Saturday, 14 December 2019

2019 BANGKOK & BEYOND BHG. 01 (KL - Bangkok)

Disember 2019

CENTRAL THAILAND
Bangkok (2nd Visit), Khao Yai, Ayutthaya & Kanchanaburi

Bahagian 1: Departure & Arrival
KUALA LUMPUR INTERNATIONAL KE BANGKOK SUVARNABHUMI

Part 1: Cabaran Percutian Ke Negara Gajah Putih

Memang penat mengatur percutian ke Cebu di Philippines dulu. Banyak research dan interaction yang perlu dibuat untuk memaksimakan percutian 5 Hari 4 Malam itu. Jadi bila kami merancang untuk bercuti ke sebuah lagi negara jiran Thailand pada penghujung tahun 2019, Myself dan Husband bersepakat untuk menyertai Group Tour sahaja sebab segala-galanya dah teratur dan terancang.


Tujuan kami berkunjung ke Thailand adalah sebenarnya nak melihat ladang bunga matahari yang hanya berkembang mekar pada penghujung tahun. Tapi mencari pakej Group Tour ke Thailand yang sesuai dengan kehendak kami bukanlah mudah. Thailand adalah shopping heaven bagi rakyat Malaysia. Jadi kebanyakan pakej percutian ke Thailand memang heavy shopping di dalam itinerari mereka. Kami pulak bukan kaki shopping, jadi itinerari yang ditawarkan agak mengecewakan. Maka bila bertemu dengan pakej pelancongan Bangkok & Beyond yang sesuai dengan citarasa kami, terus saja kita sign-up...


Pakej percutian ini yang dinamakan Bangkok & Beyond adalah anjuran agensi pelancongan MyZarra Travel. Ini adalah kali pertama kami mengembara bersama MyZarra dan Myself akui ini adalah antara pakej percutian Group Travel yang paling menarik yang pernah kami ikuti walaupun destinasinya hanya ke negara jiran ~ Thailand.

HARI PERTAMA (1)

Part 2: Penerbangan Ke Bangkok

Perjalanan kami ke Bangkok adalah menggunakan penerbangan Malaysia Airlines yang berlepas dari KLIA ke Bangkok Suvarnabhumi Airport pada pukul 9.00 pagi. Disebabkan semua ahli kumpulan diminta berkumpul pada pukul 5.30 pagi, terpaksalah kita bertolak dari rumah seawal pukul 4.15 pagi.

Naik teksi ke KLIA
Tiba di KLIA
Group kami diminta untuk berkumpul di Kaunter L untuk Group Check-in. Sewaktu kami tiba, Tour Leader dari MyZarra Travel dan beberapa anggota kumpulan dah pun berada di sana.

Group Check-in di KLIA
Boarding Pass ke Bangkok
Selepas Check-in kita pergi dulu menunaikan Solat Subuh. Selepas bersolat, kita berdoa semoga perjalanan kita akan diberi kemudahan dan keberkatan sepanjang perjalanan.

Surau favourite kami di KLIA
Semoga perjalanan kami ke Thailand diberi kemudahan dan keberkatan
Selepas bersolat, disebabkan masih ada sedikit masa lagi sebelum waktu berkumpul yang ditetapkan, kita breakfast dulu. Maklumlah, perut memang lapar bila terpaksa bangun awal-awal pagi seperti hari ini dan kalau nak tunggu sajian dalam penerbangan, alamat pukul 10 pagi nantilah baru kita dapat makan.

Restoran favourite kami di KLIA
Kita breakfast dulu
Waktu berkumpul yang ditetapkan adalah pada pukul 6.30 pagi di luar pintu Perlepasan Antarabangsa. Di sinilah baru kami berkenalan dengan dua orang Tour Leader kami yang sangat awesome ~ Mona dan Aishah. 

Ahli-ahli Group sedang berkumpul
Group kami kali ini juga sangat besar ~ 37 orang ahli dari pelbagai peringkat usia dan datang dari seluruh Malaysia termasuk Sarawak. Memang suspen pada mula tu sebab bila dah Group besar begini, mulalah terlintas di fikiran yang dah pasti akan ada yang membuat kerenah. Namun Alhamdulillah, bak kata Orang Putih "Don't Judge A Book By Its Cover". Walaupun Group kami besar, perjalanan kami sangat smooth dan tak memeningkan kepala langsung sebab semua ahli kumpulan sangat mesra dan saling bekerjasama.

Mendengar taklimat perjalanan dari dua Tour Leader kami yang sangat awesome ~ Mona dan Aishah.
Lepas dah dengar taklimat, barulah kita bergerak melalui Pemeriksaan Passport dan seterusnya menuju ke Pintu Perlepasan. Pintu Perlepasan kami pada pagi ini adalah di H2. Pintu Perlepasan G dan H di KLIA sebenarnya berada di tingkat atas Pintu Perlepasan A dan B yang digunakan untuk penerbangan domestik. Jadi tak merasalah kita nak naik Aerotrain ke Bangunan Satellite KLIA pagi ini.

Berjalan menuju ke Pintu Perlepasan
Ikut sini...
Sebelum itu, kita check dulu kat Display Monitor takut-takut ada perubahan pada pintu perlepasan.
Penerbangan kita MH 784 ke Bangkok akan berlepas mengikut jadual pada pukul 9 pagi dari Pintu H2.
Pemandangan pagi di KLIA
Mengintai kapalterbang di KLIA
Penerbangan kami Malaysia Airlines MH 784 dari KLIA ke Bangkok Suvarnabhumi berlepas pada pukul 9 pagi mengikut jadual. Perjalanan dari KL ke Bangkok dijangka memakan masa kira-kira 2 jam ~ lebih dekat berbanding penerbangan dari KL ke Kota Kinabalu yang memakan masa 2 jam 30 minit.

Maklumat penerbangan
Panggilan masuk ke dalam pesawat
Pesawat kami pada pagi ini adalah dari jenis Boeing 737-800 seperti yang selalu digunakan dalam penerbangan dometik Malaysia Airlines. Tapi penumpangnya ramai ~ full flight pada pagi ini.

Penumpang masuk ke dalam pesawat
Push back untuk berlepas ke Bangkok
Menunggu giliran untuk berlepas
Terbang di udara
Berpusing menghala ke Bangkok
Terbang di atas Putrajaya
Jambatan-jambatan di Putrajaya
Masjid Putra yang menjadi mercu tanda Putrajaya
Membelah awan menghala ke utara
Peta penerbangan dari KL ke Bangkok
Sajian penerbangan disajikan kepada penumpang selepas pesawat dah selamat berlepas di udara. Ada pilihan Nasi Lemak dengan Omelette pagi ini. Disebabkan kami masih kenyang lepas breakfast di KLIA pagi tadi, kita pilih makan Omelette.

Sajian penerbangan
Brunch
Terbang berhampiran Pulau Pinang
Merentas Segenting Kra
Alhamdulillah, cuaca sangat baik di sepanjang penerbangan
Merentas Teluk Siam
Semakin hampir
Seronok sebenarnya terbang ke destinasi yang jaraknya hanya suam-suam kuku dari Kuala Lumpur. Belum sempat nak merasa bosan, dah sampai ke destinasi. Selepas terbang 1 jam 50 minit, kami tiba di Bangkok. Tapi disebabkan Suvarnabhumi Airport agak sibuk ketika itu, terpaksalah pesawat kami berpusing-pusing keluar masuk Teluk Siam sementara menunggu kebenaran dari Control Tower untuk mendarat.

Pemandangan di dalam pesawat
Pemandangan Thailand dari udara
Kawasan pertanian di pinggir kota Bangkok
Tak tahu bangunan apa di bawah sana
Thailand adalah negara pengeluar padi yang terbesar di dunia
Sedang berlegar di udara menunggu kebenaran mendarat
Terbang kembali di atas Teluk Siam
Kapal berlayar di Teluk Siam
Kembali ke daratan
Sawah padi
Bangunan dengan senibina tradisional Thai
Berpusing-pusing sementara menunggu giliran mendarat
Membuat penerbangan turun ke Bangkok Suvarnabhumi Airport
Alhamdulillah dah selamat mendarat
Selepas puas berlegar di udara, pesawat kami akhirnya mendarat dengan selamat di Bangkok Suvarnabhumi International Airport pada pukul 10.20 pagi waktu tempatan. Malaysia dan Thailand mempunyai perbezaan waktu 1 jam di mana waktu di Thailand adalah lebih lewat berbanding Malaysia. Suspen sikit sewaktu pesawat mendarat di Suvarnabhumi kerana terasa ada angin lintang yang sangat kuat menolak pesawat kami ke sisi.

Bangkok Suvarnabhumi Airport
Menuju ke pintu ketibaan
Thai Airways
Pesawat kami parking di tengah airport di Suvarnabhumi. Walaupun nama airport ini ditulis sebagai Suvarnabhumi, sebutan sebenarnya adalah Suvarnabhum sahaja. Dari sini, semua penumpang diangkut masuk ke bangunan terminal dengan bas. Baguslah juga begitu sebab kami dibawa terus ke tempat pemeriksaan imigresen. Masih teringat lagi betapa jauhnya kami terpaksa berjalan dari pintu ketibaan ke tempat pemeriksaan imigresen sewaktu tiba di Suvarnabhumi pada tahun 2012 dulu. Walaupun airport Suvarnabhumi ini sangat besar, tak ada perkhidmatan aerotrain di dalam bangunan airport seperti di KLIA dan airport-airport lain yang seumpamanya di dunia.

Pesawat parking di tengah airport
Macam biasa, anak-anak kapal Malaysia Airlines akan berdiri di muka pintu mengucapkan terima kasih kepada penumpang sewaktu kami turun dari pesawat. Bila melihat kumpulan kami yang begitu ramai itu,  terus Ketua Peramugara MAS yang berketurunan India itu merujuk kami sebagai Rombongan Kak Kiah Melawat Ke Bangkok. Kihkihkih!!

Naik bas ke bangunan terminal. Bangga sungguh mereka mempromosikan bas ini sebagai Product of Thailand.
Pemandangan di dalam bas
Menuju ke bangunan terminal
International Arrivals
Welcome To Thailand
Menuju ke Pemeriksaan Imigresen
Selepas melalui pemeriksaan imigresen, kita ke tempat mengambil bagasi pula. Sambil menunggu bagasi tiba, kita jamu mata melihat lukisan tradisional Thai yang sangat elaborate yang menjadi penghias dinding di tepi carousel.

Menunggu bagasi tiba
Baggage Claim
Lukisan tradisional yang menghiasi dinding di tempat pengambilan bagasi
Bergambar dengan lukisan tradisional
Selepas semua mendapat bagasi, kami bergerak keluar dari bangunan airport. Local Tour Guide kami di Thailand yang bernama Saran dah sedia menanti di sini.

Bergerak keluar dari bangunan airport
Escalator
Local Tour Guide kami yang bernama Saran
Kenangan di Suvarnabhumi


 Bersambung ke Bahagian 2...


CATATAN PERJALANAN BANGKOK & BEYOND (2019):