Februari 2022
SARAWAK, MALAYSIA
Miri & Kuching
Bahagian 18: Kuching (6)
SARAWAK RIVER CRUISE 1
HARI KEEMPAT (5)
Part 46: Teminal Bako
Tak seperti sewaktu kedatangan pagi tadi, setibanya di Kampung Bako, bot membawa kami ke Terminal Bako yang merupakan pintu masuk masuk rasmi ke Taman Negara Bako.
|
Tiba di Terminal Bako |
Sebenarnya ada urusan pendaftaran yang perlu dibuat di sini sebelum pengunjung masuk ke Taman Negara Bako. Disebabkan kami tak melalui terminal ini pada pagi tadi, Abang Adam terus membuat urusan yang perlu setibanya kami di sini. Seperti yang Myself ceritakan dulu, perkhidmatan bot ke Taman Negara Bako diusahakan oleh penduduk Kg Bako. Kalau tak buat urusan yang sepatutnya di sini, terjejas pulak mata pencarian penduduk yang berkenaan nanti.
|
Pemandangan dari Terminal Bako |
Sewaktu menunggu Abang Adam berurusan, Myself dihampiri oleh seorang wanita yang bertanya sama ada kami ingin ke Taman Negara Bako. Kecewa sungguh dia bila Myself memberitahu yang kami baru balik dari sana. Rupa-rupanya dia sedang mencari kawan untuk berkongsi bot ke Taman Negara. Myself tak pasti berapa sebenarnya tambang bot yang dikenakan untuk pergi ke Taman Negara Bako kerana kami mengambil pakej dengan syarikat pelancongan tempat Abang Adam bekerja dan segala-galanya telah dibayar di sana. Mahal agaknya kalau nak sewa bot seorang sahaja ke sana.
|
Tempat menunggu bot di Bako Terminal |
|
Kaunter Tiket di Bako Terminal |
Bila semuanya dah selesai, barulah kami bertolak balik ke bandaraya Kuching. Ada ramai pengunjung yang kami lihat di Pasar Bako petang itu. Kata Abang Adam, petang-petang begini memang ramai orang datang membeli ikan segar di Bako kerana nelayan baru pulang dari menangkap ikan.
|
Jualan ikan segar di Pasar Bako |
|
Perjalanan pulang ke Kuching |
|
Melintasi Jambatan Jalan Keruing sekali lagi |
|
Tiba di bandaraya Kuching |
|
Bandaraya Kuching senyap dan sunyi pada hari ini kerana Cuti Tahun Baru Cina. Kami diberitahu suasana sunyi begini juga boleh dilihat pada perayaan Hari Gawai yang disambut oleh masyarakat Iban di Sarawak. |
Program kami yang seterusnya ialah membuat Sarawak River Cruise. Disebabkan Cruise ini berlepas pada pukul 5.30 petang, Abang Adam membawa kami pulang ke hotel dulu untuk berehat.
Part 47: Cat Hunting
Sebelum membawa kami ke hotel setibanya di Kuching, Abang Adam membawa kami membuat Cat Hunting dulu. Kata Abang Adam ada 16 buah patung kucing di Bandaraya Kuching dan dia nak membawa kami melihat kesemuanya.
|
Ada 2 ekor patung kucing depan bangunan Majlis Bandaraya Kuching Selatan. |
Walaupun Kucing menjadi ikon bandaraya Kuching seperti Kuda Laut menjadi ikon bandaraya Miri, nama Kuching tidak berasal dari haiwan kucing seperti yang kita sangka. Nama Kuching sebaliknya berasal dari buah Mata Kucing yang banyak terdapat di tebing Sungai Sarawak pada masa dulu. Nama ini diberikan oleh James Brooke yang fascinated dengan buah Mata Kucing yang betul-betul kelihatan seperti mata seekor kucing. Maklumlah, Orang Putih macam James Brooke mana pernah jumpa buah Mata Kucing kat negara asal mereka. Dalam bahasa pertuturan penduduk Melayu Sarawak, haiwan kucing dipanggil Usak manakala dalam bahasa Iban pula, haiwan kucing dipanggil Mayau. Jadi nama 'Kuching' memang tak ada kena-mengena dengan haiwan kucing yang sebenar.
|
Ada 2 buah patung kucing lagi dekat dengan bulatan ini. |
|
Kucing yang nak memanjat pokok |
|
Bulatan |
|
Kata Abang Adam, kucing yang ini akan dipakaikan dengan baju tradisional mengikut setiap perayaan yang diraikan. Pada hari ini dia memakai Cheongsam sempena perayaan Tahun Baru Cina. |
|
Kucing yang mematuhi SOP dengan memakai face mask |
Kemudian Abang Adam membawa kami ke Padungan yang merupakan The Original China Town Of Kuching. Di sinilah pendatang-pendatang dari negara China bertapak sewaktu tiba di Kuching pada masa dahulu. Disebabkan kawasan ini adalah China Town, suasana perayaan Tahun Baru Cina sangat meriah di sini.
|
Padungan |
|
The Original China Town of Kuching |
Di Padungan ada sebuah tugu dengan 4 buah patung kucing di kakinya.
|
Tugu di Padungan |
Dan akhir sekali, kita melihat Tugu Kucing yang original bagi bandaraya Kuching di depan Hotel Grand Margherita. Ada 9 buah patung kucing pada Tugu ini kerana sewaktu ia dibina Sarawak terdiri dari 9 Bahagian pemerintahan. Sarawak sekarang terdiri dari 12 Bahagian pemerintahan. Mungkin keluarga kucing ini dah perlu menambah 3 ekor anak lagi sekarang.
|
Tugu Kucing yang original di depan Hotel Grand Margherita |
Part 48: Sarawak River Cruise (Part 1)
Tepat pukul 4.30 petang seperti yang dijanjikan, Abang Adam datang menjemput kami di Hotel Grand Margherita untuk membuat Sarawak River Cruise. Cruise ini bermula dari Kuching Waterfront, jadi terus saja kami dibawa ke sana.
|
Ada mural yang menarik pada dinding kedai di sana |
|
Mural Keluarga Orang Utan naik kereta sorong |
|
India Street Pedestrian Mall |
|
Patung kucing yang futuristik di Kuching Waterfront |
|
Kucing Modern Art |
|
Tiba di Kuching Waterfront |
|
Kuching Waterfront |
Kami berdua memang suka buat cruise. Tapi cruise-cruise yang singkat begini sajalah. Belum berpeluang dan belum ada keinginan untuk membuat cruise yang panjang berhari-hari kat tengah laut sana.
|
Jom masuk ke dalam... |
Bot Sarawak River Cruise ini setinggi 2 tingkat. Seperti juga orang lain, sampai-sampai saja terus kami naik ke atas.
|
Suasana di tingkat bawah |
|
Ruang buffet. River Cruise ini ada beberapa jenis pakej termasuk yang ada makan malam. Cruise yang kami naiki ini tak ada buffet. |
|
Tangga naik ke tingkat atas. |
|
Bahagian depan bot di tingkat atas. |
|
Berjalan menuju ke tempat penumpang di tingkat atas |
|
Kapten bot |
Malangnya tempat duduk di tingkat atas ini semua dah penuh. Awal betul mereka semua datang nak booking tempat duduk yang best di situ.
Disebabkan bimbang tempat duduk yang best kat bawah juga habis kena booking, cepat-cepat kami turun ke bawah. Rasa okey juga sebenarnya duduk di tingkat bawah ini sebab ada air-cond.
|
Sebelum memulakan perlayaran, semua penumpang diberi hidangan percuma. |
|
Jus Oren dan Kek Lapis Sarawak |
Bersambung ke Bahagian 19...
CATATAN PERJALANAN SARAWAK (2022):
No comments:
New comments are not allowed.