Mei 2026
SOUTHERN AFRICA
South Africa, Zimbabwe, Zambia, Botswana & Mauritius
(ZAMBIA: Victoria Falls @ Livingstone)
Bahagian 14: Zambia
VICTORIA FALLS [Zambia Side @ Livingstone]
HARI KEEMPAT (3)
Part 30: Dari Zimbabwe Menyeberang Ke Zambia
Dari Baines Restaurant, kami dibawa menaiki bas menuju ke pos sempadan Zimbabwe untuk pemeriksaan passport. Baru saja 2-3 jam tadi passport kami dicop masuk ke Zimbabwe di Victoria Falls Airport, sekarang dah dicop pula keluar dari Zimbabwe. Kami semua diminta turun dan beratur untuk mengecop passport di pos sempadan ini.
![]() |
| Pemandangan berhampiran pos sempadan Zimbabwe |
![]() |
| Ada banyak kedai menjual cenderamata di sini |
![]() |
| Penduduk local di Zimbabwe |
![]() |
| Ada juga pejabat wakil perkhidmatan Helicopter Scenic Ride dan Game Drive di sini |
![]() |
| Bangunan pemeriksaan passport di sempadan Zimbabwe |
Dari Zimbabwe, kami dibawa dengan bas menyeberang Sungai Zambezi menggunakan Victoria Falls Bridge untuk menuju ke Zambia. Dari jambatan inilah kami mendapat first glimpse of Victoria Falls dengan pemandangan Double Rainbow yang terkenal itu.
![]() |
| Menuju ke arah negara Zambia |
![]() |
| Sungai Zambezi yang memisahkan Zimbabwe dengan Zambia |
![]() |
| Pemandangan Double Rainbow yang terkenal di Victoria Falls |
![]() |
| Ramai juga pelancong yang berjalan kaki menyeberang Victoria Falls Bridge untuk menikmati pemandangan Victoria Falls dan Double Rainbow dengan lebih dekat |
Victoria Falls Bridge yang menghubungkan Zimbabwe dan Zambia ini dibina dari ilham Cecil Rhodes, pengasas British South Africa Company (BSAC) yang juga pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Cape Colony 1853 - 1902. Ia dibina sebagai sebahagian dari visi Cape To Cairo Railway yang tidak dapat direalisasikan. Bagi yang berani, anda boleh membuat bungee jump ke Sungai Zambezi dari jambatan ini.
![]() |
| Pemandangan sebahagian Victoria Falls yang majestic dengan Double Rainbow dari Victoria Falls Bridge |
![]() |
| Menikmati pemandangan Victoria Falls dari atas jambatan |
![]() |
| Suasana dari dalam bas sewaktu menuju ke Zambia |
Setibanya di kawasan Livingstone di Zambia, kami sekali lagi diminta turun dari bas untuk mengecop passport di pos sempadan Zambia pula.
![]() |
| Suasana di sempadan Zambia |
![]() |
| Pintu masuk ke bangunan pos sempadan Zambia |
![]() |
| Penyambut tetamu yang menanti di sebelah Zambia |
Part 31: Zambia Sepintas Lalu
Zambia terletak di south-central benua Afrika. Seperti Zimbabwe, Zambia juga adalah sebuah landlocked country yang tidak memiliki sempadan laut. Ibu negara Zambia bernama Lusaka. Ia berkongsi sempadan dengan 8 negara: Democratic Republic of the Congo, Tanzania, Malawi, Mozambique, Zimbabwe, Botswana, Namibia dan Angola. Sebelum mencapai kemerdekaan dari British pada tahun 1964, Zambia dikenali sebagai Northern Rhodesia.
![]() |
| Peta kedudukan Zambia di benua Afrika |
Penduduk Zambia berjumlah 21 juta dan Bahasa Inggeris adalah bahasa kebangsaan di negara ini. Sebahagian besar Zambia adalah dataran tinggi yang dibelah lembah-lembah sungai yang dalam. Sungai yang terbesar terdiri dari Luangwa, Luapula, Kafue dan Zambezi. Sungai yang paling terkenal adalah Sungai Zambezi kerana di sinilah letaknya Victoria Falls dan Lake Kariba. Lake Kariba (Kariba Dam) yang terletak 400 km ke hilir Victoria Falls adalah salah sebuah tasik buatan manusia yang terbesar di dunia. Tasik ini yang dikongsi bersama oleh Zambia dan Zimbabwe turut membekalkan tenaga elektrik ke kedua-dua negara.
![]() |
| Gambaran negara Zambia yang terletak di dataran tinggi |
Seperti Malaysia, Zambia adalah juga sebuah negara tropika. Seperti juga negara-negara lain yang berjiran dengannya sektor ekonomi terbesar Zambia adalah pertanian, perlombongan dan perkhidmatan (termasuk pelancongan).
Part 32: Victoria Falls (Zambia Side)
Dari pos pemeriksaan sempadan di Zambia, kami cuma berjalan kaki menuju ke Victoria Falls. Dalam bahasa penduduk tempatan, air terjun ini dikenali sebagai Mosi-oa-Tunya yang bermaksud Smoke That Thunders.
![]() |
| Pintu masuk ke Victoria Falls di sebelah Zambia |
![]() |
| Pejabat tiket untuk masuk ke Victoria Falls |
![]() |
| Berjalan menuju ke Victoria Falls |
Ada banyak gerai menjual cenderamata dalam perjalanan masuk ke Victoria Falls. Ada juga kedai-kedai yang menawarkan khidmat sewaan baju hujan. Sebelum datang ke sini, kami memang telah dinasihatkan untuk membawa baju hujan bersama sewaktu melawat ke Victoria Falls. Maklumlah, kita dah pasti akan kebasahan terkena percikan dari air terjun. Bagi yang tidak membawa baju hujan, ia boleh disewa dari kedai-kedai di sini dengan bayaran USD3 (MYR 12).
![]() |
| Kedai-kedai cenderamata dalam perjalanan masuk ke Victoria Falls |
![]() |
| Kedai-kedai ini juga ada menawarkan khidmat sewaan baju hujan |
![]() |
| Baju hujan untuk sewaan |
Victoria Falls telah diisytiharkan sebagai UNESCO World Heritage pada 15 Disember 1989. Oleh itu, ada petugas di Victoria Falls ini sendiri yang akan membawa kami masuk melawat ke dalam. Petugas yang membawa kami adalah seorang wanita black yang lupa nak tanya namanya. Dia menanti kami di pintu masuk rasmi ke Victoria Falls ini. Tetapi Myself tak pasti sama ada semua pelawat perlu mendapatkan khidmat dari petugas seperti ini atau ia cuma disyaratkan bagi pelawat-pelawat dengan kategori tertentu seperti lawatan berkumpulan.
![]() |
| Pintu masuk rasmi ke Victoria Falls. Tiket perlu ditunjukkan kepada petugas di sini untuk masuk ke dalam. |
![]() |
| Peta Victoria Falls dan Sungai Zambezi |
![]() |
| Keterangan mengenai Victoria Falls |
![]() |
| Sebuah lagi peta Victoria Falls |
![]() |
| Keterangan ringkas mengenai Victoria Falls dan negara Zambia |
![]() |
| Laluan menuju ke air terjun |
![]() |
| Amaran supaya tidak memberi makan kepada Baboon. Walau bagaimanapun, kami tak terserempak pulak dengan Baboon sewaktu melawat ke sini. |
![]() |
| Monumen peringatan pengisytiharan Victoria Falls World Heritage Site sebagai International Peace Park pada 12/12/2005 |
![]() |
| Ukiran-ukiran di laluan menuju ke air terjun |
Semakin mendekati air terjun, deruan airnya menjadi sangat kuat sampai kita tak boleh mendengar bunyi yang lain.
![]() |
| Laluan indah menuju ke air terjun |
![]() |
| Deruan kuat air terjun dah terdengar kuat sewaktu di sini lagi |
![]() |
| Tiba di Lookout Point yang pertama |
Tiba di Lookout Point yang pertama, kita disajikan dengan pemandangan Sungai Zambezi yang mengalir deras menuju ke Air Terjun Victoria. Lokasi ini adalah sebenarnya di puncak air terjun.
![]() |
| Sungai Zambezi yang mengalir deras menuju ke Air Terjun Victoria |
![]() |
| Kuasa deruan air ini terasa sangat hebat walaupun dengan hanya memerhatikannya dari sini |
Secara kebetulan, kami berada di sini sewaktu High Season. Air di Sungai Zambezi memang deras dan banyak pada ketika ini. Kalau kita datang pada waktu Low Season, pengunjung boleh bermandi-manda di sungai ini. Ada sebuah kawasan bernama Devil's Pool yang terletak betul-betul di pinggir tebing air terjun yang popular dengan perenang. Namun ia tidak dibuka pada musim High Season seperti sekarang atas sebab keselamatan.
![]() |
| Melihat pemandangan Sungai Zambezi yang mengalir deras |
![]() |
| Keindahan Zambezi River disinari mentari petang |
![]() |
| Pemandangan yang damai dan mengasyikkan |
![]() |
| Devil's Pool yang dibuka hanya pada Low Season [Gambar dari internet] |
Kita kemudian bergerak menuju ke Lookout Point yang kedua. Di sinilah kita dapat melihat pemandangan air terjun yang sebenar dari hadapan.
![]() |
| Lookout Point yang kedua |
![]() |
| Suasana di Lookout Point yang kedua |
Di sinilah kami melihat kehebatan Victoria Falls yang mengkagumkan itu buat pertama kali. Ada ketikanya memang ia terlindung dari pandangan disebabkan percikan airnya yang tersangat kuat itu. Di sini jugalah kita boleh memahami nama Mosi-oa-Tunya (The Smoke That Thunders) yang diberi oleh orang tempatan kepadanya.
![]() |
| Mosi-oa-Tunya (The Smoke That Thunders) |
![]() |
| Beginilah kuatnya percikan air dari Victoria Falls, sampai tak nampak air terjun di belakangnya. |
![]() |
| Insaf melihat kekuasaan Allah mencipta air terjun ini. Kehebatan air terjun ini hanyalah sebahagian kecil dari kekuasaan Allah SWT. |
![]() |
| Walau berdiri jauh begini, percikan airnya dah boleh membasahkan kita |
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan keindahan dan ketakjuban pemandangan Victoria Falls yang kita lihat, lebih-lebih lagi kerana kami datang sewaktu matahari sedang terbenam. Saiz air terjun ini juga sangat mengkagumkan, walaupun pemandangan dari sebelah Zambia ini cuma 25% dari keseluruhan air terjun. Ketika ini kami cuma dapat membayangkan betapa lebih hebat pemandangan 75% lagi air terjun ini yang akan kami saksikan dari sebelah Zimbabwe pula.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Lepas itu kita bergerak lagi menuju ke Lookout Point yang ketiga. Mentari dah semakin terbenam ketika ini dan pemandangan Victoria Falls menjadi semakin indah.
![]() |
| Bergerak ke Lookout Point Ketiga |
Dengan ketinggian 108 meter dan kelebaran 1,708 meter, Victoria Falls sering dianggap sebagai waterfall yang kedua terbesar di dunia selepas Iguazu Falls di South America. Ia juga lebih besar dari Niagara Falls di North America. Kadar aliran airnya adalah 1,088 meter padu / saat.
Victoria Falls turut telah terpilih sebagai Seven Natural Wonders of the World bersama-sama Aurora Borealis, Harbour of Rio de Janeiro, Grand Canyon, Great Barrier Reef, Mount Everest dan ParÃcutin Volcano.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Satu tarikan utama pengunjung ke Victoria Falls di sebelah Zambia adalah sebuah jambatan pejalan kaki yang dinamakan Knife Edge Bridge. Tak sah berkunjung ke sini kalau tak naik ke Knife Edge Bridge. Maka ke sanalah kami pergi sebelum hari menjadi gelap.
![]() |
| Arah ke Knife Edge Bridge |
![]() |
| Laluan ke jambatan |
![]() |
| Semakin basah kuyup bila kita lalu di sini |
![]() |
| Percikan air dari waterfall |
![]() |
| Husband melihat pemandangan waterfall yang semakin terlindung dengan percikan air yang kuat |
![]() |
| Berjalan lagi menuju ke jambatan |
Sebelum sampai ke Knife Edge Bridge, kita dapat melihat pemandangan Victoria Falls Bridge. Itulah jambatan yang kita lalui dengan menaiki bas tadi sewaktu datang dari Zimbabwe. Ala... jambatan yang kita nampak pemandangan Double Rainbow tadi tu!
Seperti yang diceritakan di awal tadi, jambatan ini diilhamkan oleh Perdana Menteri Cape Colony yang bernama Cecil John Rhodes pada tahun 1902. Walau bagaimanapun pembinaannya hanya dimulakan pada tahun 1904 selepas kematian Rhodes dan disiapkan pada tahun 1905. Ia pada mulanya dibina sebagai jambatan keretapi di kawasan di mana percikan air dari Victoria Falls akan mengena tepat kepada gerabak keretapi yang lalu. Jambatan ini kemudiannya diubahsuai pada tahun 1930 untuk membolehkan ia turut dilalui oleh kenderaan lain.
![]() |
| Victoria Falls Bridge |
![]() |
| Keretapi yang sedang lalu di atas Victoria Falls Bridge |
![]() |
| Air Sungai Zambezi yang mengalir deras di bawah jambatan |
![]() |
| Pemandangan Victoria Falls di sebalik jambatan |
![]() |
| Maklumat mengenai Victoria Falls Bridge |
![]() |
| Terus berjalan menuju ke Knife Edge Bridge |
Akhirnya kita sampai di Knife Edge Bridge. Kalau di musim Low Season, beginilah pemandangan jambatan ini yang dapat kita lihat 👇:
![]() |
| Pemandangan Knife Edge Bridge di musim Low Season [Gambar dari internet] |
Tetapi disebabkan kita datang pada musim High Season, beginilah pemandangan yang dapat kita lihat...
![]() |
| Permulaan Knife Edge Bridge |
![]() |
| Bergambar dulu sebelum naik atas jambatan |
![]() |
| Berjalan di atas Knife Edge Bridge |
Pengalaman berjalan di atas jambatan ini bagaikan berjalan dalam hujan yang sangat lebat. Susah nak enjoy pemandangan sekeliling sebab kita sibuk nak menahan diri dari percikan-percikan air yang besar dan kuat dari Victoria Falls yang berhampiran. Sakit-sakit badan jugalah kita menahan percikan air kuat yang menghentam kita di sini. Lagi satu, bersyukur sangat sebab jambatan Knife Edge ini dibina solid dan bukan jambatan gantung macam di Kawah Rengganis dekat Bandung dulu. 😅
![]() |
| Tak nampak pemandangan Victoria Falls dari tengah jambatan sebab terlindung percikan air |
![]() |
| Tiba di penghujung Knife Edge Bridge |
![]() |
| Pemandangan di penghujung Knife Edge Bridge |
Bila dah jalan sampai ke hujung, terpaksa merentas balik jambatan ini untuk balik ke pangkal jalan. Maklumlah sebab laluan keluar-masuk ke Victoria Falls di sebelah Zambia ini menggunakan laluan yang sama.
![]() |
| Berjalan kembali menuju ke pangkal jalan |
![]() |
| Percikan air Victoria Falls memang sentiasa kuat begini |
![]() |
| Tiba kembali di permulaan Knife Edge Bridge |
Sebelum bergerak balik, kita lihat sepuas hati pemandangan Victoria Falls. Maklum sajalah sebab mungkin sekali ini sajalah kami akan sampai ke sini di sepanjang hayat.
![]() |
![]() |
![]() |
Hari dah semakin gelap ketika itu. Suspen juga sewaktu berjalan menuju kembali ke pintu masuk sebab tak ada lampu jalan yang dipasang di sini. Syukurlah ada Eddy dan Precious yang menunggu dengan torchlight di persimpangan-persimpangan strategik untuk memastikan kami semua tidak tersesat.
![]() |
| Pemandangan sewaktu hari dah semakin malam |
![]() |
| Suasana kini dah semakin gelap... |
Part 33: Kembali Ke Zimbabwe
Kami dibawa kembali ke Zimbabwe dengan bas. Sebelum naik ke atas bas, kita lalui lalui dulu pemeriksaan passport di pos sempadan di sebelah Zambia (Livingstone).
![]() |
| Pos sempadan di Livingstone, Zambia |
![]() |
| Periksa passport dulu di bangunan sebelah kanan |
Pemeriksaan passport di sebelah Zambia cepat dan lancar. Tetapi sebaliknya pula yang berlaku di pos sempadan masuk ke Zimbabwe. Walaupun rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk masuk ke Zimbabwe, kami diminta untuk menunjukkan e-Visa. Bila kami argue yang kami tak perlu pun visa sewaktu masuk ke Zimbabwe melalui Victoria Falls International Airport petang tadi, pegawai imigresen Zimbabwe memberitahu peraturan tersebut hanya terpakai di Airport sahaja. Pulak dah!!!
Kami diminta membuat permohonan visa menggunakan 2 Tab yang ada di pos sempadan. Line internet pulak slowww sangat-sangat. Sambil kami menunggu giliran memohon visa menggunakan Tab, Local Tour Guide Precious duduk berunding dengan pegawai imigresen. Tak tahu apa yang Precious rundingkan tetapi tiba-tiba kemudian, Precious meminta semua passport kami dikumpul untuk dicop.
Walaupun terpinga-pinga dengan apa yang berlaku, kami semua menyerahkan passport kepada Precious untuk diuruskan. Rupa-rupanya pos sempadan dah nak ditutup dan pegawai-pegawai imigresen di situ dah nak balik ke rumah. Jika mereka terus memaksa kami membuat permohonan visa malam itu dengan internet yang sangat-sangat slowww itu, tak baliklah mereka semua nanti. Haihhh!! 😂
Lega bila akhirnya kami dapat naik bas menuju ke penginapan kami malam itu yang bernama Kasambabezi Lodge di Victoria Falls Town.
![]() |
| Kasambabezi Lodge |
Oleh kerana Kasambabezi Lodge adalah sebuah penginapan yang bertaraf 4 bintang, ada tembok tinggi yang dibina di sekelilingnya untuk keselamatan.
![]() |
| Perkarangan di dalam pagar Kasambabezi Lodge |
![]() |
| Bangunan reception dan restoran di Kasambabezi Lodge |
Dinner malam itu disediakan di Kasambabezi Lodge ini sendiri. Chef di sini memberitahu Chicken yang dihidangkan Halal tetapi sewaktu mengambil makanan, ada daging yang Myself ingatkan Beef. Rupa-rupanya 'Beef' ini adalah Warthog (Babi Hutan). Nasib baik kita belum makan lagi! Bila waiter mendapat tahu yang Myself dah tersalah ambil daging Warthog, terus dia mengangkat pinggan Myself supaya kita boleh mengambil makanan yang lain. Thank you!
![]() |
| Reception |
![]() |
| Restoran yang terletak di sebelah reception |
![]() |
| Makanan disediakan secara buffet |
![]() |
| Pakcik Black di sebelah kiri inilah waiter yang cukup baik hati. Bila dia mendapat tahu yang Myself dan Husband cuma boleh memakan makanan Halal, dia membantu menunjukkan makanan yang boleh dimakan. |
![]() |
| Eddy berbincang dengan Precious tentang program perjalanan esok. |
![]() |
| Dah terambil makanan yang ada daging Warthog ini sebab ingatkan ia beef yang Halal. Nasib baik belum makan lagi !! 😅 |
![]() |
| Inilah Dinner yang boleh kami makan malam ini. |
![]() |
| Dinner di Kasambabezi Lodge |
Konsep penginapan di Kasambabezi Lodge adalah seperti motel. Kami mendapat bilik yang perlu melalui kolam renang untuk mendapatkannya. Penginapan kami di Kasambabezi Lodge ini adalah untuk 2 malam.
![]() |
| Kolam renang di Kasambabezi Lodge |
![]() |
| Pemandangan menghala ke bangunan utama dari kolam renang |
![]() |
| Tiba di bilik penginapan kami |
Bilik penginapan kami luas dan selesa. Walau bagaimanapun ada notis di tepi pintu yang mengingatkan supaya pintu sentiasa perlu ditutup untuk mengelakkan nyamuk dan serangga lain masuk ke bilik. Malah katil di bilik juga turut dipasang dengan kelambu yang besar.
![]() |
| Suasana di bilik penginapan kami yang menghadap ke katil |
![]() |
| Suasana bilik yang menghadap ke TV dan pintu bilik mandi |
![]() |
| Kelambu turut disediakan untuk perlindungan dari nyamuk sekiranya perlu |
![]() |
| Siling yang tinggi di dalam bilik |
![]() |
| Ruang untuk menggantung pakaian. Seterika turut disediakan di dalam bilik ini. |
![]() |
| Toilet |
![]() |
| Shower yang sangat luas dan selesa |
Bersambung ke Bahagian 15...
CATATAN PERJALANAN SOUTHERN AFRICA (2026):
- Bhg. 01 (Hari 01) - Departure (Kuala Lumpur -->> Mauritius : Transit)
- Bhg. 02 (Hari 02) - Mauritius -->> South Africa (Johannesburg)
- Bhg. 03 (Hari 02) - South Africa (Johannesburg - Pilanesberg National Park)
- Bhg. 04 (Hari 02) - South Africa (Pilanesberg National Park : Evening Game Drive 1)
- Bhg. 05 (Hari 02) - South Africa (Pilanesberg National Park : Evening Game Drive 2 & Boma Dinner)
- Bhg. 06 (Hari 03) - South Africa (Pilanesberg National Park : Morning Game Drive & Perjalanan Ke Pretoria)
- Bhg. 07 (Hari 03) - South Africa (Pretoria : Pretoria City)
- Bhg. 08 (Hari 03) - South Africa (Pretoria : Voortrekker Monument)
- Bhg. 09 (Hari 03) - South Africa (Johannesburg : Carnivore Lunch)
- Bhg. 10 (Hari 03) - South Africa (Johannesburg : Lesedi Cultural Village 1)
- Bhg. 11 (Hari 03) - South Africa (Johannesburg : Lesedi Cultural Village 2)
- Bhg. 12 (Hari 04) - South Africa (Johannesburg) -->> Zimbabwe (Victoria Falls Airport)
- Bhg. 13 (Hari 04) - Zimbabwe (Victoria Falls : Baines Restaurant)
- Bhg. 14 (Hari 04) - Zambia (Victoria Falls : Zambia Side)
- Bhg. 15 (Hari 05) - Zimbabwe (Kasambabezi Lodge) & Botswana (Kasane)
- Bhg. 16 (Hari 05) - Botswana (Chobe National Park 1)
- Bhg. 17 (Hari 05) - Botswana (Chobe National Park 2)
- Bhg. 18 (Hari 05) - Zimbabwe (Flight of Angels)
- Bhg. 19 (Hari 05) - Zimbabwe (Zambezi Sunset Cruise)
- Bhg. 20 (Hari 06) - Zimbabwe (Walk With The Cheetah & Walk With The Lion)
- Bhg. 21 (Hari 06) - Zimbabwe (Victoria Falls : Zimbabwe Side)
- Bhg. 22 (Hari 06) - Zimbabwe (Victoria Falls Airport) -->> South Africa (Johannesburg - Sun City)
- Bhg. 23 (Hari 07) - South Africa (Sun City: Palace of the Lost City)
- Bhg. 24 (Hari 07) - South Africa (Johannesburg : Lion Park)
- Bhg. 25 (Hari 07) - South Africa (Johannesburg : Lanseria Airport -->> Cape Town)
- Bhg. 26 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Table Mountain 1)
- Bhg. 27 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Table Mountain 2)
- Bhg. 28 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Bo-Kaap)
- Bhg. 29 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Cape Town City)
- Bhg. 30 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Kirstenbosch National Botanical Gardens)
- Bhg. 31 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Victoria & Alfred Waterfront)
- Bhg. 32 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Hout Bay)
- Bhg. 33 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Chapman's Peak Drive)
- Bhg. 34 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Fish Hoek)
- Bhg. 35 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Boulders Beach Penguin Sanctuary)
- Bhg. 36 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Cape of Good Hope)
- Bhg. 37 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Cape Point)
- Bhg. 38 (Hari 10) - South Africa (Cape Town : Ostrich Ranch)
- Bhg. 39 (Hari 10) - South Africa (Cape Winelands : Stellenbosch & Neethlinghof Estate)
- Bhg. 40 (Hari 10) - South Africa (Cape Town : Jewel of Africa & Mama's Kitchen) -->> Mauritius
- Bhg. 41 (Hari 11) - Mauritius (Curepipe : Holiday Inn Mon Tresor & Dormant Volcano)
- Bhg. 42 (Hari 11) - Mauritius (Curepipe : Shiva Statue & Grand Bassin Lake)
- Bhg. 43 (Hari 11) - Mauritius (Chamarel : Black River Gorges, Alexandra Falls & Seven Coloured Earth)
- Bhg. 44 (Hari 11) - Going Home (Mauritius -->> Kuala Lumpur)













































































































No comments:
New comments are not allowed.