UNITED KINGDOM
Northwest England & London
Perjalanan ketiga adalah ke England pada bulan Julai 1996 untuk menghadiri konvokesyen Adik di University of Salford di Manchester, England. Tidak seperti orang lain yang pastinya memberi tumpuan kepada London jika berkunjung ke England, lawatan kami bertumpu ke bahagian Northwest England, atau lebih tepat lagi sekitar bandaraya Manchester di England.
DARI KL KE MANCHESTER
Perjalanan kami ke England bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (waktu itu KLIA masih dalam pembinaan). Masih ingat lagi betapa excited perasaan pada masa itu kerana berpeluang pergi ke England bersama parents.
Disebabkan kami menaiki pesawat Singapore Airlines untuk ke Manchester, kami terpaksa pergi ke Singapura untuk transit. Jadi pastinya kami terpaksa berlepas dari Terminal 2.
Penerbangan dari Subang ke Singapura mengambil masa 45 minit. Kami terpaksa menunggu 2 jam sebelum menaiki sebuah pesawat Singapore Airlines yang lebih besar untuk ke destinasi kami.
Bersama anak saudara, Emirul sewaktu menunggu pesawat ke Singapura di Terminal 2, Subang. |
Penerbangan Singapore Airlines dari Singapura direct ke Manchester melalui Paris memakan masa 14 jam. Selepas 12 jam terbang, kami mendarat di Lapangan Terbang Charles de Gaulle Paris dan lebih 2/3 penumpang turun di situ. Baki penumpang kemudiannya meneruskan baki 1 jam lebih perjalanan ke Manchester.
Part 1 : Manchester
DARI MANCHESTER AIRPORT MENUJU KE SALFORD
Kami sebenarnya tiba di Manchester Ringway Airport pada keesokan harinya dan Adik telah sedia menunggu di sana. Dari Airport, kami menaiki keretapi menuju ke rumah kediaman Adik di Salford.
Part 1 : Manchester
DARI MANCHESTER AIRPORT MENUJU KE SALFORD
Kami sebenarnya tiba di Manchester Ringway Airport pada keesokan harinya dan Adik telah sedia menunggu di sana. Dari Airport, kami menaiki keretapi menuju ke rumah kediaman Adik di Salford.
Pemandangan dari dalam keretapi dalam perjalanan dari Manchester Ringway Airport ke Salford. |
Pemandangan bandar Salford dari flat kediaman Adik. |
JALAN-JALAN DI SEKITAR MANCHESTER
Di Manchester ada banyak teksi hitam klasik seperti ini.
Teksi hitam klasik di Manchester. |
Seminggu sebelum kami tiba di Manchester, ada kejadian letupan bom oleh Irish Republican Army (IRA) di pusat bandar Manchester. Oleh itu, kawasan pusat bandarnya ditutup kepada orang awam untuk pembaikan.
Kawasan pengeboman yang sedang diperbaiki |
Oleh kerana bandar Manchester terkenal dengan pasukan bolasepak Manchester United, kesempatan turut diambil melawat ke Stadium Old Trafford, home ground bagi pasukan tersebut. Tapi kami taklah masuk ke dalam, cuma tengok-tengok dari luar saja.
Memorial peringatan kepada pemain-pemain dan pegawai pasukan Manchester United yang terbunuh dalam Munich Air Disaster 1969. |
UNIVERSITY OF SALFORD
University of Salford, tempat Adik belajar sebenarnya terletak bersebelahan dengan bandar Manchester.
University of Salford |
Universiti inilah sebenarnya matlamat lawatan kami kerana di sinilah berlangsungnya majlis konvokesyen Adik. Majlis konvokesyen universiti Orang Putih ni walau bagaimanapun amat simple, tak macam majlis konvokesyen universiti di Malaysia.
Majlis konvokesyen University of Salford 1996. |
Berkumpul beramai-ramai di depan Dewan Konvokesyen untuk meraikan para graduan. Patung di tengah-tengah tu adalah Victoria & Albert Memorial. |
Part 2 : Lake District
Sewaktu di Manchester, kesempatan turut diambil untuk melancong ke Lake District. Kami ke sana dengan menaiki sebuah kereta yang dipandu oleh seorang rakan Adik.
Kawasan R&R highway menuju ke Lake District. Masa ni angin tengah bertiup kencang |
Lake District ni sebenarnya sebuah Taman Negara di England. Tapi kawasan ni penuh dengan ladang ternak, tak adalah pokok hutan macam Taman Negara kat Malaysia.
Kawasan penternakan haiwan di sekitar Lake District |
Lawatan kami ke Lake District berpusat di bandar Bowness-on-Windermere, yang terletak di tepi Tasik Windermere. Kawasan ni memang cantik.
Pemandangan depan jeti Bowness-on-Windermere |
Jeti untuk Lake Cruise di Bowness-on-Windermere |
Masa ni musim panas, jadi ramailah Mat Salleh berjemur atas padang. |
Swan sedang berenang di Tasik Windermere |
Kami juga naik bot pergi Lake Cruise untuk menikmati pemandangan yang cantik di sekitar tasik.
Lake Cruise di Tasik Windermere. |
Sebuah lagi bandar yang turut dikunjungi adalah Windermere.
Windermere |
Ini Aira Force, air terjun paling tinggi di England. Disebabkan kita biasa tengok air terjun yang lebih tinggi dan hebat di Malaysia, air terjun ni taklah nampak impressive sangat.
Aira Force |
Part 3: Liverpool
Perjalanan seterusnya adalah lawatan singkat ke bandar Liverpool yang terletak tidak jauh dari bandar Manchester. Perjalanan ke sana dilakukan dengan menaiki apa yang Myself istilahkan sebagai "keretapi kampung".
Laluan keretapi dari Manchester ke Liverpool melalui beberapa buah kampung. Penduduk-penduduk tempatan menggunakan keretapi ini untuk berulang-alik di antara kedua-dua bandar. Agak suspen bila ada yang membawa anjing besar (German Sheperd) duduk bersama dalam keretapi ini.
Ini stesen keretapi di Liverpool. Namanya Lime Street Station.
Lime Street Station, Liverpool. |
Lawatan ke Liverpool hanyalah ke Albert Dock, iaitu pelabuhan lama yang diubahsuai menjadi tarikan pelancong.
Pemandangan bandar Liverpool dari Albert Dock |
Peta United Kingdom terapung di Albert Dock |
Pelabuhan Liverpool amat bersejarah kerana pada masa dulu, dari pelabuhan inilah hamba-hamba abdi berbangsa Negro dari Afrika dibawa ke Amerika Syarikat. Sejarah perdagangan hamba abdi ini diabadikan di Merseyside Maritime Museum di Albert Dock.
Merseyside Maritime Museum di Albert Dock, Liverpool. Di dalam muzium ini ada pameran yang menarik mengenai perdagangan hamba abdi Afrika yang dikendalikan menerusi pelabuhan Liverpool pada masa dahulu. |
Liverpool juga amat berbangga dengan kumpulan Beatles yang berasal dari bandar tersebut. Sejarah keagungan kumpulan Beatles ini turut diabadikan dalam sebuah muzium di Albert Dock. Namun disebabkan kesuntukan masa, kami tidak berpeluang masuk ke muzium ini.
Muzium Beatles di Albert Dock, Liverpool. |
Part 4 : London
Memang tak sah pergi ke England kalau tak berkunjung ke kota London. Maka, pada hari kedua terakhir di England kami sekeluarga berkunjung ke ibukota United Kingdom.
Perjalanan bermula dari Manchester Piccadilly Station menaiki keretapi Intercity Express milik British Rail. Atas cadangan Adik, kami membeli tiket First Class kerana haiwan tak dibenarkan masuk ke gerabak First Class. Jadi tak adalah kebimbangan anjing duduk di sebelah sepanjang perjalanan dari Manchester ke London.
Pemandangan di Manchester Piccadilly Station. |
Malaysia Hall, London (1996) |
Pemandangan dalam stesen Tube di London. |
Dari Malaysia Hall, kami pergi ke Oxford Street. Oxford Street adalah sebuah shopping street di London. Tapi kedai di sini nampak macam tak friendly sangat untuk orang-orang yang tak banyak duit.
Oxford Street di London. Sebaik lepas ambil gambar kat sini ada Environmentalist Group Greenpeace berarak buat kempen "Save The Whales". Tapi tak sempat nak ambil gambar mereka. |
Stesen bas Original London Tour dekat Trafalgar Square |
Untuk mendapatkan pemandangan yang bagus kena duduk kat bahagian atas yang tak berbumbung. Tapi ada sedikit rasa gayat bila bas ini berpusing dan disebabkan masa tu musim panas, memanglah terasa sangat panas. Kami duduk di tingkat atas ni tak berapa lama, sebab tak tak tahan panas. Lepas tu pindah kat tingkat bawah yang bertutup dan berhawa dingin.
Bersiar-siar dengan bas Original London Tour. Di depan tu adalah Hotel Ritz milik Sultan Brunei. |
Berikut adalah tempat-tempat yang dilalui semasa Bus Tour:
Westminster Abbey - Gereja ni besar sangat. Dari bas cuma dapat tangkap gambar pintu je. |
Disebabkan kami tak turun dari bas, dapat tangkap gambar gate Buckingham Palace saja. |
Pemandangan Piccadilly Circus yang terletak di tengah-tengah kota London dari atas bas. |
Bangunan Parlimen British |
Pemandangan dari atas bas sewaktu nak memasuki Tower Bridge yang famous tu. |
Pemandangan Sungai Thames dari London Bridge. Jambatan inilah yang diabadikan dalam lagu kanak-kanak "London Bridge Is Falling Down". |
Tower of London |
Dengan tiket yang sama, penumpang boleh turun di mana-mana bus stop kalau nak melawat dengan lebih dekat mana-mana tarikan pelancong yang dilalui. Lepas tu boleh naik mana-mana bas lain dari company yang sama untuk sambung perjalanan. |
Royal Festival Hall |
Kami hanya mengikuti perjalanan bas ni tanpa turun sehinggalah dia kembali ke Trafalgar Square. Disebabkan ada sedikit masa lagi sebelum balik ke Manchester, sempat jugalah ambil beberapa gambar di Trafalgar Square.
Pemandangan di Trafalgar Square. |
Trafalgar Square. Kalau tak salah belakang tu adalah National Gallery. |
Part 5 : Pulang Ke Malaysia
Keesokan harinya England ditinggalkan dari Manchester juga dengan penerbangan Singapore Airlines. Tidak seperti laluan datang melalui Paris, penerbangan pulang ke Singapura adalah melalui Mumbai di India. Namun, seperti juga waktu kedatangan dulu, penumpang tidak dibenarkan turun sewaktu pesawat singgah sebentar di sana.
Goodbye, Manchester! Till we meet again someday! |
Waktu datang dulu, disebabkan flight ini singgah di Paris, penumpang kebanyakannya terdiri dari Mat Salleh. Cuma kami sekeluarga je agaknya yang request Muslim Meal. Jadi, cepat je dapat makanan sebab peramugari tu layan kami dulu.
Walau apapun, kami selamat tiba di Singapura selepas mengharungi 14 jam perjalanan dari Manchester. Setibanya di Singapura, terus naik pesawat Singapore Airlines lain untuk balik ke Malaysia.
CATATAN PERJALANAN LAIN:
- Western Europe 2015 Bhg. 2: England 1
- Western Europe 2015 Bhg. 3: England 2
- Western Europe 2015 Bhg. 4: England 3