Tuesday, 31 December 2019

2019 BANGKOK & BEYOND BHG. 19 (Bangkok - KL)

Disember 2019

CENTRAL THAILAND
Bangkok (2nd Visit), Khao Yai, Ayutthaya & Kanchanaburi

Bahagian 19: Going Home
BANGKOK SUVARNABHUMI KE KUALA LUMPUR INTERNATIONAL

HARI KELIMA (3)

Part 52: Kembali ke Nouvo City Hotel

Selepas melawat Wat Pho, kami kembali ke Nouvo City Hotel.

Democracy Monument
Lorong belakang di Bangkok
Tiba di Nouvo City Hotel
Sewaktu kami sampai kembali ke hotel, ahli-ahli kumpulan yang shopping di Old Siam Plaza masih belum tiba. Memandangkan kami dah check-out sebelum membuat Tuk Tuk Tour tadi, kita tunggu sajalah di lobi hotel.

Minuman percuma di lobi hotel
Rehat dulu di lobi hotel
Pemandangan keseluruhan di lobi hotel
Alkohol tidak dibenarkan di hotel ini
Bergambar dengan staff di Tour Desk yang membantu menguruskan Tuk Tuk Tour tadi
Selepas semua ahli kumpulan tiba, kami makan tengahari di Canal Restaurant di Nouvo City Hotel.

Canal Restaurant di Nouvo City Hotel
Makan tengahari di Nouvo City Hotel
Jemput makan...
Selepas makan, kami bersolat Jamak Zohor dan Asar di surau hotel. Surau ini besar, bersih dan selesa. Malah ada telekung yang disediakan untuk kemudahan jemaah di bahagian wanita. Tak seperti di kebanyakan hotel di Malaysia di mana kedudukan surau agak tersorok, surau di hotel ini terletak in plain sight. 

Jujur dikatakan Myself cukup tabik kepada pengurusan Nouvo City Hotel ini. Hotel 4 bintang ini terletak di sebuah kawasan yang popular dengan pelancong di Bangkok tetapi mereka tidak berselindung kepada sesiapa pun tentang status mereka sebagai sebuah hotel Muslim. Myself juga perhatikan ramai Mat Salleh dari seluruh dunia yang menginap di sini. Memang jelas yang kita boleh berjaya seperti orang lain walaupun kita patuh kepada syariah Islam.

Surau di Nouvo City Hotel
Pintu masuk ke surau
Tempat wuduk yang selesa
Surau lelaki
Surau Wanita

Part 53: Bangkok Survanabhumi Airport 

Akhirnya tibalah masa untuk kami memulakan perjalanan untuk meninggalkan kota Bangkok.

Memulakan perjalanan untuk kembali ke Kuala Lumpur
Kali terakhir naik bas yang macam bilik pengantin ini
Perjalanan dari Nuovo City Hotel ke Bangkok Suvarnabhumi International Airport memakan masa kira-kira 40 minit. Secara keseluruhan, Myself dan Husband sangat berpuas hati dengan pakej perjalanan ini. Memang kami tak sangka percutian kami ke Thailand ini boleh menjadi begitu menarik. Tahniah diucapkan kepada agensi pelancongan MyZarra Travel yang berjaya mengaturkan pakej perjalanan ini dengan begitu cemerlang. Pujian ikhlas ni, kita tak dibayar untuk buat iklan begitu.

Terusan di kota Bangkok
Potret Raja Thailand
Perhiasan bunga yang cantik di tengah kota Bangkok
Tak tahu apa yang ditulis di situ. Mungkin Daulat Tuanku la agaknya.
Lagi perhiasan sempena Royal Barge Procession
Landasan keretapi
Lebuhraya menuju ke Suvarnabhumi
Pemandangan kota Bangkok dari lebuhraya
Lagi pemandangan kota Bangkok dari lebuhraya
Kami melalui banyak kawasan penempatan Muslim di Bangkok dalam perjalanan menuju ke Suvarnabhumi. Penempatan-penempatan Muslim ini jelas kerana ada masjid di situ.

Sebuah kawasan penempatan Muslim di Bangkok. Nampak tak ada masjid di situ?
Stadium
Arah ke Suvarnabhumi
Tiba di Bangkok Suvarnabhumi International Airport
Satu lagi pemandangan di Bangkok Suvarnabhumi International Airport
Bas menurunkan kami di depan Pintu Perlepasan. Local Guide kami Saran terus membantu mengiring kami sehingga ke kaunter Malaysia Airlines. Terima kasih atas khidmat yang diberi sepanjang percutian kami di Thailand ini.

Menurunkan bagasi dari bas
Berjalan menuju ke Kaunter Malaysia Airlines
Model Bushapaka Throne di Suvarnabhumi Airport
Keterangan mengenai Bushapaka Throne
Suvarnabhumi Airport adalah sebuah lapangan terbang yang sangat sibuk. Malah rasanya Suvarnabhumi Airport ini lebih sibuk dari KLIA kerana ada banyak direct flight dari sini ke destinasi-destinasi yang tak dihubungi secara langsung dari KLIA seperti Moscow, Tel Aviv, Nairobi dan sebagainya. Oleh yang demikian, kaunter penerbangan pesawat hanya dibuka 2 jam sebelum perlepasan.

Menunggu kaunter Malaysia Airlines dibuka
Kesibukan di Suvarnabhumi
Lama jugalah kami kena beratur menunggu giliran kaunter Malaysia Airlines dibuka. Bila akhirnya dapat check-in, Husband terus cakap kat bagasi kami: "Bye-bye bag. See you in Kuala Lumpur". Dengar Husband cakap begitu terus staff Malaysia Airlines yang melayan kami tu cakap, "Johor Bahru". Pandai dia bergurau nak hantar beg kami ke Johor Bahru.

Kaunter Malaysia Airlines di Suvarnabhumi
Menghantar beg masuk ke Kuala Lumpur
Inilah staff yang bergurau nak hantar beg kami ke Johor Bahru tu.
Myself perhatikan pengurusan Suvarnabhumi Airport memang banyak membantu mempromosikan kebudayaan Thailand. Di sana sini ada saja elemen kebudayaan Thai yang diperkenalkan. Umpamanya, di pintu masuk untuk Perlepasan Antarabangsa ada didirikan patung-patung Yaksha.

Yaksha adalah guardian warriors yang menjadi pelindung dari kuasa jahat dan banyak dilihat di kuil-kuil di Thailand. Yaksha yang dilihat di Suvarnabhumi Airport ini adalah Sahassadeja dan Askan Mara yang boleh juga ditemui di Wat Arun di Bangkok.

Patung Yaksha di Suvarnabhumi Airport
Yaksha Biru yang bernama Askan Mara
Yaksha yang berwarna biru adalah Askan Mara yang bila badannya terputus akan hidup semula menjadi tubuh lengkap yang baru. Lebih banyak anggota badannya terputus, semakin banyaklah Askan Mara baru terbentuk. Askan Mara walau bagaimanapun telah terkena panahan dari anak panah sakti Phrommat yang dilepaskan oleh Phra Ram. Kuasa dari anak panah sakti ini menyebabkan tubuh Askan Mara berkecai tak dapat tumbuh semula sehingga menyebabkan kematiannya.

Yaksha Putih yang bernama Sahassadeja
Sahaassadeja pula adalah ketua gergasi yang berbadan putih. Sahassadeja yang mempunyai 1000 wajah dan 2000 tangan telah dibunuh oleh dewa monyet yang bernama Hanuman.

Askan Mara
Sahassadeja
Selepas melepasi pemeriksaan imigresen pula, kita akan bertemu dengan ukiran yang dinamakan The Churning of the Milk Ocean. Ukiran ini juga pernah Myself lihat di Angkor Wat di Cambodia dulu, cuma ia taklah colourful begini.

Ukiran The Churning of the Milk Ocean selepas melalui pemeriksaan imigresen.
Pemandangan lebih dekat ukiran The Churning of the Milk Ocean
The Churning of the Milk Ocean adalah kisah mengenai pertempuran yang berpanjangan di antara golongan Deva (Dewa) dan Asura (Syaitan). Pada satu ketika, golongan Deva menjadi lemah selepas terkena sumpahan dari Durvasa. Oleh yang demikian, mereka terpaksa meminta bantuan dari Asura untuk mengeluarkan Amrita (Elixir of Immortality ~ Sumber Air Kehidupan yang membolehkan peminumnya hidup selama-lamanya) dari dasar lautan.

Dewa Vishnu yang menjelma menjadi kura-kura yang memegang pasak bumi
Dewa Shiva berdiri atas Gunung Mandara yang dijadikan paksi untuk memerah bumi
Gunung Mandara - pecahan dari Gunung Meru yang merupakan paksi bumi -  digunakan sebagai pasak untuk memerah bumi. Ia dipegang oleh Dewa Vishnu yang menjelma sebagai seekor kura-kura. Naga yang bernama Vasuki pula digunakan sebagai tali untuk memerah bumi. Selepas berbalah, kedua-dua pihak bersetuju supaya kepala Naga Vasuki dipegang oleh Asura manakala Deva pula memegang ekor naga.

Golongan Asura (Syaitan) memegang kepala Naga
Golongan Dewa pula memegang ekor Naga
Sewaktu memerah bumi untuk mengeluarkan Amrita, Sang Naga Vasuki merasa pening sehingga mengeluarkan muntahan yang beracun. Bimbang yang muntahan Vasuki akan mencemarkan Amrita di lautan, Shiva menelan muntah tersebut sehingga menyebabkan dia bertukar menjadi biru.

Demi mengelakkan Amrita dari tercemar dengan muntahan beracun Naga, Shiva menelan muntah tersebut sehingga bertukar menjadi biru.
Banyak benda yang terkeluar dari bumi sewaktu proses Churning of the Milk Ocean ini berlangsung. Antaranya termasuklah bulan, pokok yang cantik dan harum, gajah bergading empat, lembu, dewi arak, pokok yang boleh mengabulkan permintaan, penari langit (Apsara), kuda langit, kulit kerang, busur dan panah sakti, batu permata dan akhir sekali barulah Amrita (Sumber Air Kehidupan).

Bila Amrita diperolehi dari bumi, kedua-dua pihak Deva dan Asura berebut pulak nak memilikinya, walaupun pada asalnya mereka dah bersetuju untuk berkongsi sama rata. Selepas pergaduhan yang panjang, Amrita akhirnya dimiliki secara mutlak oleh para Deva dan Asura pula dihalau ke perut bumi... Begitulah kisahnya secara ringkas.

Kisah ringkas The Churning of the Milk Ocean
Tak bolehlah kita nak berlama-lama menengok ukiran yang memang menarik perhatian ini kerana kita perlu berjalan jauh mendapatkan Pintu Perlepasan. Seperti yang pernah Myself ceritakan dulu, Suvarnabhumi Airport memang sangat besar tetapi tak ada perkhidmatan tren untuk membantu pergerakan penumpang pesawat. Memang kita hampir pasti terpaksa berjalan jauh mendapatkan Pintu Perlepasan kalau menggunakan airport ini.

Pintu Perlepasan bagi pesawat kita adalah F5
Begitu rupanya Kuala Lumpur dalam Tulisan Siam.
Kerusi untuk kegunaan penumpang berehat di dalam Bangunan Terminal
Pelbagai kemudahan yang ada di Bangkok Suvarnabhumi International Airport
Muslim Prayer Room pun ada
Ada banyak kedai yang menarik di Bangkok Suvarnabhumi, tapi disebabkan kaunter-kaunter penerbangan hanya dibuka 2 jam sebelum perlepasan dan penumpang-penumpang perlu berjalan jauh mendapatkan pintu penerbangan masing-masing, memang tak ramai yang berkesempatan nak bershopping di sini. Mungkin penumpang-penumpang yang transit lama di sini sajalah yang boleh menikmati berbuat begitu.

Lega akhirnya bila selamat sampai di Pintu Perlepasan selepas berjalan dengan begitu jauh...


Part 54: Kembali Ke Kuala Lumpur

Pesawat kami Malaysia Airlines MH 783 dijadual berlepas dari Bangkok Suvarnabhumi International Airport ke Kuala Lumpur International Airport pada pukul 5.05 petang.

Panggilan masuk ke Pintu Perlepasan
Berjalan masuk ke Pintu Perlepasan
Pemandangan Pintu Perlepasan
Dalam Airbridge untuk masuk ke pesawat
Tak seperti sewaktu kedatangan dulu di mana kami mendapat pesawat narrow body Boeing 737-800, pesawat pulang ini adalah menggunakan pesawat wide body Airbus 330. Malangnya Myself dan Husband tak dapat duduk bersama dalam penerbangan pulang ini. Tak mengapalah sebab penerbangan ini cuma 2 jam sahaja.

Pemandangan di dalam pesawat
Kami tak dapat duduk bersama dalam penerbangan ini
Pesawat kami berlepas dari Bangkok menuju ke Kuala Lumpur tepat pada pukul 5.05 petang mengikut jadual. Penerbangan pulang ini memakan masa 2 jam, tapi rugilah sikit 1 jam waktu penerbangan kerana waktu di Kuala Lumpur adalah lebih awal sejam berbanding Bangkok.

Berlepas dari Bangkok menuju ke Kuala Lumpur
Sajian Penerbangan
Pilih makan Mi dalam kapalterbang
Tiba di sempadan Malaysia-Thailand
Dah tiba dekat Ipoh
Pemandangan di luar pesawat
Alhamdulillah, kami selamat mendarat di KLIA pada pukul 8.15 malam. Berakhir sudah pengembaraan kami yang terakhir bagi tahun 2019. Mudah-mudahan akan ada pengembaraan lain yang Allah SWT permudahkan lagi bagi kami dalam tahun 2020 nanti. Mungkin pergi ke Europe lagi. Azam tahun baru ni... Hehehehh!

Berlegar-legar menunggu giliran untuk mendarat
Lampu pesawat dimalapkan untuk pendaratan malam
Selamat mendarat di KLIA
Berjalan keluar dari pesawat
Terima Kasih, Malaysia Airlines!



CATATAN PERJALANAN LAIN (THAILAND):