Friday, 13 September 2024

2024 PANGKOR BHG. 03 (Day Tour 2)

Ogos 2024

PERAK, MALAYSIA
Pulau Pangkor

Bahagian 3: Pangkor Day Tour 2
KILANG SATAY IKAN HAI SENG HIN & MASJID SERIBU DOA

HARI PERTAMA (3)

Part 6: Kilang Satay Ikan Hai Seng Hin

Kami melalui sebuah bengkel pembinaan bot sewaktu menuju ke destinasi yang seterusnya. Malangnya, tak ada bot yang sedang dibina di bengkel ini ketika itu. Kata Mr. Kobu di sinilah bot-bot nelayan baru dibina. Setiap bot berharga kira-kira RM5 juta.

Bengkel pembinaan bot nelayan di Pulau Pangkor
Kayu yang digunakan untuk membina bot-bot nelayan adalah kayu cengal yang keras dan tahan lasak
Pembinaan sebuah bot nelayan memakan masa kira-kira 3 bulan untuk disiapkan.
Disebabkan Pulau Pangkor kaya dengan hasil laut, Mr. Kobu membawa kami melawat ke Kilang Satay Ikan Hai Seng Hin untuk melihat bagaimana hasil laut ini diproses untuk jualan.

Kilang Satay Ikan Hai Seng Hin
Suasana di Kilang Satay Ikan Hai Seng Hin
Mengikut Mr. Kobu untuk melihat pemprosesan hasil laut untuk jualan
Sotong gergasi yang menghias bangunan Kilang Satay Ikan Hai Seng Hin
Setibanya di sini, kami terus dibawa melihat tempat pengeringan ikan bilis. Banyak sungguh ikan bilis yang sedang dijemur untuk dikeringkan di bawah sinaran matahari ketika itu!
 
Tempat pengeringan ikan bilis
Banyak sungguh ikan bilis yang sedang dijemur untuk dikeringkan
Melihat ikan bilis yang sedang dijemur dengan lebih dekat. Gambarajah poses pengeringan ikan bilis turut disediakan untuk maklumat pengunjung.
Selepas melihat ikan bilis yang dijemur di bawah sinaran matahari, kami dibawa masuk ke dalam bangunan kilang. Di sini kami melihat dan diberi penerangan tentang proses penghasilan ikan masin pula.

    Masuk ke dalam bangunan kilang
Suasana di dalam kilang
Proses pembuatan Ikan Masin
Pekerja sedang memotong ikan untuk dijadikan ikan masin
Proses penyediaan ikan masin
Ikan masin yang separa siap
Dah lupa apa nama spesis ikan ini
Sebahagian kerja penyiapan hasil laut lain turut dibuat di dalam bilik ini.
Ikan yang telah siap dipotong untuk dijadikan ikan masin
Ikan ini seterusnya akan dijemur di bawah matahari
Terperanjat juga bila diberitahu yang ikan masin ini akan terus dijemur dan tidak ditabur dengan garam. Rasa masin pada ikan masin adalah sebenarnya garam semulajadi dari air laut yang terlekat pada badan ikan.

Pemandangan ke laut dari Kilang Satay Ikan Hai Seng Hin
Ikan masin yang sedang dijemur
Mengambil gambar ikan masin yang sedang dijemur dengan lebih dekat
Mr. Kobu kemudiannya membawa kami melawat lagi ke bahagian lain di dalam kilang.
 
Bakul untuk mengisi produk hasil laut
Ikan masin yang telah dibotol dan siap untuk dijual
Udang kering
Kerja pembungkusan sedang giat dilaksanakan
Selepas selesai meninjau aktiviti yang dijalankan di bahagian kilang, kami dibawa ke ruang jualan. Pelbagai produk hasil laut ada di sini. Produk yang paling dicari oleh pengunjung dah pasti produk istimewa dari Pulau Pangkor ~ Ikan Bilis Mata Biru.
 
Ruang jualan produk hasil laut di Kilang Satay Ikan Hai Seng Hin
Suasana di dalam ruang jualan
Pelbagai hasil laut untuk jualan
Membeli hasil laut untuk dibawa pulang ke rumah

Part 7: Masjid 1000 Doa

Selepas melawat Kilang Satay Ikan Hai Seng Hin, Mr. Kobu membawa kami melawat ke sebuah masjid istimewa di Pulau Pangkor yang bernama Masjid 1000 Doa.

Masjid 1000 Doa
Pemandangan Masjid 1000 Doa dari luar
Dari luar, binaan Masjid 1000 Doa kelihatan seperti sebuah rumah ibadat Cina, lebih-lebih lagi kerana ia terletak di tengah-tengah sebuah kawasan penempatan Cina di Pulau Pangkor.
 
Jom kita masuk melawat...
Nama rasmi masjid ini ialah Masjid Al Khairiah, Pulau Pangkor
Rekabentuk unik Masjid 1000 Doa yang seakan-akan binaan sebuah rumah ibadat Cina
Masjid ini memang menarik perhatian sejak dari luar lagi. Tulisan Jawi pada pintu masuknya yang berbentuk Moongate benar-benar berjaya membawa ciri Islam kepada rekabentuk bangunan tradisional Cina ini.

Pintu masuk ke masjid yang berbentuk Moongate
Masjid 1000 Doa bebas dilawati oleh sesiapa sahaja. Jubah turut disediakan untuk kegunaan pengunjung yang tidak menutup aurat.
Salah sebuah pintu masuk ke ruang solat masjid
Bila masuk ke ruang solatnya, terkesima kita melihat keindahannya. Ia benar-benar dihias mengikut ciri tradisional Cina. Cuma bezanya, tulisan kaligrafi yang digunakan untuk perhiasan adalah menggunakan tulisan Arab dan bukan tulisan Cina.

Masjid 1000 Doa bukanlah sebuah masjid yang besar. Ruang solatnya hanya mampu menampung kira-kira 500 jemaah. Mengikut maklumat yang Myself baca, hiasan masjid ini mengambil ilham dari Masjid Niujie di Beijing, China. Kami belum pernah sampai ke Beijing, jadi memang kami tidak dapat nak mengesahkan kebenarannya.

Pemandangan keseluruhan ruang solat
Mihrab
Sesuai dengan namanya, dinding masjid ini dihiasi dengan petikan-petikan ayat dari Al Quran dan Hadis. Tiang-tiang merah di dalam masjid ini dihiasi dengan nama-nama Allah SWT.

Nama-nama Allah SWT menghiasi tiang-tiang merah di dalam masjid
Pemandangan keseluruhan dinding masjid yang dihiasi dengan petikan-petikan ayat dari kitab suci Al Quran
Pintu masuk ke masjid
Ruang solat tambahan di tingkat atas
Chandelier masjid yang dibuat berbentuk tanglung
Perhiasan di bahagian atas masjid
Kita tinjau pula ruang solat untuk wanita di masjid ini...

Penghadang kaca yang memisahkan ruang solat untuk wanita
Pintu masuk ke ruang solat wanita terletak di belakang sana...
Pemandangan ruang solat untuk wanita
Satu lagi pemandangan ruang solat untuk wanita
Lawatan ke masjid ini benar-benar meninggalkan everlasting impression kepada kita. Ia benar-benar memberi pengajaran bahawa agama Islam adalah agama untuk semua bangsa di dunia. Tidak kira bangsa apa sekali pun di dunia, ciri tradisional mereka memang sentiasa boleh disesuaikan dengan kehendak agama Islam.

Mengambil gambar suasana di dalam Masjid 1000 Doa
Pintu keluar dari ruang solat
Korridor luar Masjid 1000 Doa
Disebabkan cuaca sangat panas terik di luar, kita belilah air minuman dari gerai di luar masjid sambil berinfak.

Gerai minuman di luar masjid
Pagar di sekeliling masjid turut dihias dengan kalimah-kalimah doa
Kalimah-kalimah doa pada pagar di sekeliling masjid
Husband bergambar kenangan dengan Mr. Kobu di perkarangan Masjid 1000 Doa


 Bersambung ke Bahagian 4...


No comments: