Januari 2017
BRUNEI DARUSSALAM (2nd Visit)
Bandar Seri Begawan
Bahagian 1: Bandar Seri Begawan (1)DISCOVERY BRUNEI
Part 1: Percutian Keluarga Ke Brunei Darussalam
Pengembaraan pertama bagi tahun 2017 adalah percutian keluarga ke Brunei Darussalam. Brunei menjadi destinasi pilihan kerana ramai ahli keluarga yang tidak pernah sampai ke sana dan ramai yang nak melihat sebuah "Negara Islam".
Pada awalnya, memang ramai yang berminat nak menyertai percutian ini. Namun kita sedia maklum bahawa walaupun Brunei adalah negara jiran yang serumpun, ia bukanlah negara yang murah untuk dikunjungi bagi rakyat Malaysia kerana kadar pertukaran matawangnya yang sangat tinggi di mana nilainya pada ketika ini adalah BND1=RM3. Oleh kerana kita menjadi Tour Leader, kita cubalah atur sebaik mungkin program lawatan keluarga ini.
Memandangkan kita tak boleh tinggal lama di Brunei kerana kosnya mahal tetapi ingin memaksimakan "pengalaman Brunei" dalam percutian ini, Myself dan Husband memutuskan untuk menggunakan pakej percutian Royal Brunei Holidays anjuran syarikat penerbangan Royal Brunei. Kalau menggunakan Air Asia ataupun Malaysia Airlines, kuranglah sikit "pengalaman Brunei" ni kerana kedua-duanya syarikat penerbangan Malaysia. Lagipun kami pernah menggunakan pakej percutian Royal Brunei Holidays dalam kunjungan pertama ke sana dalam tahun 2007 dulu.
|
Pejabat Royal Brunei di Kuala Lumpur |
Pada mulanya Myself dan Husband bercadang nak membawa ahli keluarga bercuti ke Bandar Seri Begawan dan ke kawasan minyak Brunei di Seria dan Kuala Belait serta berkunjung juga ke Empire Hotel & Country Club yang mewah itu. Namun disebabkan kekangan kos dan juga terdapat ahli rombongan yang datang dari Perak serta beberapa ahli yang masih menuntut dan tak pasti bila cuti mereka akan bermula ketika itu, percutian ini perlu diatur menggunakan cuti umum 3 hari dalam perayaan Tahun Baru Cina. Tapi masalahnya bila travel sewaktu cuti perayaan begini adalah tiket penerbangan yang mahal.
Akhirnya selepas menimbangkan pelbagai faktor dan berurusan beberapa kali dengan pihak Royal Brunei Holidays, kami akhirnya terpaksalah settle down dengan percutian 3 Hari 2 Malam di Bandar Seri Begawan sahaja dengan pakej Discovery Brunei. Tapi kalau niat kita baik, memang Allah SWT mudahkan segalanya bagi kita walaupun kita diberi ujian terlebih dahulu....
HARI PERTAMA
Part 2: Royal Brunei Ke Bandar Seri Begawan
Seperti yang dirancang, kami terbang ke Brunei Darussalam pada hari perayaan Tahun Baru Cina yang jatuh pada hari Sabtu, 28 Januari 2017. Namun bagi keluarga yang datang dari Perak, perjalanan perlu dimulakan sehari lebih awal. Pada malam Jumaat lagi mereka telah tiba di Kuala Lumpur.
Seawal pukul 7.30 pagi pada hari yang ditetapkan, kumpulan kecil yang diuruskan oleh kami bertolak menuju ke KLIA menggunakan Family Service KLIA Airport Limo yang telah ditempah sehari lebih awal.
|
Perjalanan menuju ke KLIA |
|
Dalam Family Van KLIA Airport Limo. |
|
Tiba di KLIA |
Seperti yang diarahkan, semua ahli rombongan berkumpul di KLIA pada pukul 9 pagi. Rombongan ini terdiri dari 14 orang ahli keluarga dari pelbagai peringkat usia. Walaupun begitu, ramai juga ahli keluarga lain yang hadir untuk menghantar kami di KLIA.
|
Ahli keluarga yang datang menghantar ke KLIA |
|
Taklimat dari Tour Leader. |
|
Bergambar dengan Makcik dan Cousin. |
Selepas taklimat diberi, semua ahli rombongan bergerak ke kaunter check-in Royal Brunei. Disebabkan kami menggunakan pakej percutian Royal Brunei Holidays, urusan check-in sangat mudah kerana semua maklumat kami telah ada di dalam sistem Royal Brunei. Penumpang Royal Brunei ni juga tak seramai penumpang Malaysia Airlines. Jadi tak perlu beratur panjang masa nak check-in.
|
Check-in di kaunter Royal Brunei |
Sewaktu check-in, kami diberitahu yang pesawat kami yang sepatutnya bertolak pada pukul 12.15 tengahari mengalami delay dan dijadualkan bertolak pada pukul 1.15 petang pulak. Mujurlah sejam saja lewatnya.
|
Sesi bergambar sebelum bergerak masuk ke Boarding Gate |
|
Selfie beramai-ramai pulak. |
|
Bergerak masuk ke Perlepasan Antarabangsa. |
|
Bye-Bye! Jumpa lagi bila kami balik ke Malaysia. |
Oleh kerana pesawat kami berlepas menerusi Pintu C6, terpaksalah kita naik Aerotrain menuju ke Bangunan Satelit KLIA. Excited ahli-ahli rombongan sebab mereka jarang mendapat peluang naik Aerotrain ini.
|
Boarding Pass ke Bandar Seri Begawan |
|
Dalam Aerotrain di KLIA. |
|
Pemandangan Bangunan Satelit dari Aerotrain. |
|
Tiba di Bangunan Satelit |
Pesawat yang membawa kami ke Brunei, Royal Brunei BI 872 lewat tiba dari Bandar Seri Begawan. Tak lama selepas semua penumpang dari Bandar Seri Begawan keluar, kami dipanggil masuk ke dalam pesawat.
|
Inflight Magazine Royal Brunei |
Pesawat yang membawa kami ke Brunei adalah dari jenis Airbus 320. Tak ada personal monitor disediakan di setiap tempat duduk kelas ekonomi, yang ada hanya ada overhead monitor yang disediakan selang setiap dua baris kerusi.
Walaupun macam tak ramai orang sewaktu check-in di KLIA tadi, rupa-rupanya pesawat ini adalah full flight. Kebanyakan penumpang pesawat ini adalah penumpang-penumpang yang membuat transit di KLIA dalam perjalanan ke Brunei. Mereka dah check-in dari airport di mana mereka memulakan perjalanan, patutlah tak ramai yang check-in di KLIA bersama kami tadi.
|
Sejuk je tengok uniform pramugari Royal Brunei yang proper menutup aurat. |
|
Unik pulak kerusi pesawat Royal Brunei ni. Ada cermin disediakan di setiap tempat duduk. |
Oleh kerana semua penumpang dah masuk ke dalam pesawat, kami mula bergerak meninggalkan KLIA pada pukul 1.00 tengahari. Sebelum berlepas, Doa Perjalanan dibaca dalam pesawat. Doa yang dibaca adalah versi Doa Perjalanan yang lengkap, kapalterbang Qatar Airways yang pernah kami naik dulu pun tak baca Doa Perjalanan selengkap ini rasanya. Kalau Emirates pulak, doa perjalanan hanya dipapar di monitor saja (macam Malaysia Airlines juga). Teringat pulak yang masa kami naik Emirates ke Kuwait baru-baru ini, promosi inflight entertainmentnya lebih hebat dari doa yang dipaparkan. Selamat sungguh rasanya bila mendengar doa perjalanan begini dibaca sebelum memulakan perjalanan.
|
Menuju ke runway untuk perlepasan |
|
Meninggalkan KLIA. |
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bandar Seri Begawan memakan masa 2 jam. Pesawat kami berlepas dari KLIA pada pukul 1.15 petang dan tiba di Brunei pada pukul 3.15 petang.
Alhamdulilllah, cuaca agak baik sewaktu kami berlepas dari KLIA walaupun seluruh Malaysia sedang mengalami musim tengkujuh yang agak teruk pada masa sekarang. Cuaca sepanjang perjalanan juga agak baik sehingga pesawat dapat terbang dengan tenang sehingga sampai ke Brunei.
