Disember 2019
CENTRAL THAILAND
Bangkok (2nd Visit), Khao Yai, Ayutthaya & Kanchanaburi
Bahagian 2: Khao Yai 1
PERJALANAN KE KHAO YAI & SALASA KHAO YAI
HARI PERTAMA (2)
Part 3: Perjalanan Ke Khao Yai
Perjalanan kami sepanjang berada di Thailand adalah menggunakan sebuah bas pelancongan yang disediakan khas untuk kami. Dari luar, bas ini nampak macam bas dua tingkat. Tapi tingkat bawah sebenarnya adalah khusus untuk pemandu dan tempat bagasi. Semua penumpang duduk di tingkat atas. Tangga naiknya pulak cukup tinggi dan curam. Lupa nak ambil gambar tangga ini yang macam spiral staircase.
|
Bas pelancongan kami |
Bila masuk ke dalam bas pulak... mak aiih, merah merenin macam bilik pengantin! Hahaha!
|
Hiasan dalaman bas yang macam bilik pengantin |
|
Meninggalkan Survanabhumi Airport |
|
Pesawat berlepas dari Suvarnabhumi |
Dari Suvarnabhumi Airport, kami dibawa terus menuju ke destinasi kami, Khao Yai yang terletak 122 km ke utara Bangkok. Nak tahu di mana kedudukan sebenar Khao Yai? Tengok peta ini...
|
Peta perjalanan Tour kami |
|
Saran sedang memberi penerangan |
Menurut Tour Guide kami yang bernama Saran, ada 4 buah highway utama yang dibina keluar dari Bangkok di Thailand. Highway Pertama menuju ke Laos, Highway Kedua menuju ke China, Highway Ketiga menuju ke Myanmar dan Highway Keempat menuju ke Malaysia. Perjalanan kami ke Khao Yai adalah menggunakan highway yang menuju ke Laos.
|
Perjalanan ke Khao Yai |
|
Iklan Bangkok Bank |
|
Lebuhraya |
|
Pemandangan Highway di Thailand |
|
Traffic Jam |
|
Sawah padi |
|
Kilang memproses padi |
Seperti di Malaysia, pemanduan di Thailand adalah di sebelah kiri. Sesuatu yang menarik diperhatikan dalam perjalanan kami di Thailand adalah lorinya yang panjang macam keretapi. Seperti yang pernah kami diperhatikan di Egypt, kepala lori sering dilihat menarik dua buah tempat barang. Tapi tak seperti di Egypt di mana ada lorong khas yang disediakan untuk lori di lebuhraya, lori-lori di Thailand berkongsi laluan dengan kenderaan lain.
|
Lori di Thailand sering dilihat mempunyai dua buah tempat barang |
|
Kolam |
|
Sebahagian kolam ini dipenuhi dengan Bunga Lotus |
|
Agama rasmi di Thailand adalah Agama Buddha. Jadi memang banyak Wat Buddha yang dilihat di sepanjang perjalanan seperti ini. |
|
Plaza Tol |
Bas kami membuat satu perhentian untuk mengisi minyak di Saraburi dalam perjalanan menuju ke Khao Yai. Sesuatu yang kami perhatikan juga di Thailand adalah semua stesen minyak di negara ini besar-besar belaka dan di sekelilingnya ada banyak kedai. Kami juga mengambil kesempatan turun dari bas untuk meregang kaki dan menggunakan tandas sewaktu bas mengisi minyak. Sesuatu yang menarik yang kami perhatikan di Thailand juga adalah tandas awam mereka sering dibina kolah air kecil di dalamnya. Tapi tandas mereka selalu tak ada pam. Jadi lepas menggunakan tandas, pandai-pandailah jirus menggunakan air dari dalam kolah ini.
|
Perhentian di stesen minyak |
|
Kedai-kedai di sekeliling stesen minyak |
|
Tandas awam di Thailand sentiasa bersih dan terjaga |
|
Kolah kecil yang sering terdapat di tandas-tandas awam di Thailand |
Perjalanan kemudiannya diteruskan lagi menuju ke Khao Yai.
|
Air mineral Siam |
|
Kenderaan Songthaew yang sikit-sikit macam rupa Jeepney di Philippines |
|
Patung Buddha di atas bukit |
|
Pemandangan lebih dekat patung Buddha di atas bukit |
|
Gerai jualan di tepi jalan |
|
Potret Raja Thailand sering dipasang di luar Bangunan Kerajaan dan kilang-kilang. |
|
Patung Gajah |
Kami tiba di Khao Yai pada pukul 3 petang. Suasana di pinggir bandar Khao Yai sedikit sesak ketika itu kerana ada sebuah Festival Muzik sedang berlangsung di sana. Festival Muzik ini diadakan selama 3 hari setiap tahun di sini. Hari ketibaan kami di Khao Yai secara kebetulan bertepatan dengan hari terakhir dalam Festival Muzik ini.
Festival Muzik ini tidaklah segah mana. Ia disertai oleh penyanyi-penyanyi tempatan dan berlangsung selama 11 jam sehari. Tapi sekali-sekala adalah juga penyanyi dari luar negara yang menyertainya. Disebabkan kedudukan Khao Yai yang terletak agak hulu di utara, ia tetap menjadi tumpuan bagi penduduk-penduduk di sekitar untuk keluar berhibur.
|
Pemandangan di pinggir bandar Khao Yai |
|
Ini adalah pemandangan biasa di Thailand |
|
Kesesakan sempena Festival Muzik yang berlangsung |
|
Polis yang bertugas mengawal lalu-lintas di kawasan Festival Muzik |
|
Gerai-gerai di tepi tapak Festival Muzik |
|
Bendera Thailand |
Khao Yai terletak di sebuah wilayah yang bernama Nakhon Ratchasima di Thailand. Ia terkenal dengan keindahan bunga-bungaan yang berkembang mekar di sini pada setiap hujung tahun. Kata Tour Leader kami yang datang ke sini setiap tahun, cuaca sebenar di Khao Yai panas macam di Malaysia juga. Tapi ia tidak begitu sewaktu kami berada di sana kerana Thailand sedang mengalami musim sejuk yang luar biasa tahun ini disebabkan angin sejuk bertiup ke sini dari negara China.
Suhu di sekitar utara Thailand termasuk di Khao Yai ketika itu berada di sekitar 25'C. Nyaman dan dingin, tapi taklah sampai memerlukan kita memakai baju winter.
|
Midwinter Resort di Khao Yai |
|
Khao Yai |
|
Khao Yai terkenal dengan keindahan bunga-bungaannya yang tumbuh mekar di penghujung tahun. |
|
Pemandangan yang macam kat Europe |
Part 4: Salasa Khao Yai
Sebaik tiba di Khao Yai, kami dibawa makan tengahari di Restoran Salasa Khao Yai yang merupakan satu-satunya restoran Muslim yang terdapat kawasan ini walaupun ketika itu sudah agak lewat.
|
Tiba di restoran |
|
Salasa Khao Yai |
|
Satu lagi pemandangan di restoran Salasa Khao Yai |
Khao Yai sebenarnya baru sahaja beberapa tahun dipromosikan sebagai sebuah pusat pelancongan di Thailand. Kata Tour Leader kami, sewaktu dia mula membawa Group ke sini kira-kira 4 tahun dulu, Salasa Khao Yai hanyalah sebuah restoran yang kecil. Namun Alhamdulillah, dengan kehadiran semakin ramai pelancong ke Khao Yai, perniagaan restoran ini semakin maju sehingga menjadi seperti sekarang.
|
Salasa Khao Yai adalah satu-satunya restoran Muslim yang terdapat di Khao Yai buat masa sekarang |
|
Pemandangan di dalam Restoran Salasa |
|
Hidangan untuk kumpulan kami disediakan di sebuah bilik khas |
|
Pemandangan di dalam bilik khas di Restoran Salasa Khao Yai |
|
Menunggu hidangan disajikan |
Makanan yang disediakan untuk kami adalah makanan tipikal Thai. Inilah satu kelebihan kalau kita melancong secara Group Tour. Berbagai hidangan dihidangkan kepada kita. Kalau kita melancong sendiri, pasti kita cuma akan memilih untuk makan sejenis hidangan saja, bukan?
|
Tomyam adalah hidangan wajib di Thailand |
|
Seriously sedap! |
Selepas makan, kami bersolat Jamak Zohor dan Asar di surau yang disediakan di restoran.
|
Surau di Restoran Salasa |
|
Pemandangan di dalam surau |
Kami diberitahu, tak seperti di Selatan Thailand dan di Bangkok, tak ramai umat Islam yang tinggal di kawasan Utara Thailand seperti di sini. Umat Islam di sini juga tak tahu Bahasa Melayu dan Inggeris, jadi agak sukar berkomunikasi dengan mereka yang hanya bertutur dalam Bahasa Thai. Mujurlah Local Tour Guide Saran banyak membantu menjadi perantara di antara kami dengan pekerja-pekerja di Restoran Salasa.
|
Kenangan di Salasa Khao Yai |
|
Bunga-bungaan |
|
Warung Minuman di Salasa Khao Yai |
|
Meninggalkan Salasa Khao Yai |
Bersambung ke Bahagian 3...
CATATAN PERJALANAN BANGKOK & BEYOND (2019):