Ogos 2024
PERAK, MALAYSIA
Pulau Pangkor
Bahagian 2: Pangkor Day Tour 1
CORAL BAY, LIN JE KONG TEMPLE & TELOK DALAM
HARI PERTAMA (2)
Part 3: Coral Bay
Persinggahan pertama kami dalam Pangkor Day Tour adalah ke sebuah pantai yang dinamakan Coral Bay. Kata Mr. Kobu yang merupakan anak jati Pulau Pangkor, satu masa dahulu pantai ini memang penuh dengan batu-batu karang. Tetapi kini batu-batu karang ini telah musnah disebabkan aktiviti manusia yang tidak menjaga kelestariannya.
Memulakan Day Tour dengan Mr. Kobu |
Tiba di Coral Bay |
Kata Mr. Kobu lagi, pantai di Coral Bay ini sangat diminati oleh pelancong Barat. Pelancong-pelancong tempatan sebaliknya lebih suka bermandi-manda di Pantai Teluk Nipah. Namun demikian, pantai ini sunyi sepi sewaktu kami tiba di sana, mungkin disebabkan matahari sangat terik untuk bermandi-manda ketika itu.
Coral Bay |
Pemandangan di Coral Bay |
Pemandangan Pulau Mentagor dari pantai Coral Bay |
Husband bersiar-siar di pantai Coral Bay |
Ada sebuah pulau kecil yang dapat dilihat dari pantai Coral Bay. Pulau ini bernama Pulau Giam. Kata Mr. Kobu, setiap tahun sekitar perayaan Tahun Baru Cina, air laut menjadi sangat surut sehingga membolehkan kita berjalan kaki menyeberang laut dari Coral Bay ke Pulau Giam.
Setiap tahun berhampiran musim perayaan Tahun Baru Cina, kita boleh berjalan kaki menyeberang laut sehingga ke Pulau Giam di sana. |
Pengunjung di Pulau Giam yang dilihat dari pantai Coral Bay |
Buaian di Coral Bay |
Bermain buaian di Coral Bay |
Berposing dengan Pulau Giam di seberang sana |
Lagi pemandangan di Coral Bay |
Meninggalkan Coral Bay |
Part 4: Lin Je Kong Temple
Selepas meninggalkan Coral Bay, Mr. Kobu membawa kami singgah di sebuah temple Cina berhampiran yang bernama Lin Je Kong Temple. Kata Mr. Kobu, temple ini yang dibina di atas bukit terkenal dengan keindahan pemandangannya.
Tempat parking berhampiran Lin Je Kong Temple |
Jambatan menuju ke Lin Je Kong Temple |
Hutan Bakau berhampiran Lin Je Kong Temple |
Pemandangan Lin Je Kong Temple yang terletak di atas bukit |
Pantai berhampiran Lin Je Kong Temple |
Pantai berhampiran Lin Je Kong Temple ini juga adalah sebahagian dari Coral Beach. Ia juga sunyi sepi ketika itu dan hanya ada sebuah keluarga India saja yang bermandi-manda di situ. Kata Mr. Kobu, kalau di sebelah petang sikit nanti pasti pantai ini akan penuh dengan pengunjung kerana ramai orang datang ke Pulau Pangkor pada sebelah petang hari Jumaat seperti hari ini untuk menghabiskan cuti hujung minggu mereka.
Pantai berhampiran Lin Je Kong Temple |
Selat Melaka |
Atas saranan dari Mr. Kobu, Myself dan Husband memanjat naik ke atas temple untuk melihat pemandangan dari sana. Bukit temple ini tidaklah tinggi sangat dan tidak sukar untuk didaki.
Tangga berwarna-warni untuk naik ke Lin Je Kong Temple |
Patung Burung Bangau di kaki temple |
Patung Penyu |
Pemandangan di sekitar patung penyu |
Patung tikus yang mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke Lin Je Kong Temple |
Jom kita naik ke atas... |
Suasana di temple Lin Je Kong |
Pemandangan dari atas temple |
Pemandangan yang lebih luas dari temple Lin Je Kong |
Tempat rehat yang disediakan untuk pengunjung ke temple |
Patung naga di tepi tangga |
Patung Dewi Kuan Yin |
Close-up... |
Disebabkan cuaca sangat panas tengahari itu, kami singgah membeli air dari seorang Uncle Cina yang berniaga di kaki temple. Seperti kata Mr. Kobu kepada kami tadi, Uncle Cina ini juga memberitahu yang sekejap lagi akan ada ramai pengunjung datang ke sini untuk melawat temple dan juga bermandi-manda di pantai.
Singgah membeli air minuman |
Selepas minum, Husband kata dia nak berjalan-jalan mengambil gambar di tepi pantai. Myself malas nak ikut sebab mentari sangat terik ketika itu. Jadi Husband mintalah kita duduk menjaga botol minuman ice lemon tea yang dibeli tadi sambil dia berjalan ke tepi pantai.
Pantai berhampiran Lin Je Kong Temple |
Ombak yang menghempas pantai |
Disebabkan pemandangan pantainya yang indah, kita pun berdirilah juga nak mengambil gambar. Tiba-tiba terdengar keluarga India yang di hujung temple terjerit-jerit kat kita. Rupa-rupanya botol ice lemon tea yang Myself letak kat tepi tempat duduk dah kena curi dek kera yang banyak berada kat situ.
Ketika inilah keluarga India yang berada kat hujung temple sana terjerit-jerit memberitahu yang botol air kita dah kena curi dengan kera. |
Lepas dah curi air, kera itu terus memanjat pokok tinggi kat atas kepala kita untuk minum. Pandai pulak dia memulas membuka penutup botol air itu. Lepas dah habis minum, terus dicampaknya botol itu ke bawah betul-betul depan kita. Kurang asam betul! Macam nak menyuruh kita pergi buang botol itu ke bakul sampah lepas dia dah habis minum!
Di kerusi situlah berlakunya peristiwa botol air minum Husband kena curi dengan kera. Itulah Geng Sang Pencuri yang tengah mengintai kat belakang pokok. |
Nampak tak pencuri berekor panjang kat atas pokok itu? Plastik mana pulaklah yang dia dapat lepas minum air botol kita. |
Part 5: Telok Dalam
Mr. Kobu seterusnya membawa kami melawat ke Telok Dalam yang terletak di utara Pulau Pangkor. Kami dapat melihat Lapangan Terbang Pulau Pangkor di sini. Satu masa dahulu Berjaya Air pernah terbang ke sini dari Subang Airport. Airport ini walau bagaimanapun tidak lagi digunakan sekarang.
Padang Lapangan Terbang Pangkor |
Airsrtrip di Pulau Pangkor |
Bangunan airport |
Pintu masuk ke Airport Pangkor |
Satu masa dulu, kawasan Telok Dalam dipenuhi dengan resort-resort mewah. Antara yang terkenal ketika itu adalah Pangkor Island Beach Resort yang setanding dengan Pangkor Laut Resort yang masih beroperasi sehingga sekarang. Pangkor Island Beach Resort ini kini malangnya telah pun ditutup. Satu-satunya resort mewah yang berada di Telok Dalam sekarang adalah Casuarina Pangkor.
Pintu masuk ke Casuarina Pangkor |
Casuarina Pangkor adalah satu-satunya resort mewah yang ada di Telok Dalam sekarang |
Kata Mr. Kobu, kawasan Telok Dalam ini terkenal sebagai kawasan penangkapan ketam dan lala.
Telok Dalam |
Suasana di Telok Dalam |
Kawasan Telok Dalam kini terkenal dengan hasil tangkapan ketam dan lala |
Jeti Nelayan Telok Dalam |
Pemandangan Jeti Nelayan Telok Dalam |
Bot Nelayan |
Pantai Telok Dalam |
Pada masa-masa tertentu, banyak lala yang besar-besar akan terkumpul di pantai Telok Dalam |
Di pantai inilah ada banyak lala yang besar-besar, kata Mr. Kobu |
Pemandangan Hotel Casuarina Pangkor di seberang Telok Dalam |
Mr. Kobu seterusnya membawa kami ke sebuah jeti di Telok Dalam yang dulunya adalah jeti eksklusif milik hotel mewah Pangkor Island Beach Resort. Di waktu kegemilangannya, Pangkor Island Resort mempunyai bot persendirian yang akan membawa penginap mereka dari jeti di Lumut terus ke sini. Pada waktu itu juga, jeti ini tidak boleh dilawati oleh orang awam. Bila resort ini ditutup, barulah jeti ini telah dibuka untuk kunjungan orang awam seperti sekarang.
Menara di tepi jeti Pangkor Island Beach Resort |
Jeti Pangkor Island Beach Resort yang dulunya adalah sebuah jeti persendirian |
Kawasan perumahan di Telok Dalam |
Pemandangan Hotel Casuarina Pangkor dari jeti |
Berjalan ke penghujung Jeti Pangkor Island Beach Resort |
Di zaman kegemilangannya dulu, di sinilah bot persendirian milik Pangkor Island Beach Resort akan berlabuh menurunkan penginap-penginap di hotel mereka |
Telok Dalam |
Pemandangan dari Pangkor Island Beach Resort |
Pantai Telok Dalam |
Bot-bot nelayan di Pantai Telok Dalam |
Jeti Nelayan Telok Dalam |
Husband berposing di Jeti Pangkor Island Beach Resort |
Ada sebuah kapal lama yang dapat dilihat dekat Jeti Pangkor Island Beach Resort ini. Kata Mr. Kobu, kapal ini adalah millik TLDM dan tersadai di sini menunggu air pasang dalam untuk dibawa keluar. Ia adalah sebuah kapal bersejarah kerana menurut ceritanya ia telah dihadiahkan kepada Malaysia oleh mendiang Ratu England Queen Elizabeth II.
Kapal lama yang dihadiahkan oleh Queen Elizabeth II kepada Kerajaan Malaysia |
Menurut Mr. Kobu, kapal ini sedang menunggu air pasang besar untuk dibawa pulang ke Pangkalan TLDM di Lumut |
Pemandangan Tanah Besar Semenanjung Malaysia dari Telok Dalam, Pulau Pangkor |
Hotel Double Tree By Hilton, Damai Laut di Lumut |
Melihat pemandangan Telok Dalam buat kali terakhir sebelum melangkah pergi. |
Pemandangan menghala ke penghujung Telok Dalam |
Berjalan kembali ke tempat teksi van kami menunggu |
Sewaktu meninggalkan Telok Dalam, Mr. Kobu menunjukkan sebuah hotel penginapan unik yang ada di sini. Hotel ini bernama Pangkor Bus Resort yang menggunakan bas-bas lama yang diubahsuai untuk menjadi bilik-bilik penginapan.
Pangkor Bus Resort |
Antara bas lama yang digunakan sebagai bilik penginapan di Pangkor Bus Resort |
Mess Pegawai Kanan PDRM di Pangkor |
Telok Dalam |
Kami juga dapat melihat kelong-kelong perikanan di kawasan pantai Telok Dalam.
Kelong perikanan di Telok Dalam |
Pemandangan lebih dekat kelong dengan kapal nelayan |
Pemandangan kelong di tengah laut |
Sepanjang berkeliling di Pulau Pangkor, kami dapat melihat bot-bot nelayan keluar menangkap ikan. Kata Mr. Kobu, bot-bot ini nak keluar menangkap ikan bilis. Kawasan perairan di sekitar Pulau Pangkor terkenal dengan penghasilan ikan bilis dan spesis ikan bilis yang paling terkenal adalah Ikan Bilis Mata Biru.
Bot nelayan yang keluar nak menangkap ikan bilis |
Mr. Kobu juga menunjukkan kepada kami sebuah kawasan perumahan rakyat yang cantik berhampiran. Kawasan perumahan rakyat ini banyak didiami oleh ibu-ibu tunggal di Pulau Pangkor.
Kawasan perumahan rakyat di Pulau Pangkor |
Pemandangan keseluruhan kawasan perumahan |
Pintu masuk ke kawasan perumahan |
Kawasan perumahan ini dibina di sebuah kawasan yang mempunyai pemandangan yang cantik |
Mr. Kobu membawa kami berkeliling di Pulau Pangkor |
Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan LKIM Pulau Pangkor |
Bersambung ke Bahagian 3...
CATATAN PERJALANAN PULAU PANGKOR (2024):
- Bahagian 1: Jalan-Jalan Pangkor (Ipoh - Pulau Pangkor)
- Bahagian 2: Pangkor Day Tour 1 (Coral Bay, Lin Je Kong Temple & Telok Dalam)
- Bahagian 3: Pangkor Day Tour 2 (Kilang Satay Ikan Hai Seng Hin & Masjid 1000 Doa)
- Bahagian 4: Pangkor Day Tour 3 (Sri Pathira Kaliamman Temple, Fu Lin Kong Temple & Jeti Perikanan Sungai Pinang Besar)
- Bahagian 5: Pangkor Night Tour 1 (Suria Beach Resort, Hornbill Feeding & Sunset @ Teluk Nipah)
- Bahagian 6: Pangkor Night Tour 2 (Kota Belanda, Batu Bersurat & Masjid 1000 Selawat)
- Bahagian 7: Pangkor Boat Ride & Pulang
No comments:
New comments are not allowed.