Mac 2021
Travel Review 08 - Asia Tenggara
PHILIPPINES (Luzon Island)
Sebuah negara lagi di Asia Tenggara yang kami suka kunjungi adalah Philippines. Pertama kali kami berkunjung ke sini adalah disebabkan nak menebus tiket percuma Enrich dari Malaysia Airlines. Suspen juga masa itu nak pergi ke Manila sebab pelancongan ke Philippines tidak mempunyai reputasi yang baik di Malaysia. Maklumlah, selalu sangat kita mendengar berita tentang pengganas Philippines di Pulau Mindanao. Ada kalanya mereka menyusup masuk ke Sabah menculik tebusan sehingga memberi gambaran kepada kita yang Philippines penuh dengan penjenayah.
Tapi bak kata orang, Tak Kenal Maka Tak Cinta. Lepas berkunjung ke Manila barulah kita tahu yang penduduk Philippines sebenarnya baik dan ramah. Negara ini aman dan cantik. Cuma elakkan saja tempat-tempat yang bergolak macam di selatan Mindanao sana. Philippines juga sangat besar. Jarak dari Manila ke selatan Mindanao yang sentiasa bergolak itu sebenarnya lebih jauh dari KL ke Lahad Datu. Disebabkan Philippines juga adalah sebuah negara kepulauan, maka masalah yang berlaku di Mindanao macam terkurung di sana saja.
|
Philippines yang dinamakan sempena seorang raja dari Spain, King Philip II |
Myself dan Husband telah berkunjung ke Philippines dua kali setakat ini: sekali ke Pulau Luzon di mana letaknya ibukota Philippines, Manila dan sekali lagi ke Pulau Cebu dan Pulau Bohol yang terletak di Kepulauan Visayas di tengah-tengah Philippines. Apa yang dapat kami simpulkan dari kedua-dua lawatan ini ialah Philippines sangat menarik. Ia adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang pernah dijajah Spain, jadi berkunjung ke tempat-tempat yang bersejarah di Philippines memberikan gambaran seolah-olah kita sedang bercuti jauh ke Mexico sana.
Seperti yang kita tahu juga, rakyat Philippines memang pandai menyanyi. Kalau tak percaya tengok saja pertandingan pencarian bakat seperti Asia Got Talent itu. Pasti mereka adalah di antara peserta yang memberi persembahan terbaik. Walau di Malaysia sendiri, kebanyakan penyanyi yang diambil membuat persembahan di hotel-hotel terkemuka hampir pasti berasal dari Philippines. Kalau bertemu penyanyi jalanan di Philippines juga hampir pasti kita akan menoleh melihat Si Penyanyi ~ baik tua, muda ataupun yang cacat penglihatan, memang suara mereka sangat mengkagumkan.
|
Tarian tradisional Philippines yang dinamakan Tinikling |
Manila
Manila adalah ibukota Asean yang paling jauh dari Kuala Lumpur. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Manila memakan masa 3 jam 45 minit. Philippines juga adalah sebuah negara Kristian, jadi kenalah bersedia kalau nak berkunjung ke sini kerana memang sukar nak mendapatkan makanan Halal di sana.
|
Kenderaan yang bernama Jeepney ini boleh ditemui di seluruh Philippines |
|
Kilang pembuatan Jeepney, Sarao Motors yang kami lawati dalam perjalanan ke Tagaytay |
Sewaktu di Manila, kami berpeluang tinggal di sebuah hotel mewah yang bernama Hotel Manila. Inilah satu kelebihan yang Myself rasa kalau kita membooking perjalanan menggunakan pakej yang ditawarkan oleh travel agent. Ada kalanya kita dapat menginap di hotel-hotel mewah yang tak terjangkau kalau kita sendiri yang membuat booking. Kami dulu membooking perjalanan menggunakan travel agent di Philippines sendiri. Syarat yang kami beri ialah nak menginap di hotel yang senang nak mendapat makanan Halal. Maka kami ditawarkan untuk menginap di Manila Hotel.
Myself dan Husband dah jatuh cinta pada Hotel Manila sejak kami tiba lagi. Dari luar, memanglah bangunannya nampak simple dan klasik. Tapi bila masuk ke dalam... wow, lobinya dihias bagaikan sebuah Spanish Mansion yang mewah. Kami juga disambut ramah oleh staff-staff yang berpakaian Spanish Colonial membuatkan kita merasa bagai dah kembali ke zaman penjajahan Spanish di Philippines dulu. Kalau setakat membaca maklumat di booking engine seperti Agoda ataupun Booking.com memang tak terserlah keistimewaan hotel ini.
|
Manila Hotel |
|
Pemandangan Manila Hotel dari Manila Bay |
|
Lobi mewah di Manila Hotel |
|
Petugas Manila Hotel yang berpakaian Spanish Colonial |
Bukan sekadar mewah, kami juga seronok tinggal di sini kerana ada Halal Kitchen di hotel ini. Konsep Halal Kitchen sebenarnya bukan ada di Manila Hotel sahaja. Ia ada di beberapa buah hotel bertaraf 5 bintang di Manila yang lain. Di Manila Hotel, Halal Kitchen ini cuma ada di Ilang-Ilang Cafe sahaja. Semua makanan Halal yang dipesan dimasak cuma di dapur Halal Kitchen. Jadi tak ada kebimbangan makanan yang kita pesan dimasak bercampur dengan makanan yang Tidak Halal. Kami pernah mencuba beberapa menu makanan dari Halal Kitchen ini. SANGAT-SANGAT SEDAP!
|
Buffet Halal di Ilang-Ilang Cafe di Manila Hotel |
|
Halal Kitchen di Manila Hotel |
Tempat pertama yang kami lawati di Manila adalah Rizal Park yang sangat besar. Ia terletak betul-betul di sebelah Manila Hotel. Taman ini dibina untuk memperingati pejuang kemerdekaan Philippines yang bernama Dr Jose Rizal. Dia dihukum mati dengan ditembak oleh penjajah Spanish di taman ini pada tahun 1896.
|
Monumen Rizal di Rizal Park |
|
Lapu-Lapu adalah pejuang Islam yang dihormati sebagai First National Hero of Philippines. Dia telah membunuh penjajah Sepanyol Ferdinand Magellan dan seterusnya menghalang kemaraan Sepanyol di Philippines selama 40 tahun. |
|
Diorama hukuman tembak mati Dr Jose Rizal oleh tentera Spanish di Rizal Park |
|
Disebabkan jasanya kepada pesawah-pesawah padi, kerbau diangkat menjadi National Animal of Philippines |
Kesan-kesan penjajah Spanish paling banyak kami lihat sewaktu sewaktu berkunjung ke sebuah kawasan di Manila yang bernama Intramuros. Suasana melawat ke sini benar-benar bagaikan melawat ke Little Mexico. Sebelum kedatangan Spanish, kawasan ini didiami oleh orang Islam Philippines yang diketuai oleh seorang pemimpin yang bernama Rajah Sulayman. Nama Rajah Sulayman masih diabadikan pada sebuah teater di dalam kota Spanish Fort Santiago di sini.
|
Church of Our Lady of the Pillar Parish di Alaminos |
|
Adat pembakaran lilin untuk berdoa di Church of Our Lady of the Pillar Parish di Alaminos ini dipengaruhi oleh cara orang Cina bersembahyang dengan membakar colok. |
|
Bamboo Organ Church di Las Pinas |
|
Pemandangan ruang sembahyang di dalam Bamboo Organ Church |
|
Alat muzik Bamboo Organ yang disimpan di dalam gereja |
Sekarang, kita kembali semula ke kota Manila. Di Manila, kami turut dibawa melawat ke Casa Manila yang dibangunkan semula oleh bekas Wanita Pertama Philippines yang terkenal, Imelda Marcos. Casa Manila adalah sebenarnya sebuah muzium mengenai kehidupan di zaman pemerintahan Spanish. Namun disebabkan kami tiba di sini pada sebelah malam dan muzium telah pun ditutup untuk lawatan, kami cuma dapat melihat dari luar sahaja.
|
Casa Manila |
|
Courtyard di dalam Casa Manila |
Selain dari melihat kesan-kesan pemerintahan Spanish, kami turut dibawa melawat ke beberapa tempat menarik lain yang terdapat di sekitar Manila seperti Coconut Palace, American Military Cemetery dan First Airport In Asia.
|
Coconut Palace yang dibuat 90% dari pokok kelapa ini adalah kediaman rasmi Timbalan Presiden Philippines |
|
American Military Cemetery di Manila ini adalah perkuburan tentera Amerika yang terbesar di luar Amerika Syarikat |
|
Bangunan terminal First Airport In Asia ini kini telah menjadi Blackbird Restaurant di Makati. Kedua-dua runway airport ini juga telah menjadi Ayala Avenue dan Paseo de Roxas sekarang. |
Villa Escudero
Kalau sesiapa berkunjung ke Pulau Luzon di Philippines, Myself nak recommend supaya anda turut berkunjung ke Villa Escudero yang terletak kira-kira 2 jam perjalanan dengan kereta dari Manila.
|
Villa Escudero |
Villa Escudero ini masih dimiliki oleh keluarga Spanish Escudero sehingga sekarang. Ia sangat menarik kerana di sini kita dapat melihat gambaran kehidupan Orang Spanish yang membuka ladang di Philippines dulu.
|
Muzium Villa Escudero |
|
Kereta kerbau tradisional yang boleh dinaiki pelancong di Villa Escudero. Kerbau dipanggil carabao dalam Bahasa Tagalog. |
|
Restoran di kaki Labasin Waterfall di Villa Escudero |
|
Seronok makan di restoran di kaki air terjun ini walaupun tak banyak makanan Halal yang boleh dimakan. |
|
Rakit-rakit tradisional yang dinamakan Labasin di Villa Escudero |
|
Philippine Cultural Show di Villa Escudero |
Tagaytay (Lake Taal)
Satu-satunya tarikan alam semulajadi yang sempat kami lawati di Pulau Luzon adalah Tasik Taal yang terletak di Tagaytay. Tasik Taal unik kerana ia adalah sebuah tasik kawah gunung berapi yang mempunyai sebuah gunung berapi lain di dalamnya.
|
Lake Taal di Tagaytay |
|
Lake Taal unik kerana ia adalah tasik kawah gunung berapi yang mempunyai sebuah gunung berapi lain di dalamnya. |
|
Gunung Berapi di dalam Lake Taal ini masih hidup dan merupakan gunung berapi yang kedua paling aktif di Philippines selepas Mayon Volcano |
Bagi yang adventurous, boleh naik bot menyeberang tasik untuk memanjat ke gunung berapi ini. Bagi yang kurang adventurous (macam kami berdua, heheheh!!) bolehlah melihat pemandangan Tasik Taal ini dari Palace In The Sky. Tapi janganlah bayangkan yang Palace In The Sky ini seperti istana mewah di kayangan. Ia adalah sebuah bangunan terbengkalai yang dibina oleh Imelda Marcos untuk dijadikan penginapan Presiden Amerika Syarikat ketika itu Ronald Reagan yang bercadang nak datang melawat ke Philippines. Imelda tak dapat nak menyiapkan istana ini kerana dia terpaksa melarikan diri ke Hawaii bila suaminya Ferdinand Marcos digulingkan dari menjadi Presiden Philippines.
|
Palace In The Sky |
|
Suasana di dalam Palace In The Sky |
Walau apa pun, kalau anda bercadang nak melawat ke kawasan Lake Taal ini, Myself nasihatkan bawalah bekalan makanan siap-siap dari Manila. Ini adalah kerana boleh dikatakan tak ada langsung makanan Halal yang meyakinkan di kawasan ini.
Kisah perjalanan penuh lawatan kami ke Manila dan Pulau Luzon di Philippines ini boleh dibaca di sini:
TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):