Sepanjang perjalanan juga, Myself dan Husband merasa cukup aman dan tenteram kerana kami dapat duduk bersama seorang pelajar agama perempuan rakyat Brunei yang kalau tak salah sedang pulang bercuti dari pusat pengajiannya di Mesir. Sepanjang penerbangan, dia sentiasa membaca Al Quran.
|
Tenang sungguh rasanya bila melihat Adik yang duduk di kerusi sebelah membaca Al Quran dalam penerbangan. |
Dari gaya pembacaannya, kami merasa dia bukan sekadar membaca dan menghayati kandungan Al Quran yang dibaca. Malah, dia juga seperti sedang berusaha menghafaz ayat yang dibaca. Telahan kami juga disokong dengan sikap pelajar ini yang menolak makanan yang dihidang kepadanya dalam pesawat. Ini juga adalah ciri seorang penghafaz Al Quran yang amat menjaga makanan yang diberi kepada mereka. Penghafaz Al Quran hanya akan memakan makanan yang mereka pasti benar-benar Halal sejak dari sumbernya.
|
Cuaca di luar sangat berawan kerana musim tengkujuh yang sedang melanda. |
|
Immigration card yang perlu diisi oleh pengunjung asing ke Brunei Darussalam. |
|
Pramugara Royal Brunei sedang menghidangkan sajian penerbangan. |
|
Makanan tengahari di dalam pesawat. |
|
Inflight Entertainment. |
|
Minum teh pulak. |
|
Terbang merentas Laut China Selatan |
|
Tak seperti di Semenanjung Malaysia, cuaca sangat baik di Laut China Selatan. |
|
Pelantar minyak muncul dalam pandangan bila pesawat menghampiri Brunei Darussalam. |
Selepas terbang kira-kira 2 jam, pesawat Royal Brunei kami tiba di Brunei. Tak seperti pemandangan sewaktu kita tiba di bandar-bandar utama lain di Asia Tenggara, pemandangan di bawah sana sangat tenang dan damai.
|
Tiba di Brunei Darussalam |
|
Pemandangan Bandar Seri Begawan dari udara. |
|
Selamat mendarat di Brunei Darussalam. |
|
Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei |
Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei kecil jika dibandingkan dengan KLIA. Hanya ada beberapa buah kapalterbang sahaja yang ada di airport ketika itu sehingga ada ahli rombongan yang bertanya: "Takkan banyak ini je kapalterbang kat Brunei ni?".
|
Pesawat Royal Brunei yang membawa kami ke Bandar Seri Begawan. |
|
Turun dari pesawat |
Brunei sangat mementingkan penggunaan Bahasa Melayu. Tulisan Jawi juga sentiasa digunakan pada setiap papan tanda, termasuklah di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
|
Pemandangan di Brunei Airport |
|
Wakil dari Royal Brunei Holidays dah sedia menanti kami di Lapangan Terbang. |
Wakil dari Royal Brunei Holidays yang bernama Iwan dah sedia menanti sewaktu kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Dengan menggunakan sebuah bas mini, kami dibawa ke hotel penginapan kami, Times Hotel.
|
Keluar dari bangunan Airport |
|
Berjalan mendapatkan bas. |
|
Dalam bas menuju ke hotel |
|
Pemandangan sewaktu meninggalkan Lapangan Terbang menuju ke hotel penginapan. |
Part 3: Times Hotel
Hotel penginapan kami di Brunei Darussalam adalah sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang bernama Times Hotel. Ia terletak kurang 5 minit perjalanan dengan bas dari Lapangan Terbang.
|
Bulatan di depan Brunei Airport. |
|
Pemandangan Lapangan Terbang Brunei dari simpang masuk menuju ke Times Hotel. |
Times Hotel terletak di atas sebuah shopping complex popular di Brunei yang bernama Times Square. Kedua-duanya berkongsi bangunan yang sama. Shopping Complex berada di Ground Floor dan Tingkat 1, manakala Times Hotel pula berada di Tingkat 2 dan Tingkat 3. Tingkat paling tinggi bangunan ini (Tingkat 4) pula menempatkan sebuah Cineplex.
