Disember 2019
CENTRAL THAILAND
Bangkok (2nd Visit), Khao Yai, Ayutthaya & Kanchanaburi
Bahagian 11: Kanchanaburi 1
JEATH WAR MUSEUM & WAR CEMETERY
HARI KETIGA (1)
Part 26: Kanokan Hotel
Perjalanan hari ini agak relax kerana kami hanya akan dibawa melawat sekitar kawasan Kanchanaburi. Tak perlulah bergegas-gegas bersiap untuk check-out dari hotel macam semalam.
|
Suasana di bilik penginapan di awal pagi |
|
Pemandangan dari bilik kami ~ cuma puncak sebatang pokok kelapa |
Breakfast disediakan di restoran yang terletak di bangunan utama. Jadi mari kita berjalan ke sana...
|
Kolam renang |
|
Berjalan menuju ke bangunan utama |
|
Washing Machine untuk kegunaan penginap hotel |
|
Kolam di tepi bangunan |
|
Patung anak kambing |
|
Tiba di bangunan utama |
Tak seperti hotel penginapan kami di Khao Yai semalam, Kanokan Hotel di Kanchanaburi adalah sebuah hotel yang terletak berhampiran kawasan bandar. Walaupun bertaraf 3 bintang, ia selesa untuk menjadi penginapan bagi sesiapa yang merancang melawat Kanchanaburi.
|
Jom masuk ke Main Building... |
|
Pemandangan ke dalam lobi utama dengan perhiasan pokok Krismas |
|
Reception Counter |
|
Potret King & Queen of Thailand. Tapi rasanya ini potret King & Queen yang dulu, bukan King & Queen sekarang. |
|
Check dulu nombor bilik sebelum masuk ke restoran |
|
Hidangan buffet di restoran |
|
Macam biasa, tak banyak yang boleh dimakan di sini |
|
Suasana di dalam restoran |
|
Kolam air di tepi restoran |
|
Sarapan pagi hari ini |
|
Bersarapan dengan penuh berselera di tepi kolam |
Selepas bersarapan, kita berjalan-jalan sikit kat depan hotel.
|
Altar Buddha di depan hotel |
|
Four-Faced Buddha yang dipanggil Phra Phrom dalam Bahasa Thai |
|
Four Faced Buddha ini melambangkan Dewa Hindu Brahma yang juga dipuja di Thailand sebagai Deity of Good Fortune and Protection. Empat muka Buddha ini melambangkan ilmu pengetahuan yang datang dari 4 arah: Utara, Selatan, Timur dan Barat. |
|
Kanokan Hotel Kanchanaburi |
|
Pemandangan dari pintu masuk ke hotel |
|
Pemandangan jalan besar di depan hotel |
|
Lambang hotel pada bangunan |
|
Pokok Bunga Tanjung yang ditanam di depan hotel |
|
Hiasan Bunga Tanjung hidup di dalam tandas di lobi hotel |
|
Bersedia untuk memulakan Tour |
Part 27: JEATH War Museum
Bandar Kanchanaburi agak sepi pada pagi itu. Rupa-rupanya hari ini adalah Democracy Day yang merupakan cuti umum di Thailand.
|
Suasana di bandar Kanchanaburi |
|
Suasana di Kanchanaburi agak sepi pagi ini kerana cuti umum di Thailand |
|
Potret Permaisuri Thailand |
|
Perhiasan di tengah bandar |
|
Tulisan Kanchanaburi dalam Bahasa Thai agaknya |
Bas kami masuk ke perkarangan Wat Chai Chumphon dan parking di sana.
|
Wat Chai Chumpon |
|
Satu lagi pemandangan di Wat Chai Chumpon |
|
Sami Buddha di depan Wat Chai Chumpon |
|
Patung ukiran di depan Wat Chai Chumpon |
|
Sekali imbas macam patung Satria Gatotkaca yang pernah kami lihat di Bali. |
|
Ini sebenarnya adalah kenderaan perarakan mayat untuk pembakaran untuk Raja. Mungkin pernah digunakan pada satu ketika dahulu. |
JEATH War Museum terletak di seberang jalan dari Wat Chai Chumpon.
|
Berjalan menuju ke JEATH War Museum |
|
Banyak anjing kat Thailand yang kami lihat memakai baju begini. Padahal cuaca bukannya sejuk sangat pun di sana. |
|
Penjual makanan berhampiran JEATH War Museum |
JEATH War Museum dibuka pada tahun 1977 untuk mengenang sejarah pembinaan Landasan Keretapi Maut Thai-Burma. Nama JEATH adalah singkatan dari Japan, England, Australia, Thailand dan Holland yang merupakan 5 negara yang paling terkesan dengan pembinaannya.
|
JEATH War Museum di Kanchanaburi |
|
Pintu masuk ke JEATH War Museum |
|
Bergambar ramai sebelum masuk ke muzium |
|
Dia orang pun nak bergambar juga |
Di perkarangan muzium ini ada pameran mengenai fakta pembinaan Landasan Keretapi Maut. Ada tercatat 220 orang rakyat Malaysia (yang ketika itu dipanggil Malaya) terkorban dalam pembinaannya. Namun jumlah sebenar korban mungkin jauh lebih besar. Ini adalah kerana rakyat Malaysia (seperti juga kebanyakan warga Asia yang lain) yang ditangkap oleh tentera Jepun untuk dijadikan buruh paksa adalah terdiri dari rakyat biasa yang tidak mempunyai rekod pengenalan. Hanya keluarga yang tahu mengenai kehilangan mereka.
Orang Barat yang dijadikan buruh paksa pula adalah tentera yang mempunyai rekod pengenalan yang lengkap. Kerana itulah tercatat beribu-ribu warga Barat yang maut dalam pembinaannya. Bagi buruh paksa Asia pula, hanya dinyatakan lebih 80,000 yang maut. Malangnya nama-nama mereka tidak dikenali.
|
Penerangan mengenai JEATH War Museum |
|
Catatan rekod kematian dalam pembinaan Landasan Keretapi Maut |
|
Peta Landasan Keretapi Maut yang dibina Jepun untuk menghubungkan Thailand dengan Burma |
Bangunan muzium ini dibina menyerupai kem tahanan buruh paksa pada masa dahulu. Lawatan ke sini sedikit sebanyak mengingatkan kami kepada lawatan ke Nazi Concentration Camp di Dachau, Germany dulu.
|
Bangunan JEATH War Museum yang dibina menyerupai kem tahanan buruh paksa |
Ada banyak gambar dan bahan sejarah berkait dengan tahanan perang dipamerkan di muzium ini. Walau bagaimanapun pengunjung dilarang untuk mengambil gambar bagi menghormati perasaan keluarga dan mangsa. Macam biasa, kita gunakan saja gambar dari internet untuk mengabadikan kenangan lawatan ke sini.
|
Gambaran Keretapi Maut Jepun |
|
Penerangan mengenai JEATH War Museum |
|
Bumbung yang sengaja dibina berlubang |
|
Pemandangan ke dalam muzium. Pangkin yang dibuat dari buluh ini adalah tempat tidur buruh paksa dulu. (Gambar dari internet) |
|
Pemandangan di luar muzium |
|
Serpihan bom zaman perang |
|
Satu lagi pemandangan di luar muzium |
Di luar muzium juga ada didirikan patung Takashi Nagase, seorang bekas tentera Jepun yang bersimpati kepada tahanan perang di Kanchaburi.
|
Memorial untuk Takashi Nagase |
Takashi
Nagase dilahirkan di Okayama Jepun pada tahun 1918. Dia adalah seorang
penuntut universiti sebelum menyertai Tentera Jepun. Takashi telah dihantar bertugas di tapak pembinaan Keretapi Maut Thailand-Burma sebagai
jurubahasa polis tentera Jepun.
