Sunday, 13 March 2022

2022 MIRI & KUCHING BHG. 13 (Kuching Waterfront)

Februari 2022

SARAWAK, MALAYSIA
Miri & Kuching

Bahagian 13 : Kuching (1)
KUCHING WATERFRONT

HARI KETIGA (2)

Part 30: Kuching Airport

Kami tiba di Kuching pada pukul 5.10 petang. Disebabkan ketibaan dari Miri dikira sebagai ketibaan domestik, kita tak perlu melalui pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang Kuching.

Lapangan Terbang Kuching
Pemandangan di dalam airport
Oleh kerana ketibaan dari Miri dikira sebagai ketibaan domestik, kita tak perlu melalui pemeriksaan imigresen.
Tempat pengambilan bagasi
Bagasi dah sampai
Disebabkan kami dah beberapa kali datang ke Kuching sebelum ini, kami tak menempah Full Tour di sini. Kami hanya menaiki teksi sendiri dari airport ke hotel penginapan kami.

Naik teksi ke hotel penginapan
Lapangan Terbang Kuching

Part 31 : Grand Margherita Hotel

Dah 7 tahun rasanya Myself tak datang ke Kuching. Sepanjang perjalanan menuju ke hotel, memang Myself rasa Kuching dah banyak berubah.

Perjalanan menuju ke bandar Kuching
Bangunan Sultan Iskandar
Tugu Kucing di tengah pusat bandaraya
Riverbank Hotel
Riverside Majestic Hotel
Hotel penginapan kami sewaktu di Kuching adalah Grand Margherita Hotel. Hotel ini juga kami tempah menggunakan Agoda. Ini memang hotel favourite Myself di Kuching. Sebelum ini pun kalau Myself datang ke Kuching untuk tujuan kerja, Grand Margherita jugalah hotel yang menjadi pilihan penginapan. Bukan apa... kita memang sukakan location hotel ini yang central kepada segala-galanya.

Grand Margherita Hotel
Lobi Hotel Grand Margherita
Check-in ke Hotel Grand Margherita
Bilik yang kami tempah menerusi Agoda juga adalah sebenarnya bilik city view. Maklumlah, itulah bilik yang paling murah dalam pilihan yang ada. Tapi bila kita nego-nego dengan staff hotel macam juga seperti di Hotel Pullman Waterfront di Miri hari itu, kami diberi free upgrade ke bilik riverview. Alhamdulillah.

Koridor ke bilik penginapan
Bilik penginapan kami di Hotel Grand Margherita
Pemandangan Sungai Sarawak dari bilik penginapan kami

Part 32 : Asma Cake House

Walaupun kami dah beli Kek Lapis di Miri tadi, bila dicongak-congak sewaktu dalam flight ke Kuching tadi, masih tak cukup. Maklumlah ramai yang berpesan supaya kami membeli Kek Lapis bila mereka tahu yang kami nak pergi ke Sarawak. Oleh itu, agenda pertama kami sebaik tiba di Kuching adalah nak mencari Kek Lapis lagi.

Bersiap-sedia nak pergi beli Kek Lapis
Tugu Kucing yang famous ini terletak betul-betul kat depan Hotel Grand Margherita.
Atas cadangan dari concierge di Grand Margherita, kami memilih untuk mencari Kek Lapis dekat-dekat kawasan Kuching Waterfront saja. Lepas beli Kek Lapis nanti boleh lepak-lepak pulak kat Kuching Waterfront yang happening itu.

Berjalan menuju ke arah Kuching Waterfront
Gunung Serapi rasanya di sana
Pemandangan indah menghala ke Sungai Sarawak
Kuching
Jalan-jalan di kota Kuching
Gerai-gerai makan di Kuching Waterfront
Kata concierge di Hotel Grand Margherita tadi, ada beberapa buah kedai Kek Lapis yang famous kat sebelah sana.
Kami terus shopping di kedai kek lapis yang pertama kami jumpa di Jalan Main Bazaar berdekatan dengan Kuching Waterfront. Nama kedai ini Asma Cake House. Lega bila kami mendapati kedai ini masih dibuka. Risau juga tadi kalau-kalau kedai kek lapis kat Kuching ni dah tutup. Maklum sajalah sebab ketika itu jam dah pun hampir pukul 6.30 petang dan esok pulak adalah public holiday Tahun Baru Cina.

Asma Cake House
Banyak Kek Lapis dijual di sini
Kerepek Bawang
Kek-kek Lapis ini memang berwarna-warni
Kaunter pembayaran
Pemandangan di depan Asma Cake House bila malam menjelang
Bangunan dengan mural yang menarik
Truly Sarawak

Part 33 : Kuching Waterfront

Seperti yang dirancangkan kami terus melepak di Kuching Waterfront selepas selesai membeli Kek Lapis. Tempat ini adalah destinasi popular dengan pelancong di Kuching, jadi memang ada ramai orang di sana.

Bila malam menjelang dan lampu-lampu dinyalakan, pemandangan di Kuching Waterfront menjadi lebih magical. Pengunjung juga semakin ramai yang tiba. Maklumlah ramai yang seperti kami mengambil kesempatan melancong ke Sarawak pada cuti Tahun Baru Cina.

Bangunan yang sangat menarik perhatian di Kuching Waterfront ini adalah Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang terletak di seberang Sungai Sarawak. Lampu-lampu yang dipasang pada bangunan ini juga memang cantik di malam-malam begini.

