Februari 2012
THAILAND
Bangkok & Damnoen Saduak
Bahagian 1: Bangkok (1) & Damnoen Saduak
WAT ARUN, SILOM VILLAGE, DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET & ROSE GARDEN
Setelah sekian lama tak bercuti dengan Husband, kami dapat berjalan bersama ke Bangkok, Thailand. Percutian ini turut disertai seorang rakan pejabat, Nik.
HARI PERTAMA
Part 1: Bangkok
Penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Suvarnabhumi International Airport di Bangkok mengambil masa 2 jam.
|
Menghampiri Suvarnabhumi Airport di Bangkok |
|
Selamat mendarat di Suvarnabhumi Airport di Bangkok |
Keluar saja dari Boarding Gate di Airport Suvarnabhumi di Bangkok, kami terperanjat sebab ada notis bertulis "800m To Immigration". Jauhnya!!
|
Pemandangan dalam Airport Suvarnabhumi |
|
Lukisan-lukisan tradisional Thai menghiasi dinding di Airport Suvarnabhumi. |
|
Airport
Suvarnabhumi tidak mempunyai perkhidmatan Aerotrain seperti di KLIA.
Jadi memang penumpang terpaksa berjalan jauh menuju ke imigresen. |
Selepas keluar dari pemeriksaan imigresen dan mengambil beg, kami terus keluar dari pintu berhampiran. Ramai wakil-waki dari travel agent menunggu di situ, tapi tak ada pun yang menunggu kami. Terpaksalah kami hubungi nombor emergency yang diberikan oleh Travel Agent di Malaysia.
Rupa-rupanya guide kami, Panthip menunggu di Gate lain. Dalam panduan yang diberi kepada kami, tak pulak dinyatakan di Gate mana sebenarnya kami patut menunggu.
|
Menuju ke pusat bandar Bangkok |
|
Ada banyak masjid dilihat di Bangkok kerana 10% penduduk Thailand beragama Islam. |
Part 2: Restoran Sophia
Dari Airport kami terus dibawa ke sebuah restoran Muslim untuk makan tengahari. Bangkok terkenal dengan traffic jamnya dan kami merasai pengalaman traffic jam yang pertama sebaik masuk ke kawasan bandaraya.
|
Traffic jam di kota Bangkok. Gambar diambil dari kereta sewaktu terperangkap dalam jam. |
|
Traffic Jam |
Akhirnya selepas puas mengharungi traffic jam, sampailah kami ke Restoran Sophia.
|
Sophia Restaurant |
|
Ruang Makan di luar Restoran Sophia |
|
Mungkin kerana masih awal lagi, hanya kami saja tetamu di restoran ini ketika itu. |
|
Hidangan makanan tengahari di Restoran Sophia. |
Part 3: Wat Arun
Lawatan pertama ke Bangkok adalah ke Wat Arun. Panthip agak hairan kerana itinenary kami ada menyebut lawatan ke sini. Selalunya Muslim Tour tak ada itinerary ke sini, kata Panthip. Tak mengapa, tujuan kami cuma nak melihat tempat-tempat menarik di Bangkok saja.
|
Perjalanan menuju ke Wat Arun |
|
Tuk-tuk |
|
Antara tugu yang banyak terdapat di bandaraya Bangkok |
|
Kawasan berhampiran istana Raja Thai. |
Untuk
ke temple ini, kami menaiki sebuah bot tambang merentasi Sungai Chao
Phraya bersama-sama penduduk tempatan dan juga pelancong. Orang Thai
amat menghormati sami, jadi kami lihat sami-sami Buddha tak perlu
membayar langsung untuk naik bot ini.
|
Pasar di luar jeti di tepi Sungai Chao Phraya |
|
Pasar di dalam jeti |
|
Bot untuk menyeberang Sungai Chao Phraya |
|
Pemandangan dalam bot sewaktu menyeberang ke Wat Arun |
|
Kedai-kedai di tepi Sungai Chao Phraya. |
|
Pemandangan bot yang berulang-alik di Sungai Chao Phraya |
Wat Arun juga dikenali sebagai Temple of Dawn kerana kedudukannya yang terletak di sebelah barat Sungai Chao Phraya menjadikan ia tempat melihat matahari naik.
|
Pemandangan Wat Arun dari Sungai Chao Phraya |
|
Pemandangan kota Bangkok dari Menam Chao Phraya (panggilan Sungai Chao Phraya dalam Bahasa Thai). |
|
Suasana sewaktu bot menghampiri Wat Arun. |
|
Jeti di Wat Arun |
|
Tiba di Jeti Wat Arun |
|
Signboard di Wat Arun |
|
Perkarangan Wat Arun |
Nama Wat Arun diambil sempena nama Dewa Aruna yang sering digambarkan sebagai sinaran matahari terbit. Ia dibina pada kurun ke-17, namun senibina yang membuatnya terkenal seperti sekarang hanya dibina pada kurun ke-19 di bawah pemerintahan King Rama II.
|
Pintu masuk ke Wat Arun mempunyai 2 patung penjaganya yang dinamakan Yaksha |
|
Menara tinggi ini dinamakan Prang. Prang besar ini dikelilingi oleh 4 prang yang lebih kecil. |
|
Prang di Wat Arun dihiasi dengan kepingan-kepingan porcelain yang berwana-warni. |
|
Barang-barang sembahan Buddha di Wat Arun. |
|
Gerai cenderamata di Wat Arun |
|
Hujan lebat sedang turun di Wat Arun. |
|
Dalam bot sewaktu meninggalkan Wat Arun |
KEMBALI KE BANGKOK
Sewaktu kami tiba di Bangkok, bandaraya tersebut baru saja pulih dari banjir besar yang melanda pada tahun 2011. Namun begitu, kesan-kesan banjir ini masih dapat dilihat di sana-sini.
Dari semasa ke semasa, Bangkok juga masih dilanda hujan lebat. Hujan lebat juga turun sewaktu kami sedang melawat Wat Arun.
|
Pemandangan selepas hujan lebat setelah kami meninggalkan Wat Arun |
Part 4: Four Faced Buddha
Lawatan seterusnya adalah ke Four-Faced Buddha yang terletak di tengah-tengah pusat komersil Erawan di Bangkok. Tidak jauh dari sini terdapat Hotel Grand Hyatt Erawan. Menurut ceritanya, shrine ini dibina oleh pihak hotel untuk memastikan tiada karma buruk berlaku kerana hotel ini dibina pada tarikh yang kurang sesuai.
|
Gerai-gerai menjual barangan sembahan berdekatan Four-Faced Buddha. |
|
Four Faced Buddha di Erawan, Bangkok |
|
Pemandangan
keseluruhan Four-Faced Buddha. Patung Buddhanya kecil sahaja, tetapi
sangat dihormati oleh penganut-penganut Buddha di Thailand. |
|
Penganut-penganut Buddha turut meninggalkan peralatan-peralatan sembahan di sini untuk mendapatkan berkat. |
|
Landasan LRT di Bangkok sangat tinggi. Tren LRTnya juga lebih besar dari LRT di KL. |
|
Burung-burung
merpati untuk jualan berhampiran Four-Faced Buddha. Melepaskan burung
merpati dari sangkar juga adalah antara amalan penganut Buddha untuk
mendapatkan keberkatan. |
|
Nama rasmi Four-Faced Buddha adalah Thao Maha Brahma. Ia sebenarnya adalah kuil Hindu tetapi turut dihormati oleh penganut Buddha. |
Part 5: MBK Centre
Bangkok sebenarnya memang Shopping Paradise. Banyak pusat-pusat membeli-belah yang menarik di sini. Harga dan pilihan barang-barang yang ditawarkan amat jauh berbeza dengan Kuala Lumpur. Pada hari pertama di Bangkok, kami dibawa ke pusat membeli-belah terbesar di Bangkok, MBK Centre.
|
Pemandangan di MBK Centre |
|
Gembira bershopping di MBK Centre |
|
Perhiasan tradisional di hadapan MBK Centre |
Part 6: Silom Village
Mengikut perancangan asal, kami patut check-in ke hotel selepas bershopping di MBK Centre. Walau bagaimanapun, disebabkan kenderaan kami terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas, Panthip menukar rancangan untuk terus pergi makan malam di Silom Village.
Silom Village adalah sebuah kompleks pusat membeli-belah dan restoran yang dibina mengikut ciri budaya Thai. Di sini ada banyak aspek-aspek kebudayaan Thai yang dipamerkan untuk diperkenalkan kepada pengunjung.
|
Silom Village |
|
Ada banyak aspek-aspek kebudayaan Thailand yang diperlihatkan di Silom Village ini. |
|
Gerai cenderamata di Silom Village |
|
Makanan tradisi Thai |
|
Kuih-kuih tradisi Thai yang banyak persamaan dengan kuih-kuih Malaysia |
|
Demonstrasi masakan cara tradisional |
|
Kesenian sabun |
|
Landskap yang menarik di Silom Village |
Restoran makan malam kami terletak di tingkat atas salah sebuah bangunan di Silom Village.
|
Restoran Makan Malam di Silom Village. Semua pengunjung kena duduk bersila makan cara Thai. |
Memandangkan kami adalah pengunjung pertama ke sini pada malam itu, pengurus restoran bersama tukang masak datang menyapa kami. Pengurus tersebut meyakinkan kami yang semua makanan yang disediakan di sini Halal belaka. Rupa-rupanya tukang masak tu pun beragama Islam dan memberikan salam kepada kami.
|
Menunggu makan malam dihidangkan |
|
Hidangan makan malam |
|
Jemput makan! |
|
Pelancong-pelancong Barat yang makan bersama kami di Silom Village |
Ada persembahan kebudayaan yang dipertontonkan sambil pengunjung makan malam di sini. Persembahan ini sangat menarik.
|
Persembahan kebudayaan di Silom Village |
|
Tarian Lilin |
|
Antara tarian tradisional Thai yang dipersembahkan. |
|
Raja Monyet ~ Hanuman |
|
Hanuman dan penari-penari Silom Village |
HARI KEDUA
Part 7: Hotel Centre Point
Hotel penginapan kami adalah Hotel Centre Point yang terletak di daerah Pratunam di Bangkok. Walaupun kedudukannya agak tersorok, ia tidak jauh dari beberapa buah shopping mall yang hebat.
|
Kolam renang di Hotel Centre Point |
|
Lobi di Hotel Centre Point |
|
Ruang menunggu di lobi Centre Point Hotel |
|
Satu lagi pemandangan di lobi Centre Point Hotel |
|
Kaunter pendaftaran di Centre Point Hotel |
|
Ukiran tradisional Thai di lobi Centre Point Hotel |
|
Indoor Courtyard di Hotel Centre Point |
|
Hotel Centre Point terletak agak tersorok sedikit dari jalan utama di Pratunam. |
|
Pintu masuk ke lobi Hotel Centre Point, Pratunam |
|
Pintu masuk ke Hotel Centre Point |
|
Fountain yang menarik di Hotel Centre Point |
|
Bergambar di depan fountain |
|
Van yang membawa kami sepanjang tour di Bangkok. |
Part 8: Damnoen Saduak Floating Market
Tak lengkap percutian ke Thailand kalau tak melawat Floating Market. Walaupun di Bangkok ada Floating Market, Panthip membawa kami ke Damnoen Saduak yang terletak kira-kira sejam perjalanan dari Bangkok.
|
Peta kedudukan Damnoen Saduak dari Bangkok |
Floating Market adalah sebahagian cara hidup rakyat Thai. Dalam perjalanan ke Damnoen Saduak, kami melintasi beberapa buah Floating Market yang kecil-kecil. Ada yang dibuka pagi, siang dan malam.
|
Pemandangan dalam perjalanan ke Damnoen Saduak |
|
Pemandangan awal pagi sebuah kawasan desa di Thailand. Kami bertolak awal pagi ke Damnoen Saduak untuk mengelakkan kesesakan jalan raya di kota Bangkok. |
|
Jika dibandingkan suasana perkampungan di Thailand dan Indonesia, Myself merasakan suasana perkampungan di Thailand lebih mirip dengan Malaysia. |
Floating Market di Damnoen Saduak adalah Floating Market yang terbesar di Thailand. Pemandangan keseluruhan pasar yang unik ini dapat dilihat dari sebuah jambatan yang merentasi pasar.
|
Pemandangan Floating Market di Damnoen Saduak dari atas jambatan |
|
Mengabadi kenangan di Damnoen Saduak |
|
Pelancong datang dari seluruh dunia untuk merasai keunikan pasar ini. |
|
Suasana kesibukan pagi di Damnoen Saduak |
Terdapat dua jenis peniaga di Floating Market. Jenis pertama adalah mereka yang mempunyai lot kedai di tebing sungai manakala jenis yang kedua adalah mereka yang berniaga dari dalam sampan.
|
Lot kedai di tebing sungai |
|
Lagi pemandangan kedai di tebing sungai |
|
Antara pemandangan di Damnoen Saduak |
Untuk menikmati pengalaman unik di Damnoen Saduak, kami diberi pilihan sama ada nak naik bot laju yang melihat pasar dari pinggiran atau naik sampan berkayuh yang akan melalui celah-celah pasar. Dah pasti pilihan kami adalah sampan berkayuh yang melalui celah-celah pasar.
|
Pangkalan sampan sewa di Damnoen Saduak |
|
Pemandangan dari dalam sampan kesibukan Floating Market dengan penjual dan pelancong |
|
Damnoen Saduak Floating Market, Thailand |
|
Makanan panas yang dimasak di atas sampan di Damnoen Saduak. |
|
Makanan Thai sangat mirip dengan masakan Malaysia, cuma kebanyakannya tidak Halal untuk orang Islam. |
|
Pintu gerbang di Damnoen Saduak |
Sewaktu sampan kami mudik dalam kawasan pasar, kami dirapati penjual-penjual bersampan yang ingin menjual barangan mereka. Penjual-penjual di tebing sungai pula akan mengait sampan kita rapat ke kedai-kedai mereka untuk menjual barangan mereka.
|
Peniaga-peniaga bersampan akan merapati sampan pelancong untuk menjual barangan |
|
Peniaga di tebing akan menarik sampan kita merapat ke kedai mereka dengan kayu untuk menjual barangan mereka |
|
Barangan religious yang dijual di Damnoen Saduak |
|
Penjual bersampan di tepi tebing |
|
Penjual bersampan dan penjual di gerai di tepi tebing. |
Dah puas bersampan, kami berjalan-jalan pula di tebing sungai. Kami perhatikan walaupun pasar ini sibuk, air sungai amat bersih sekali. Peniaga-peniaga di sini sangat berdisiplin tidak membuang sampah ke dalam sungai.
|
Berjalan-jalan di tepi sungai |
Ada juga pengalaman unik yang dialami ketika membeli barang dari penjaja yang sampannya terletak jauh ke tengah sungai. Duit dan barangan akan dihulur menggunakan bakul yang diikat di hujung kayu.
|
Bersarapan pagi di Damnoen Saduak |
|
Penjual kerepek di Damnoen Saduak |
|
Penjual pisang dan buah-buahan |
|
Membeli pulut mangga dari penjual berperahu. Makanan dan duit dihulur menggunakan bakul yang diikat di hujung kayu. |
|
Berjual-beli di Floating Market |
|
Suasana menjadi semakin sibuk menjelang tengahari. |
Part 9: Samphran Elephant Ground
Di sebelah petang, aturcara lawatan adalah ke Rose Garden. Tapi sebelum itu, kami singgah di Samphran Elephant Ground untuk makan tengahari.
|
Samphran Elephant Ground |
Samphran Elephant Ground adalah sebenarnya zoo pemeliharaan gajah. Di sini ada Elephant Show yang boleh ditonton, tetapi kami tidak masuk ke dalam zoo ini. Cuma tumpang makan di restoran di sini saja.
|
Pintu masuk ke kawasan Elephant Show. Kami tak masuk ke dalam. |
Restoran di Samphran Elephant Ground ini agak besar. Yang menariknya, makanan disediakan secara buffet dan ada satu seksyen pilihan makanan Halal.
|
Restoran Erawan di Samphran Elephant Ground |
|
Seksyen buffet makanan halal di Erawan Restaurant |
|
Antara hidangan Halal di Erawan Restaurant |
|
Pengunjung-pengunjung ke Erawan Restaurant |
|
Suasana di dalam Erawan Restaurant |
|
Pintu masuk ke Erawan Restaurant |
|
Meninggalkan Samphran Elephant Ground |
Part 10: Rose Garden
Samphran Elephant Ground tidak begitu jauh dari destinasi kami, Rose Garden. Jika hanya berdasarkan kepada nama, kita pasti menyangka Rose Garden adalah sebuah taman yang penuh dengan bunga ros.
|
Pintu masuk ke Rose Garden |
|
Tasik di Rose Garden |
Seperti Silom Village, sebenarnya Rose Garden adalah sebuah taman kebudayaan Thai. Bezanya dengan Silom Village ialah taman ini memaparkan secara "live" cara hidup sebenar masyarakat Thai.
|
Rumah tradisional Thai di Rose Garden. Sebiji macam rumah tradisional Melayu di Malaysia. |
|
Gajah untuk tunggangan di Rose Garden |
Setibanya di Rose Garden, perkara pertama yang kami lakukan ialah mencari tempat untuk bersolat. Dengan bantuan Panthip, kami bertemu dengan seorang gardener wanita yang beragama Islam. Dia menunjukkan kepada kami tempat untuk bersolat.
|
Kami tumpang solat di pondok ini. |
|
Satu-satunya tanaman bunga ros yang kami temui di Rose Garden |
|
Pemandangan dekat pondok tempat kami tumpang bersolat. |
|
Lepas bersolat, kami naik ke jambatan kayu ini. Keluarga yang kelihatan di dalam gambar ini adalah pelancong tempatan yang datang dari Selatan Thailand. |
|
Di sepanjang jambatan ini, ada pemandangan seperti sebuah kampung di tepi sungai. |
|
Main jongkang-jongkit |
|
"Jeti kampung" di Rose Garden |
|
"Landskap kampung" yang menarik di Rose Garden. |
|
Melawat ke sebuah rumah tradisional Thai. Macam rumah kampung di Malaysia juga. |
|
"Restoran di tepi sungai" di Rose Garden |
|
Pintu masuk ke Cultural Show Area |
|
Bergambar dengan artis-artis budaya yang menyambut kita di pintu masuk ke Cultural Show Area. |
|
Demonstrasi gubahan buah-buahan |
|
Suasana perkampungan Thai di Rose Garden |
|
Rumah pesawah di Rose Garden |
|
Mengisar padi secara tradisional |
|
Kandang kerbau ala-ala kampung di Rose Garden |
Thailand amat kaya dengan budaya. Kami juga menonton satu persembahan budaya di Rose Garden.
|
Pentas pertunjukan kebudayaan di Rose Garden |
|
Persembahan muzik tradisional |
|
Fingernail Dance dari Utara Thailand |
|
Seni mempertahankan diri menggunakan kayu |
|
Setiap pemuda Thai akan menghabiskan sebahagian masa remaja mereka dengan menjadi sami di kuil Buddha. Upacara seperti ini akan diadakan sebelum pemuda mula menjalani hidup sebagai sami. |
|
Muay Thai (Kick Boxing) |
|
Demonstrasi adat perkahwinan Thai. Pasangan pengantin sedang menerima restu dari tetamu yang hadir. |
|
Tarian Galah |
|
Tarian tradisional yang menarik |
|
Tarian Lilin |
|
Persembahan penutup. Bangga melihat bendera Malaysia dikibarkan. |
Selepas pertunjukan kebudayaan tamat, ada pula Elephant Show.
|
Pertunjukan gajah di Rose Garden |
|
Gajah sedang dimandikan oleh Mahout (gembala gajah) |
|
Gajah dah selesai mandi |
|
Gajah menarik balak |
|
Gajah masih digunakan untuk menarik balak dalam industri pembalakan di Thailand. |
Part 11: Restoran Mak Yah
Selepas melawat Rose Garden, kami kembali ke hotel untuk berehat. Kesempatan ini kami gunakan untuk melihat pemandangan petang kota Bangkok dari balkoni hotel.
|
Pemandangan dari balkoni bilik kami. |
|
Pemandangan petang di kota Bangkok |
|
Satu lagi pemandangan dari bilik hotel kami. |
Malam itu, kami sekali lagi terpaksa mengharung traffic jam untuk makan malam di Restoran Mak Yah yang menghidangkan masakan Patani. Restoran ini terletak di penghujung jalan yang sama dari hotel.
Pada mulanya kami berkereta ke sana. Tetapi disebabkan traffic jam yang sangat melampau, Panthip mencadangkan supaya kami turun dari kereta dan berjalan kaki saja ke restoran.
|
Berjalan ke Restoran Mak Yah |
|
Restoran Mak Yah |
|
Pemandangan di dalam restoran |
|
Pemandangan malam kota Bangkok dari bilik hotel. |
Bersambung Ke Bahagian 2...
CATATAN PERJALANAN BANGKOK (2012):