|
Hotel penginapan kami, Times Hotel yang terletak di atas shopping complex Times Square. |
|
Pemandangan dekat Times Hotel. |
|
Pintu masuk ke Times Square |
Antara perkara pertama yang dimaklumkan kepada kami sebaik tiba di Brunei ialah larangan merokok di tempat awam. Anda boleh didenda sehingga BND 300 jika ditangkap merokok di Brunei. Jika gagal membayar denda, pesalah boleh dipenjara sehingga 3 minggu bagi kesalahan ini. Disebabkan larangan ini, rokok juga tidak dijual di seluruh Brunei Darussalam.
Selain rokok, arak juga tidak dijual di seluruh Brunei semenjak negara ini mengamalkan Undang-undang Syariah pada tahun 2012. Pelancong juga hanya dibenarkan membawa arak masuk ke Brunei untuk kegunaan sendiri dalam kuantiti yang kecil. Bekalan arak ini selalunya dibawa masuk oleh pelancong dari Sarawak.
|
Larangan merokok dikuatkuasa di seluruh Brunei Darussalam. |
Lobi hotel terletak di Tingkat 2. Disebabkan pengangkutan yang digunakan untuk membawa kami adalah sebuah bas mini, kenderaan kami dapat naik sehingga ke pintu depan lobi.
|
Lobi utama Times Hotel. |
|
Oleh kerana kenderaan yang digunakan untuk membawa kami adalah bas mini, bas dapat membawa kami sehingga ke depan pintu lobi. |
|
Registration Counter |
|
Pemandangan di lobi hotel. |
Walaupun bertaraf 3 bintang, bilik hotel ini agak luas dan selesa. Hotel ini juga adalah di antara beberapa buah hotel di Brunei Darussalam yang membolehkan Triple Sharing. Kami dimaklumkan, tak banyak hotel di Brunei yang mempunyai Triple Sharing. Seperti Hotel Ibis yang menjadi penginapan kami di Dubai dulu, ia terletak jauh dari pusat bandar. Namun Times Square yang terletak di bawahnya cukup lengkap memenuhi keperluan bagi para pengembara.
|
Bilik di Times Hotel luas dan selesa. Tilam dan bantalnya pun best. |
|
Bilik Triple Sharing di Times Hotel juga luas dan selesa. |
Part 4: Times Square
Kami tidak mempunyai sebarang itinerari lawatan pada petang itu. Disebabkan kami tiba agak lewat disebabkan flight delay dan matahari di Brunei tenggelam awal sekitar pukul 6.30 petang, Myself dan Husband tak dapat mengatur sebarang program tambahan pada petang itu seperti perancangan awal kami.
Makanya, acara kami pada petang itu adalah Free & Easy. Kami cuma berehat di bilik masing-masing sebelum berkumpul semula untuk dinner pada pukul 7 malam.
Makan Malam pada hari pertama juga adalah di bawah tanggungan sendiri. Disebabkan Times Hotel bersambung dengan Times Square yang mempunyai banyak restoran di dalamnya, tak sukar bagi kami mencari tempat makan.
|
Pemandangan di Times Square |
|
Times Square ini terletak di tingkat bawah Times Hotel |
Tempat tumpuan kami untuk makan pada malam itu adalah Food Court di Times Square. Ada beberapa gerai disediakan di Food Court ini. Tapi disebabkan penduduk Brunei tak ramai, Food Court ini kelihatan lengang. Ini juga menjadi satu pemandangan yang agak janggal bagi kami kerana kalau di Malaysia, Food Court di Shopping Mall pasti akan sentiasa penuh dengan pelanggan.
|
Food Court di Times Square |
|
Makan Malam di Times Square |
|
Food Court di Times Square kecil dan lengang walaupun Times Square adalah salah sebuah tempat shopping yang popular di Brunei. |
|
Bershopping selepas makan malam. |
|
Pemandangan di Times Square |
|
Kedai roti di Times Square |
Bersambung ke Bahagian 2 ...
CATATAN PERJALANAN BRUNEI (2nd VISIT) (2017):