Tuesday, 5 June 2012

2012 SINGAPORE 2nd VISIT

Jun 2012

SINGAPORE  (2nd VISIT)
Singapore City & Universal Studios

Lawatan pertama ke Singapura pada tahun 2011 hanyalah lawatan singkat. Maka, timbul hasrat untuk datang lagi melawat Kota Singa ini. 

Pada mulanya Myself mengajak Kakak dan keluarga berkunjung ke sana, tetapi disebabkan komitmen tertentu, beliau dan Abang Ipar tak dapat turut serta. Kakak sebaliknya mencadangkan supaya Myself pergi membawa anak-anaknya.

Akhirnya ahli rombongan ini terdiri dari Myself dan Husband serta 5 orang budak di bawah umur yang terdiri dari 3 orang anak kakak, seorang anak Adik dan juga Adik Tiri. Suasananya macam rombongan budak-budak sekolah melawat ke Singapore.

HARI PERTAMA

Part 1: Singapore City Tour 


Kami berlepas dari LCCT Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Changi di Singapore dengan menaiki pesawat Air Asia.

Rombongan budak sekolah nak melawat Singapore di LCCT Kuala Lumpur
Berjalan nak naik ke kapalterbang
Happy betul budak sorang ni nak naik flight ke Singapore
Flight Air Asia kami ke Singapore
Penerbangan ke Singapore agak singkat, cuma 45 minit saja. Oleh kerana penerbangan kami berlepas pada masa tengahari, Myself telah order pre-booked meal untuk kami semua dalam flight. Bila semua dah makan tengahari, nanti tak apalah kalau tiba lewat sikit ke hotel. 

Disebabkan banyak sangat Landing Card yang kena diisi sebelum melepasi Imigresen Singapura, kami agak terlewat keluar dari Airport.

Kaunter imigresen di Changi Airport
Wakil travel agent dah sedia menunggu sewaktu kami keluar dari Airport. Dengan menaiki van, kami dibawa terus ke hotel penginapan kami, Fragrance Hotel Selegie yang terletak di Little India.

Naik van ke hotel
Hotel penginapan kami, Fragrance Hotel di Selegie Road, Little India
Rumah pangsa di depan hotel. Tak macam rumah flat di Malaysia yang sentiasa nampak orang keluar-masuk ke bangunan, rumah pangsa ni nampak sunyi sepi.

SINGAPORE FLYER 

Sebaik letak beg dalam bilik hotel dan selesai solat, kami semua keluar dari Hotel. Pada waktu yang ditetapkan, Van datang untuk membawa kami ke Singapore Flyer.

Pemandangan di pusat bandaraya Singapura
Singapore Flyer adalah sebuah Ferris Wheel yang sangat besar seperti London Eye yang famous tu. Ia adalah Ferris Wheel yang terbesar di dunia, di mana kemuncaknya adalah setinggi bangunan 42 tingkat.

Singapore Flyer
Dari kemuncak Singapore Flyer, anda boleh melihat seluruh Singapura dan Pulau Batam sehinggalah juga negeri Johor. Satu pusingan lengkap Singapore Flyer memakan masa kira-kira sejam.

Pod Singapore Flyer
Kaunter tiket Singapore Flyer
Walau bagaimanapun, kami tak naik Singapore Flyer ni. Cukup sekadar melihat dari luar.

Untuk naik Singapore Flyer, anda perlu naik ke tingkat atas bangunan
Singapore Flyer bergerak perlahan tanpa henti, walaupun untuk membolehkan penumpang naik ke dalamnya

DUCK TOUR 

Kami sebaliknya memilih Duck Tour dari Singapore Flyer. Duck Tour adalah satu pengalaman unik di mana kami membuat City Tour dengan menaiki sebuah kenderaan amphibious yang berbentuk seperti bot. Kenderaan ini boleh bergerak di atas darat dan di dalam air.

Kenderaan Duck Tour
Bilik meununggu sebelum menaiki Duck Tour
Beratur menaiki Duck Tour
Pemandangan di dalam kenderaan Duck Tour
Duck Tour membawa kami bersiar-siar di kawasan berhampiran Sungai Singapura. Banyak pemandangan yang dilihat sewaktu Duck Tour bergerak di darat.

Marina Bay Sands Singapore
Esplanade
Bangunan-bangunan pencakar langit di Singapore City
Pengembaraan menjadi semakin menyeronokkan bila Duck Tour masuk ke dalam Sungai Singapura.

Duck Tour masuk ke Sungai Singapura
Antara bangunan moden yang dibina di tepi Sungai Singapura
Pemandangan Singapore Flyer dari Duck Tour di sungai
Marina Bay Sands
Melintasi Duck Tour lain di Singapore River
Bangunan berbentuk bunga Lotus di Esplanade
Melintasi Merlion yang menjadi simbol Singapura.
Di sinilah perlumbaan Formula 1 Singapura diadakan setiap tahun
Landasan di mana Duck Tour kembali naik ke daratan
Selepas selesai naik Duck Tour, kami mula merasa lapar lalu mencari tempat yang sesuai untuk minum petang.

Di Singapore Flyer ini ada sebuah Food Court yang dinamakan Singapore Food Trail, tapi sewaktu kami menjenguk ke dalam tak nampak pulak mana-mana kedai yang menjual makanan Halal.

Singapore Food Trail
Seronok betul budak-budak ni berjumpa dengan signboard Perak Road di Singapore Food Trail
Kami akhirnya bertemu dengan Popeye Restaurant yang menjual fast food Halal. Jadi kami membuat keputusan untuk makan di situ.

Pemandangan di dalam Popeye Restaurant

Part 2: City Bus Tour 

Ada berbagai jenis Singapore Tour yang ditawarkan dari Singapore Flyer. Ada Duck Tour, Bus Tour dan juga Tram Tour. Selepas makan, memandangkan masih ada masa terluang, kami membuat keputusan untuk mencuba City Bus Tour pulak.

Bas yang kami naiki adalah bas 2 tingkat yang tidak berbumbung. Dah pasti kami duduk di tingkat atas. Kebetulan cuaca pada petang itu juga cukup nyaman, tak panas dan tak pulak hujan.

Bas Topless yang kami naiki dalam Singapore City Tour
Walaupun bandaraya Singapura sangat moden, Kerajaan Singapura juga mementingkan kehijauan. Jadi sesuatu yang mencabar bila naik bas dua tingkat ni ialah apabila bas lalu di kawasan yang berpokok rendang. Kami terpaksa menunduk dan mengelak takut terkena dahan-dahan pokok.

Pemandangan dari atas bas
Orchard Road, Singapore
Bersedia nak mengelak dahan pokok.
Kami turun dari bas ni di Suntec City, lalu mencuba perkhidmatan MRT Singapura yang terkenal tu balik ke Little India.

Stesen MRT Esplanade
Membuat pertukaran MRT di Stesen Dhoby Ghaut.
Excited betul budak-budak bila ternampak signboard Kerbau Road di Stesen Little India.
Stesen MRT Little India

Part 3: New Hawa Restaurant

Kami agak bertuah kerana memilih tinggal di Hotel Fragrance Selegie kerana tidak jauh dari hotel, ada beberapa buah restoran Muslim. Antara yang paling kerap kami kunjungi ialah New Hawa Restaurant yang terletak beberapa langkah saja dari hotel.

New Hawa Restaurant yang terletak tidak jauh dari Hotel Fragrance Selegie.

HARI KEDUA

Part 4: Universal Studios 


Ruang makan Hotel Fragrance Selegie agak kecil, jadi awal-awal lagi kami turun untuk breakfast supaya tak berebut dengan penginap yang lain. Di hotel ni tak ada buffet breakfast, cuma ada pilihan beberapa set makanan yang simple.

Breakfast di Hotel Fragrance Selegie
Kemudian, sementara menunggu waktu van pick-up ke Universal Studios, kami berjalan-jalan di sekitar Selegie Road.

Pemandangan Hotel Fragrance dari Selegie Road
Persimpangan Selegie / Sophia Road
Pemandangan di Selegie Road
Dengan menaiki van, kami terus dibawa ke Pulau Sentosa di mana letaknya Universal Studios. Cuaca walau bagaimanapun tidak menyebelahi kami kerana hujan turun pada pagi itu.

Pemandangan Pelabuhan Singapura yang dilalui dalam perjalanan ke Pulau Sentosa
Di Pulau Sentosa, van kami berhenti di Stesen Bas yang terletak di basement Universal Studios.

Stesen bas di Pulau Sentosa
Escalator ke Universal Studios
Pemandangan di luar Universal Studios
Oleh kerana Universal Studios belum dibuka ketika itu, kami berjalan-jalan dulu di luar sambil ambil-ambil gambar.

Sebaik pintu Universal Studios dibuka, kami terus ke Shrek 4-D.


Beratur untuk masuk ke Shrek-4D
Hujan masih turun selepas kami keluar dari Shrek 4-D.

Beraksi dengan raincoat di luar Istana Shrek
Kami seterusnya berhajat nak naik Transformers The Ride. Malangnya, terlalu ramai orang ketika itu. Staf yang bertugas di ride itu memberitahu waktu menunggu adalah 2 jam. Jadi kami beredar dulu untuk menyaksikan Lights, Camera, Action.

Pertunjukan Special Effects dalam Lights, Camera, Action
Selepas pertunjukan Lights, Camera, Action tamat, kami kembali ke Transformers tapi ternyata line menunggu masih 2 jam juga. Memikirkan pengunjung yang nak naik Transformers ni tak putus-putus, kami membuat keputusan untuk turut beratur.

Pengunjung yang beratur di belakang kami untuk naik Transformers
Aksi selepas beratur 45 minit
Aksi selepas beratur lebih sejam
Selepas beratur 1 jam 45 minit, akhirnya dapat juga kami naik kereta Transformers ni.
Kepenatan beratur 1 jam 45 minit dirasakan berbaloi selepas mengalami sendiri ride yang hebat ni. Walaupun bagi Myself, ini kali kedua naik Transformers, ia masih mengecutkan perut.

Sampai waktu makan tengahari, kami memilih untuk makan di restoran Marty's Casa del Wild yang menghidangkan pilihan makanan Halal. Sebenarnya di Universal Studios ini ada beberapa outlet makanan halal yang diiktiraf oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

Kaunter order makanan di Restoran Marty's Casa Del Wild
Menjamu selera di Restoran Marty's Casa Del Wild
Selepas makan, sambung balik Adventure di Universal Studios ni.

Penguin menari-nari di Madagascar
Naik ride di Madagascar
Persembahan di Sci-Fi City
Myself tak benarkan anak-anak saudara naik roller coaster Battlestar Galactica ni sebab ia nampak sangat menakutkan. Takut kita pulak sakit jantung tengok dia orang naik ride ni.
Kungfu Panda di luar kedai cenderamata
Kami sempat naik cawan pusing ni.
Myself tak join sewaktu budak-budak tu naik ride Mummy's Revenge di sini.
Disebabkan waktu lawatan kami ke Universal Studios agak terhad dan terlalu ramai pengunjung pada ketika itu, tak banyak ride yang dapat dicuba. Namun Myself masih berpuashati kerana dapat membawa anak-anak saudara ni menaiki Transformers.

Goodbye, Universal Studios.
Malam itu, masing-masing dah kepenatan. Kami hanya turun untuk makan malam di New Hawa Restaurant sebelum masing-masing tertidur keletihan.

HARI KETIGA

Part 5: Little India dan Bencoolen 

Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dengan Air Asia pada hari ketiga dijadualkan pada pukul 2.45 petang. Kami sengaja minta Travel Agent menghantar kami ke Airport awal untuk membolehkan kami lunch di sana.

Pada pagi itu, masih ada waktu terluang bagi kami berjalan-jalan di sekitar Little India dan Bencoolen.

Tak sangka masih ada pawagam macam ni di Singapore
Pemandangan di Little India
Rumah-rumah yang dibina sebelum Perang Dunia Kedua masih kekal di Little India.
Rumah Melayu lama di Bencoolen
Masjid di Bencoolen ini dibina di bawah sebuah hotel. Satu pengalaman baru bagi anak-anak saudara melihat masjid yang dibina begini.
Pemandangan di dalam Masjid Bencoolen
Restoran Hajjah Maimunah berhampiran Masjid Bencoolen
Pemandangan kawasan komersil di Bencoolen
Bangunan Nanyang Academy of Fine Arts

Part 6: Pulang Ke Kuala Lumpur

Dah puas berjalan, kami kembali ke hotel. Van kami tiba tepat pada masanya untuk membawa kami ke Changi Airport. Seperti yang dirancang kami makan tengahari di restoran KFC di sana.

Kaunter pendaftaran Air Asia di Changi Airport
Mungkin disebabkan semua penumpang telah masuk awal, penerbangan Air Asia kami berlepas 20 minit lebih awal dari jadual dan tiba di LCCT Kuala Lumpur juga 20 minit lebih awal dari jadual.

Tiba di LCCT, kami terus menguruskan kepulangan 3 anak Kakak dan adik tiri ke Ipoh dengan bas yang berlepas direct dari LCCT. Kemudian kami minum petang di Old Town White Coffee LCCT sambil menunggu Adik tiba untuk mengambil anaknya.

Akhirnya, kami tiba di rumah hampir waktu senja. Walau penat, cukup puas dengan percutian singkat ke Singapura ini.  



CATATAN PERJALANAN LAIN (SINGAPORE):