Pemandangan menghala ke bandaraya Kuching juga cantik bila dipandang dari Kuching Waterfront.

Semakin malam menjelang, pemandangan semakin indah... Angin sungai yang bertiup sepoi-sepoi bahasa juga ketika itu memang mendamaikan.

Di sebelah bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak ada sebuah jambatan pejalan kaki yang dinamakan Jambatan Darul Hana. Mengikut sejarahnya Darul Hana adalah nama lama kawasan Kuching sewaktu masih di bawah Kesultanan Brunei pada masa dulu. Nama Kuching yang digunakan pada hari ini diperkenalkan oleh James Brooke sewaktu dia memerintah sebagai Raja Sarawak.

Jambatan ini masih belum dibina kali terakhir Myself datang ke Kuching dulu. Begitulah lamanya kita tak datang ke Kuching! Jambatan ini juga menarik kerana ia sentiasa bertukar-tukar warna di malam begini.

Di sekitar Kuching Waterfront juga ada banyak hiburan. Berbagai-bagai karekter kegemaran dewasa dan kanak-kanak ada di sini. Kalau nak bergambar dengan mereka, bayar sajalah seikhlas hati dalam bekas yang disediakan. Paling kelakar adalah melihat Transformer menari-nari mengikut irama Dangdut.

Malam semakin larut dan dah tiba masa untuk kami pergi dinner. Walaupun ada banyak gerai makan di sepanjang Kuching Waterfront, tak ada yang kena dengan selera kami. Maklumlah bak kata Husband, makanan yang dijual semua cater kat selera orang muda. Kita pulak sedar diri yang kami memang tak muda lagi. Hahaha!

Teringin juga sebenarnya nak pergi makan seafood dan Pucuk Midin kat foodcourt popular di Kuching yang bernama Top Spot itu. Tapi bak kata pemandu teksi kami dari airport tadi, mungkin banyak gerai tak dibuka sebab hari ini adalah Chinese New Year Eve. Jadi kami membuat keputusan untuk dinner di RJ Cafe yang terletak dekat-dekat dengan Hotel Grand Margherita juga. Myself dan rakan-rakan selalu makan di situ sewaktu kami datang bekerja dulu tetapi Husband belum pernah lagi. Sebelum keluar dari Hotel untuk beli Kek Lapis tadi pun memang dah menjenguk ke arah RJ Cafe. Cafe ini memang dibuka hari ini. Jadi marilah kita ke sana saja untuk dinner.

Sewaktu meninggalkan Kuching Waterfront kami lalu berdekatan sebuah kuil Cina yang bernama Tua Pek Kong Temple. Meriah betul suasana di temple ini sempena sambutan Tahun Baru Cina esok.

Tua Pek Kong Temple
Sambil lalu dekat temple kita baca sejarah yang tertulis pada papan keterangan di situ. Menurut ceritanya kuil ini yang dibina menghadap air dan gunung mempunyai Feng Shui yang baik. Ia telah wujud di pekan Kuching sejak tahun 1770 dan telah diubahsuai berkali-kali. Walaupun bangunan di sekelingnya musnah dibom oleh Tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua, Tua Pek Kong Temple tetap berdiri tak terusik.

Suasana di temple ini sangat meriah dengan sambutan Tahun Baru Cina yang akan diraikan esok.
Penganut-penganut temple yang datang berkunjung
Kami melintasi Hotel Grand Margherita dalam perjalanan menuju ke RJ Cafe. Kita ambil kesempatan tinggalkan sebentar Kek Lapis yang dibeli pada concierge untuk disimpan sementara. Balik ke bilik nanti baru kita ambil.

Berjalan menuju ke RJ Cafe

Part 34 : RJ Cafe

RJ Cafe ada ramai pengunjung pada malam itu. Semua mejanya penuh sewaktu kami tiba. Tapi syukurlah sebab tak lama kami menunggu ada pengunjung yang habis makan dan bangun dari meja.

RJ Cafe
Suasana di dalam RJ Cafe
Satu lagi suasana di dalam RJ Cafe
Makanan di RJ Cafe memang sedap. Husband yang cerewet pasal makanan pun tak habis-habis memuji makanan kat sini. Susah tu nak tengok Husband memuji makanan begitu. Siap bagi pujian lagi kepada staff di cafe sewaktu membayar makanan kami.

Dinner
Husband cukup puas hati dengan makanan di RJ Cafe

Part 35 : Pulang Ke Hotel

Selepas makan di RJ Cafe kami pulang ke hotel. Memang tak dinafikan yang tak seperti di Miri yang agak sepi di malam hari, suasana malam di bandaraya Kuching memang sangat meriah.

Pelancong bergambar dengan Tugu Kucing
Pulang ke Grand Margherita Hotel
Lobi Grand Margherita Hotel
Sebelum balik ke bilik, kami bersiar-siar dulu menikmati suasana dekat swimming pool.


Dah puas bersiar-siar barulah kami balik ke bilik. Pemandangan malam Sungai Sarawak dari bilik kami di malam hari begini juga sangat superb.

Pemandangan Sungai Sarawak
Selamat malam, Kuching.
Kilat memancar di kejauhan sana.


  Bersambung ke Bahagian 14...


No comments: