Mei 2026
SOUTHERN AFRICA
South Africa, Zimbabwe, Zambia, Botswana & Mauritius
(SOUTH AFRICA : Johannesburg, Pilanesberg National Park & Pretoria)
Bahagian 5: South Africa
PILANESBERG NATIONAL PARK [Evening Game Drive 2 & Boma Dinner]
HARI KEDUA (4)
Part 10: Evening Game Drive (2)
Perjalanan kami dengan Evening Game Drive diteruskan lagi...
![]() |
| Meneruskan pencarian Evening Game Drive |
![]() |
| Bersaing-saing dengan kenderaan Game Drive yang lain |
![]() |
| Pemandangan petang di Pilanesberg National Park |
Semakin petang menjelang, suasana juga menjadi semakin indah di Pilanesberg National Park.
![]() |
Selepas Badak Sumbu, kami bertemu pula dengan Gajah yang merupakan haiwan Big 5 kami yang kedua. Gajah yang dilihat adalah dari spesies African Elephant yang lebih besar berbanding Asian Elephant yang sering kita lihat di Malaysia. Ada Myself terbaca yang kedua-dua Gajah Asia dan Afrika boleh dibezakan dengan melihat bentuk telinga mereka. Telinga Gajah Afrika seakan berbentuk peta Afrika manakala telinga Gajah Asia pula seakan berbentuk negara India.
![]() |
| Gajah |
![]() |
| Perhatikan telinga Gajah Afrika ini yang berbentuk seakan peta benua Afrika |
Gajah adalah haiwan yang gemar berkumpulan. Kita boleh mengetahui usia gajah dengan melihat kepada gadingnya. Ini adalah kerana gading gajah sentiasa membesar sepanjang hidup gajah. Kalau gading Sang Gajah panjang, itu bermakna gajah tersebut telah tua. Tetapi bukan semua gajah memiliki gading. Hanya Gajah Afrika (kedua-dua jantan dan betina) serta Gajah Asia jantan sahaja yang memiliki gading. Gajah Asia betina tidak memiliki gading.
![]() |
| Gajah yang gemar berkawan dan bergerak dalam kumpulan |
![]() |
| Anak Gajah yang comel |
![]() |
| Goodbye, Gajah! |
Haiwan seterusnya yang dapat kami lihat adalah haiwan kebangsaan bagi negara South Africa yang bernama Springbok. Haiwan ini dipilih menjadi mascot South Africa kerana ketangkasannya di mana dia mampu melompat setinggi 2 meter dan berlari selaju 88 km/jam. Disebabkan ketangkasan ini juga, Springbok turut menjadi nama bagi pasukan rugby kebangsaan South Africa.
![]() |
| Nampak tak Springbok yang tengah bersembunyi di sana? |
![]() |
| Close-up nak mengintai Springbok |
![]() |
| Springbok |
Haiwan yang juga menarik perhatian kami ialah Zirafah. Memang majestic melihat Zirafah liar memakan pucuk daun-daun pokok yang tinggi di tengah kawasan bush.
![]() |
| Zirafah |
![]() |
| Mengintai siapa yang tiba di Pilanesberg National Park |
![]() |
| Wajah Zirafah dari dekat |
Zirafah terkenal dengan lehernya yang panjang. Bukan sekadar itu, Zirafah juga memiliki lidah yang panjang. Selain leher yang panjang ini, lidah yang panjang juga sangat membantu untuk mencapai pucuk-pucuk daun pada pokok yang tinggi. Mereka juga jarang meminum air kerana mendapat bekalan air dari pucuk-pucuk daun pokok yang dimakan.
![]() |
| Disebabkan ketinggiannya, Zirafah mampu mengesan kehadiran musuh dari kejauhan lagi |
![]() |
| Zirafah sedang melintas jalan |
![]() |
| Beginilah suasana bila kenderaan Game Drive berhenti untuk melihat hidupan liar |
![]() |
| Menikmati pemandangan mentari yang sedang terbenam di Pilanesberg National Park |
![]() |
| Mentari yang sedang terbenam di Pilanesberg National Park |
Sedang kami seronok melihat zirafah, ranger kami bergegas bergerak memandu kereta dengan laju nak menuju ke suatu tempat. Rupa-rupanya dia baru mendapat info tentang lion sighting dan ingin membawa kami ke sana.
Sebenarnya jarang sangat singa dapat dilihat sewaktu Game Drive. Memang kami sangat bertuah kerana sekumpulan singa ini seolah-olah sengaja menanti kedatangan kami di tengah jalan.
![]() |
| Singa yang menanti di tengah jalan |
Singa digelar sebagai King of the Jungle tetapi mereka sebenarnya tinggal di kawasan berumput. Walaupun digelar King of the Jungle, singa jantan hanya duduk menjaga kawasan kediaman sahaja. Kerja-kerja memburu semuanya dibuat oleh singa betina. Namun begitu, singa betina yang baik hati tetap membawa pulang hasil buruan kepada singa jantan sebagai menghargai jasanya menjaga kawasan kediaman.
![]() |
| Singa betina di tengah semak |
![]() |
| Menguap keletihan |
![]() |
| Regal sungguh nampaknya 😊 |
![]() |
| Berjalan dengan selamba di tepi kenderaan kami |
![]() |
| Membawa geng jalan bersama |
![]() |
| Melepak dengan selamba di tepi kereta |
Singa hidup berkumpulan. Mereka juga memburu secara berkumpulan. Kalau singa jantan mengaum, ia boleh didengari sehingga sejauh 8 km.
![]() |
| Risau juga kita melihat dia menghendap kat kita begini! 😅 |
![]() |
| Melayan peminat yang datang melawat. Hahaha!! |
Alhamdulillah, sebaik selepas kami selesai melihat singa, hari terus menjadi gelap. Dah tiba masa untuk kami keluar dari sini. Lagi pula, memang dah susah nak melihat haiwan dalam suasana yang gelap begitu. Cuaca pun dah semakin sejuk, dengan tiba-tiba suhu jatuh dari 17'C menjadi 6'C seiring terbenamnya mentari. Game Drive ini akan disambung lagi pada pagi esok sewaktu matahari sedang terbit.
![]() |
| Hari dah bertukar gelap di Pilanesberg National Park |
![]() |
| Dah tiba masa untuk kami pergi |
![]() |
| Masih mengintai kalau-kalau ternampak mana-mana haiwan dalam perjalanan pulang. Di kejauhan sana kelihatan seekor zirafah. |
Part 11: Boma Dinner
Dalam perjalanan pulang ke Bakubung Lodge, kami singgah makan malam di tengah jalan. Hidangan dinner pada malam ini disediakan secara Boma Dinner yang menghidangkan makan malam secara native African.
![]() |
| Tiba di tempat Boma Dinner |
Tempat dinner ini dibuat bagaikan kampung tradisional Afrika. Di sana-sini ada unggun api disediakan. Pada masa dahulu, ia digunakan untuk memasak, memanas badan dan juga menghalau binatang liar.
![]() |
| Unggun-unggun api begini disediakan di serata kawasan Boma Dinner |
![]() |
| Tandas awam yang dibina menyerupai kandang lembu tradisional yang dinamakan kraal. |
![]() |
| Persembahan tarian dari sekumpulan anak-anak muda African |
Makan malam disediakan secara buffet di dalam pondok-pondok tradisional. Kebanyakan makanan disediakan dengan cara bakar kerana begitulah cara masakan Afrika yang tradisional. Yang paling best, daging ayam dan lembu yang disediakan di sini adalah Halal.
![]() |
| Meja makan yang disediakan di Boma Dinner |
![]() |
| Kaunter hidangan makanan |
![]() |
| Chef yang bertanggungjawab untuk menyediakan makanan |
![]() |
| Cerek untuk memasak air panas |
Sambil makan malam, ada berbagai hiburan disediakan untuk pengunjung.
![]() |
| Tarian tradisional Afrika |
![]() |
| Disebabkan cuaca agak sejuk malam itu, ramai yang menumpang memanaskan badan dekat unggun api |
![]() |
| Unggun api dekat pintu masuk |
![]() |
| Bergambar kenangan dengan Ranger Sol |
Part 12 : Kembali Ke Bakubung Lodge
Selepas dinner, kami kembali ke Bakubung Lodge untuk bermalam.
![]() |
| Tiba kembali ke Bakubung Lodge |
![]() |
| Pintu masuk ke reception counter |
Setibanya di Bakubung Lodge, kami dikehendaki pergi ke reception counter untuk membuat pendaftaran dan mengambil kunci bilik. Seperti yang dijanjikan pada petang tadi, semua bagasi telah pun dihantar masuk ke bilik oleh pihak hotel.
![]() |
| Membuat pendaftaran dan mengambil kunci bilik di reception kaunter |
Bilik penginapan di Bakubung Lodge terletak di bangunan yang berasingan dengan bangunan reception. Dalam perjalanan ke sana kami dapat melihat bintang yang sangat indah bertaburan di langit. Pemandangan bintang sebegini dapat dilihat jelas kerana kawasan Pilanesberg National Park bebas dari pencemaran cahaya.
![]() |
| Bintang yang indah bertaburan di Pilanesberg National Park |
Kami juga mendapat bilik yang besar dan luas di Bakubung Lodge. Maklum sajalah kerana Bakubung Lodge adalah sebenarnya sebuah hotel yang bertaraf 4 bintang.
![]() |
| Bilik penginapan kami di Bakubung Lodge |
![]() |
| Kemudahan yang disediakan di dalam bilik |
![]() |
| Bilik mandi yang besar dan luas di Bakubung Lodge |
![]() |
| Toffee yang diberi percuma sebagai Welcome Gift |
Bersambung ke Bahagian 6...
CATATAN PERJALANAN SOUTHERN AFRICA (2026):
- Bhg. 01 (Hari 01) - Departure (Kuala Lumpur -->> Mauritius : Transit)
- Bhg. 02 (Hari 02) - Mauritius -->> South Africa (Johannesburg)
- Bhg. 03 (Hari 02) - South Africa (Johannesburg - Pilanesberg National Park)
- Bhg. 04 (Hari 02) - South Africa (Pilanesberg National Park : Evening Game Drive 1)
- Bhg. 05 (Hari 02) - South Africa (Pilanesberg National Park : Evening Game Drive 2 & Boma Dinner)
- Bhg. 06 (Hari 03) - South Africa (Pilanesberg National Park : Morning Game Drive & Perjalanan Ke Pretoria)
- Bhg. 07 (Hari 03) - South Africa (Pretoria : Pretoria City)
- Bhg. 08 (Hari 03) - South Africa (Pretoria : Voortrekker Monument)
- Bhg. 09 (Hari 03) - South Africa (Johannesburg : Carnivore Lunch)
- Bhg. 10 (Hari 03) - South Africa (Johannesburg : Lesedi Cultural Village 1)
- Bhg. 11 (Hari 03) - South Africa (Johannesburg : Lesedi Cultural Village 2)
- Bhg. 12 (Hari 04) - South Africa (Johannesburg) -->> Zimbabwe (Victoria Falls Airport)
- Bhg. 13 (Hari 04) - Zimbabwe (Victoria Falls : Baines Restaurant)
- Bhg. 14 (Hari 04) - Zambia (Victoria Falls : Zambia Side)
- Bhg. 15 (Hari 05) - Zimbabwe (Kasambabezi Lodge) & Botswana (Kasane)
- Bhg. 16 (Hari 05) - Botswana (Chobe National Park 1)
- Bhg. 17 (Hari 05) - Botswana (Chobe National Park 2)
- Bhg. 18 (Hari 05) - Zimbabwe (Flight of Angels)
- Bhg. 19 (Hari 05) - Zimbabwe (Zambezi Sunset Cruise)
- Bhg. 20 (Hari 06) - Zimbabwe (Walk With The Cheetah & Walk With The Lion)
- Bhg. 21 (Hari 06) - Zimbabwe (Victoria Falls : Zimbabwe Side)
- Bhg. 22 (Hari 06) - Zimbabwe (Victoria Falls Airport) -->> South Africa (Johannesburg - Sun City)
- Bhg. 23 (Hari 07) - South Africa (Sun City: Palace of the Lost City)
- Bhg. 24 (Hari 07) - South Africa (Johannesburg : Lion Park)
- Bhg. 25 (Hari 07) - South Africa (Johannesburg : Lanseria Airport -->> Cape Town)
- Bhg. 26 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Table Mountain 1)
- Bhg. 27 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Table Mountain 2)
- Bhg. 28 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Bo-Kaap)
- Bhg. 29 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Cape Town City)
- Bhg. 30 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Kirstenbosch National Botanical Gardens)
- Bhg. 31 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Victoria & Alfred Waterfront)
- Bhg. 32 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Hout Bay)
- Bhg. 33 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Chapman's Peak Marine Drive & Fish Hoek)
- Bhg. 34 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Fish Hoek & Boulders Beach Penguin Sanctuary)
- Bhg. 35 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Cape of Good Hope & Cape Point)
- Bhg. 36 (Hari 10) - South Africa (Cape Town : Cape Town Ostrich Ranch)
- Bhg. 37 (Hari 10) - South Africa (Cape Winelands : Stellenbosch & Neethlingshof Estate)
- Bhg. 38 (Hari 10) - South Africa (Cape Town : Jewel Africa)
- Bhg. 39 (Hari 11) - South Africa (Cape Town) -->> Mauritius (Curepipe: Dormant Volcano)
- Bhg. 40 (Hari 11) - Mauritius (Grand Bassin Lake : Shiva Statue & Ganga Talao)
- Bhg. 41 (Hari 11) - Mauritius (Chamarel : Black River Gorges, Chamarel Waterfall & Seven Coloured Earth)
- Bhg. 42 (Hari 11) - Going Home (Mauritius -->> Kuala Lumpur)






























































