Saturday, 12 March 2022

2022 MIRI & KUCHING BHG. 12 (MYY - KCH)

Februari 2022

SARAWAK, MALAYSIA
Miri & Kuching

Bahagian 12 : Second Leg
MIRI - KUCHING

HARI KETIGA (1)

Part 26: Hari Terakhir Di Miri

Hari ini adalah hari terakhir kami berada di kota Miri. Walau hanya lawatan singkat 3 Hari 2 Malam, kami benar-benar enjoy dengan program lawatan kami di Miri. Cuaca yang baik pada pagi ini juga membolehkan kami menikmati sepuas-puasnya pemandangan kesibukan Sungai Miri dari bilik penginapan kami di Pullman Miri Waterfront Hotel.

Sungai Miri
Tugboat yang sentiasa kelihatan gagah menarik kapal-kapal besar di Sungai Miri.
Kami tak punya apa-apa program hari ini selain perjalanan menuju ke Kuching pada petang nanti. Disebabkan kami tak mengambil breakfast package di hotel, kita cuma breakfast makan Maggi sambil menikmati pemandangan Sungai Miri yang cantik di luar sana.

Pemandangan pagi dari Pullman Miri Waterfront Hotel.
Breakfast in style sambil menikmati pemandangan indah Sungai Miri.
Macam-macam kapal kami lihat menggunakan Sungai Miri pagi ini menuju ke Laut China Selatan.

Pada pukul 12 tengahari, kami check-out dari hotel. Amza dah sedia menanti untuk membawa kami ke Airport Miri.

Check-out dari hotel
 Goodbye, Pullman Miri Waterfront Hotel

Part 27: Kek Lapis Siti Payung

Salah satu souvenir yang popular untuk dibawa pulang bagi sesiapa yang berkunjung ke Sarawak adalah Kek Lapis. Jadi sebelum menuju ke airport, Amza membawa kami singgah ke sebuah kedai kek lapis popular di Miri yang bernama Siti Payung. Kedai ini sebenarnya terletak dekat sangat dengan Miri Pullman Waterfront Hotel.

Miri Waterfront
Kedai Kek Lapis Siti Payung
Kek Lapis terbaik dijual di sini.
Bermacam jenis Kek Lapis dijual di sini. Selain Kek Lapis, makanan-makanan tradisi Sarawak yang lain pun ada.

Berbagai jenis Kek Lapis dijual di sini
Sampel Kek Lapis
Berbagai makanan tradisional yang lain pun ada
Kiub Gula Apong
Sirap Gula Apong
Paling excited bila kita jumpa Mee Kolok Sarawak yang instant. Mee Kolok juga adalah makanan popular di Sarawak tetapi kami tak berkesempatan nak mencuba. Bila ada mi instant macam ini bolehlah kita cuba kat rumah nanti.

Memuktamadkan urusniaga di Siti Payung

Part 28: Miri Airport

Selepas itu barulah kami dibawa terus menuju ke Airport. Airport Miri terletak kira-kira setengah jam dari bandar Miri.

Times Square Miri
Perjalanan menuju ke Airport
Central Park Miri
Bye-bye, Mimi & Riri
Arah ke Lapangan Terbang
Kami tiba di Airport pada pukul 1 tengahari. Di sinilah kami berpisah dengan Amza, Tour Guide yang setia bersama kami selama perjalanan 3 Hari 2 Malam di Miri. Terima kasih, Amza. Sehingga berjumpa lagi nanti.

Terima kasih, Amza dari Brighton Travel & Tour for your excellent service.
Perjalanan kami dari Miri ke Kuching juga adalah menggunakan Malaysia Airlines. Memang relax kalau travel naik Malaysia Airlines berbanding naik Air Asia. Tak payah nak terkocoh-kocoh check-in awal untuk mengelak dari didenda. Kalau tak ada kemudahan untuk berbuat begitu, boleh buat check-in masa di airport saja.

Pintu masuk ke airport
Ambil-ambil gambar dulu...
Suasana di dalam airport
Berjalan menuju ke security check.
Kaunter check-in Malaysia Airlines
Airport di Miri nampak kurang sibuk kerana tak banyak kapalterbang besar turun di sini. Tapi dari sini ada banyak penerbangan dengan kapalterbang kecil seperti MASWings untuk pergi ke kawasan-kawasan pedalaman di seluruh Sarawak.

Borneo Heritage
Kedai Coklat
Kerusi-kerusi urut
Boarding Pass penerbangan kami dari Miri ke Kuching
Disebabkan ketika itu dah masuk waktu Zohor, kami bersolat Jamak dulu Zohor dan Asar di Surau Airport. Selepas itu barulah kami makan tengahari di Restoran Marrybrown yang terletak di sebelah surau.

