Thursday, 4 June 2026

2026 SOUTHERN AFRICA BHG. 06 (Morning Game Drive)

Mei 2026

SOUTHERN AFRICA
South Africa, Zimbabwe, Zambia, Botswana & Mauritius
(SOUTH AFRICA : Johannesburg, Pilanesberg National Park & Pretoria)

Bahagian 6: South Africa
PILANESBERG NATIONAL PARK [Morning Game Drive] & PERJALANAN KE PRETORIA

HARI KETIGA (1)

Part 13: Morning Game Drive

Program Hari Ketiga kami di Afrika diteruskan dengan membuat Morning Game Drive. Kami diminta berkumpul di lobi hotel penginapan kami Bakubung Lodge seawal pukul 5.45 pagi. Lega mendengar waktu berkumpul yang ditetapkan sebab sempatlah kita nak menunaikan Solat Subuh terlebih dahulu. Waktu Solat Subuh di South Africa ketika itu masuk sekitar pukul 5.17 pagi dan Syuruk pada pukul 6.36 pagi.

Disebabkan suhu pada pagi ini sekitar 10'C, terpaksalah kita berbungkus begini.
Suasana awal pagi di Bakubung Lodge. Kenderaan Game Drive dah menanti di sana.
Ada biskut dan minuman panas disediakan di lobi untuk melapik perut
Bersedia nak memulakan Game Drive
Perjalanan Morning Game Drive dimulakan pada pukul 6 pagi. Selain waktu lewat petang seperti semalam, haiwan liar juga selalunya aktif pada waktu pagi begini.

Pemandangan mentari terbit di Pilanesberg National Park
Laluan membuat Morning Game Drive pagi ini berbeza dengan laluan sewaktu kami membuat Evening Game Drive semalam. Disebabkan hujan turun malam tadi (tetapi kami tidak sedar tidur mati keletihan), jalan off-road di Taman Negara Pilanesberg ini lebih mencabar untuk dilalui.
 
Jalan off-road yang lebih mencabar dilalui pagi ini
Excited bila bertemu dengan haiwan pertama pagi ini ~ Impala. Ini adalah haiwan baru yang kita lihat di Pilanesberg National Park. Kami tidak bertemu dengan Impala sewaktu membuat Evening Game Drive semalam.
 
Sekumpulan Impala sedang bersarapan
Impala yang handsome. Cuma Impala jantan sahaja yang memiliki tanduk.
Cantik tanduk dia
Teringat cerita Tour Guide kami sewaktu di Cape Town. Dia bercerita yang di South Africa, Impala juga digelar sebagai Macdonalds of the Bush. Ini adalah kerana Impala mempunyai corak seperti huruf M (yang seperti simbol Macdonalds) di belakang badan mereka dan disebabkan dagingnya yang sedap, "everybody's lovin' it". Everybody yang dimaksudkan di sini adalah haiwan pemangsa seperti singa, leopard, cheetah dan seumpamanya. Hahaha!!
 
Impala ~ The Macdonalds of the Bush
Perhatikan corak seperti huruf M macam logo Macdonalds di belakang badan Impala.
Banyak tahi gajah yang kami lihat di jalan pada pagi ini tetapi seekor gajah pun tak nampak.

Banyak tahi gajah dilihat di jalan pagi ini
Walau banyak tahi gajah dilihat di jalan, tak seekor pun gajah yang kami temui pagi ini.
Menuju ke arah Mankwe Dam
Bukit yang disirami mentari pagi
Zirafah
Badak Sumbu di tepi Mankwe Dam
Close-up ketat-ketat nak mengambil gambar muka Sang Badak Sumbu
Jumpa pulak dengan Impala lagi
Banyak Impala yang kita jumpa pagi ini
Kuda Belang (Zebra)
Impala lagi!
Mankwe Dam
Satu haiwan baru lain yang kami temui pada pagi ini ialah Wildebeest. Rupa haiwan ini seakan kacukan lembu, kuda dan antelope. Ia turut dikenali sebagai Gnu.
  
Wildebeest
Wildebeest memang bermaksud Wild Beast dalam Bahasa Afrikaaner
Nama lain Wildebeest adalah Gnu
Kenderaan kami terus berjalan menyusuri laluan off-road di Pilanesberg National Park. Seronok bila bertemu dengan lebih banyak Impala.

Mengekori sekumpulan Impala
Seronok melihat Impala yang tangkas berlari ini
Sekumpulan Impala di dalam hutan
Cantik rupa Impala yang disinari mentari pagi
Seperti Evening Game Drive semalam, perjalanan Morning Game Drive ini juga memakan masa kira-kira 2 jam. Namun kami tidak begitu bernasib baik kerana pada pagi ini tak banyak haiwan yang dapat dilihat. Memang begitulah kalau kita membuat Game Drive di mana-mana... tidak ada jaminan dapat diberi yang kita akan dapat melihat haiwan liar. Semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing kerana haiwan liar mempunyai rutin dan kehidupan mereka sendiri. Ada juga masanya bila tak seekor haiwan pun dapat dilihat. Namun syukur Alhamdulillah kerana kami dapat melihat banyak haiwan sewaktu Evening Game Drive semalam, terutamanya Singa yang bagai menanti kehadiran kami.

Dekat-dekat pukul 8 pagi, kami kembali ke Bakubung Lodge. Mentari dah semakin tinggi sekarang. Suhu juga dah mencapai 23'C dalam masa yang sangat singkat berbanding suhu 10'C sewaktu kami memulakan perjalanan di awal pagi tadi. Memang begitulah cuaca yang kami alami di South Africa ~ perubahan suhunya memang sangat cepat.


Part 14: Bakubung Lodge @ Pilanesberg National Park

Setibanya di Bakubung Lodge, kami disarankan untuk terus sarapan pagi. Tetapi ramai yang berposing-posing dulu di sekeliling resort kerana kami tak sempat nak berbuat begitu sejak semalam.

Tiba kembali di Bakubung Lodge
Ramai yang memilih berposing-posing dahulu
Reception Counter di Bakubung Lodge
Photo Spot di Bakubung Lodge
Pagar elektrik yang dipasang di sekeliling Bakubung Lodge untuk mengelak pencerobohan haiwan liar
Pemandangan ke arah restoran
Pokok Bunga Raya di depan restoran
Bunga Raya
Pintu masuk ke Marula Restaurant
Fireplace di dalam restoran
Berdiang dulu di tepi fireplace
Breakfast disediakan secara buffet dan tidak sukar bagi Myself dan Husband memilih makanan yang boleh dimakan kerana ayam dan daging lembu yang disediakan di sini Halal. Teringat sewaktu kami bercuti di Manila, Philippines dulu. Kalau diikutkan, makanan Halal sukar didapati di Philippines. Tetapi disebabkan kami menginap di sebuah hotel 5* (Manila Hotel) ketika itu, ada makanan Halal di restorannya. Begitu jugalah sewaktu kami di Afrika ini. Bila kita stay di hotel yang bertaraf 4 atau 5 bintang, pasti ada makanan Halal di sana. Kalau pun ayam dan dagingnya tak Halal, akan selalu ada beberapa option seafood yang boleh dimakan.

Disebabkan kami bimbang sukar nak mendapatkan makanan Halal sewaktu di Afrika, kami ada membawa beberapa pack makanan ready-to-eat dari Malaysia. Tetapi tak berusik pun makanan pack ini kerana makanan Halal yang mengenyangkan sentiasa ada bagi kami.

Pelbagai pilihan makanan untuk breakfast.
Egg Station
Suasana di dalam restoran
Sesuatu yang Myself nak cerita juga adalah minuman teh di South Africa yang sedap. Teh yang sering dihidang kepada kami adalah Five Roses dan Rooibos yang local South African. Bukan sahaja rasanya sedap, baunya pun wangi. Perlu tambah gula sedikit sahaja kerana rasa semulajadinya pun sedikit manis.

Breakfast
Bergambar kenangan dengan waitress di Marula Restaurant, Bakubung Lodge
Kami akan bergerak meninggalkan Bakubung Lodge menuju ke Pretoria pada pukul 10 pagi. Oleh yang demikian, kami diminta mengeluarkan bagasi dari bilik selewat-lewatnya pada pukul 9.30 pagi untuk diangkut oleh porter dan dibawa ke bas.

Sebaik selepas breakfast Myself dan Husband kembali ke bilik untuk mengeluarkan bagasi kami dan diletakkan di depan bilik. Selepas itu, kita bersiar-siar menikmati suasana di Bakubung Lodge.

Arah ke blok penginapan
Bergambar di blok kediaman di Bakubung Lodge
Bergambar di depan blok reception Bakubung Lodge
Wildlife Centre di Bakubung Lodge
Peta Pilanesberg National Park
Pintu masuk utama ke bangunan reception Bakubung Lodge
Bakubung bermaksud People of the Hippo. Jadi kita bergambar dengan patung Badak yang menjadi mascot Bakubung Lodge
Walaupun pagar elektrik dipasang di sekeliling Bakubung Lodge, tetap ada seekor Baboon yang berjaya menyusup masuk. 😄
Kenangan di Bakubung Lodge

Part 15: Bertolak Ke Pretoria
 
Tepat pukul 10 pagi, kami meninggalkan Bakubung Lodge. Sebelum bagasi dimasukkan ke dalam bas, kami diminta untuk membuat pengecaman bagi memastikan beg yang dimasuk adalah bagasi yang betul

Meninggalkan Bakubung Lodge
Pagar elektrik yang dipasang di sekitar Bakubung Lodge
Pintu keluar dari Bakubung Lodge
Menikmati pemandangan terakhir sebelum meninggalkan Pilanesberg National Park
Amaran bahaya haiwan liar
Pintu keluar dari Pilanesberg National Park
Perjalanan dari Bakubung Lodge menuju ke kota Pretoria memakan masa kira-kira 2 jam. Pretoria ialah salah sebuah dari 3 ibu kota rasmi South Africa selain Cape Town dan Bloemfontein. Dalam perjalanan menuju ke Pretoria, Tour Guide kami Evie bercerita tentang peranan ketiga-tiga ibu kota ini.

Keputusan untuk mengadakan 3 ibu kota ini dibuat sewaktu Union of South Africa dibentuk pada tahun 1910. Ini adalah untuk mengelakkan negara baru ini dari didominasi oleh mana-mana wilayah yang tertentu. Oleh kerana kerajaan baru mempunyai 3 cabang (administrative, legislative dan judiciary), setiap cabang akan memiliki ibu kota masing-masing.

Pretoria yang terletak berhampiran kota Johannesburg di Wilayah Gauteng ditetapkan sebagai ibu kota pentadbiran. Ia menempatkan cabang administrative Kerajaan Afrika Selatan, termasuk pejabat President of the Cabinet. Kota ini turut menjadi lokasi banyak pejabat kerajaan dan kedutaan-kedutaan asing.

Cape Town adalah ibu negara legislatif (legislative capital) bagi South Africa. Di sinilah letaknya Parlimen South Africa yang terdiri dari National Assembly dan National Council of Provinces. Terletak di wilayah Western Cape, ia adalah juga kota yang kedua terbesar di South Africa selepas Johannesburg.

Ibu kota South Africa yang ketiga adalah Bloemfontein yang merupakan ibu kota perundangan. Ia adalah lokasi Mahkamah Rayuan Tertinggi (Supreme Court of Appeal) yang merupakan mahkamah yang kedua tertinggi di South Africa. Bloemfontein tetap menerima pengiktirafan sebagai Judicial Capital of South Africa sekalipun mahkamah tertinggi di negara tersebut (Constitutional Court atau Mahkamah Perlembagaan) terletak di Johannesburg. Kedudukan Bloemfontein yang terletak di wilayah Free State di tengah-tengah South Africa juga menjadikan kota ini ideal sebagai ibu kota perundangan.

Plaza Tol Marikana
Plaza Tol Brits
Lori yang digunakan untuk mengangkut hasil perlombongan
Bas kami membuat persinggahan bagi toilet stop di sebuah stesen minyak kira-kira 40 minit sebelum tiba di Pretoria. Stesen minyak ini saling tak tumpah seperti perhentian stesen minyak yang kami lihat di negara-negara Eropah.

Stesen minyak di mana kami membuat persinggahan dalam perjalanan menuju ke Pretoria
Satu lagi suasana persinggahan Stesen Minyak yang besar ini
Harga minyak petrol Octane-95 di South Africa ketika ini ialah ZAR 26.20 (RM 6.35) seliter
Kedai runcit di dalam stesen minyak
Kafetaria
Kembali ke bas selepas membuat toilet stop
Sewaktu bas meneruskan perjalanan ke Pretoria, Evie memperkenalkan kepada kami sejenis makanan tradisional dari Afrika Selatan yang dinamakan Biltong. Biltong adalah kepingan daging nipis yang direndam dengan cuka dan dikeringkan di udara serta dimakan begitu sahaja. Oleh kerana Biltong ini tidak mempunyai pengesahan Halal, Evie tidak dapat nak menawarkan sampel kepada Myself dan Husband. Tetapi ada Biltong Halal yang boleh kami cari nanti jika nak mencuba, terutamanya di Cape Town, kata Evie kepada kami.

Kembali ke lebuhraya
Perjalanan menuju ke pusat bandar Pretoria
Menghampiri kota Pretoria
Sample Biltong yang ditawarkan oleh Evie kepada kami di dalam bas
Biltong (Gambar dari internet)


 Bersambung ke Bahagian 7...


CATATAN PERJALANAN SOUTHERN AFRICA (2026):
  • Bhg. 01 (Hari 1) - Departure (Kuala Lumpur -->> Mauritius : Transit)
  • Bhg. 02 (Hari 2) - Mauritius -->> South Africa (Johannesburg)
  • Bhg. 03 (Hari 2) - South Africa (Johannesburg - Pilanesberg National Park)
  • Bhg. 04 (Hari 2) - South Africa (Pilanesberg National Park : Evening Game Drive 1)
  • Bhg. 05 (Hari 2) - South Africa (Pilanesberg National Park : Evening Game Drive 2 & Boma Dinner)
  • Bhg. 06 (Hari 3) - South Africa (Pilanesberg National Park : Morning Game Drive & Perjalanan Ke Pretoria)
  • Bhg. 07 (Hari 4) - South Africa (Pretoria : Pretoria City)
  • Bhg. 08 (Hari 4) - South Africa (Pretoria : Voortrekker Monument)
  • Bhg. 09 (Hari 4) - South Africa (Johannesburg : Carnivore Lunch)
  • Bhg. 10 (Hari 4) - South Africa (Johannesburg : Lesedi Cultural Village 1)
  • Bhg. 11 (Hari 4) - South Africa (Johannesburg : Lesedi Cultural Village 2)
  • Bhg. 12 (Hari 5) - South Africa (Johannesburg) -->> Zimbabwe (Victoria Falls Airport)
  • Bhg. 13 (Hari 5) - Zimbabwe (Victoria Falls : Baines Restaurant)
  • Bhg. 14 (Hari 5) - Zambia (Victoria Falls : Zambia Side)
  • Bhg. 15 (Hari 6) - Zimbabwe (Kasambabezi Lodge) & Botswana (Kasane)
  • Bhg. 16 (Hari 6) - Botswana (Chobe National Park 1)
  • Bhg. 17 (Hari 6) - Botswana (Chobe National Park 2)
  • Bhg. 18 (Hari 6) - Zimbabwe (Flight of Angels & Zambezi Sunset Cruise)
  • Bhg. 19 (Hari 7) - Zimbabwe (Walk With The Cheetah & Walk With The Lion)
  • Bhg. 20 (Hari 7) - Zimbabwe (Victoria Falls : Zimbabwe Side)
  • Bhg. 21 (Hari 7) - Zimbabwe (Victoria Falls Airport) -->> South Africa (Johannesburg : Sun City)
  • Bhg. 22 (Hari 8) - South Africa (Johannesburg : Palace of the Lost City & Lion Park)
  • Bhg. 23 (Hari 8) - South Africa (Johannesburg : Lanseria Airport -->> Cape Town)
  • Bhg. 24 (Hari 9) - South Africa (Cape Town : Table Mountain)
  • Bhg. 25 (Hari 9) - South Africa (Cape Town : Bo-Kaap, The Greek Fisherman & Kirstenbosch National Botanical Gardens)
  • Bhg. 26 (Hari 9) - South Africa (Cape Town : Victoria & Alfred Waterfront)
  • Bhg. 27 (Hari 10) - South Africa (Cape Peninsula : Chapman's Peak Marine Drive & Hout Bay)
  • Bhg. 28 (Hari 10) - South Africa (Cape Peninsula : Fish Hoek & Boulders Beach Penguin Sanctuary)
  • Bhg. 29 (Hari 10) - South Africa (Cape Peninsula : Cape of Good Hope & Cape Point)
  • Bhg. 30 (Hari 11) - South Africa (Cape Town : Ostrich Ranch)
  • Bhg. 31 (Hari 11) - South Africa (Cape Winelands : Stellenbosch & Neethlinghof Estate)
  • Bhg. 32 (Hari 11) - South Africa (Cape Town : Jewel of Africa & Mama's Kitchen) -->>  Mauritius
  • Bhg. 33 (Hari 12) - Mauritius (Curepipe : Dormant Volcano & Grand Bassin Lake)
  • Bhg. 34 (Hari 12) - Mauritius (Chamarel : Black River Gorges, Alexandra Falls & Seven Coloured Earth)
  • Bhg. 35 (Hari 12) - Going Home (Mauritius -->> Kuala Lumpur)

No comments: