Sunday 15 September 2024

2024 PANGKOR BHG. 04 (Day Tour 3)

Ogos 2024

PERAK, MALAYSIA
Pulau Pangkor

Bahagian 4: Pangkor Day Tour 3
SRI PATHIRA KALIAMMAN TEMPLE, FU LIN KONG TEMPLE & JETI PERIKANAN SUNGAI PINANG BESAR

HARI PERTAMA (4)

Part 8: Sri Pathira Kaliamman Temple

Selepas melawat masjid dan temple Cina, Mr. Kobu membawa kami pula melawat ke sebuah kuil Hindu. Kuil ini bernama Sri Pathira Kaliamman Temple.

Sri Pathira Kaliamman Temple
Ada sebuah upacara sedang berlangsung di temple ketika ini
SJK Tamil Pangkor di tepi Sri Pathira Kaliamman Temple
Sri Pathira Kaliamman adalah satu-satunya kuil Hindu di Pulau Pangkor. Ia adalah juga satu-satunya kuil Hindu yang dibina menghadap laut di Malaysia. Ia dibina untuk menghormati Dewi Kali yang disembah oleh penganut Hindu sebagai dewi pemusnah dan transformasi.

Perlu membuka kasut kalau nak masuk ke Sri Pathira Kaliamman Temple
Kuil ini dibina untuk menghormati Dewi Kali
Patung Dewi Kali di bumbung temple
Sri Pathira Kaliamman Temple dibina menghadap ke Selat Melaka. Mengikut kepercayaan Hindu, laut menggambarkan kehidupan, tenaga dan kemakmuran manakala Kali menggambarkan kemusnahan, kuasa dan transformasi. Dengan dibina menghadap ke laut, kuil ini menggambarkan keseimbangan dan harmoni di antara kedua-dua kuasa yang bertentangan ini.

Kuil Sri Pathira Kaliamman dibina menghadap ke laut
Pemandangan ke laut di belakang Sri Pathira Kaliamman Temple
Jeti nelayan di sebelah kiri temple
Jeti nelayan lain di sebelah kanan temple
Pemandangan menghala ke arah temple dari tepi laut
Meninggalkan Sri Pathira Kaliamman Temple

Part 9: Fu Lin Kong Temple

Lawatan seterusnya adalah ke sebuah lagi kuil Cina yang bernama Fu Lin Kong Temple. Kuil ini adalah sebuah Taoist Temple dan merupakan temple Cina yang terbesar di Pulau Pangkor.
 
Fu Lin Kong Temple
Patung pemancing ikan di tepi temple
Berjalan menuju ke arah temple
Agama Taoist banyak memuja semangat alam. Oleh yang demikian, ada banyak banyak patung dan perhiasan yang menggambarkan alam di sekeliling temple ini.

Perhiasan di sekeliling Taoist Temple yang menggambarkan semangat alam
Pintu masuk ke Fu Lin Long Temple
Pemandangan menghala ke sebelah sana
Pemandangan dari depan temple
Sebelum masuk melawat ke dalam temple, kita nikmati dulu pemandangan kolam di depannya yang dipenuhi dengan ikan-ikan koi berwarna emas.

Kita lawat dulu kolam di depan temple
Kolam yang penuh dengan ikan koi
Menurut ceritanya ada sebuah gendang yang dibuat dari kulit lembu disimpan di temple ini. Bulu-bulu lembu dikatakan masih tumbuh pada gendang ini. Oleh yang demikian, bulu-bulu ini sering dicabut oleh penganut yang datang berziarah untuk mendapat berkat.

Sewaktu Tun Dr. Mahathir datang melawat ke temple ini pada masa dahulu, beliau telah mencadangkan supaya gendang ini dipagar untuk mengelakkan bulu-bulu ini dari terus dicabut oleh pengunjung. Gendang ini memang dipagar sekarang atas saranan Tun. Namun demikian, kami tak masuk ke dalam bangunan temple tempat gendang ini disimpan.

Jom jalan ke sana...
Pintu depan temple yang dihias dengan patung dua ekor naga. Kisah naga ini pernah diceritakan kepada kami sewaktu melawat ke sebuah Taoist Temple di Miri, Sarawak dulu.
Mangkuk logam gergasi di luar temple
Perhiasan di pintu temple dengan lebih dekat
Patung Naga dan Singa penjaga temple
Naga
Kita jalan-jalan lagi di sekitar perkarangan temple. Temple ini terletak di kaki bukit. Jadi kita jalan melawat ke bukit di belakang temple ini.

Bukit di belakang temple
Patung dewa dengan harimau di belakang bukit
Dewa sedang menunggang harimau
Pintu masuk ke bukit ini dihiasi dengan bentuk duit syiling dan tertera perkataan èµšé’±æ´ž di atasnya yang bermaksud "earn money." Mengikut ceritanya sesiapa yang berjalan masuk menerusi pintu ini akan mendapat kejayaan dalam bidang pekerjaan dan seterusnya mendapat wang yang lebih banyak. 

Pintu masuk ke bukit di belakang temple
Pintu yang menurut ceritanya akan memberi kejayaan dalam bidang pekerjaan dan seterusnya mendapat wang yang lebih banyak bagi sesiapa yang lalu di bawahnya.
Atas bukit ini ada sebuah replika Tembok Besar China. Bagi orang seperti kami yang belum sampai ke Tembok Besar China di Beijing sana, replika ini memang sangat menarik. Bayangkan saja yang kita sedang bergambar di Tembok Besar China yang sebenar bila kita bergambar di sini. Hahaha!!

Replika Tembok Besar China di atas bukit
Bayangkan saja seolah-olah kita sedang berjalan menyusuri Tembok Besar China
Pemandangan patung dewa yang tengah menunggang harimau dari replika Tembok Besar China
Replika menara kawalan di Tembok Besar China
Bergambar dengan Menara Kawalan
Pokok Durian
Fuhh!! Tinggi dan jauh juga kalau nak berjalan sampai ke atas sana
Kemuncak bukit di hujung sana
Batu ucapan Selamat Datang di kemuncak bukit
Disebabkan bukit di belakang temple ini agak tinggi, kami tidaklah berjalan sehingga ke sana. Selepas melihat lebih kurang pemandangan di sekitar, kami turun kembali ke bawah.

Batu ucapan Selamat Datang di kemuncak bukit
Sebelum meninggalkan Fu Lin Kong Temple, kami melawat kolam ikan yang di sebelah sana pula...
 
Pemandangan kolam ikan di sebelah sana
Berjalan menuju ke jambatan
Jambatan di atas kolam ikan
Batu di tepi kolam
Menikmati keindahan kolam ikan
Ikan Koi yang berenang-renang di dalam kolam
Meninggalkan Fu Lin Kong Temple

Part 10: Jeti Perikanan Sungai Pinang Besar

Selain pelancongan, perikanan adalah sektor ekonomi utama di Pulau Pangkor. Di sana-sini, kita akan dapat melihat perkampungan nelayan dan jeti perikanan di pulau ini.

Perumahan yang dibina khas untuk nelayan di Pulau Pangkor
Pemandangan perumahan nelayan dari depan
Perkampungan nelayan tradisional di Pulau Pangkor
Disebabkan kami banyak bertanya tentang industri perikanan di Pulau Pangkor, Mr. Kobu membawa kami melawat ke sebuah jeti perikanan di Sungai Pinang Besar.

Jeti perikanan di Sungai Pinang Besar
Mengikut Mr. Kobu masuk ke jeti perikanan
Suasana di Jeti Perikanan Sungai Pinang Dalam
Sesampainya kami di jeti ini, Mr. Kobu terus menunjukkan bilik sejuk beku yang disediakan di jeti ini untuk menyimpan ikan yang baru dinaikkan dari laut.
 
Kontena ini adalah Bilik Sejuk Beku di Jeti Perikanan Sungai Pinang Besar
Terperanjat juga bila Mr. Kobu membawa kami masuk ke bilik sejuk beku ini...
 
Mengikut Mr. Kobu masuk ke bilik sejuk beku
Pemandangan di dalam bilik sejuk beku
Tak banyak ikan dan hasil laut lain sedang disimpan di bilik sejuk beku ini ketika itu. Ini adalah kerana nelayan masih belum pulang dari laut. Kalau kapal nelayan sampai di jeti nanti, memang banyaklah ikan dan hasil laut yang disimpan di sini sementara menunggu untuk dijual.

Bekas simpanan banyak yang kosong kerana ikan dan hasil laut lain masih belum tiba
Mengambil gambar ikan yang sedang disimpan di dalam bilik sejuk beku
Antara ikan dan hasil laut yang sedang disimpan di dalam bilik sejuk beku
Lobster
Selepas melawat bilik sejuk beku, kami berjalan meninjau ke jeti yang sebenar. Seperti kata Mr. Kobu, jeti ini agak sunyi ketika itu kerana bot nelayan masih belum pulang dari laut.

Pemandangan di jeti yang senyap sunyi kerana bot nelayan masih belum pulang dari laut
Mengikut Mr. Kobu melawat ke jeti
Alat penimbang yang akan digunakan untuk menimbang hasil tangkapan dari laut
Kapal berlabuh di tepi jeti
Lagi pemandangan kapal yang berlabuh di tepi jeti
Kita berjalan-jalan melihat suasana di kawasan jeti ini...

Kata Mr. Kobu kepada kami, bot-bot nelayan ini tidak hanya menangkap ikan di sekitar Pulau Pangkor. Adakalanya mereka akan kelur jauh sehingga ke perairan Pulau Pinang untuk menangkap ikan. Setiap bot ini juga mempunyai lesen masing-masing. Lesen ini akan menentukan sejauh mana mereka dibenarkan pergi untuk menangkap ikan.

Setiap bot perikanan mempunyai lesen masing-masing yang akan menentukan sejauh mana mereka dibenarkan keluar untuk menangkap ikan
Lesen B1
Lesen A
Jom kita ikut Husband berjalan sehingga ke hujung jeti...

Sewaktu di jeti ini juga kami mendengar pekerja-pekerja perikanan bertutur dalam bahasa yang sangat asing bagi kami. Rupa-rupanya pekerja perikanan di sini banyak yang berasal dari Cambodia.

Selepas dah puas bersiar-siar marilah kita kembali semula ke pelantar sana...

Jom kita kembali ke pelantar...
Berjalan kembali ke pelantar
Bot yang sedang parking di pelantar
Pemandangan pelantar di sebelah
Mr. Kobu menunggu di pelantar
Pukat menangkap ikan


 Bersambung ke Bahagian 5...


No comments: