Mei 2026
SOUTHERN AFRICA
South Africa, Zimbabwe, Zambia, Botswana & Mauritius
(SOUTH AFRICA : Johannesburg, Pilanesberg National Park & Pretoria)
Bahagian 7: South Africa
PRETORIA [Pretoria City]
HARI KETIGA (2)
Part 16: Embassy Area @ Pretoria
Sebagai Administrative Capital bagi South Africa, Pretoria menempatkan banyak kedutaan asing yang mempunyai perwakilan di negara itu. Oleh yang demikian, setibanya di sini Evie terus membawa kami melawat ke Embassy Area.
![]() |
| Tiba di Pretoria |
![]() |
| Pejabat sebuah firma sekuriti swasta yang bernama Prime Security |
Ada sebuah pejabat firma private security bernama Prime Security ditunjukkan kepada kami di sini. Menurut Evie pengambilan khidmat private security seperti ini adalah perkara lazim bagi mana-mana rakyat di South Africa yang berkemampuan. Ini adalah kerana polis di South Africa tidak mesra rakyat seperti di Malaysia. Sukar sekali jika rakyat biasa nak berurusan dengan mereka atas sebarang urusan. Dengan adanya khidmat private security seperti ini, kita cuma berurusan dengan mereka sahaja bagi perkara yang melibatkan polis seperti melaporkan kes-kes jenayah. Biarlah private security sahaja yang berurusan terus dengan polis bagi pihak kita.
![]() |
| Kedutaan Republik Rakyat China |
![]() |
| Kedutaan Republic of Mali |
Pretoria juga adalah kota yang mempunyai banyak taman awam. Kami ditunjukkan Venning Park yang terletak di tengah-tengah Embassy Area ini. Taman ini terkenal dengan keindahan tanaman bunga ros. Tetapi disebabkan sekarang adalah Musim Luruh (Autumn), tak adalah bunga ros yang sedang berkembang.
![]() |
| Venning Park |
![]() |
| Venning Park terkenal dengan tanaman bunga ros terutama pada Musim Bunga (Spring) |
![]() |
| Venning Park |
![]() |
| Suasana yang tenang di Embassy Area, Pretoria kerana hari ini adalah cuti hujung minggu |
Sewaktu melalui High Comission of India, Evie menunjukkan patung Jawaharlal Nehru yang ditempatkan di hadapan kedutaan ini. Kata Evie, dia hairan mengapa bukan patung Mahatma Gandhi yang ditempatkan di Kedutaan India kerana dari segi sejarah, Mahatma Gandhi yang merupakan seorang pejuang kemerdekaan India dari British pernah menetap di South Africa selama 21 tahun.
![]() |
| High Commission of India |
![]() |
| Patung Jawaharlal Nehru yang ditempatkan di depan bangunan. |
![]() |
| Embassy Area, Pretoria |
Kita lihat beberapa bangunan kedutaan asing lain yang ada di Pretoria...
![]() |
| Embassy of Nepal |
![]() |
| High Commission of the Republic of Singapore |
![]() |
| Kalau tak silap, ini adalah British High Commission di Pretoria |
![]() |
| Embassy of the Republic of Angola |
Perasan tak, ada sesetengah kedutaan yang dinamakan sebagai Embassy dan sesetengah lain pula dinamakan sebagai High Commission? High Commission adalah gelaran yang diberi kepada kedutaan negara-negara anggota Komanwel (termasuk Malaysia). Ada perjanjian di kalangan negara anggota Komanwel yang mereka akan menggunakan gelaran High Commission bagi kedutaan yang ditempatkan di kalangan mereka. Negara-negara Komanwel (Commonwealth) adalah negara-negara bekas jajahan British.
![]() |
| Sebuah kafe yang menarik di Embassy Area, Pretoria |
![]() |
| High Commission of the Gabonese Republic |
![]() |
| High Commission of the Federal Republic of Nigeria |
![]() |
| High Commission of the Republic of Rwanda |
Dan yang terakhir kita ditunjukkan High Commission of Malaysia yang mewakili negara kita. Evie menunjukkan kepada kami yang pada tembok kedutaan kita ini juga, terpapar notis premis negara kita ini dijaga oleh firma private security.
![]() |
| High Commission of Malaysia |
Part 17: Union Buildings @ Pretoria
Kami seterusnya dibawa melihat Union Buildings yang merupakan pejabat President of South Africa. Malangnya disebabkan hari itu Hari Minggu, perkarangan Union Building tidak dapat dimasuki untuk lawatan. Jadi kita lihat sajalah bangunan ini dari kejauhan.
![]() |
| Union Buildings di Pretoria |
![]() |
| Patung Perdana Menteri Pertama Union of South Africa yang bernama Louis Botha di perkarangan Union Buildings |
Kalau kita dapat masuk melawat ke Union Buildings, beginilah seharusnya pemandangan yang dapat kita lihat...
![]() |
| Patung General Louis Botha, Prime Minister of the Union of South Africa [Gambar dari internet] |
Part 18: Pretoria City
Bandar Pretoria dibuka pada tahun 1855 oleh seorang ketua Voortrekker (penjelajah Belanda) yang bernama Marthinus Pretorius. Dia menamakan bandar ini sempena nama ayahnya, Andries Pretorius.
Pretoria juga adalah bandar kulit putih yang terbesar di seluruh Africa. Ini bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana sewaktu di zaman Apartheid, hanya penduduk berkulit putih yang sebahagian besarnya berketurunan Afrikaan dibenarkan tinggal di sini. Walaupun bandar ini sekarang telah dibuka kepada semua kaum, legasi ini masih dapat dilihat di Pretoria. Selepas melawat Embassy Area dan Union Buildings, Evie membawa kami melawat ke pusat bandar Pretoria.
Seperti juga di Johannesburg, Pretoria turut mempunyai kadar jenayah yang tinggi. Ia tidak begitu selamat untuk dikunjungi dengan berjalan kaki. Oleh yang demikian, kita cuma dibawa membuat Pretoria City Tour dari atas bas.
![]() |
| Pretoria |
![]() |
| Apeis River |
Perdana Menteri British, Sir Winston Churchill pernah tinggal di Pretoria di suatu ketika dulu. Pada ketika itu dia bertugas sebagai seorang wartawan yang membuat liputan tentang Perang Anglo Boer di antara British dan penduduk berketurunan Belanda di South Africa. Churchill pernah menulis memoir mengenai pengalamannya ketika itu. Dalam memoir tersebut dia bercerita yang dia pernah ditahan tentera Boer dan melarikan diri dengan berenang di Sungai Apies yang mengalir deras. Ketika Evie menunjukkan Sungai Apeis kepada kami, dia bertanya sama ada kita boleh mempercayai cerita Churchill kerana Sungai Apeis yang sebenar adalah sebatang sungai yang kecil. 😄
![]() |
| Bangunan kaca yang tinggi berwarna biru di depan sana adalah South African Reserve Bank |
Pretoria juga adalah kota pendidikan. Selain menempatkan institusi pendidikan tinggi awam yang terkenal di South Africa, banyak pusat-pusat pendidikan swasta yang dilihat di pusat bandar Pretoria.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Suasana di pusat bandar Pretoria mengingatkan Myself dan Husband kepada suasana kota Perth di Western Australia. Sebagai pusat pentadbiran Kerajaan, ia juga seharusnya dijaga seperti Kerajaan Malaysia menjaga Putrajaya. Namun begitu, bangunan-bangunan di Pretoria banyak yang macam terbiar tanpa penyelenggaraan. Rumput dan landskap di sekitar bandar juga tidak dijaga rapi.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sewaktu di Pretoria, kami turut diperkenalkan dengan perkhidmatan teksi bandar South Africa. Teksi-teksi ini terdiri dari van berwarna putih yang kelihatan seperti kenderaan Angkot di Indonesia. Tak ada tulisan "Taxi" pun pada kenderaan ini, tetapi semua orang tempatan tahu yang itu adalah teksi.
Teksi ini boleh ditahan dan dinaiki di mana-mana sahaja. Namun demikian, bagi perkhidmatan ke tempat yang jauh, ia hanya akan mula bergerak selepas penumpang di dalamnya penuh.
![]() |
| Van yang berwarna putih di sana adalah sebenarnya perkhidmatan teksi |
![]() |
| Barisan teksi yang menunggu penumpang di pusat bandar Pretoria |
Pretoria juga terkenal sebagai Jacaranda City kerana pemandangan indah pokok Jacaranda yang berbunga ungu pada setiap Musim Bunga. Pada ketika itu menurut Evie, akan ada ramai pelancong Jepun yang datang kerana mereka ingin membandingkan keindahan Jacaranda yang berbunga lebat ini dengan keindahan Cherry Blossom di negara mereka.
![]() |
| Pokok yang banyak ditanam di tengah pusat bandar Pretoria ini adalah Pokok Jacaranda |
![]() |
| Bayangkan betapa indah pemandangan di sini bila Pokok Jacaranda ini berbunga |
Part 19: Church Square @ Pretoria
Church Square adalah landmark yang paling terkenal di Pretoria. Ia dinamakan Church Square kerana ada 3 buah gereja pernah didirikan di tapak ini pada masa dahulu. Gereja yang pertama dan kedua musnah dalam kebakaran. Gereja yang ketiga dan terakhir didirikan pula diruntuhkan pada tahun 1905 untuk memberi laluan bagi pembangunan. Namun begitu, nama Church Square dikekalkan untuk mengabadikan sejarah.
![]() |
| Church Square @ Pretoria |
![]() |
| Pemandangan di Church Square |
Selain dari bangunan-bangunan bersejarah di sekelilingnya, Church Square juga memiliki sebuah taman awam. Di tengah-tengah taman ini ada didirikan patung Presiden Paul Kruger. Beliau yang berketurunan Boer adalah juga presiden pertama bagi South Africa. Kruger meninggal dunia pada tahun 1904 dan pengebumiannya diadakan di Verenigde Kerk (United Church) yang merupakan gereja terakhir berdiri di sini sebelum diruntuhkan.
![]() |
| Ada taman awam yang didirikan di tengah-tengah Church Square sekarang |
![]() |
| Salah sebuah pintu masuk ke taman awam |
Old Council Hall (Ou Raadsal) adalah sebuah bangunan bersejarah yang cantik di Church Square. Ia pernah menempatkan Parlimen Afrika Selatan yang dinamakan Volksraad pada tahun 1891-1902. Volksraad yang dibentuk oleh penduduk Boer yang menubuhkan kota Pretoria ini telah dibubarkan oleh British selepas mereka memenangi Perang Boer.
![]() |
| Bangunan Old Council Hall yang dibina pada tahun 1889 ini direkabentuk oleh seorang arkitek Belanda yang bernama Sytze Wierda |
![]() |
| Old Council Hall pernah menempatkan Parlimen Boer yang bernama Volksraad sebelum mereka tewas perang kepada British. |
![]() |
| Pintu masuk ke taman awam di Church Square di hadapan Old Council Building |
![]() |
| Pemandangan patung Paul Kruger dari depan Old Council Building |
Sebuah lagi bangunan bersejarah yang berdiri megah di Church Square adalah Palace of Justice yang juga dibina oleh orang Boer. Ia masih digunakan sebagai Gauteng Division of the High Court of South Africa. Bangunan ini juga terkenal kerana di sinilah Nelson Mandela dan beberapa pemimpin African National Congress (ANC) yang lain dibicara dan dijatuhkan hukuman penjara pada zaman pemerintahan Apartheid.
![]() |
| Bangunan Palace of Justice di seberang sana Church Square |
![]() |
| Palace of Justice |
![]() |
| Di bangunan inilah Nelson Mandela bersama beberapa pemimpin ANC lain dibicara dan dijatuhkan hukuman penjara sewaktu di zaman Apartheid |
![]() |
| Bangunan ini masih digunakan sebagai Gauteng Division of the High Court of South Africa. |
![]() |
| Perhentian Bas Molefe Makinta berhampiran Church Square |
Part 20: Menuju Ke Voortrekker Monument
Kami seterusnya dibawa menuju ke Voortrekker Monument yang terletak di luar pusat kota Pretoria. Dalam perjalanan ke sana, kita ditunjukkan bangunan Pretoria City Hall.
![]() |
| Pretoria City Hall |
Bagi mengenang sejarah penubuhan kota Pretoria di masa silam, patung pendiri kota ini yang bernama Marthinus Wessel Pretorius dan ayahnya Andries Pretorius turut didirikan di Pretorius Square di hadapan bangunan ini.
![]() |
| Patung Marthinus Wessel Pretorius dan Andries Pretorius yang didirikan di Pretorius Square di hadapan Pretoria City Hall |
Tidak jauh dari Pretoria City Hall, kami juga ditunjukkan Pretoria Railway Station yang merupakan stesen keretapi utama bagi bandar Pretoria.
![]() |
| Pretoria Railway Station |
![]() |
| Pintu masuk ke Pretoria Railway Station |
Dalam perjalanan ke Voortrekker Monument juga, kami dapat melihat keretapi Gautrain yang pada asalnya dibina sempena pertandingan bolasepak FIFA World Cup di South Africa pada tahun 2010 dulu. Infrastruktur keretapi ini dibina dengan peruntukan yang diberi oleh FIFA. Ia masih berfungsi untuk menghubungkan Pretoria dengan Johannesburg dan O.R. Tambo International Airport.
![]() |
| Keretapi Gautrain yang dibina di Pretoria sempena pertandingan bolasepak FIFA World Cup di South Africa pada tahun 2010. |
![]() |
| Intrastruktur Gautrain dibina dengan peruntukan dari FIFA pada tahun 2010. |
Bersambung ke Bahagian 7...
CATATAN PERJALANAN SOUTHERN AFRICA (2026):
- Bhg. 01 (Hari 01) - Departure (Kuala Lumpur -->> Mauritius : Transit)
- Bhg. 02 (Hari 02) - Mauritius -->> South Africa (Johannesburg)
- Bhg. 03 (Hari 02) - South Africa (Johannesburg - Pilanesberg National Park)
- Bhg. 04 (Hari 02) - South Africa (Pilanesberg National Park : Evening Game Drive 1)
- Bhg. 05 (Hari 02) - South Africa (Pilanesberg National Park : Evening Game Drive 2 & Boma Dinner)
- Bhg. 06 (Hari 03) - South Africa (Pilanesberg National Park : Morning Game Drive & Perjalanan Ke Pretoria)
- Bhg. 07 (Hari 03) - South Africa (Pretoria : Pretoria City)
- Bhg. 08 (Hari 03) - South Africa (Pretoria : Voortrekker Monument)
- Bhg. 09 (Hari 03) - South Africa (Johannesburg : Carnivore Lunch)
- Bhg. 10 (Hari 03) - South Africa (Johannesburg : Lesedi Cultural Village 1)
- Bhg. 11 (Hari 03) - South Africa (Johannesburg : Lesedi Cultural Village 2)
- Bhg. 12 (Hari 04) - South Africa (Johannesburg) -->> Zimbabwe (Victoria Falls Airport)
- Bhg. 13 (Hari 04) - Zimbabwe (Victoria Falls : Baines Restaurant)
- Bhg. 14 (Hari 04) - Zambia (Victoria Falls : Zambia Side)
- Bhg. 15 (Hari 05) - Zimbabwe (Kasambabezi Lodge) & Botswana (Kasane)
- Bhg. 16 (Hari 05) - Botswana (Chobe National Park 1)
- Bhg. 17 (Hari 05) - Botswana (Chobe National Park 2)
- Bhg. 18 (Hari 05) - Zimbabwe (Flight of Angels)
- Bhg. 19 (Hari 05) - Zimbabwe (Zambezi Sunset Cruise)
- Bhg. 20 (Hari 06) - Zimbabwe (Walk With The Cheetah & Walk With The Lion)
- Bhg. 21 (Hari 06) - Zimbabwe (Victoria Falls : Zimbabwe Side)
- Bhg. 22 (Hari 06) - Zimbabwe (Victoria Falls Airport) -->> South Africa (Johannesburg - Sun City)
- Bhg. 23 (Hari 07) - South Africa (Sun City: Palace of the Lost City)
- Bhg. 24 (Hari 07) - South Africa (Johannesburg : Lion Park)
- Bhg. 25 (Hari 07) - South Africa (Johannesburg : Lanseria Airport -->> Cape Town)
- Bhg. 26 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Table Mountain 1)
- Bhg. 27 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Table Mountain 2)
- Bhg. 28 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Bo-Kaap)
- Bhg. 29 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Cape Town City)
- Bhg. 30 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Kirstenbosch National Botanical Gardens)
- Bhg. 31 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Victoria & Alfred Waterfront)
- Bhg. 32 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Hout Bay)
- Bhg. 33 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Chapman's Peak Marine Drive & Fish Hoek)
- Bhg. 34 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Fish Hoek & Boulders Beach Penguin Sanctuary)
- Bhg. 35 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Cape of Good Hope & Cape Point)
- Bhg. 36 (Hari 10) - South Africa (Cape Town : Cape Town Ostrich Ranch)
- Bhg. 37 (Hari 10) - South Africa (Cape Winelands : Stellenbosch & Neethlingshof Estate)
- Bhg. 38 (Hari 10) - South Africa (Cape Town : Jewel Africa)
- Bhg. 39 (Hari 11) - South Africa (Cape Town) -->> Mauritius (Curepipe: Dormant Volcano)
- Bhg. 40 (Hari 11) - Mauritius (Grand Bassin Lake : Shiva Statue & Ganga Talao)
- Bhg. 41 (Hari 11) - Mauritius (Chamarel : Black River Gorges, Chamarel Waterfall & Seven Coloured Earth)
- Bhg. 42 (Hari 11) - Going Home (Mauritius -->> Kuala Lumpur)































































