Friday, 16 February 2007

2007 BRUNEI

Februari 2007 

BRUNEI DARUSSALAM
Bandar Seri Begawan 

Percutian ke Brunei Darussalam sebenarnya berlaku pada musim Cuti Tahun Baru Cina. Ketika itu, husband tiba-tiba je ajak pegi holiday. Tapi disebabkan rancangan ini berlaku last minute, semua pakej holiday yang ada dah penuh. Hampir-hampir saja kami terpaksa berkurung kat rumah masa cuti panjang Chinese New Year tahun tu. 

Entah bagaimana, ketika husband surfing di internet, dia terjumpa pakej holiday ke Brunei anjuran Royal Brunei Airlines. Kos pakej 3 hari 2 malam termasuk penerbangan pergi-balik dengan penginapan di Empire Hotel & Country Club yang ditawarkan cuma RM 1,600 seorang. Murah sangat tu memandangkan Empire Hotel & Country Club adalah sebuah hotel mewah bertaraf 6 bintang.

Disebabkan tak percaya, husband terus menghubungi Royal Brunei Airlines. Harga pakej memang benar begitu, lalu percutian ke Brunei terus diuruskan.

Pesawat Royal Brunei Airlines yang membawa kami dari Kuala Lumpur ke Bandar Seri Begawan
Brunei International Airport, Bandar Seri Begawan
Dalam penerbangan, penumpang sering saja dirujuk sebagai "Awda". Rupa-rupanya "Awda" adalah singkatan bagi "Awang dan Dayang" ~ cara orang Brunei memanggil "Tuan-tuan dan Puan-puan". Begitu rupanya!!

Peta Negara Brunei
Satu tip lagi, matawang Brunei adalah setara dengan matawang Singapura. Jadi anda boleh membeli-belah di Brunei dengan menggunakan Singapore Dollar. 

Part 1: Empire Hotel & Country Club 

Dari luar lagi, Empire Hotel & Country Club amat mengkagumkan. Hotel ini milik Sultan Brunei dan kemewahan hotel ini jelas di mana-mana. Macam tak percaya kami dapat menginap di sini.

Jalan masuk ke bangunan utama hotel
Pemandangan di luar lobi hotel
Bellboy di lobi hotel
Husband sedang sibuk menangkap gambar pelbagai barangan mewah yang dipamerkan di lobi hotel.
Unta kristal bernilai USD 1 juta yang dipamerkan di lobi hotel. Mengikut papan kenyataan yang dipamerkan, hanya terdapat 3 unta kristal seperti ini di dunia: satu di Empire Hotel, Brunei; satu di Istana Sultan di Brunei dan satu lagi di Arab Saudi.
Bangunan hotel juga dipenuhi hiasan emas di mana-mana.

Tangga dari Lobi Utama turun ke Lobi Bawah
Pemandangan di Lobi Bawah
Pemandangan siling dari Lobi Bawah
Tiang bersalut emas di Lobi setinggi 2 tingkat
Selain bangunan utama, kompleks hotel juga mempunyai beberapa bangunan Annexe. Bilik penginapan kami terletak di salah sebuah bangunan Annexe ini yang dinamakan "The Lagoon".

Bangunan "The Lagoon" yang menempatkan bilik kediaman kami.
Tasik yang mengelilingi bangunan The Lagoon.
Pemandangan dari bilik penginapan kami.
Walaupun hanya bangunan Annexe, kemewahannya masih terserlah.

Lobi Bangunan The Lagoon
Pemandangan lobi bangunan The Lagoon dari tingkat atas.
Bilik Penginapan Kami
Mini Bar dalam Bilik Penginapan
Bath Tub
Bilik Mandi yang mewah.
Seluruh kompleks Hotel Empire juga dijaga rapi.

Landskap di Empire Hotel & Country Club
Pemandangan Blok Utama hotel dari kawasan kolam renang.
Kolam renang Empire Hotel & Country Club
Kolam renang Empire Hotel & Country Club
Beach Pool.

Part 2: Bandar Seri Begawan 

Bandar Seri Begawan adalah ibukota negara Brunei. Walaupun berstatus ibukota, ia amat tenang dan tidak sibuk seperti Kuala Lumpur.

Bandar Seri Begawan
Dewan Pertabalan
Istana Nurul Iman - tempat kediaman Sultan Brunei.

TAMU KIANGGEH

Selain dari Myself dan suami, rombongan kami turut disertai oleh sekumpulan pelancong dari Jerman yang datang ke Brunei dari Bangkok. Mereka terlupa menukar jam sewaktu tiba di Brunei (waktu di Bangkok adalah 1 jam lewat dari Brunei), menyebabkan perjalanan kami agak tergendala.Tempat pertama yang kami kunjungi adalah pasar terbuka yang dinamakan Tamu Kianggeh.

Tamu Kianggeh
Satu lagi pemandangan di Tamu Kianggeh.
Disebabkan budaya orang Brunei dan Malaysia hampir sama, kami tak nampak apa-apa perbezaan yang ketara di pasar ini.

Namun bagi pelancong Jerman yang datang bersama kami, banyak sayur yang kelihatan pelik kepada mereka. Malah, pemandu pelancong kami terperanjat melihat orang Jerman ini memakan taugeh mentah-mentah kerana menyangka ia adalah sejenis salad. 

ROYAL REGALIA MUSEUM

Royal Regalia Museum mempamerkan pelbagai barangan Kesultanan Brunei. Antara yang dapat dilihat adalah Royal Chariot, mahkota dan replika takhta Sultan.

Chariot ini digunakan dalam upacara pertabalan dan perkahwinan Diraja.
Cuma gambar Chariot sahaja dapat diabadikan di Royal Regalia Museum ini kerana fotografi tidak dibenarkan di kawasan lain.

MASJID HASSANAL BOLKIAH

Masjid Hassanal Bolkiah adalah masjid terbesar di Brunei. Ia dibina untuk memperingati ulangtahun pemerintahan Sultan Hassanal Bolkiah yang ke-25 tahun.

 

MASJID SULTAN OMAR ALI SAIFUDDIN 

Masjid ini adalah mercu tanda paling terkenal di Brunei. Dibangunkan pada tahun 1958, masjid ini dibina terapung di tengah-tengah sebuah lagoon buatan manusia.

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin adalah mercu tanda yang paling terkenal di Brunei.
Selepas melawat Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, kami dibawa makan tengahari di Millenium Restaurant.

Millenium Restaurant
Menunggu transport untuk membawa kami ke destinasi seterusnya selepas makan di Millenium Restaurant

KAMPUNG AYER 

Kampung Ayer di Bandar Seri Begawan dibina di atas Sungai Brunei. Ia adalah penempatan asal Bandar Seri Begawan dan masih dikekalkan sehingga sekarang.

Kampung Ayer mempunyai kira-kira 30,000 penduduk dan dilengkapi dengan kemudahan seperti rumah, masjid, sekolah, klinik, balai polis dan balai bomba. Penduduknya bergerak ke sana sini menggunakan sampan dan motorbot.

Surau di Kampung Ayer
Sekolah Menengah
Sekolah Agama
Penduduk tempatan bergerak ke sana sini dengan bot di Kampung Ayer
Suasana hujan di Kampung Ayer
Menaiki bot di dalam hujan di Kampung Ayer
Perkhidmatan kutipan sampah di Kampung Ayer
Sebenarnya tak banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Bandar Seri Begawan. Oleh yang demikian, pakej lawatan yang kami ikuti turut membawa kami ke Kampung Ayer semula di sebelah malam untuk menikmati pemandangan malam di sana. Malangnya, hujan turun agak lebat pada malam itu sehingga menyukarkan kami untuk menikmati pemandangan malam itu.

Pemandangan malam Bandar Seri Begawan dari Kampung Ayer
Oleh kerana malam itu hujan turun, kami turut diberi baju hujan sewaktu menaiki cruise di Sungai Brunei.
Cuma kami berdua saja yang berketurunan Melayu dalam kumpulan trip kami. Ahli-ahli rombongan yang lain terdiri dari pelancong-pelancong Barat.

KOMPLEKS YAYASAN 

Kompleks Yayasan adalah shopping mall terbesar di Brunei. Namun seperti juga tempat-tempat lain di Brunei, keadaannya lengang dan tidak sibuk. Suasananya bolehlah disamakan dengan shopping mall di sebuah pekan yang sederhana besar di Malaysia.

Kompleks Yayasan Shopping Mall. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin terletak bersebelahan dengan shopping mall ini.
Kompleks Yayasan Shopping Mall
Kompleks Yayasan Shopping Mall.

Part 3: Way of Life In Brunei 

Satu perkara yang diperhatikan di Brunei ialah kepatuhan terhadap ajaran agama Islam. Arak tidak langsung dijual di restoran-restoran di negara ini. 

Selepas makan, orang Jerman yang bersama kami telah meminta setin beer dari pelayan restoran tapi diberitahu arak tak dijual di sana. Dia kemudiannya bertanya kenapa pelancong Korea yang duduk di meja sebelah boleh minum bir? Rupa-rupanya pelancong Korea tu bawa beer sendiri ke restoran.

Kerajaan Brunei juga menggalakkan rakyat negaranya mengamalkan semangat kejiranan. Kerana itulah rumah-rumah di Brunei tidak mempunyai pagar. Kalau di Malaysia, konsep rumah tanpa pagar ini boleh dilihat di kuarters-kuarters Kerajaan di Putrajaya.  

Selain dari itu, kami diberitahu, Brunei juga tidak mempunyai industri berat dan mencemarkan  selain dari industri minyak. Walaupun Brunei kaya dengan minyak, kami tak nampak langsung telaga minyak di sana sehingga tiba waktu untuk pulang kerana lawatan kami hanya bertumpu di Bandar Seri Begawan sedangkan pusat industri minyak Brunei adalah di Seria.

Pemandangan di Airport Brunei.
Menunggu pesawat Royal Brunei untuk pulang ke Kuala Lumpur.