Mei 2026
SOUTHERN AFRICA
South Africa, Zimbabwe, Zambia, Botswana & Mauritius
(ZIMBABWE : Victoria Falls)
Bahagian 13: Zimbabwe
ZIMBABWE [Victoria Falls Town]
HARI KEEMPAT (2)
Part 27: Tiba di Zimbabwe
Kami tiba di Victoria Falls International Airport di Zimbabwe pada pukul 1.30 petang. Zimbabwe dengan South Africa tidak mempunyai perbezaan waktu.
 |
| Victoria Falls International Airport di Zimbabwe |
 |
| Pesawat South African Airways yang membawa kami ke Zimbabwe dari Johannesburg di South Africa |
 |
| Berjalan menuju ke tempat pemeriksaan passport |
Rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk masuk ke Zimbabwe. Walau bagaimanapun MHTT telah menyediakan print-out e-Visa untuk kami sebagai standby walaupun di dalamnya jelas tertulis yang kami tidak memerlukan visa. Maklum sajalah kerana Zimbabwe adalah sebuah negara yang tidak maju. Di negara seperti ini, peraturan imigresennya sukar dijangka. Kami mempunyai satu pengalaman berkaitan perkara ini di Zimbabwe yang akan Myself ceritakan kemudian.
 |
| Bersedia untuk pemeriksaan passport |
Alhamdulillah, pemeriksaan passport kami untuk masuk ke negara Zimbabwe sangat smooth. Cuma yang meresahkan ialah barisan yang terlalu panjang kerana secara kebetulan, banyak pulak flight yang tiba serentak bersama kami. Airport di Victoria Falls ini bukanlah airport yang besar. Sesak nafas juga bila beratur beramai-ramai begitu dalam ruang yang agak terhad.
 |
| Mengambil bagasi di Victoria Falls International Airport |
 |
| Menunggu sebentar sampai semua dah bersedia |
Sesuatu yang menarik di airport ini juga adalah patung-patung haiwan Big Five yang kelihatan sangat real. Rupa-rupanya patung ini dibina menggunakan kulit dan bulu haiwan sebenar menggunakan kaedah taxidermy.
 |
| Patung Singa menangkap Antelope |
 |
| Garang sungguh rupa Singa ini menangkap Antelope |
 |
| Buffalo |
 |
| Leopard |
 |
| Leopard yang kelihatan seakan hidup |
 |
| Local Tour Guide bernama Precious yang dah sedia menanti kami |
 |
| Eddy meminta kami mengikut Precious keluar dari airport |
Local Tour Guide kami di Zimbabwe, seorang wanita berkulit hitam yang bernama Precious telah sedia menanti. Zimbabwe adalah sebuah negara yang menggunakan English sebagai bahasa rasmi. Culture shock kita yang pertama ~ pelik melihat orang-orang kulit hitam di Zimbabwe berhabuk-habuk bercakap English sesama mereka. 😄
 |
| Victoria Falls International Airport |
 |
| Meninggalkan Victoria Falls International Airport |
Kami diberi bas besar yang sangat special di Zimbabwe. Tempat duduk di dalam bas ini berhadap-hadapan dengan meja makan di tengah. Bukan sekadar itu, bas ini juga dilengkapi dengan kitchenette yang termasuk sinki membasuh dan microwave oven di belakang. Peti ais yang besar pun ada di dalam bas ini! 😀
 |
| Suasana di dalam bas special kami di Zimbabwe |
 |
| Kitchenette di belakang bas |
 |
| Ada fridge yang besar di tengah bas sana |
 |
| Local Tour Guide kami di Zimbabwe yang bernama Precious. Driver bas kami pula adalah seorang lelaki tempatan yang bernama Goodwill. |
Part 28: Zimbabwe Sepintas Lalu
Sebaik tiba di Victoria Falls, kami terus dibawa ke restoran untuk makan tengahari. Dalam perjalanan ke sana, Precious bercerita ringkas tentang negaranya Zimbabwe kepada kami.
 |
| Peta Zimbabwe |
Zimbabwe adalah sebuah landlocked country di selatan benua Afrika. Ia terletak di antara Sungai Zambezi di utara dan Sungai Limpopo di selatan. Ia dikelilingi oleh negara Zambia di utara, Mozambique di timur, South Africa di selatan dan Botswana di sebelah barat. Ibu negara dan bandar terbesar di Zimbabwe bernama Harare manakala bandar kedua terbesarnya bernama Bulawayo.
Zimbabwe bersama dengan negara jirannya Zambia dikenali sebagai Rhodesia di bawah pemerintahan British. Zimbabwe dikenali sebagai Southern Rhodesia manakala Zambia pula adalah North Rhodesia. Negara ini dinamakan Rhodesia sempena Cecil John Rhodes yang merupakan seorang negarawan British yang sangat popular di kalangan penduduk kulit putih Afrika Selatan ketika itu.
Jika Belanda mempunyai Syarikat Hindia Timur Belanda yang mentadbir Indonesia bagi pihak negara Belanda pada masa dahulu, British pula memiliki British South Africa Company (BSAC) yang mentadbir Rhodesia bagi pihak British pada masa dahulu. Cecil Rhodes adalah pengasas dan managing director bagi BSAC.
Zimbabwe adalah juga negara kolonial terakhir di Afrika yang mendapat kemerdekaan dari British. Ia mengisytiharkan kemerdekaannya dari Britain pada 18 April 1980.
Pada hari ini, Zimbabwe adalah sebuah negara miskin di mana matawangnya yang bernama Zimbabwe Dollar sangat tidak bernilai. Oleh yang demikian, banyak transaksi kewangan di negara ini yang dibuat menggunakan US Dollar. Matawang Zimbabwe yang bernilai berbilion dan bertrilion dolar kini sering dijadikan souvenir oleh pelancong yang datang ke negara ini.
 |
| Matawang Zimbabwe yang benilai 20 Billion Dollar |
Jika sebelum ini kita kagum dengan South Africa yang mempunyai 11 bahasa rasmi, Zimbabwe pula mempunyai 16 bahasa rasmi termasuk English. English adalah bahasa yang paling meluas digunakan dan kita sering mendengar bahasa ini digunakan di mana-mana. Zimbabwe mempunyai 17 juta penduduk dan 70% dari mereka bekerja dalam sektor pertanian.
Tidak seperti South Africa yang mempunyai 4 musim, Zimbabwe pula adalah sebuah negara beriklim tropika seperti di Malaysia. Suhu sewaktu kami berada di sana adalah 31'C ~ sama seperti di Malaysia. Kata Precious, suhu ini boleh mencapai 40'C dalam musim panas pada bulan Oktober.
 |
| Lori-lori yang menunggu giliran untuk masuk ke negara Zambia |
Bandar Victoria Falls di Zimbabwe di mana kami sedang berada ketika itu adalah sebuah bandar kecil dengan kira-kira 37,000 penduduk. Hanya terdapat 2-3 baris sahaja kedai di tepi jalan yang membentuk bandar ini. Namun demikian, disebabkan kedudukannya yang sangat hampir dengan Victoria Falls yang merupakan air terjun yang kedua terbesar di dunia, ia sangat popular dengan pelancong dari seluruh dunia.
 |
| Bandar Victoria Falls di Zimbabwe |
 |
| Pintu masuk ke Baines Restaurant |
 |
| Pemandangan di sebalik pintu masuk ke restoran |
 |
| Perhiasan di siling pintu masuk ke restoran |
 |
| Pelantar kayu menuju ke restoran |
 |
| Berjalan menuju ke ruang makan restoran |
Restoran Baines terletak di pinggir Sungai Zambezi. Terkesima kita melihat keindahan pemandangan sungai ini. Airnya sangat biru dan jernih.
 |
| Mengintai pemandangan pertama Sungai Zambezi |
 |
| Sungai Zambezi di pinggir Baines Restaurant |
 |
| Keindahan Sungai Zambezi dari Baines Restaurant |
Baines Restaurant adalah sebuah restoran yang high end di Victoria Falls. Menu yang disediakan untuk kumpulan kami di sini hari ini adalah Fish & Chips yang sangat sedap. Kata Precious, ikan yang dihidangkan adalah ikan hake.
 |
| Menikmati lunch di pinggir Zambezi River |
 |
| Suasana ruang makan di Baines Restaurant |
 |
| Suasana yang mendamaikan di Baines Restaurant |
 |
| Roti yang dihidangkan sebagai starter |
 |
| Hidangan Fish & Chips yang sedap untuk main course |
 |
| Tandas yang disediakan di seberang sana |
Selepas lunch, kami diberi sedikit masa untuk menikmati keindahan Sungai Zambezi. Sungai Zambezi adalah sungai yang keempat terpanjang di benua Afrika selepas Sungai Nil, Sungai Congo dan Sungai Niger. Dengan kepanjangan 2,574 km, ia mengalir merentas 6 negara: Angola, Zambia, Namibia, Botswana, Zimbabwe dan Mozambique sebelum masuk ke Laut Hindi. Ia adalah juga sungai yang menempatkan Victoria Falls, air terjun kedua terbesar di dunia yang akan kami lawati sebentar lagi.
Keindahan Sungai Zambezi dengan airnya yang berwarna biru sangat memukau. Memang Myself tak sangka benua Afrika (terutamanya Zimbabwe) mempunyai pemandangan yang seindah begini. Maklum sajalah kerana benua Afrika dikenali sebagai Dark Continent. Sebagai orang yang tidak tinggal di benua ini, memang tidak banyak yang kita tahu tentang Afrika. Ini adalah kerana tidak banyak maklumat yang digembar-gemburkan tentang tempat-tempat di Afrika seperti destinasi-destinasi di benua yang lain.
 |
| Bergambar dengan Sungai Zambezi |
 |
| Precious yang sangat peramah dan berpengetahuan |
 |
| Bergambar kenangan dengan Precious |
 |
| Baines Restaurant |
 |
| Berjalan keluar dari restoran |
 |
| Duduk menunggu bas tiba |
Selepas makan, kami terus dibawa menaiki bas menuju ke sempadan Zimbabwe dan Zambia kerana kita akan masuk ke negara Zambia pula...
 |
| Bas kami dah tiba |
Bersambung ke Bahagian 14...
CATATAN PERJALANAN SOUTHERN AFRICA (2026):
No comments:
New comments are not allowed.