Wednesday, 17 June 2026

2026 SOUTHERN AFRICA BHG. 11 (Lesedi Cultural Village 2)

Mei 2026

SOUTHERN AFRICA
South Africa, Zimbabwe, Zambia, Botswana & Mauritius
(SOUTH AFRICA : Johannesburg, Pilanesberg National Park & Pretoria)

Bahagian 11: South Africa
JOHANNESBURG [Lesedi Cultural Village 2]

HARI KETIGA (6)

Part 24: Lesedi Cultural Village @ Johannesburg (2)

ZULU

Perkampungan terakhir yang kami lawati di Lesedi Cultural Village adalah perkampungan Zulu. Orang Zulu berasal dari wilayah yang kini dikenali sebagai KwaZulu-Natal di South Africa. Mereka adalah suku kaum yang terbesar di negara ini.

Tiba di perkampungan Zulu
Pagar perkampungan Zulu
Pintu masuk ke perkampungan Zulu sering dijaga oleh pengawal. Pengunjung perlu memberitahu hasrat untuk melawat kepada pengawal ini. Beliau seterusnya akan memberitahu tentang kedatangan kita kepada Ketua Kampung.
 
Pengawal di perkampungan Zulu
Posing dulu kat depan pintu sementara menunggu Ketua Kampung memberi kebenaran masuk
Host kami di Lesedi Cultural Village yang bernama Millicent. Dia sebenarnya berasal dari Kaum Sotho.
Posing dengan Pengawal Zulu
Tidak lama kemudian, datanglah Ketua Kampung dengan pembantunya. Selepas bersoal-jawab barulah kita dipersilakan masuk ke dalam kampung.

Ketua Kampung datang bersama pembantu
Bersoal-jawab sebelum dibenarkan masuk
Ketua Kampung dengan pembantunya
Pengawal Zulu
Suasana di dalam perkampungan Zulu
Sesuatu yang berbeza di antara perkampungan Zulu dengan perkampungan suku-suku yang lain ialah kedudukan kandang lembu (kraal) mereka yang terletak di tengah-tengah kampung. Dalam perkampungan suku yang lain, kraal ini sering terletak di tepi atau di luar kampung. Mengikut adat perkahwinan Zulu, maskahwin yang ditetapkan adalah 11 ekor lembu untuk setiap isteri. Lelaki Zulu boleh memiliki seberapa banyak isteri yang diingini tetapi sebelum berkahwin dengan isteri yang baru, perlu mendapat izin dari isteri yang sebelumnya.

Kandang lembu Zulu sering terletak di tengah-tengah kampung
Kandang lembu orang Zulu
Kaum Zulu juga mempunyai cara bersalam yang unik. Ada 3 pergerakan dalam bersalam ini yang setiap satunya membawa maksud "Hello", "How are you?" dan "I am fine".

Millicent dan Ketua Kampung menunjukkan cara orang Zulu bersalam
Pahlawan-pahlawan Zulu
Seperti kaum-kaum yang lain, wanita-wanita Zulu juga bekerjasama memasak makanan untuk dimakan seluruh penghuni kampung. Namun begitu, mereka memasak di dalam pondok yang dikhaskan sebagai dapur dan bukan secara terbuka.

Dapur Orang Zulu
Kami juga ditunjukkan pondok milik Ketua Kampung. Pondok ini berbeza dengan pondok penduduk lain kerana ia mempunyai hiasan kepala dan tanduk lembu di atas pintu.

Rumah Ketua Kampung yang ditandakan dengan hiasan kepala lembu.
Seterusnya pula, kita diperkenalkan dengan pakaian wanita Zulu. Wanita yang masih bujang akan memakai mini skirt manakala wanita yang sudah berkahwin pula akan memakai skirt labuh melebihi paras lutut.

Wanita bujang akan memakai mini skirt manakala wanita yang sudah berkahwin akan memakai skirt labuh melebihi paras lutut
Millicent memperkenalkan labu air yang sering dijunjung di atas kepala wanita Zulu
Wanita Zulu yang sudah berkahwin juga akan memakai perhiasan di atas kepala mereka. Pada masa dahulu, perhiasan ini dijahit terus kepada kepala dan tidak boleh dibuka langsung. Ada adat seperti menyembelih kambing yang perlu dibuat sekiranya perhiasan kepala ini perlu dibuka untuk sesuatu keperluan seperti membasuh kepala kerana penyakit. Ini adalah kerana mengikut adat Zulu, seorang wanita yang membuka perhiasan kepala ini dengan sengaja menandakan yang dia ingin bercerai dengan suaminya.

Perhiasan kepala yang dijahit terus kepada kepala wanita Zulu yang sudah berkahwin pada masa dahulu.
Kalau dah perhiasan dijahit terus kepada kepala, bagaimana wanita Zulu ini tidur? Ada pangkin kecil yang digunakan di malam hari untuk menampung perhiasan kepala wanita Zulu sewaktu tidur. Pangkin kecil ini digunakan pula sebagai tempat duduk pada waktu siang.

Pangkin kecil yang digunakan untuk menampung perhiasan kepala wanita Zulu sewaktu tidur di waktu malam.
Adat kaum Zulu juga adalah berkongsi makan bersama-sama. Kaum lelaki makan bersama kaum lelaki manakala perempuan pula makan bersama perempuan yang lain. Bagi tujuan ini, mereka mempunyai dulang makanan yang besar dan sebatang senduk untuk menciduk makanan. Adab memakan pula adalah makanan disenduk dari dulang besar dan diletakkan di atas tapak tangan sebelum disuap ke mulut. Selepas itu, senduk tadi akan passing kepada orang di sebelah yang akan berbuat perkara yang serupa.

Dulang yang digunakan oleh orang Zulu untuk makan bersama-sama
Lelaki Zulu juga gemar menghisap paip. Fakta mengejutkan ialah paip ini tidak diisi dengan tembakau, sebaliknya diisi dengan marijuana untuk dihisap. Mengikut adat Zulu walau bagaimanapun, hanya lelaki yang boleh menghisap paip dan mereka perlu melakukannya di atas gunung, jauh dari perkampungan. Selagi mereka masih khayal, mereka tidak boleh pulang ke rumah.
  
Husband bergambar dengan Pahlawan Zulu
Akhir sekali, kita diperkenalkan pula dengan Tombak (Spear) yang digunakan oleh orang Zulu. Ada 2 jenis tombak yang digunakan orang Zulu: Long Spear dan Short Spear. Ada nama tradisional yang diberi kepada kedua-dua tombak ini mengikut bunyi yang dikeluarkan masing-masing.

Kawasan perbincangan Kaum Zulu yang dilarang wanita untuk memasukinya
Di sinilah perbincangan-perbincangan sulit Kaum Zulu diadakan dengan diperhatikan tengkorak kepala gajah yang menjadi perhiasan.
Tombak panjang yang digunakan oleh Kaum Zulu
Memperkenalkan Tombak Pendek kepada kami. Perisai yang digunakan adalah dibuat dri kulit lembu.

PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN

Selepas selesai melawat perkampungan Zulu, kita dijemput pula ke sebuah teater untuk menyaksikan persembahan tarian kebudayaan Afrika.

Arah ke Dance Boma
Persembahan dimulakan dengan tarian Gumboot Dance yang merupakan tarian yang dicipta oleh pekerja-pekerja di lombong emas.
 
Gumboot Dance
Persembahan Gumboot Dance
Selepas tamat Gumboot Dance barulah kita diperkenalkan dengan tarian tradisional suku-suku Afrika. Seperti tarian tradisional dari tempat-tempat lain di dunia, kesemua tarian ini menggambarkan kehidupan seharian mereka yang termasuklah memburu dan berperang. Sesuatu yang sangat ketara dalam persembahan tarian Afrika ialah pergerakan-pergerakan yang sangat agresif, baik dari lelaki mahupun wanita. Memang berbeza sangat dengan tarian tradisional Asia yang lemah-gemalai. 😂
 

Part 25 : Bermalam Di Lesedi Cultural Village

Pada malam itu, kami merasai pengalaman bermalam di sebuah pondok tradisional Afrika di Lesedi Cultural Village. Pondok penginapan bagi semua ahli kumpulan bertaburan di seluruh Lesedi Cultural Village. Pondok penginapan Myself dan Husband terletak di Perkampungan Sotho.
 
Pondok-pondok penginapan di perkampungan Sotho
Pondok penginapan kami adalah yang di sebelah kiri
Pemandangan dari pintu masuk ke pondok penginapan kami
Bergambar di perkampungan Sotho
Walaupun merupakan pondok tradisional, kemudahan moden yang minimal tersedia di dalamnya. Maklum sajalah, sebab kalau di perkampungan Afrika yang sebenar, tiada kemudahan moden sebegini.

Pintu masuk ke pondok ini sangat rendah, banyak kali jugalah kepala kami terhantuk sewaktu keluar-masuk 😆
Pemandangan di dalam pondok penginapan
Selimut yang disediakan adalah selimut tradisional Sotho yang sering dipakai di pergunungan Lesotho
Perabot di dalam pondok tradisional
Satu penyiksaan juga nak masuk ke bilik air sebab pintunya yang rendah menyebabkan kita asyik terhantuk kepala
Kemudahan toilet yang moden di dalam pondok
Shower dan bekalan air panas pun ada
Disebabkan perkampungan Sotho ini jauh di hulu dan suasana di luar juga agak gelap jika nak berjalan menuju ke restoran, Myself dan Husband membuat keputusan untuk skip sahaja dinner pada malam itu dan memakan packed food yang kami bawa. Satu pengalaman yang tidak dilupakan adalah bila sepanjang malam itu lampu bilik berkedip-kedip kerana tidak cukup bekalan elektrik. Ingatkan masalah ini berlaku cuma di bilik kami sahaja, rupa-rupanya seluruh Lesedi Cultural Village pun begitu. Betul-betul macam nak bagi kami merasa pengalaman tidur di kampung tradisional Afrika yang sebenarnya tiada bekalan elektrik! 😂


 Bersambung ke Bahagian 12...


CATATAN PERJALANAN SOUTHERN AFRICA (2026):

No comments: