Wednesday, 13 August 2014

2014 TURKEY BHG. 11 (Harran)

Ogos 2014

TURKEY
Istanbul & Sanliurfa

Bahagian 11: Şanlıurfa (1) 
HARRAN

Part 34: Merancang Perjalanan ke Şanlıurfa 

Kami masih tinggal di Turki selama 2 hari lagi selepas kursus Myself berakhir pada 15 Ogos 2014. Pada hari berikutnya, kami berkunjung ke Şanlıurfa (disebut Shanli-urfa) yang terletak di tenggara Turki, berhampiran sempadan Syria. Kami memilih untuk berkunjung ke sana kerana bandar ini merupakan bandar Anbia. Di sinilah Nabi Allah Ibrahim a.s. tinggal dan berdakwah kepada Raja Namrud pada masa dahulu.

Myself pertama kali mendengar mengenai bandar Şanlıurfa sewaktu menonton rancangan Jejak Rasul Siri 1 di TV3 lebih 10 tahun dahulu. Bila kami berpeluang datang ke Turki,
Şanlıurfa menjadi salah satu agenda dalam perjalanan kami. Namun begitu, bukan mudah untuk sampai ke Şanlıurfa kerana tiada Travel Agent di Malaysia yang menawarkan perjalanan ke sini. 

Travel Agent di Turki sendiri juga kebanyakannya tidak menawarkan perjalanan ke Şanlıurfa, mungkin kerana bandar ini adalah bandar sejarah Islam dan tak banyak permintaan dari pelancong luar untuk berkunjung ke sini. Kalau direcce dalam internet, memang banyak Travel Agent yang menawarkan pakej Christian Tours ke Ephesus yang dikatakan sebagai rumah kediaman Virgin Mary dan juga Tarsus yang dikatakan sebagai tempat lahir St. Paul The Apostle. Namun tak ada pun mana-mana Travel Agent yang menawarkan Islamic Tours di Turki.

Ketika Myself hampir berputus asa untuk berkunjung ke Şanlıurfa, Allah mentakdirkan Myself terbaca iklan dari sebuah Travel Agent di Turki di internet yang menawarkan pakej Day Trip dari Istanbul ke kawasan Arkeologi Gobekli Tepe yang terletak tidak jauh dari Şanlıurfa. Setelah berhubung dengan mereka, kami ditawarkan Private Tour ke Şanlıurfa secara Day Trip dengan bayaran USD 500 (RM 1,300) seorang yang meliputi tiket penerbangan pergi-balik dan Guided Tour ke tempat pilihan kami sendiri di Şanlıurfa. Walaupun bayaran yang dikenakan mahal, kami membuat keputusan untuk menerima tawaran tersebut memandangkan inilah satu-satunya peluang bagi kami berkunjung ke Şanlıurfa.

Setelah aturan dibuat untuk melawat Şanlıurfa, timbul pula rasa bimbang di hati kerana bandar ini terletak tidak jauh dari Syria yang sedang bergolak ketika ini. Malah sebutir mortar dari Syria pernah tersesat dan jatuh di Şanlıurfa pada tahun 2013 sehingga menyebabkan seorang penduduk tempatan Turki terbunuh. Namun memikirkan yang Şanlıurfa berada di dalam negara Turki, kami yakin Kerajaan Turki pasti akan mengeluarkan amaran untuk berkunjung ke sana jika kawasan ini tidak selamat. Turkish Airlines juga pasti akan membatalkan penerbangan ke sana jika keadaan tidak selamat. Lagipun, kami hanya akan membuat Day Trip sahaja ke sana dan tujuan perjalanan kami ke sana juga adalah dengan niat yang baik, untuk melihat jejak Nabi Ibrahim a.s. Mudah-mudahan Allah akan melindungi perjalanan kami.

Part 35: Dari Istanbul ke Şanlıurfa

Kami menggunakan penerbangan domestik Turkish Airlines dari Ataturk Airport di Istanbul ke airport di Şanlıurfa yang bernama Gap Airport. Penerbangan dari Istanbul ke Şanlıurfa memakan masa satu setengah jam (macam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching).

Penerbangan kami ke Şanlıurfa dijadualkan berlepas pada pukul 9.40 pagi. Seawal jam 7.30 pagi, wakil dari Syarikat Turkey Tour Specialist telah datang ke Hilton Istanbul Bosphorus untuk menjemput kami ke Ataturk Airport.

Pemandu kami yang bernama Sefer cukup excited bila kami memberitahu beliau yang kami ingin ke Şanlıurfa. Ini adalah kerana Sefer adalah bekas seorang tentera dan pernah bertugas di sana untuk satu jangka masa dahulu.

Dalam van menuju ke Ataturk Airport untuk mengambil penerbangan ke Şanlıurfa.
Kawasan pelabuhan Istanbul berhampiran Ataturk Airport.
Pintu masuk ke Ataturk Airport.
Terminal Domestik Ataturk Airport
Wakil Travel Agent hanya menghantar kami dari hotel ke Terminal Domestik Ataturk Airport. Urusan check-in kami lakukan sendiri dengan maklumat penerbangan yang diberi oleh Travel Agent.

Check-in sendiri di kiosk Turkish Airlines.
Boarding Pass penerbangan kami ke Şanlıurfa.
Kesibukan pagi di Terminal Domestik Ataturk Airport
Jadual penerbangan domestik pada pagi ini ke seluruh Turki. Banyak tempat-tempat yang ditunjukkan Myself tak tahu kedudukannya dalam peta Turki.
Restoran di Terminal Domestik Ataturk Airport.
Arah ke Pintu Perlepasan
Pintu Perlepasan kami ke Şanlıurfa.
Panggilan untuk pesawat kami ke Şanlıurfa - Turkish Airlines TK 2246.
Oleh kerana pesawat kami parking jauh dari bangunan terminal, semua penumpang dibawa ke pesawat dengan bas.

Pemandangan dalam bas yang mengangkut penumpang menuju ke pesawat.
Pesawat-pesawat Turkish Airlines yang bersedia untuk melakukan penerbangan domestik ke seluruh negara Turki.
Pesawat yang akan membawa kami terbang ke Şanlıurfa.
Pemandangan dalam pesawat kami ke Şanlıurfa.
Penumpang sedang menaiki pesawat yang parking di sebelah pesawat kami. Kalau tak salah, penerbangan ini menuju ke Adana.
Sewaktu penerbangan hampir berlepas, peramugari mendapati pintu baggage compartment ini tak boleh ditutup. Mujurlah ada penumpang yang membantu menggunakan kepakarannya untuk menyelak compartment ini. Kalau tidak, mungkin pesawat ini mengalami delay dan rosaklah rancangan kami untuk melawat Şanlıurfa.
Pesawat Malaysia Airlines sedang parking di Ataturk Airport. Insyaallah, kami akan naik pesawat ini pulang ke Malaysia pada hari lusa.
Pesawat kami berlepas dari Ataturk Airport ke Şanlıurfa Gap Airport tepat pada pukul 9.40 pagi mengikut jadual. Penerbangan sepanjang 1 jam 30 minit ini juga sangat lancar. Disebabkan cuaca yang baik sepanjang perjalanan, banyak pemandangan menarik yang dapat diperhatikan sepanjang penerbangan.

Peta penerbangan dari Ataturk Airport di Istanbul ke Gap Airport di Şanlıurfa.
Pemandangan sebahagian bandaraya Istanbul dari udara.
Pemandangan pertemuan Selat Bosphorus dengan Laut Hitam dilihat dari udara.
Peramugara Turkish Airlines
Peramugari Turkish Airlines
Sajian penerbangan dari Istanbul ke Şanlıurfa - Cold Cheese Sandwich dan Apple Juice serta pelbagai buah-buahan tempatan.
Pemandangan tasik garam yang dinamakan Lake Tuz dari udara.
Pernah dengar tentang tamadun purba yang bernama Babylon dan Mesopotamia? Şanlıurfa yang menjadi tempat tujuan kami adalah sebenarnya sebahagian dari negara purba Babylon dan Mesopotamia pada masa dahulu. Babylon dan Mesopotamia terletak di antara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates. Sungai Tigris kini terletak dalam negara Iraq, manakala sebahagian Sungai Euphrates melalui negara Turki dan dapat dilihat dengan jelas dalam penerbangan ke Şanlıurfa.

Pemandangan Sungai Euphrates dari udara.
Sebahagian Sungai Euphrates telah diempang untuk membentuk Empangan Ataturk yang merupakan empangan terbesar di Eropah pada hari ini.
Rupa bumi negara Turki yang subur dan menghijau di sebelah barat bertukar menjadi gunung-gunung yang gersang sewaktu pesawat semakin hampir ke Şanlıurfa yang terletak di timur Turki.

Rupa bumi yang semakin gersang sewaktu pesawat menghampiri Şanlıurfa.
Walaupun tanah di sini gersang, pertanian tetap dapat dilaksanakan dengan bantuan pengairan dari Empangan Ataturk.
Pesawat kami selamat mendarat di Şanlıurfa Gap Airport pada pukul 11.25 pagi. Tourist Guide kami, Abdulbaki (disebut Abdul-Back-Kay) telah sedia menanti. Dia adalah seorang guru Bahasa Inggeris berketurunan Kurdish yang bekerja sebagai Tourist Guide secara part-time.

Şanlıurfa Gap Airport
Bangunan Terminal Şanlıurfa Gap Airport
Pesawat Turkish Airlines yang membawa kami ke Şanlıurfa dari Istanbul.
Berjalan menuju ke Pintu Ketibaan.

Part 36: Harran 

Dari Lapangan Terbang, Abdulbaki membawa kami terus menuju ke Harran yang terletak 100 km dari situ. Harran adalah sebuah kota purba di mana letaknya universiti Islam yang pertama di dunia. Perjalanan dari Lapangan Terbang ke Harran memakan masa 1 jam 10 minit.

Perjalanan ke Harran melalui sebatang lebuhraya yang luas dan cantik dengan pemandangan kawasan-kawasan pertanian yang subur di kiri-kanan jalan. Menurut Abdulbaki tanah pertanian yang subur ini adalah hasil projek mega Southeastern Anatolian Irrigation Project yang dilaksanakan oleh Kerajaan Turki. 

Tanah pertanian yang subur dengan latar belakang Şanlıurfa Gap Airport.
Lebuhraya menuju ke Harran dan sempadan Syria.
Pemandangan ini mengingatkan kami kepada negara Jordan yang kami kunjungi pada tahun lepas.
Cuaca di Şanlıurfa jauh lebih panas berbanding di Istanbul. Kerana itulah kami sentiasa melihat mirage terbentuk di jalan raya sepanjang masa kami berada di sini.

Mirage di jalan raya adalah pemandangan yang biasa kami temui di Şanlıurfa.
Pemandangan yang indah dalam perjalanan menuju ke Harran.
Pemandangan kawasan luar bandar berhampiran Şanlıurfa.
Lebuhraya moden di Şanlıurfa
Sebelum tiba di Harran, kami melalui kawasan yang sedang dibangunkan sebagai Bandar Baru Şanlıurfa. Banyak bangunan-bangunan apartment sedang giat dibangunkan di sini.

Pembangunan yang giat dijalankan di Bandar Baru Şanlıurfa.
Kawasan perumahan yang telah disiapkan di Bandar Baru Şanlıurfa.
Mercu tanda bandar Şanlıurfa yang dilalui dalam perjalanan menuju ke Harran.
Selepas meninggalkan bandar Şanlıurfa, kami melalui kawasan pertanian lagi sehingga sampai ke Harran.

Ladang jagung dalam perjalanan ke Harran.
Terusan pengairan.
Pemandangan dekat saluran air pengairan ke ladang-ladang.
Pemandangan kawasan pertanian yang subur ini bertukar sewaktu kami membelok dari lebuhraya memasuki Harran.

Gerai jualan tembikai di Harran. Giant betul saiz tembikai yang dijual.
Kuda di tengah ladang
Pemandangan indah ladang dan kawasan bandar.
Jalan berdebu menuju ke kawasan sejarah Harran
Gembala biri-biri membawa ternakan mereka menyeberang jalan.
Pemandangan pertama yang kami lihat di kawasan bersejarah Harran adalah tembok kota lamanya. Tembok ini masih utuh kerana dipulihara oleh Kerajaan Turki.

Pemandangan Tembok Kota Harran
Kanak-kanak tempatan berlindung dari kepanasan matahari di Tembok Kota Harran.
Satu lagi pemandangan Tembok Kota Harran. Tembok ini telah wujud sejak dari zaman Nabi Allah Ibrahim as lagi.
Penunggang kuda di tepi tembok kota.

FIRST ISLAMIC UNIVERSITY

Tempat pertama yang kami kunjungi di Harran ialah tapak universiti Islam yang pertama. Universiti ini juga adalah sebenarnya sebuah masjid yang dinamakan Harran Ulu Mosque. Ini adalah kerana pada masa dahulu, Masjid tidak hanya berfungsi sebagai tempat ibadat, ia juga adalah tempat untuk menuntut ilmu.

Papan penerangan Harran Ulu Mosque
Laluan masuk ke tapak First Islamic University.
Pemandangan tapak First Islamic University dari laluan pejalan kaki.
Pemandangan kesan runtuhan First Islamic University.
Banyak kejayaan yang dicapai oleh sarjana di First Islamic University ini terutama dalam bidang astronomi. Di sinilah ahli astronomi yang bernama Al-Battani menjadi orang yang pertama dapat mengira jarak bulan dari bumi dengan tepatnya. Dia juga diberi pengiktirafan sebagai pengasas sains atom. Di sini jugalah Jabir ibn Hayyan'nin yang mencipta Algebra menuntut ilmu pada masa dahulu.

Namun astronomer Islam pada masa dahulu tidak menggunakan ilmu untuk mencipta nama kerana mereka melakukan semua kajian untuk kemudahan manusia sejagat sepertimana yang dianjurkan oleh agama Islam. Ini adalah kerana ilmu astronomi sangat penting dalam menentukan waktu solat dan permulaan serta pengakhiran Ramadan. Kerana itulah juga saintis Islam kurang dikenali berbanding saintis barat yang mencedok dan memperkemaskan lagi teori mereka.


Runtuhan First Islamic University yang masih tinggal.
Pintu Gerbang Harran Ulu Mosque yang merupakan universiti Islam pertama di dunia.
Pemandangan rumah-rumah tradisional di Harran yang dikenali sebagai Beehive House dilihat dari tapak First Islamic University. Walau tak dinyatakan di dalam Al Quran, Kitab Injil ada menyebut yang Nabi Ibrahim dan isterinya Siti Sarah beserta anak mereka, Nabi Ishak a.s. tinggal di kawasan ini sebelum mereka berhijrah ke Syria.
Bergambar kenangan di Harran Ulu Mosque.
Husband dan Abdulbaki berjalan kembali ke tempat kereta.
Kesan runtuhan rumah kakitangan First Islamic University di tepi laluan masuk ke runtuhan Harran Ulu Mosque.
Pemandangan tempat letak kereta Harran Ulu Mosque

HARRAN BEEHIVE HOUSES 

Sewaktu di Harran, kami juga dibawa melawat ke rumah tradisional Harran yang berbentuk seperti sarang lebah. 

Perkampungan Beehive House di Harran. Walaupun telah berusia beratus-ratus tahun, ia masih didiami sehingga kini.
Pemandangan Beehive House dari dekat.
Kerajaan Turki sangat memelihara tempat-tempat bersejarah mereka. Papan-papan penerangan seperti ini dapat diihat di semua tapak sejarah baik di Istanbul mahupun di Harran ini.
Salah sebuah rumah tradisional ini dibuka untuk kunjungan pelancong. Setibanya di sana kami disambut oleh seorang remaja wanita yang bernama Samiha.

Pintu masuk ke rumah tradisional di Harran yang dibuka untuk kunjungan pelancong.
Kafetaria di rumah tradisional Harran.
Samiha yang menyambut ketibaan kami di rumah tradisional ini.
Rumah tradisional yang kami lawati ini adalah milik keluarga Samiha sejak turun-temurun. Sebelum masuk ke dalam rumah, Samiha menunjukkan kepada kami peralatan tradisional yang masih terdapat di luar rumah tersebut.

Peralatan untuk membuat couscous yang banyak digunakan dalam masakan Turki.
Pada musim panas, ahli keluarga lelaki akan tidur di pangkin ini yang diletakkan di luar rumah.
Banyak gambar yang hendak diambil oleh Husband di luar rumah ini.
Peralatan-peralatan antik yang diletakkan di luar rumah.
Kalau tak salah, ini adalah peralatan untuk membuat keju secara tradisional.
 Susu akan ditapai di dalam bekas kulit ini untuk dijadikan keju.
Selepas ditunjukkan peralatan-peralatan tradisional di luar, kami dibawa oleh Samiha masuk ke dalam rumah. Walau cuaca di luar panas sekali, suhu di dalam Rumah Beehive ini sangat nyaman. 

Mengintai ke dalam Rumah Beehive.
Samiha memberi penerangan tentang cara membina Rumah Beehive.
Menurut Samiha, dinding Rumah Beehive ini yang dibina dari campuran tanah liat dan jerami gandum dapat menghalang haba yang panas dari luar masuk ke dalam rumah di musim panas. Pada musim dingin pula, ia dapat menyimpan haba dan menghalang cuaca sejuk di luar dari masuk ke dalam rumah. Pandai betul orang dahulu yang mencipta Rumah Beehive ini!

Chimney Rumah Beehive ini hitam berjelaga kerana kesan api yang dinyalakan untuk berdiang sewaktu musim sejuk.
Menurut Samiha, rumah ini berusia 300 tahun. Dalam tempoh tersebut banyak peralatan yang digunakan di rumah ini selari dengan peredaran zaman.
Penyapu dan periuk belanga lama.
Bekas yang dibuat dari kulit binatang ini adalah untuk menyimpan makanan. Ia digantung tinggi untuk mengelakkan makanan yang disimpan dari dimakan oleh tikus.
Lagi koleksi barang peninggalan di Rumah Beehive.
Ruang Tamu Rumah Beehive.
Lagi pemandangan ruang tamu di Rumah Beehive.
Kafetaria di Rumah Beehive
Kenangan di kafetaria Rumah Beehive.
Pemandangan dari kafetaria Rumah Beehive.

HARRAN PALACE 

Sebelum meninggalkan Harran, Abdulbaki membawa kami singgah sebentar di runtuhan Harran Palace. Kami walau bagaimanapun hanya dapat melihat istana ini dari luar kerana kerja-kerja pemuliharaan sedang dilaksanakan dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke dalam. Pada zaman Kerajaan Mesopotamia dahulu, istana ini merupakan tempat penyembahan bulan.

Runtuhan Harran Palace yang sedang dipulihara.
Kuda dan keldai berhampiran runtuhan Harran Palace.
Kami kemudiannya meninggalkan Harran untuk kembali ke Şanlıurfa bagi meneruskan lawatan. Sekali lagi kami melalui kawasan pertanian dengan terusan pengairannya yang cantik membiru.

Kawasan pertanian yang dilalui semula untuk kembali ke Şanlıurfa.
Birunya air terusan di sini..


Bersambung ke Bahagian 12...


CATATAN PERJALANAN TURKEY (2014):