Disember 2019
CENTRAL THAILAND
Bangkok (2nd Visit), Khao Yai, Ayutthaya & Kanchanaburi
Bahagian 12: Kanchanaburi 2
BRIDGE ON RIVER KWAI & THAI-BURMA DEATH RAILWAY
HARI KETIGA (2)
Part 29: River Kwai Bridge
Mengikut sejarah, Thailand adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak pernah dijajah oleh kuasa asing dalam Perang Dunia Kedua disebabkan polisi yang diamalkan oleh pemerintahnya yang bernama King Chulalongkorn. Untuk mengelakkan negaranya dari dijajah oleh Jepun, Kerajaan Thailand telah menandatangani sebuah perjanjian pada tahun 1942 yang memberi kebenaran kepada Tentera Jepun untuk membina sebuah landasan keretapi dari Burma (kini dikenali sebagai Myanmar) ke Thailand. Jumlah kepanjangan landasan keretapi ini adalah 415 km (303 km di Thailand dan 111 km di Burma). Kami turut menyelusuri sejarah pembinaan Landasan Keretapi Maut ini di Kanchanaburi.
|
Tiba di River Kwai Bridge |
Lawatan kami bermula di River Kwai Bridge. Tempat parking bas di River Kwai Bridge ini dikelilingi oleh kedai-kedai cenderamata. Disebabkan cuaca yang panas terik hari ini, kami singgah terlebih dulu di salah sebuah kedai ini kerana ramai yang nak membeli topi.
|
Tempat parking bas di River Kwai Bridge |
|
Singgah sebentar sebab ramai yang nak membeli topi |
|
Pelbagai topi untuk jualan |
|
Topi ini dinamakan Burmese Hat |
|
Gambar lama kem tahanan perang berhampiran Kanchanaburi di kedai cenderamata |
Selain topi, banyak cenderamata lain yang dijual di sini. Antara yang banyak dilihat adalah kraftangan dan batu-batu permata. Kanchanaburi adalah sebenarnya sebuah pusat perlombongan batu permata Ruby. Namun kami diberitahu, batu Ruby ini bukan dari jenis yang berkualiti tinggi.
|
Kedai cenderamata |
|
Bertuah pemilik kedai ini hari ini kerana mendapat kunjungan dari kumpulan kami yang besar ini. |
|
Batu-batu permata adalah antara cenderamata yang banyak dijual di Kanchanaburi |
|
Perhiasan dari batu permata. |
|
Kedai menjual T-Shirt |
Selepas semua dah selesai membeli topi dan cenderamata, kami berjalan beramai-ramai menuju ke River Kwai Bridge.
Memang excited bila akhirnya dapat melihat sendiri River Kwai Bridge (sebutan sebenarnya: River Kwae Bridge) yang terkenal itu. Jambatan ini dibina hasil perjanjian yang ditandatangani oleh King Chulalongkorn dengan Kerajaan Jepun. Selain membenarkan Jepun membina landasan keretapi menuju ke Burma, perjanjian tersebut turut membenarkan Jepun menggunakan Thailand sebagai laluan tenteranya untuk menjajah Malaysia dan Singapura (ketika itu dikenali sebagai Malaya) dan Myanmar (Burma) yang merupakan jajahan British.
|
River Kwai Bridge |
Sewaktu Perang Dunia Kedua, Tentera Bersekutu menguasai jalan laut. Oleh yang demikian, Jepun bertindak membina Landasan Keretapi Maut untuk mengelakkan pergantungan kepada jalan laut dalam hasrat mereka untuk menakluk India.
|
Penghibur Jalanan Kanak-Kanak dekat River Kwai Bridge |
|
Gitar lebih besar dari budak yang memainkannya |
|
Ramai yang memberi sumbangan kepada mereka |
|
Pemandangan menghala ke River Kwai Bridge Station dari jambatan |
|
Replika Bom Perang Dunia Kedua |
|
Amaran dari State Railways of Thailand |
Landasan
Keretapi Maut ini kini masih dikekalkan sebagai kesan sejarah dan
tarikan kepada pelancong. Perkhidmatan keretapi Thailand masih menggunakan jambatan ini. Bila tidak dilalui oleh keretapi,
pengunjung bebas berjalan di atas jambatan ini untuk menikmati
pemandangan River Kwai di bawahnya.
Sebenarnya terdapat 2 jambatan yang pernah dibina di sini. Jambatan asal dibina dari kayu pada tahun 1943. Jambatan
ini walau bagaimanapun hanya bersifat sementara sehingga jambatan besi seperti yang
dilihat pada hari ini siap. Terdapat rekod tahanan perang dipaksa
meredah air Sungai Kwai sambil membawa kayu-kayu yang berat untuk
membina jambatan kayu sementara itu. Bahagian-bahagian besi pada jambatan yang dilihat sekarang dibawa oleh Jepun dari
Pulau Jawa di Indonesia. Jambatan ini kemudian rosak dibom oleh Tentera
Bersekutu tetapi ia tidak musnah sepenuhnya. Ia telah diperbaiki menjadi
seperti sekarang selepas perang tamat.
Jepun
menakluk sebahagian besar Asia Timur sewaktu Perang Dunia Kedua. Selain
dari British di Malaya dan Burma, mereka juga berperang dengan Amerika
di Filipina dan Belanda di Indonesia (ketika itu dikenali sebagai Dutch
East Indies). Kerana itulah selain dari tentera British, buruh-buruh
paksa pembinaan landasan keretapi juga turut terdiri dari tentera
Amerika dan Belanda yang menjadi tawanan perang Jepun.
Kita lihat pula pemandangan yang dapat diperhatikan dari atas jambatan...
Di hujung jambatan seberang sana sungai ada sebuah replika kem tahanan perang tetapi kami tak berkesempatan nak melawat ke situ. Rekod menunjukkan selain dari dipaksa membuat kerja berat, tahanan-tahanan perang juga maut akibat penyakit dan kebuluran. Tahanan-tahanan perang juga turut disiksa jika dirasakan mereka melawan atau enggan bekerja.
|
Replika Kem Tahanan Perang di seberang River Kwai |
|
Pemandangan lebih dekat Kem Tahanan Perang |
|
Menarik juga kalau dapat melawat ke sana tetapi kami tak berkesempatan nak berbuat begitu. |
Selain melawat ke River Kwai Bridge, kami juga akan dibawa menaiki Thai-Burma Death Railway ini. Keretapi dijangka berlepas dari Stesen River Kwai pada pukul 10.40 pagi. Jadi sementara ada sedikit waktu yang terluang ini, kita turun ke tebing sungai untuk menikmati pemandangan jambatan dari sana pulak.
Kisah jambatan ini juga pernah diabadikan dalam filem Hollywood 'The Bridge On The River Kwai' pada tahun 1957. Walau bagaimanapun, penggambaran filem ini dibuat di Sri Lanka dan kami pernah melihat tempat penggambaran ini dibuat sewaktu melawat ke Sri Lanka dulu.
Part 30: Thai-Burma Death Railway
Walaupun Landasan Keretapi Maut yang sebenar tidak sampai ke sempadan Myanmar selepas dimusnahkan bila perang tamat, bahagian landasan yang berada di Thailand kini digunakan oleh State Railways of Thailand. River Kwai Bridge adalah sebahagian dari landasan ini.
|
Stesen River Kwai Bridge |
|
Sebahagian jajaran Landasan Keretapi Maut berhampiran Stesen River Kwai Bridge |
|
Bergambar di tengah landasan |
|
Gerai jualan di Stesen River Kwai |
Perkhidmatan keretapi dari Bangkok ke Nam Tok masih menggunakan landasan ini. Keretapi ini adalah sebenarnya keretapi untuk membawa pelancong melihat Landasan Keretapi Maut, tetapi turut digunakan oleh penduduk tempatan yang tinggal di sekitar laluannya.
|
Excursion Train dari Bangkok tiba di River Kwai |
|
Menunggu keretapi tiba |
|
Bergambar di depan keretapi |
|
Pemandangan keretapi di Stesen River Kwai Bridge |
Keretapi ini bukan keretapi kami. Tapi bila nampak keretapi ini tiba di stesen, ramai ahli kumpulan yang masih berada di River Kwai Bridge menjadi panik sebab menyangka yang keretapi kami dah tiba.
|
Pemandangan dekat keretapi yang tiba |
|
Keretapi ini memberi perkhidmatan di antara Bangkok dan Nam Tok |
|
Pemandangan ke dalam keretapi |
|
Macam pemandangan keretapi Kelas 3 KTM di Malaysia zaman dulu-dulu |
|
Kipas antik dalam keretapi |
|
Pemandangan ke luar dari dalam keretapi |
|
Keretapi ini berhenti selama 10 minit di Stesen River Kwai Bridge |
|
Husband posing dalam keretapi |
|
Satu lagi pose dari Husband |
|
Penjual poskad di Stesen River Kwai Bridge |
|
Keretapi berlalu pergi |
Keretapi kami adalah keretapi pelancong yang seterusnya. Selepas keretapi tadi berlalu, ada petugas State Railway of Thailand yang datang memeriksa tiket kita dan mengedarkan sticker kepada pelancong-pelancong yang akan naik ke tren tersebut. Sticker ini kena ditampal pada pakaian untuk kemudahan.
|
Petugas State Railways of Thailand yang mengedarkan sticker kepada kumpulan kami |
|
Sticker ini kena ditampal pada baju. Ada nombor koc dan tempat duduk ditulis pada sticker ini. |
|
Menunggu Death Railway tiba... Bunyi macam nak naik keretapi hantu je, kan?? |
|
Husband bergambar dengan Keluarga Thai. Anak dia orang tu suka mengagah-agah Husband. |
|
Bersama ahli Group yang datang dari Sarawak |
|
Pemandangan platform yang di sebelah sana |
|
Satu lagi pemandangan platform di seberang sana |
|
Mat-Mat Salleh yang juga nak naik Death Railway bersama kami |
Death Railway yang kami naiki juga sebenarnya datang dari Bangkok. Ia berlepas dari Stesen Bangkok Thonburi pada pukul 7.50 pagi menuju ke Nam Tok Sai Yok Noi. Kami walau bagaimanapun menggunakan khidmat tren ini dari Stesen River Kwai Bridge sehingga ke Thamkrasae.
|
Death Railway tiba |
|
Lawa keretapi ni... colour pink. |
|
Koc kami |
|
Pemandangan dalam koc kami |
Keretapi kami berlepas dari River Kwai Bridge Station pada pukul 10.45 pagi mengikut jadual. Keretapi ini juga tak ada air-cond, cuma ada kipas angin antik pada siling. Tapi cuaca dingin di Kanchanaburi ketika itu menjadikan suasana di dalamnya nyaman dan selesa.
|
Meninggalkan River Kwai Bridge Station |
|
Pemandangan berhampiran River Kwai Bridge Station |
Beberapa minit selepas meninggalkan River Kwai Bridge Station, kami melintasi River Kwai Bridge. Sewaktu jambatan ini dibina, sungai di bawahnya bernama Mae Klong River yang bersambung dengan Khwae Noi River di hilirnya. Tapi entah bagaimana, jambatan ini sering dipanggil River Kwai Bridge oleh pelancong. Untuk kemudahan semua pihak, sungai di bawahnya kemudian ditukar nama menjadi Khwae Yai yang mirip kepada sebutan "Kwai". Kalau anda nak tahu, River Kwai sebenarnya bermaksud Buffalo River.
|
Pemandangan dari atas River Kwai Bridge |
|
Satu lagi pemandangan yang sama |
|
Kuil Buddha di seberang jambatan. |
Sambil kita menaiki Death Railway, kita imbau kembali keperitan dan penderitaan buruh-buruh paksa yang membinanya. Seperti yang diceritakan sebelum ini, sebahagian buruh paksa ini adalah tentera British, Belanda, Australia dan Amerika yang ditawan oleh tentera Jepun. Ini berlaku kerana Jepun tidak menandatangani Geneva Convention yang melarang penggunaan tawanan perang dalam projek-projek pembinaan bagi kegunaan perang. Kesemua mereka dipaksa bekerja 13-14 jam sehari.
|
Replika Kem Tawanan Perang di seberang River Kwai |
|
Satu lagi pemandangan ke dalam replika Kem Tawanan Perang |
|
Kita dapat tempat duduk dekat toilet tapi tak apa sebab toilet ini bersih dan tak berbau. |
Kadar kematian tawanan bukan tentera yang menjadi buruh paksa pula dianggarkan melebihi 100,000 orang. Lebih dari 86% berasal dari Asia. Penderitaan buruh-buruh paksa ini berakhir selepas Jepun tewas kepada Tentera Bersekutu pada tahun 1945. Salah seorang survivor yang dapat pulang ke kampung halaman adalah seorang Datuk Saudara Myself. Bayangkanlah betapa gembira dan bersyukurnya perasaan keluarga kami ketika itu sewaktu melihat dia kembali kerana selama ini dia disangka telah maut di tangan Jepun.
Death Railway melalui banyak kawasan pertanian dalam perjalanan menuju ke Thamkrasae. Memang kagum kita melihat betapa majunya sektor pertanian di Thailand walaupun ia lebih terkenal sebagai negara pengeluar beras.
Sesekali, Death Railway juga melalui tepi tebing-tebing gunung yang tinggi.
|
Melalui tebing gunung yang tinggi |
|
Dekat sangat tebing ini dengan keretapi sehingga kita bagai boleh menyentuhnya. |
Landasan keretapi maut telah dimusnahkan oleh Tentera Bersekutu selepas perang tamat pada tahun 1945. Tapi ia tidaklah dimusnahkan dengan serta-merta. Landasan ini terus digunakan sehingga tahun 1947 untuk mencari mayat mangsa-mangsa tawanan perang yang ditanam oleh Jepun di sepanjang landasan.
Bahagian barat landasan ini telah diperbaiki untuk meneruskan kegunaannya dalam perkhidmatan keretapi di Thailand. Namun demikian, bahagian landasan di utara yang berhampiran dengan sempadan Burma telah dimusnahkan langsung untuk memastikan ia tak lagi dapat digunakan oleh Tentera Jepun jika mereka kembali berkuasa. Kesan bahagian landasan yang musnah ini masih boleh dilihat di Hellfire Pass yang akan kami lawati pada petang nanti.
|
Kuil Buddha di puncak bukit |
|
Tanaman sayur rasanya ni |
|
Railway Crossing |
|
Lagi pemandangan di dalam tren |
|
Tanah yang digembur untuk pertanian |
|
Pokok pisang dan ubi kayu |
|
Pokok Nira |
|
Tapak Semaian |
|
Ladang pertanian |
|
Pokok Jagung |
|
Yang kat sini, pokok jagungnya dah besar sikit |
|
Persediaan untuk tanaman |
|
Ladang Tebu |
|
Kipas antik pada siling |
|
Wat Buddha lagi |
|
Bangunan sekolah di luar bandar |
|
Tak pasti apa tanaman di sini |
|
Kawasan pertanian |
|
Kawasan pertanian lagi |
|
Kemajuan pertanian di Thailand memang jelas kelihatan dari Death Railway |
Keretapi Maut ini juga turut membuat persinggahan di beberapa stesen kecil dalam laluannya. Ada beberapa orang local dan penjaja akan naik ke dalam tren dari sini. Backpacker Mat Salleh yang tinggal di homestay kat kampung-kampung berdekatan pun ada yang naik dari sini. Disebabkan mereka naik dari stesen kampung, bolehlah mereka membeli tiket pada harga local dan bukan harga pelancong macam kami.
|
Singgah di sebuah stesen kecil |
|
Stesen Wangyen |
|
Pegawai-pegawai keretapi membuat pemeriksaan tiket |
|
Meneruskan perjalanan |
|
Kawasan perkampungan |
|
Ladang Ubi Kayu |
|
Ladang Pisang |
|
Tanah yang sedang disiapkan untuk tanaman semula |
|
Singgah di Stesen Ban Kao pulak |
Sewaktu di dalam tren ada petugas keretapi yang akan mengambil gambar penumpang. Gambar-gambar ini kemudian dijual dalam bentuk sijil naik keretapi sebagai souvenir. Kalau tak salah, harganya dijual THB 10 (RM 1.40). Kita pun belilah juga untuk dijadikan kenangan.
|
Sijil yang dijual sebagai souvenir |
|
Pemandangan di belakang Sijil |
Ada juga ramai penjaja yang menjual makanan ringan dalam tren. Salah seorang di antara mereka adalah seorang Mamat dari Bangladesh yang menjual Donut dan Pancake. Disebabkan Donut dan Pancake ini Halal dan demi nak membantu saudara seagama, kami belilah jualannya yang turut disedekahkan kepada ahli-ahli kumpulan. Memang sedap dan lembut Donut dengan Pancake yang dijual.
|
Penjual Minuman dan Makanan Ringan |
|
Mamat Bangladesh yang menjual Donut dan Pancake atas tren |
|
Masih melalui kawasan tanaman Ubi Kayu |
|
Pemandangan di luar tren |
|
Penjual topi kat luar tren. Ada sebuah tarikan pelancongan dekat kawasan ini sebenarnya. |
|
Lalu di tepi tebing gunung yang tinggi sekali lagi |
WANG PHO VIADUCT
Kami mendapat tempat duduk di sebelah kanan dalam tren ini. Kalau boleh, dapatkan tempat duduk di sebelah kiri kerana pemandangan yang sangat superb terdapat di sebelah kiri sewaktu tren melalui Wang Pho Viaduct.
|
Tiba di Wang Pho Viaduct |
Demi nak mendapatkan gambar cantik Sungai Kwae dan jambatan laluan keretapi sewaktu melintas Wang Pho Viaduct, Husband dengan beberapa orang lain bergadai nyawa berdiri dekat pintu keretapi. Tapi tak mengapa sebab tren bergerak slow sangat di sini untuk membolehkan penumpang mengambil gambar. Namun kalau anda seorang yang gayat, janganlah berbuat begitu kerana jambatan laluan keretapi di sini sangat-sangat tinggi.
|
Husband bergadai nyawa berdiri kat pintu keretapi untuk mengambil gambar |
|
Pemandangan di Wang Pho Viaduct |
|
River Kwai |
|
Pemandangan dari tempat duduk kami yang sebenar sewaktu tren lalu di Wang Pho Viaduct |
Wang Pho Viaduct adalah sebenarnya sebuah jambatan gantung (trestle bridge) yang dibina oleh tawanan perang Jepun menggunakan kayu. Jambatan ini memang tinggi dan dibina di kawasan yang sangat sukar untuk dibuat sebarang pembinaan. Banyak teknologi kejuruteraan yang luar biasa diperlukan untuk membina Wang Pho Viaduct sebenarnya terutama kerana ia dibina di zaman kejuruteraan tidak semaju sekarang. Namun ia tidak pernah mendapat pengiktifarafan dari mana-mana badan dunia kerana sejarah pembinaannya yang dibina oleh tawanan perang.
Kalau duduk di sebelah kanan pun tak bermakna kita tak dapat menghayati kegayatan sewaktu melalui Wang Pho Viaduct. Kita tetap dapat melihat jurang curam di celah tebing di tepi gunung. Memang gayat, weyy! Bayangkanlah tawanan-tawanan yang dipaksa memanjat tebing tinggi ini (dah pasti tanpa sebarang peralatan keselamatan) pada masa itu.
|
Jurang di bawah jambatan di tepi tebing curam |
|
Gayat betul weyy bila tengok ke bawah sana. |
|
Panjang juga bahagian jambatan yang tergantung begini kat tepi tebing tu. |
|
Sebahagian besar jambatan ini masih menggunakan struktur asal yang dibina pada zaman Jepun |
|
Death Train membelok di sini |
|
Itulah jambatan Wang Pho Viaduct yang dilalui tadi |
|
Penghujung Wang Pho Viaduct |
Pada tebing curam di hujung Wang Pho Viaduct ini, ada sebuah gua yang di dalamnya terdapat sebuah patung Buddha. Ia juga terkenal dengan kelawar yang menjadikan gua ini sebagai tempat tinggal mereka.
|
Gua di penghujung Wang Pho Viaduct |
|
Pintu gua |
|
Melihat keretapi lalu dari tepi tebing curam |
|
Melihat keretapi lalu dari sebelah tebing sungai |
|
Lengkungan Sungai Kwai di Wang Pho Viaduct |
Stesen Thamkrasae juga terletak di penghujung Wang Pho Viaduct. Di sinilah kami turun dan menamatkan pengembaraan kami dengan Thai-Burma Death Railway ini.
Bersambung ke Bahagian 13...
CATATAN PERJALANAN BANGKOK & BEYOND (2019):