegang kaki kami selepas balik dari Gua Niah. Plaster Salon Pas memang menjadi teman setia. Masa memanjat naik-turun di gua ini juga kami dah terfikir tentang trip ke Taman Negara Bako dekat Kuching selepas ini. Begini juga ke nanti?!
Syukurlah handphone kita yang bateri dah tak berapa nak dapat bertahan itu tak buat hal dalam gua yang gelap ini...
Pengalaman turun-naik tangga dalam gua yang gelap ini memang sesuatu yang sukar untuk dilupakan. Pada landing 4 flight tangga turun-naik yang terakhir untuk keluar dari Hell Cave, Myself terpaksa berhenti untuk meminta nyawa. Lembik dan bergetar-getar lutut dibuatnya. Waktu itu Husband dan Amza dah agak jauh ke depan. Takkanlah pulak kita nak tinggal seorang-seorang dalam gua yang gelap ini. Gagah-gagahkanlah juga diri untuk berjalan perlahan-perlahan turun naik tangga itu menuju keluar dari Hell Cave.
|
Pemungut Sarang Burung |
Alhamdulillah, akhirnya selamat juga Myself sampai ke bawah tangga. Tapi kesengsaraan belum berakhir sebab nak berjalan ke pintu gua masih jauh lagi!
|
Nampak siksa betul kita berjalan kat situ, kan? |
|
Terbongkok-bongkok kita melangkah... Syukurlah sebab lutut masih kuat. |
|
Sempat lagi Husband jerit suruh posing kat situ. |
Disebabkan Myself dan Husband dah tak berdaya lagi nak turun-naik tangga, kami memutuskan untuk menamatkan explorasi Gua Niah kami di sini. Tak berdayalah rasanya nak pergi ke Painted Cave yang terletak 1 km di belakang Great Cave ini untuk melihat lukisan purba kat sana. Lebih-lebih lagi sebab kata Amza, tangga turun naik dalam Painted Cave itu lebih mencabar dari tangga di dalam Great Cave ini. Maklumlah Painted Cave adalah sebenarnya sebuah gua lain di dalam sebuah gua.
Sebelum keluar kita berhenti rehat sekejap kat tepi rumah peninggalan Tom dan Barbara Harrison ini... Ada Amza offer nak bawa pergi tengok bilik mandi Tom dan Barbara Harrison yang menggunakan air gunung di belakang rumah ini. Tapi tak naklah Myself pergi ke situ dengan lutut yang dah lembik dan longgar macam ini.
|
Tumpang berehat kejap kat rumah Tom & Barbara Harrison ini. Rasa tak gamak nak duduk kat tangga sebab banyak tahi kelawar. |
|
Papan keterangan tentang syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pengusaha sarang burung. |
Sebelum meninggalkan Great Cave, Amza mencadangkan supaya kami posing macam Simba di dalam cerita Lion King kat atas sebuah tebing batu berdekatan. Cuma Husband je yang ikut Amza panjat ke atas batu itu sebab Myself dah memang tak berdaya lagi. Bila tengok Husband dan Amza posing macam itu, ramai pulak pengunjung-pengunjung ke Great Cave yang nak meniru aksi kami. Hahaha!
|
Gaya Simba yang berani posing sampai kat hujung tebing batu. |
|
Ini pulak gaya Simba yang gayat-gayat posing atas batu. Hahaha! |
Maka berakhirlah pengembaraan kami melawat ke dalam Great Cave di Gua Niah. Walau lembik lutut, memang satu achievement yang membanggakan bagi kami sampai ke sini. Tapi in the future taubat tak nak buat dah hiking-hiking macam ni lagi!!
|
Goodbye, Great Cave! |
Bersambung ke Bahagian 11...
CATATAN PERJALANAN SARAWAK (2022):
No comments:
New comments are not allowed.