Restoran Marrybrown
Lunch
Kenangan di Miri Airport. Gan Kira ini adalah sebenarnya sebahagian dari Gua Niah yang kami tak sampai ke situ sebab dah tak larat nak berjalan semalam.
Lepas dah makan barulah kami masuk ke Pintu Perlepasan. Oleh kerana penerbangan dari Miri ke Kuching dikira sebagai penerbangan domestik, tak perlulah kita melalui pemeriksaan imigresen.

Masuk ke Pintu Perlepasan
Jadual penerbangan. Ada banyak penerbangan domestik menggunakan MASWings dari sini ke pelbagai destinasi di seluruh Sarawak.

Part 29: Dari Miri Terbang Ke Kuching

Pesawat kami MH 2805 dari Miri ke Kuching sepatutnya berlepas pada pukul 3.20 petang. Tengah-tengah menunggu di Boarding Gate terdengar pulak announcement yang penerbangan ini delay sehingga ke pukul 4.10 petang disebabkan masalah teknikal. Kalau kita dengar penerbangan delay disebabkan masalah teknikal, memanglah hati menjadi suspen. Tapi selalunya masalah-masalah teknikal ini bukanlah besar dan serius, cuma disebabkan peraturan keselamatan penerbangan yang ketat, ia perlu diatasi sebelum pesawat dibenarkan terbang.

Panggilan masuk ke dalam pesawat
Disebabkan SOP Covid, penumpang dipanggil masuk ke pesawat mengikut zon tempat duduk. Kita yang duduk di bahagian depanlah yang paling lewat dipanggil masuk dan paling awal keluar dari kapalterbang.

Berjalan menuju ke Pintu Pesawat
Pesawat yang membawa kami dari Miri ke Kuching
Goodbye, Miri Airport
Beratur nak masuk ke dalam kapalterbang
Seperti yang diberitahu, pesawat kami berlepas dari Miri menuju ke Kuching pada pukul 4.10 petang. Penerbangan dijangka memakan masa 1 jam. Begitulah sebenarnya betapa besarnya negeri Sarawak. Walau terletak di dalam negeri Sarawak yang sama, jarak dari Miri ke Kuching adalah sama dengan jarak dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu di Kelantan.

Kami juga pernah diberitahu oleh Tour Guide kami, Amza yang perjalanan berkereta dari Miri ke Kuching memakan masa 12 jam. Kalau nak singkatkan perjalanan kena bawa kereta naik feri menyeberang sungai di satu dua lokasi di dalam perjalanan. Mungkin perjalanan ini akan lebih mudah bila Lebuhraya Pan Borneo yang sedang dalam pembinaan siap kelak.

Berlepas dari Miri
Terbang menuju ke Kuching
Merentas Laut China Selatan
Sajian Penerbangan
Kapten pesawat memohon maaf atas kelewatan yang terjadi. Menurut kapten lagi, cuaca sepanjang perjalanan dari Miri ke Kuching adalah berawan dan dijangka penerbangan akan mengalami kegoncangan. Aduh, suspen kita dengar. Dahlah lama kita tak naik kapalterbang ni! Tapi itu cuma ramalan kapten berdasarkan maklumat cuaca yang diberi. Penerbangan sebenar kami dari Miri ke Kuching lancar tak bergoncang.
 
Menghala ke selatan
Cuaca yang berawan
Melepasi Bintulu
Selfie dalam kapalterbang
Satu pemandangan menarik yang dapat kita lihat dalam penerbangan ini ialah Sungai Rejang yang merupakan sungai yang terbesar dan terpanjang di Malaysia. Sungai ini terletak berhampiran bandar Sibu di Sarawak.

Sungai Rejang
Sungai yang panjang dan berlingkar
Melepasi bandar Sibu
Selepas melepasi Sibu, kita terbang sekali lagi merentas Laut China Selatan untuk menuju ke Kuching.

Merentas Laut China Selatan sekali lagi
Hampir tiba ke Kuching
Alhamdulillah, kami selamat tiba di Kuching pada pukul 5.10 petang. Pemandangan di luar sewaktu menghampiri Kuching sangat indah dengan pemandangan matahari yang hampir terbenam.

Beautiful sunset
Sungai Sarawak
Menghampiri Bandaraya Kuching
Pemandangan Kuching dari udara
Selamat mendarat di Kuching
Welcome To Kuching International Airport
Bersiap sedia untuk berdikit-dikit keluar dari pesawat mengikut SOP Covid-19.


  Bersambung ke Bahagian 13...



No comments: