Mei 2026
SOUTHERN AFRICA
South Africa, Zimbabwe, Zambia, Botswana & Mauritius
(SOUTH AFRICA : Johannesburg, Pilanesberg National Park & Pretoria)
Bahagian 9: South Africa
JOHANNESBURG [Carnivore Lunch]
HARI KETIGA (4)
Part 22: Carnivore Lunch @ Johannesburg
Selepas melawat Voortrekker Monument, kami pulang ke Johannesburg untuk makan tengahari. Dalam perjalanan Evie bercerita tentang Pergerakan Pengakap (Scout Movement) yang berasal dari pengalaman Boer War di South Africa.
 |
| Pergerakan Pengakap [Gambar dari internet] |
Pengasas Pergerakan Pengakap adalah Lord Baden-Powell yang pernah berkhidmat bersama Tentera British di dalam Boer War di South Africa. Sewaktu pasukannya terkepung di sebuah tempat yang bernama Mafeking, Powell telah menggunakan sekumpulan budak-budak lelaki untuk melaksanakan tugas seperti menyampaikan maklumat dengan membuktikan anak-anak remaja boleh mengambil tanggungjawab.
 |
| Pemandangan sewaktu pulang ke Johannesburg |
Sekembalinya ke United Kingdom, Powell telah menulis sebuah buku panduan yang dinamakan Aids to Scouting pada tahun 1899. Kandungan buku ini menceritakan kemahiran pemerhatian dan penjejakan.
Dengan tidak disangka-sangka, kandungan buku ini menjadi popular di kalangan remaja. Menggunakan panduan yang ditulis dalam buku tersebut, mereka bermain dan berlagak seolah-olah menjadi sebahagian dari pasukan Powell di dalam Perang Boer.
Powell kemudiannya mengadakan sebuah program perkhemahan khusus untuk remaja di Brownsea Island di UK pada tahun 1907. Dari situlah Pergerakan Pengakap wujud secara rasmi.
 |
| Satu lagi pemandangan dalam perjalanan pulang ke Johannesburg |
Lunch kami pada hari ini disediakan di sebuah restoran istimewa yang bernama Carnivore di Johannesburg. Keistimewaan restoran ini adalah ia menjual daging haiwan-haiwan perburuan yang dinamakan sebagai Game Meat. Jenis Game Meat yang dihidangkan pula adalah mengikut jenis lesen perburuan binatang yang dikeluarkan oleh Kerajaan Afrika Selatan pada masa tersebut.
 |
| Signboard di pintu masuk ke Restoran Carnivore |
Restoran Carnivore dibina mengikut senibina tradisional Afrika. Hiasan interior di dalamnya juga sangat menarik.
 |
| Pintu masuk ke Restoran Carnivore |
 |
| Suasana di luar restoran |
 |
| Jom kita masuk ke dalam... |
 |
| Laluan masuk ke restoran yang dihiasi dengan bendera negara-negara Afrika |
 |
| Jambatan menyeberang sebatang anak sungai |
 |
| Anak sungai |
 |
| Restoran sebenarnya terletak jauh ke dalam sana... |
 |
| Hiasan Native Africans di pintu masuk ke ruang makan |
Ruang makan di restoran ini terletak di tingkat bawah. Kagum melihat betapa ramai pengunjung yang berada di situ. Manakan tidak, kerana restoran ini adalah one of its kind. Konsep restoran Carnivore ini bermula di negara Kenya. Disebabkan popularitinya, ia telah membuka cawangan di banyak negara Afrika yang lain termasuklah di South Africa.
 |
| Welcome Drink |
Eddy dan Evie membawa kami ke meja yang disediakan khas untuk kumpulan kami. Awal-awal lagi Eddy dah memberitahu kepada Myself dan Husband yang makanan daging yang disediakan adalah Tidak Halal. Oleh yang demikian dia telah memesan hidangan Fish and Chips khusus untuk kami. Thank you, Eddy! Alhamdulillah kerana tidaklah kami terpaksa menjadi herbivore di sini. 😂
 |
| Meja yang disediakan khas untuk kumpulan kami |
Walaupun kita tidak memakan daging yang dihidangkan, satu pengalaman yang menarik bagi kami melihat bagaimana Game Meat ini dihidangkan kepada pengunjung. Semua daging ini dimasak dengan cara dibakar pada sebatang skewer seperti hidangan Kebab. Waiter kemudiannya akan datang membawa daging ini ke meja dan dihiris terus ke dalam pinggan setiap pengunjung.
 |
| Menunggu makanan disediakan |
 |
| Daging demi daging dibawa dan dihiris ke dalam pinggan pengunjung |
 |
| Beginilah cara daging dibakar dan dibawa untuk dihiris ke dalam pinggan setiap pengunjung di restoran. |
Seronok sungguh Pengyou di dalam Group kami mencuba hidangan daging yang ditawarkan. Maklum sajalah kerana daging-daging ini merupakan makanan exotic. Termasuk dalam hidangan pada hari ini adalah daging Zebra, Antelope, Impala, Warthog dan Crocodile. Laju je waiter-waiter ini nak menghiris daging ke dalam setiap pinggan di atas meja, maka terpaksalah kami berdua menjadi alert sepanjang masa supaya daging ini tidak dihiris masuk ke pinggan kita. 😅
 |
| Kalau tak salah, ini daging Zebra |
 |
| Pengyou di sebelah kami yang mencuba pelbagai daging yang dihidangkan |
Walaupun specialty di restoran ini adalah Game Meat, ada juga hidangan Vegetarian dan Fish yang disediakan. Maklum sajalah kerana pihak restoran sering menerima tetamu yang datang berkumpulan dan kadang-kala ada di antara ahli kumpulan yang tidak memakan daging (seperti kami berdua 😂).
Sambil menunggu hidangan Fish and Chips disediakan, kami dihidangkan dulu dengan roti dan sup tomato. Sedap pulak roti dan sup tomato yang dihidangkan. Sampai kenyang kita makan, padahal ada hidangan Fish and Chips yang akan dihidangkan!
 |
| Hidangan Sup Tomato |
 |
| Roti dan Corn Soup |
 |
| Sedap pulak Roti, Potato dan Tomato Soup ini 😋 |
 |
| Hidangan Fish and Chips yang juga sangat sedap. Namun begitu tak larat kami nak menghabiskannya sebab dah kenyang makan Roti yang dicicah dengan Tomato Soup tadi. |
 |
| Ice Cream yang diberi sebagai dessert |
Ada kejutan yang diberi oleh pihak restoran kepada semua pengunjung wanita mereka hari ini. Sempena perayaan Mother's Day yang diraikan hari ini, kami semua diberi bungkusan barangan jenama Dove yang terdiri dari lotion dan deodorant.
 |
| Barangan Dove yang dihadiahkan oleh Carnivore Restaurant kepada semua pelanggan wanita sempena Mother's Day. |
Selesai makan, kami pun bertanyalah kepada rakan-rakan Pengyou, daging mana yang paling best? Rata-rata mereka menjawab daging Buaya yang paling sedap. Rupa-rupanya orang Cina di Malaysia (khususnya di Sarawak) selalu memakan daging Buaya kerana ia dikatakan bagus untuk mengubati penyakit asthma. Semua mereka sepakat mengatakan yang daging Zebra sangat keras dan sukar untuk dikunyah.
Sebelum keluar dari restoran, Myself dan Husband melawat ke dapur untuk melihat bagaimana mereka memasak Game Meat ini. Dapur yang digunakan adalah dapur moden tetapi dibina seperti unggun api tradisional untuk memberikan feeling tentang masakan mereka yang authentic. Walaupun kita tak makan daging-daging yang dihidangkan, memang satu pengalaman menarik bagi Myself dan Husband dapat berkunjung ke restoran ini.
 |
| Husband melihat daging yang sedang dibakar di atas dapur |
 |
| Daging kering tradisional (Biltong) yang juga ditawarkan untuk hidangan |
 |
| Meninggalkan ruang makan di Carnivore Restaurant |
Sebelum betul-betul meninggalkan restoran, kami bergambar dengan patung-patung pemimpin sejarah Afrika yang menjadi perhiasan. Yang paling menarik dah pasti patung yang memakai pakaian asli Afrika. Tunggu, kata Evie, kerana kita akan berjumpa dengan suku asli yang sebenar di Lesedi Cultural Village yang akan kami kunjungi selepas ini. Pada malam ini juga, kami akan merasai pengalaman bermalam di sebuah pondok tradisional African.
 |
| Patung tokoh-tokoh sejarah Afrika |
 |
| Bergambar dengan Moshoeshoe yang merupakan seorang King of Lesotho |
 |
| Meninggalkan Carnivore Restaurant |
Bersambung ke Bahagian 10...
CATATAN PERJALANAN SOUTHERN AFRICA (2026):
No comments:
New comments are not allowed.