Monday, 4 April 2022

2022 PERLIS & PENANG BHG. 01 (KL - AS - Kangar)

Mac 2022

PERLIS & PENANG, MALAYSIA
Kangar & George Town

Bahagian 1: Departure
KUALA LUMPUR --> ALOR SETAR --> KANGAR

Selepas melawat Sarawak yang merupakan negeri yang terbesar di Malaysia bulan lepas, kita berpeluang pula melawat ke dua buah negeri yang paling kecil di Malaysia ~ Perlis dan Pulau Pinang pada bulan ini. Peluang ini sebenarnya datang secara tidak dijangka bila Myself terpaksa mengikut Boss membuat satu lawatan kerja di sini. Sambil ikut lawatan kerja dengan Boss, kita buat juga lawatan jalan-jalan makan angin dengan Husband.

Peta perjalanan kami ke utara Tanah Air

HARI PERTAMA (1)

Part 1: Kuala Lumpur - Alor Setar

Walaupun perjalanan kerja bermula hari Isnin, Myself dan Husband bergerak ke Kangar seawal hari Sabtu untuk membolehkan kami berjalan-jalan dulu di sekitar negeri Perlis. Disebabkan tak ada airport di Kangar, terpaksalah kita terbang ke Alor Setar dulu dari Kuala Lumpur. Kami memilih terbang menggunakan Air Asia kerana jadualnya yang paling best berbanding jadual penerbangan Malaysia Airlines. Bila memilih terbang dengan Air Asia, terpaksalah perjalanan bermula dari KLIA2.

KLIA2
Disebabkan ketika itu cuma weekend biasa, suasana KLIA2 tidaklah begitu sibuk. Walaupun PKP telah berlalu, penangan Covid-19 ke atas kegiatan perniagaan masih terkesan. Di sana-sini masih ada kedai-kedai yang ditutup dan belum bangun lagi untuk memulakan perniagaan seperti dulu. Di antaranya termasuklah restoran kegemaran ramai di KLIA2 ~ MacDonald's.

Tiba di KLIA2
Pendaftaran MySejahtera dan pemeriksaan suhu badan masih dilaksanakan di pintu masuk ke Kaunter Daftar Masuk
Maklumat perlepasan pesawat
Daftar masuk menggunakan mesin untuk mendapatkan Bag Tag
Lekat dulu Bag Tag pada beg
Disebabkan dah lama tak fly dengan Air Asia, terkial-kial kita sewaktu membuat self check-in di mesin Air Asia. Macam dah lupa step yang perlu diambil untuk membuat self check-in.

Kaunter check-in kami
Masa ini kaunter nampak macam sunyi-sepi. Tapi sebaik lepas check-in dan pandang ke belakang, ada ramai pulak orang tengah beratur di belakang kami!
Check-in sendiri bagasi dengan dibantu oleh petugas Air Asia
Lepas dah check-in, tibalah masa untuk kita cari breakfast.  Mula-mula kami bercadang nak breakfast kat Restoran Mamak yang terletak di tingkat atas Perlepasan Antarabangsa itu, tapi dah tak beroperasi rupanya. Jadi sebagai alternatif, kita breakfast di Food Court KLIA2 saja.

Food Court di KLIA2
Pemandangan dari Food Court
We miss you, Air Asia! Benci-benci rindu sebenarnya...
Seronok tengok banyak gerai di Food Court dah beroperasi semula. Semoga kita bersama-sama bangkit semula selepas wabak Covid-19.
Gerai pilihan Husband pagi itu
Roti Canai
Mee Goreng
Selepas makan barulah kami bergerak menuju ke Pintu Perlepasan. 

Perlepasan Dalam Negeri
Menuju ke Pintu Perlepasan
Travelator
Boarding Pass ke Alor Setar
Pintu Perlepasan kami ke Alor Setar adalah menerusi Pintu J8. Dekat sebelah pintu ini ada sebuah kedai yang menjual kurma dan barangan makanan lain yang berasal dari benua Arab sana. Sementara menunggu panggilan masuk, kita tinjau-tinjau dulu apa yang dijual di dalam kedai ini.

Kedai Saudagar Kurma
Pemandangan di dalam kedai Saudagar Kurma
Beli Buah Kiwi Kering untuk bekalan perjalanan menuju ke Kangar kelak.
Pesawat kami ke Alor Setar macam full house pagi ini. Tapi Myself perhatikan kebanyakan penumpang terdiri dari anak-anak muda yang mungkin dalam perjalanan untuk kembali ke universiti. Maklumlah kedudukan airport Alor Setar sangat strategik dengan beberapa buah universiti terkemuka di sebelah utara sana seperti Universiti Utara Malaysia di Kedah dan Universiti Malaysia Perlis. Universiti Teknologi Mara pun ada di kedua-dua negeri Perlis dan Kedah.

Pintu J8
Maklumat penerbangan di Pintu J8
Pemandangan di Pintu J8
Pemandangan dari Pintu J8
Pesawat yang akan membawa kami ke Alor Setar tiba di Pintu Perlepasan
Final Call
Berjalan masuk ke dalam pesawat
Penumpang masuk ke dalam pesawat
Penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Alor Setar dijangka memakan masa 1 jam. Disebabkan semua penumpang telah masuk, pesawat kami bergerak meninggalkan KLIA2 pada pukul 11 pagi, awal 15 minit dari jadual.

Bergerak menuju ke Alor Setar
Demonstrasi keselamatan oleh anak-anak kapal
Bergerak menuju ke runway
Berlepas ke udara
Pemandangan kedua-dua menara kawalan di KLIA1 dan KLIA2 dari udara
Meninggalkan KLIA
Terbang menuju ke utara
Terbang di celah awan
Kepulan-kepulan awan
Sajian penerbangan dan Inflight Sales
Disebabkan penerbangan ini agak singkat ~ cuma 1 jam ~ kami tak membeli sebarang makanan atas flight. Disebabkan tak sibuk nak makan, bolehlah kita enjoy menikmati pemandangan di luar sana. Pemandangan di luar juga sangat indah, lebih-lebih lagi kerana cuaca sangat baik pada pagi itu.

Terbang di atas Selat Melaka
Persisiran pantai Negeri Perak
Muara sungai
Sungai Perak agaknya
Pemandangan sawah padi di daerah Kerian di Perak
Satu pengalaman menarik dalam penerbangan ini ialah ketika kita dapat melihat kedua-dua buah Jambatan Pertama dan Jambatan Kedua di Pulau Pinang. Disebabkan kita datang dari arah selatan, jambatan pertama yang kita lihat ialah Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Jambatan Kedua Pulau Pinang
Permulaan Jambatan Kedua Pulau Pinang di Seberang Perai
Nama rasmi Jambatan Kedua Pulau Pinang ini ialah Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Ia menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dengan Batu Maung di Pulau Pinang
Pulau yang kelihatan di pertengahan Jambatan Kedua ini ialah Pulau Aman dan Pulau Gedung
Pemandangan keseluruhan Jambatan Kedua Pulau Pinang
Pulau Jerejak
Kemudian barulah kita dapat melihat Jambatan Pertama Pulau Pinang yang terletak lebih ke utara. Ia menghubungkan Butterworth di Seberang Perai dengan Gelugor di Pulau Pinang.

Jambatan Pertama Pulau Pinang
Penghujung Jambatan Pertama di Gelugor, Pulau Pinang
Selepas melintasi Jambatan Pertama Pulau Pinang, pesawat kami membelok masuk ke Negeri Kedah untuk menuju ke Alor Setar.

Membelok menuju ke Negeri Kedah
Pulau Pinang
Kapal berlayar di Selat Melaka
Tiba di Negeri Kedah
Kedah adalah Negeri Jelapang Padi di Malaysia. Oleh itu, pemandangan yang dapat dilihat sebaik masuk ke negeri ini adalah sawah padi yang terbentang luas saujana mata memandang.

Pemandangan sebahagian bandaraya Alor Setar juga dapat dilihat sewaktu pesawat mula terbang turun untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar.
 
Menara Alor Setar
Bandaraya Alor Setar
Bersedia untuk mendarat
Pemandangan sawah padi semakin menggamit sewaktu kita menghampiri Lapangan Terbang Alor Setar.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT. Pesawat kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar pada pukul 12 tengahari.

Selamat mendarat di Lapangan Terbang Alor Setar
Pemandangan sewaktu pesawat bergerak menuju ke bangunan Terminal
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar
Daulat Tuanku
Semua penumpang dibenarkan turun sebaik pesawat berhenti di bangunan terminal. Pelik juga bila melihat peraturan penumpang turun berdikit-dikit seperti sebelum ini tidak diamalkan di dalam pesawat ini. Dah tak ada keperluan lagi kot untuk penjarakan begitu sekarang? Peraturan itu masih terpakai sewaktu kami menaiki pesawat ke Sarawak tak lama sebelum itu pada awal bulan Februari lalu.

Bersiap-sedia untuk turun dari pesawat
Disebabkan kita duduk di bahagian belakang, kita turunlah dari pesawat menggunakan tangga dari pintu belakang. Excited juga rasanya kerana inilah kali pertama Myself sampai di airport ini kembali setelah sekian lama. Sewaktu kali terakhir datang ke Alor Setar dulu, kami menggunakan keretapi ETS dan tidak menaiki kapalterbang.

Turun tangga pesawat
Pesawat Air Asia yang membawa kami ke Alor Setar
Berjalan menuju ke Terminal
Masih berjalan menuju ke Terminal
Thank you, Air Asia
Menuju ke Balai Ketibaan

Part 2: Dari Alor Setar Menuju Ke Kangar

Perjalanan kami hari ini tidak berakhir di Alor Setar. Dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar, kami menaiki sebuah teksi pula menuju ke kota Kangar yang merupakan ibu kota bagi Negeri Perlis.

Selamat Datang Ke Alor Setar
Menuju ke Negeri Perlis
Kepala Batas, Kubang Pasu
Lebuhraya PLUS
Pemandangan dari Lebuhraya
Satu lagi pemandangan indah dari Lebuhraya
Masih menuju ke utara
Plaza Tol Jitra
Kami keluar dari Lebuhraya di Jitra menuju ke bandar Kangar.
 
Selamat Datang Ke Kubang Pasu
Persimpangan
Kubang Pasu
Arah ke bandar Kangar
Sawah padi yang sedang menguning

Part 3: Tiba di Perlis

Selepas berkereta kira-kira setengah jam, kami tiba di negeri Perlis. Sekali lagi Myself merasa excited kerana kali terakhir Myself datang ke sini mungkin dah lebih 10 tahun dulu. Bolehlah kalau dikatakan kita dah tak ada memory langsung tentang negeri Perlis.

Selamat Datang ke Negeri Perlis
Sempadan Negeri Perlis
Daulat Tuanku
Sewaktu melalui bandar Arau di Perlis, kita dapat melihat replika Bunga Emas yang dijadikan perhiasan di sebuah roundabout di bandar ini. Perlis dan Kedah pernah menjadi jajahan Siam pada masa dahulu. Pada ketika itu, Perlis adalah sebahagian dari Negeri Kedah. Sultan Kedah pula akan menghantar ufti dalam bentuk Bunga Emas seperti ini setiap tahun kepada Raja Siam sebagai balasan terhadap perlindungan yang diberi oleh baginda kepada Negeri Kedah.

Bunga Emas
Perjalanan ke bandar Kangar
Universiti Malaysia Perlis
Pintu masuk ke Universiti Malaysia Perlis
Tiba di Bandar Kangar
Sebaik tiba di Kangar, kami terus menuju ke hotel penginapan kami yang bernama Sri Garden Hotel. Hotel ini adalah sebuah hotel 2 bintang yang terletak di tengah bandar. Kami memilih tinggal di sini kerana hotel yang berbintang di Kangar terletak jauh dari bandar. Disebabkan kami tak membawa kereta, susah juga nanti nak bergerak seperti mencari makanan kalau dah tinggal jauh dari bandar. Selepas meriki-riki pilihan yang ada di Booking.com dan Agoda, kami memilih untuk menginap di Sri Garden Hotel.

Hotel Sri Garden
Pintu masuk ke Hotel Sri Garden
Reception Counter
Lobi yang simple di Hotel Sri Garden
Pemandangan menghala ke luar dari lobi hotel
Disebabkan hotel ini cuma 2 bintang, bilik penginapannya agak sempit. Mujurlah masih ada  sedikit ruang untuk bersolat. Kagum juga bila melihat ada kemudahan seperti TV, Seterika dan Peti Ais disediakan dalam bilik. Dari pengamatan kami juga sewaktu menginap di sini selama 2 malam, ramai juga orang yang memilih tinggal di sini. Bas rombongan pun ada yang datang menginap di sini.

TV dan kemudahan untuk membancuh teh
Katil
 Shower pressure di hotel ini memang best!
Kopi percuma turut disediakan di dalam bilik
Yang kurang best sikit mungkin saiz biliknya yang sempit
Pemandangan kota Kangar dari bilik kami


 Bersambung ke Bahagian 2...


No comments: