Mei 2026
SOUTHERN AFRICA
South Africa, Zimbabwe, Zambia, Botswana & Mauritius
(ZIMBABWE : Victoria Falls)
Bahagian 12: South Africa - Zimbabwe
SOUTH AFRICA [Johannesburg] -->> ZIMBABWE [Victoria Falls]
HARI KEEMPAT (1)
Part 26: Breakfast @ Lesedi Cultural Village
Perjalanan kami di Hari Keempat ini adalah hari yang istimewa kerana pada hari ini kami akan terbang meninggalkan negara South Africa menuju ke sebuah negara lain yang bernama Zimbabwe. Tetapi walau apa-apa hal pun, kita kena breakfast dulu.
![]() |
| Pemandangan awal pagi di perkampungan Sotho di Lesedi Cultural Village yang menjadi penginapan kami malam tadi. |
![]() |
| Berjalan keluar dari perkampungan Sotho |
![]() |
| Bergambar pagi dulu kat sini... |
![]() |
| Mengintai suasana perkampungan Sotho dari luar pagar... |
![]() |
| Mencari arah menuju ke restoran... |
Pondok penginapan kami memang jauh dari restoran. Myself dan Husband sepakat, memang kami membuat keputusan tepat skip dinner di restoran malam tadi. Kalau tidak mungkin berpeluh juga berjalan dalam gelap sambil meraba-raba mencari arah restoran. 😅
Dalam perjalanan menuju ke restoran, kami melintasi perkampungan Nguni. Kami tidak pulak diperkenalkan dengan kebudayaan Nguni sewaktu cultural tour semalam. Walau bagaimanapun ada sebahagian Pengyou dalam group kami yang mendapat pondok penginapan di sini malam tadi.
![]() |
| Perkampungan Nguni di Lesedi Cultural Village |
Suasana di Lesedi Cultural Village tenang dan damai. Cahaya mentari pagi juga memancar indah pada pagi ini.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Ingatkan kami dah cukup awal datang breakfast di restoran. Rupa-rupanya ada lagi Pengyou yang dah datang lebih awal.
![]() |
| Pintu masuk ke restoran di Lesedi Cultural Village |
![]() |
| Bergambar berdua pulak |
Makanan berdaging di restoran Lesedi Cultural Village ini Tidak Halal. Tetapi tak mengapa, sebab masih ada roti dan telur yang boleh kita makan untuk breakfast.
![]() |
| Suasana di dalam restoran Lesedi Cultural Village |
![]() |
| Egg Station |
![]() |
| Pengyou yang dah tiba lebih awal dari kami untuk breakfast |
![]() |
| Pilihan breakfast kami. Mushroom Soup di sebelah kanan itu sangat sedap. 😋 |
![]() |
| Bergambar dengan waitress yang bernama Buyi |
Selepas makan, kami kembali semula ke bilik untuk menggunakan tandas dan juga mengeluarkan bagasi. Group kami diminta meletakkan bagasi di depan pintu bilik selewat-lewatnya pada pukul 8 pagi untuk diangkut oleh petugas hotel ke bas. Kami kemudian diminta berkumpul di lobi selewat-lewatnya pada pukul 8.30 pagi untuk menuju ke lapangan terbang.
![]() |
| Pemandangan sewaktu berjalan menuju ke lobi |
![]() |
| Petugas di Lesedi Cultural Village yang memakai pakaian tradisional Sotho |
![]() |
| Kraftangan tradisional untuk jualan |
![]() |
| Kakitangan Lesedi Cultural Village yang mengucapkan selamat jalan kepada kami |
![]() |
| Group Photo di depan Lesedi Cultural Village |
![]() |
| Goodbye, Lesedi! |
Part 27: Perjalanan Ke Airport
Perjalanan kami dari Lesedi Cultural Village menuju ke O.R. Tambo International Airport memakan masa kira-kira 1 jam. Perjalanan di peringkat awal menuju ke airport adalah melalui kawasan East Johannesburg yang lapang dan kurang pembangunan. Kata Tour Guide kami Evie, kawasan East Johannesburg kurang pembangunan seperti di West Johannesburg kerana kawasan di sebelah barat mempunyai banyak lombong emas dan platinum.
![]() |
| Evie sedang memberi penerangan |
![]() |
| Kawasan East Johannesberg yang masih belum banyak dibuat pembangunan |
![]() |
| Pemandangan umum di East Johannesburg |
Pemandangan kawasan lapang dan kurang pembangunan di East Johannesburg bertukar menjadi kawasan-kawasan kediaman mewah sewaktu kami tiba di West Johannesburg. Di sebelah sini ada banyak kawasan perumahan mewah yang dikelilingi tembok yang tinggi. Kata Evie memberi penerangan kepada kami, tembok-tembok tinggi ini penting untuk perlindungan dari penjenayah. Memang suatu kenyataan yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa jua bahawa kota Johannesburg mempunyai kadar jenayah yang tinggi. Rumah-rumah kediaman seperti ini juga lazim dilindungi oleh firma-firma private security seperti yang diberi penerangan kepada kami sewaktu melawat ke kota Pretoria.
![]() |
| Kawasan perumahan mewah di West Johannesburg |
![]() |
| Kawasan perumahan ini bernama Birchwood Village |
Bukan sahaja kawasan perumahan yang dibina tembok tinggi di sekeliling, kawasan komersilnya juga turut dipagar. Kata Evie, kita tidak perlu bimbang kalau berjalan di kawasan sebegini kerana keselamatan kita terjamin.
![]() |
| Kawasan komersil berhampiran Birchwood Village |
![]() |
![]() |
![]() |
Kami juga melalui kawasan Sandton di Johannesburg. Kawasan ini dikenali sebagai Africa's richest square mile disebabkan kos hartanahnya yang tertinggi di seluruh benua Afrika.
![]() |
| Gelanggang permainan Padel |
![]() |
| Sebuah kawasan komersil di Sandton |
![]() |
| Kawasan perumahan mewah di Sandton |
![]() |
| Apartment-apartment mewah |
![]() |
| Kawasan komersil Fourways di Sandton |
![]() |
| Padel yang seperti mini tennis adalah permainan yang popular di South Africa |
![]() |
| Kawasan komersil Cedar Square di Sandton |
![]() |
| Cedar Square |
![]() |
| Cedar Square |
![]() |
| Pintu masuk ke Cedar Square |
Kami juga ditunjukkan sebuah hotel mewah yang bernama Palazzo Hotel. Di sinilah Prince Albert dari Monaco dan keluarganya menginap bila melawat ke South Africa. Isteri Prince Albert yang bernama Princess Charlene adalah seorang wanita kulit putih yang berasal dari South Africa. Dia adalah perenang Olympic yang mewakili South Africa sebelum berkahwin dengan Prince Albert.
![]() |
| Hotel Palazzo |
![]() |
| Hotel Palazzo sering menjadi pilihan penginapan Keluarga Diraja Monaco setiap kali mereka singgah di Johannesburg |
![]() |
| Pokok Accacia Thorn Tree yang banyak dilihat di sekitar Johannesburg |
Kami bernasib baik kerana lampu-lampu isyarat yang kami lalui dalam perjalanan ke airport berfungsi dengan baik hari ini. Kata Evie, perkara ini jarang berlaku kerana lampu-lampu isyarat di Johannesburg sering mengalami kerosakan kerana kecurian logam copper di dalamnya.
Seperti di Indonesia, ada juga 'Pak Ogah' yang mengambil upah berkhidmat mengawal aliran trafik di persimpangan-persimpangan jalan di Johannesburg. Selalu juga mereka yang merosakkan lampu-lampu isyarat ini, kata Evie, supaya mereka boleh mendapat upah mengawal lalulintas di persimpangan.
![]() |
| Kami bernasib baik kerana semua lampu isyarat yang kami lalui berfungsi dengan baik hari ini. |
![]() |
| Kenderaan berhenti di persimpangan lampu isyarat |
Bekalan elektrik di Afrika Selatan juga sering tidak stabil. Ini kami alami di Lesedi Cultural Village malam tadi. Oleh yang demikian, banyak rumah dan bangunan yang kami lihat memasang panel-panel solar di bumbung mereka sendiri bagi mendapatkan bekalan elektrik yang lebih stabil.
![]() |
| Banyak rumah dan bangunan di bandar-bandar di Afrika Selatan yang memasang panel solar sendiri bagi memastikan bekalan elektrik yang lebih stabil |
![]() |
| Sebuah bangunan yang mempunyai panel solar |
Dalam perjalanan ke O.R. Tambo International Airport, kami turut melalui sebuah township kulit hitam yang sangat besar bernama Alexandra. Seperti Bapong yang kami lihat dalam perjalanan menuju ke Pilanesberg National Park tempohari, Alexandra juga adalah kesan peninggalan Apartheid di South Africa.
![]() |
| Alexandra |
![]() |
| Pemandangan umum bangunan rumah kediaman di Alexandra |
![]() |
| Suasana Alexandra dari lebuhraya |
Perkampungan Alexandra ini unik kerana ia terletak di kawasan Sandton yang secara umumnya adalah penempatan kulit putih di zaman Apartheid. Ia kini memiliki 500,000 penduduk. Di samping Alexandra, ada sebuah lagi perkampungan kulit hitam yang lebih besar dan popular di tengah bandar Johannesburg. Perkampungan tersebut bernama Soweto (singkatan dari South-West Township).
Alexandra juga dikenali sebagai Dark City kerana di zaman Apartheid, kerajaan tidak membenarkan bekalan elektrik disambung ke sini. Akibatnya, pemandangan di keseluruhan perkampungan yang super besar ini menjadi sangat gelap di malam hari. Kawasan ini juga terkenal sebagai kawasan kediaman gangster di sekitar tahun 1940an - 1950an dulu.
![]() |
| Banyak rumah di Alexandra kini memiliki satellite dish untuk mendapatkan siaran TV dari seluruh dunia |
![]() |
| Rumah yang kelihatan seperti masih dalam pembinaan |
Ada satu tempat di mana kita dapat melihat pemandangan Alexandra Township ini secara keseluruhan. Memang terperanjat kita melihat betapa besar sebenarnya keseluruhan kawasan Alexandra ini. Terfikir juga, bagaimanalah kerajaan kulit putih yang minoriti dulu boleh mengawal kawasan sebesar sebegini yang penduduknya terdiri dari orang kulit hitam?
Part 28: O.R. Tambo International Airport @ Johannesburg
Kami tiba di O.R. Tambo International Airport pada pukul 9.30 pagi.
![]() |
![]() |
| O.R. Tambo International Airport |
Evie terus membawa kami untuk check-in di kaunter South African Airways yang akan membawa kami ke Victoria Falls di Zimbabwe.
![]() |
| Masuk ke bangunan terminal |
![]() |
![]() |
Di dalam bangunan terminal, Evie membawa kami ke ruang check-in dengan menggunakan sebuah lif yang sangat besar. Sewaktu menggunakannya, Evie memberitahu lif ini dipasang dengan menggunakan peruntukan yang diterima dari FIFA sewaktu Pertandingan Bolasepak Piala Dunia 2010 dulu.
![]() |
| Lif besar di O.R. Tambo International Airport yang dipasang menggunakan peruntukan FIFA sewaktu pertandingan World Cup 2010. |
![]() |
| O.R. Tambo International Airport |
![]() |
| O.R. Tambo International Airport |
![]() |
| O.R. Tambo International Airport |
Alhamdulillah, tak ramai orang yang beratur untuk check-in di kaunter South African Airways menuju ke Victoria Falls di Zimbabwe pagi ini. Selepas kami semua dah selamat check-in, Evie meninggalkan kami kerana dia tidak mengikut bersama ke Zimbabwe. Kami walau bagaimanapun akan bertemu lagi dengan Evie bila pulang ke Johannesburg semula selepas selesai melawat Zimbabwe nanti.
![]() |
| Beratur untuk check-in di kaunter South African Airways |
![]() |
| Kaunter South African Airways |
![]() |
| Hampir tiba giliran untuk check-in |
![]() |
| Boarding Pass dari O.R. Tambo International Airport menuju ke Victoria Falls International Airport |
Selepas check-in, kami terus bergerak menuju ke pintu perlepasan kami Gate A21. Oleh kerana ini adalah penerbangan antarabangsa, ada pemeriksaan passport yang perlu dilalui.
![]() |
| Suasana di Atrium, O.R. Tambo International Airport |
![]() |
| Arah ke pintu perlepasan |
Seperti biasa di mana-mana juga international airport yang besar, kita akan dipaksa melalui pelbagai kedai untuk menuju ke pintu perlepasan.
![]() |
| Kenalah bersalam dengan Nelson Mandela bila dah tiba ke South Africa. |
Myself cukup tertarik dengan kedai bernama Out of Africa di sini kerana ada berbagai barangan souvenir yang dijual. Malangnya tak dapat nak berlama-lama melihat souvenir di Out of Africa kerana flight kita dijangka berlepas tidak lama lagi.
![]() |
| Kedai Out of Africa di O.R. Tambo International Airport |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Ingat lagi tak daging kering Biltong yang diperkenalkan oleh Evie sewaktu kita mula sampai di Johannesburg dulu? Kami melihat ada banyak Biltong yang dijual di airport ini. Kita pun saja-sajalah bertanya kalau ada Biltong Halal yang dijual. Memang ada! Tetapi kami tak membeli pun Biltong ini. Cuma tangkap-tangkap gambar sahaja! 😊
![]() |
| Taste of Africa ~ Biltong |
![]() |
| Pandangan Biltong dengan lebih dekat |
![]() |
| Bukan sekadar Biltong Beef, Biltong Kudu, Eland, Impala dan Widebeest juga ada dijual tetapi ini semua version yang Tidak Halal |
![]() |
| Biltong yang Halal |
![]() |
| Selain Beef, Biltong Halal juga ada daging beberapa haiwan exotic seperti Springbok, Kudu, Ostrich dan Impala |
![]() |
| Walaupun Halal, tak berani kita nak cuba memakannya. 😁 |
![]() |
| Perakuan Halal yang dikeluarkan oleh Muslim Judicial Council di South Africa |
![]() |
| Big Five Duty Free |
![]() |
| Check dulu di sini kalau-kalau ada pertukaran Boarding Gate |
![]() |
| Flight kami South African Airways SA 040 masih dijadual berlepas pada pukul 11.45 pagi |
![]() |
| Jersey pasukan rugby (Springbok) dan kriket (Proteas) South Africa untuk jualan |
![]() |
| Tak sempat nak melihat kalau-kalau ada makanan Halal yang dijual di O.R. Tambo International Airport ini |
![]() |
| Boarding Gate kami ke Victoria Falls terletak di bawah sana |
![]() |
| Pemandangan di Boarding Gate |
![]() |
| Menunggu flight di Boarding Gate |
Part 29: Terbang ke Zimbabwe
Flight kami ke Victoria Falls di Zimbabwe dijadual berlepas pada pukul 11.45 pagi. Seawal pukul 10.55 pagi, semua penumpang dipanggil masuk ke dalam pesawat.
![]() |
| Panggilan masuk untuk pesawat kami |
![]() |
| Jom kita menyahut panggilan... |
Memandangkan pesawat kami parking di tengah airport, ada bas yang disediakan untuk membawa kami ke sana.
![]() |
| Bas yang disediakan untuk membawa kami ke pesawat |
![]() |
| Suasana di dalam bas |
![]() |
| Melihat suasana dari dalam bas |
![]() |
| Bas yang digunakan untuk membawa penumpang ke pesawat-pesawat yang parking jauh di tengah airport |
![]() |
| O.R. Tambo International Airport |
![]() |
| South African Airways |
![]() |
| Satu lagi pemandangan bangunan terminal O.R. Tambo International Airport |
![]() |
| Pesawat South African Airways yang akan membawa kami ke Victoria Falls di Zimbabwe |
![]() |
| Jom kita naik ke pesawat... |
![]() |
| Pemandangan di dalam pesawat |
Pesawat kami South African Airways SA 040 meninggalkan O.R. Tambo International Airport di Johannesburg, South Africa menuju ke Victoria Falls International Airport di Zimbabwe tepat pada pukul 11.45 pagi mengikut jadual. Pesawat yang digunakan adalah sebuah pesawat narrow body Airbus 320-200.
![]() |
| Bergerak menuju ke runway |
![]() |
| Peramugari South African Airways |
![]() |
| Pesawat Fly Safair yang merupakan sebuah pesawat tambang murah di South Africa. |
![]() |
| Kenya Airways ~ The Pride of Africa |
![]() |
| Airlink yang juga merupakan sebuah lagi pesawat tambang murah di Afrika |
![]() |
| Qatar Airways |
![]() |
| Pesawat Fly Safair (kiri) dan Egyptair (kanan) |
![]() |
| Pesawat Virgin Atlantic (kiri) dan Swissair (kanan) |
Seronok sebaik pesawat kami berlepas di udara kerana kami akan menuju ke sebuah negara bernama Zimbabwe yang selama ini sangat asing bagi kami. Oleh kerana pesawat ini tidak mempunyai flight map, kita gunakan flight map yang diadaptasi dari Flightradar24 untuk menunjukkan perjalanan kita dari Johannesburg ke Victoria Falls.
![]() |
| Bronkhorstspruit Dam |
![]() |
| Terbang di South Africa |
![]() |
| Pemandangan Johannesburg dari udara |
![]() |
| Masih pemandangan Johannesburg dari udara |
![]() |
| Stadium di sana adalah FNB Stadium yang merupakan sebuah stadium bolasepak di Johannesburg |
![]() |
| Terbang menuju ke utara |
![]() |
| Makolo Dam |
![]() |
| Terbang menuju ke utara [Flightradar24] |
![]() |
| Kawasan pergunungan di utara South Africa |
![]() |
| Masih pemandangan di kawasan utara South Africa |
Penerbangan dari Johannesburg ke Victoria Falls mengambil masa 1 jam 30 minit. Disebabkan Travel Agent tidak membuat request Muslim Meal untuk Myself dan Husband dalam penerbangan ini, terpaksalah kami meminta Vegetarian Meal dari peramugari. Jealous sungguh kami melihat penumpang kat depan kami mendapat Muslim Meal.
![]() |
| Vegetarian Meal dalam penerbangan dari Johannesburg ke Victoria Falls |
![]() |
| Peramugara berkulit putih dalam penerbangan |
![]() |
| Sedang melintas negara Botswana |
![]() |
| Botswana |
Kami melintas negara Botswana dalam perjalanan menuju ke Zimbabwe. Satu pemandangan istimewa yang dapat kami lihat di Botswana dalam perjalanan ini ialah Tasik Garam yang bernama Sua Pan.
![]() |
| Terbang berhampiran tasik garam Sua Pan di Botswana [Flightradar24] |
![]() |
| Pemandangan Sua Pan |
![]() |
| Sua Pan ini sangat besar |
![]() |
| Masih pemandangan Sua Pan |
![]() |
| Nwetwe Pan juga dapat dilihat di kejauhan sana |
![]() |
| Pemandangan Sua Pan dan Nwetwe Pan |
![]() |
| Meninggalkan Tasik Garam |
![]() |
| Terbang di sempadan Botswana dan Zimbabwe [Flightradar 24] |
Destinasi kami Victoria Falls sebenarnya terletak di sebuah kawasan yang dinamakan Golden Triangle kerana di sinilah letaknya pertemuan 3 negara: Zimbabwe, Zambia dan Botswana. Kami akan menjejak kesemua ketiga-tiga negara ini dari Zimbabwe.
![]() |
| Golden Triangle pertemuan 3 negara: Botswana, Zimbabwe dan Zambia. Namibia juga terletak tidak jauh dari sini sebenarnya. [Flightradar24] |
![]() |
| Pemandangan di Zimbabwe |
![]() |
| Menghampiri lapangan terbang Victoria Falls |
Victoria Falls adalah air terjun yang kedua terbesar di dunia. Sangat mengkagumkan bila kita dah dapat melihat percikan airnya dari kejauhan lagi sewaktu pesawat hampir mendarat di Victoria Falls International Airport.
![]() |
| Percikan air Victoria Falls dah kelihatan di kejauhan sana dari atas pesawat |
![]() |
| Tiba di Victoria Falls, Zimbabwe |
Suka mendengar tagline yang digunakan oleh South African Airways bila nak mendarat: "All good things come to an end and so does our flight today". Maka tamatlah sudah penerbangan kami bila pesawat mendarat di Victoria Falls International Airport di Zimbabwe.
![]() |
| Selamat mendarat di Victoria Falls International Airport |
![]() |
| Welcome To Zimbabwe |
Bersambung ke Bahagian 13...
CATATAN PERJALANAN SOUTHERN AFRICA (2026):
- Bhg. 01 (Hari 1) - Departure (Kuala Lumpur -->> Mauritius : Transit)
- Bhg. 02 (Hari 2) - Mauritius -->> South Africa (Johannesburg)
- Bhg. 03 (Hari 2) - South Africa (Johannesburg - Pilanesberg National Park)
- Bhg. 04 (Hari 2) - South Africa (Pilanesberg National Park : Evening Game Drive 1)
- Bhg. 05 (Hari 2) - South Africa (Pilanesberg National Park : Evening Game Drive 2 & Boma Dinner)
- Bhg. 06 (Hari 3) - South Africa (Pilanesberg National Park : Morning Game Drive & Perjalanan Ke Pretoria)
- Bhg. 07 (Hari 4) - South Africa (Pretoria : Pretoria City)
- Bhg. 08 (Hari 4) - South Africa (Pretoria : Voortrekker Monument)
- Bhg. 09 (Hari 4) - South Africa (Johannesburg : Carnivore Lunch)
- Bhg. 10 (Hari 4) - South Africa (Johannesburg : Lesedi Cultural Village 1)
- Bhg. 11 (Hari 4) - South Africa (Johannesburg : Lesedi Cultural Village 2)
- Bhg. 12 (Hari 5) - South Africa (Johannesburg) -->> Zimbabwe (Victoria Falls Airport)
- Bhg. 13 (Hari 5) - Zimbabwe (Victoria Falls : Baines Restaurant)
- Bhg. 14 (Hari 5) - Zambia (Victoria Falls : Zambia Side)
- Bhg. 15 (Hari 6) - Zimbabwe (Kasambabezi Lodge) & Botswana (Kasane)
- Bhg. 16 (Hari 6) - Botswana (Chobe National Park 1)
- Bhg. 17 (Hari 6) - Botswana (Chobe National Park 2)
- Bhg. 18 (Hari 6) - Zimbabwe (Flight of Angels)
- Bhg. 19 (Hari 6) - Zimbabwe (Zambezi Sunset Cruise)
- Bhg. 20 (Hari 7) - Zimbabwe (Walk With The Cheetah & Walk With The Lion)
- Bhg. 21 (Hari 7) - Zimbabwe (Victoria Falls : Zimbabwe Side)
- Bhg. 22 (Hari 7) - Zimbabwe (Victoria Falls Airport) -->> South Africa (Johannesburg - Sun City)
- Bhg. 23 (Hari 8) - South Africa (Sun City: Palace of the Lost City)
- Bhg. 24 (Hari 8) - South Africa (Johannesburg : Lion Park)
- Bhg. 25 (Hari 8) - South Africa (Johannesburg : Lanseria Airport -->> Cape Town)
- Bhg. 26 (Hari 9) - South Africa (Cape Town : Table Mountain 1)
- Bhg. 27 (Hari 9) - South Africa (Cape Town : Table Mountain 2)
- Bhg. 28 (Hari 9) - South Africa (Cape Town : Bo-Kaap)
- Bhg. 29 (Hari 9) - South Africa (Cape Town : Cape Town City)
- Bhg. 30 (Hari 9) - South Africa (Cape Town : Kirstenbosch National Botanical Gardens)
- Bhg. 31 (Hari 9) - South Africa (Cape Town : Victoria & Alfred Waterfront)
- Bhg. 32 (Hari 10) - South Africa (Cape Peninsula : Chapman's Peak Marine Drive)
- Bhg. 33 (Hari 10) - South Africa (Cape Peninsula : Hout Bay)
- Bhg. 34 (Hari 10) - South Africa (Cape Peninsula : Fish Hoek)
- Bhg. 35 (Hari 10) - South Africa (Cape Peninsula : Boulders Beach Penguin Sanctuary)
- Bhg. 36 (Hari 10) - South Africa (Cape Peninsula : Cape of Good Hope)
- Bhg. 37 (Hari 10) - South Africa (Cape Peninsula : Cape Point)
- Bhg. 38 (Hari 11) - South Africa (Cape Town : Ostrich Ranch)
- Bhg. 39 (Hari 11) - South Africa (Cape Winelands : Stellenbosch & Neethlinghof Estate)
- Bhg. 40 (Hari 11) - South Africa (Cape Town : Jewel of Africa & Mama's Kitchen) -->> Mauritius
- Bhg. 41 (Hari 12) - Mauritius (Curepipe : Holiday Inn Mon Tresor & Dormant Volcano)
- Bhg. 42 (Hari 12) - Mauritius (Curepipe : Shiva Statue & Grand Bassin Lake)
- Bhg. 43 (Hari 12) - Mauritius (Chamarel : Black River Gorges, Alexandra Falls & Seven Coloured Earth)
- Bhg. 44 (Hari 12) - Going Home (Mauritius -->> Kuala Lumpur)




















































































































































No comments:
New comments are not allowed.