|
Takashi Nagase |
Selepas Perang Dunia Kedua tamat, Takashi menyertai pasukan pencari kubur tahanan perang di Kanchanaburi. Pengalaman inilah yang menukar pandangan Takashi terhadap tentera Jepun yang pernah disertainya. Didorong rasa kesal dan bersalah kepada nyawa yang terkorban, beliau memilih untuk mengabdikan diri menjadi sami Buddha. Antara jasa Takashi ialah menubuhkan River Kwae Peace Foundation yang memberi biasiswa kepada anak-anak miskin di Kanchanaburi untuk melanjutkan pengajian.
|
World Peace Memorial |
Di belakang muzium ini juga adalah River Kwai yang banyak menjadi saksi kepada kekejaman tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua.
|
River Kwai |
|
Satu lagi pemandangan River Kwai |
|
Pemandangan JEATH War Museum dari tepi River Kwai |
|
Pokok besar yang pasti dulu juga pernah menyaksikan kekejaman perang di Kanchanaburi |
|
Kanchanaburi kini telah dibangunkan sebagai sebuah pusat pelancongan. Oleh yang demikian ada banyak penginapan dan restoran terapung yang dibina di sepanjang River Kwai. |
|
Sami Buddha di tepi River Kwai |
|
Menikmati keindahan River Kwai dari luar JEATH War Museum |
|
Replika pondok kawalan Tentera Jepun |
|
Tangga turun ke tebing sungai |
|
Pemandangan di tebing sungai |
|
Perkampungan di tepi River Kwai |
|
Jeti di River Kwai |
Ada perkhidmatan River Cruise selama 30 minit disediakan di sini, tapi kami tak berkesempatan nak buat dalam tempoh waktu yang ditetapkan.
|
Bot yang boleh disewa untuk River Cruise |
|
Pengusaha River Cruise |
|
Husband bergambar dengan pengusaha River Cruise |
Tiba masa yang ditetapkan kami bergerak meninggalkan JEATH War Museum menuju ke destinasi kami yang seterusnya, Kanchanaburi War Cemetery.
|
Meninggalkan JEATH War Museum |
|
Bom Zaman Perang |
|
Berjalan kembali ke Wat Chai Chumpon |
|
Sami Buddha sedang membersihkan kawasan Wat |
|
Patung-patung Buddha |
|
Pemandangan patung-patung Buddha dengan lebih dekat |
|
Sami-sami Remaja |
|
Pemuda-pemuda Thai yang beragama Buddha akan menghabiskan sebahagian masa remaja mereka menjadi Sami |
|
Sami Buddha wanita |
Part 28: Kanchanaburi War Cemetery
Kanchanaburi terletak 130 km dari kota Bangkok. Selain kaya dengan sejarah Perang Dunia Kedua, ia juga terkenal dengan keindahan semulajadi yang meliputi kawasan pergunungan dan air terjun.
|
Rumah-rumah penginapan di tebing sungai |
|
Sebahagian besar rakyat Thai adalah penganut Buddha. Wat-wat Buddha sangat banyak kelihatan di serata tempat. |
|
Walking Street @ Pakphraek |
|
Pintu masuk ke sebuah Wat Buddha yang dilihat dari atas bas |
Kemudian kami melalui Chinatown. Ada sebuah perkuburan Cina yang besar di sini.
|
Chinatown di Kanchanaburi |
|
Perkuburan Cina di Kanchanaburi |
Kemudian barulah kami tiba di Kanchanaburi War Cemetery yang dijaga rapi oleh Commonwealth War Graves Comission. Berkunjung ke sini mengingatkan kami pula kepada American Military Cemetery yang pernah kami lawat di Manila dulu.
|
Pandangan dari atas bas Kanchanaburi War Cemetery |
|
Tanah perkuburan ini dijaga oleh Commonwealth War Graves Commission |
|
Tiba di Kanchanaburi War Cemetery |
Sewaktu Perang Dunia Kedua, ramai anggota Tentera Bersekutu menjadi tawanan tentera Jepun dan mereka dijadikan buruh paksa membina Landasan Keretapi Maut yang menghubungkan Thailand dengan Burma. Beribu-ribu di antara mereka mati kerana penyakit dan kekurangan makanan. Mayat-mayat mereka ditanam di lebih 100 buah tempat di sepanjang landasan tempat mereka bekerja.
Selepas perang tamat, mayat-mayat mereka digali semula dan disemadikan dengan penuh penghormatan di perkuburan tentera di Kanchanaburi dan Chung Kai di Thailand serta di Thanbyuzayat di Burma.
|
Pintu masuk ke Kanchanaburi War Cemetery |
|
Memorial Pavilion yang dibina di pintu masuk ke Kanchanaburi War Cemetery |
|
Suasana di dalam Memorial Pavilion |
|
Peringatan untuk anggota tentera yang terkorban sewaktu dijadikan buruh paksa pembinaan Landasan Keretapi Maut Thailand-Burma |
|
Tapak tanah perkuburan ini dihadiahkan oleh Kerajaan Thailand |
Kanchanaburi War Cemetery menjadi tempat persemadian 6,982 orang anggota Tentera Bersekutu yang sebahagian besar mereka terdiri dari tentera Australia, British dan Belanda. Mayat-mayat mereka ditemui di bahagian selatan pembinaan landasan bermula dari Bangkok ke Nieke. Dulu ada beberapa orang tentera Amerika yang juga disemadikan di sini. Namun mayat mereka telah dibawa pulang ke Amerika untuk disemadikan semula di sana.
|
Di sinilah tempat persemadian 6,982 orang Tentera Bersekutu yang maut dalam Perang Dunia Kedua di Thailand |
|
Membaca maklumat mengenai Perang Dunia Kedua di Kanchanaburi |
|
Keadaan buruh paksa di sebuah Hospital Tentera Jepun di Nakom Paton pada tahun 1945 |
|
Peta Kanchanaburi War Cemetery |
Sebahagian besar mayat yang disemadikan di sini adalah tentera dari Australia dan Britain. Bila dibaca pada batu peringatan yang diletakkan pada setiap pusara, memang ramai yang mati sekitar usia 20-an.
|
Sebahagian besar pusara di sini adalah milik tentera Australia dan British |
|
Batu-batu peringatan yang diletakkan pada setiap pusara |
|
Membaca nama-nama pada pusara |
Cuma tentera yang beragama Kristian sahaja yang disemadikan di sini. Sebelas orang tentera beragama Islam dalam pasukan tentera British dari India yang turut terkorban disemadikan di pusara Islam di tempat lain.
|
Hanya tentera yang beragama Kristian disemadikan di sini |
|
Kalungan bunga di atas pusara |
|
Pemandangan lebih dekat kalungan bunga di atas pusara. Tentera yang disemadikan di sini berasal dari Australia. |
|
Pusara tentera dari Belanda |
Kesemua tentera Muslim yang direkodkan terkorban dalam pembinaan Landasan Keretapi Maut berasal dari Undivided
India. Ketika itu India dan Pakistan masih bersatu sebagai sebuah
negara. Walaupun tidak disemadikan di sini, nama mereka diabadikan di dalam Memorial Peringatan di
Kanchanaburi War Memorial ini.
|
Plak peringatan untuk Tentera Muslim yang juga terkorban di Landasan Keretapi Maut |
|
Nama anggota tentera Muslim yang terkorban |
Pusara ini juga menjadi tempat persemadian abu mayat 300 orang tentera yang terpaksa dibakar dalam usaha mengawal wabak kolera. Kesemua mereka ditemui di Kem Nieke pada tahun 1943 dan abu mayat mereka disemadikan di dalam dua buah pusara.
|
Ada dua buah pusara di sini yang dijadikan tempat persemadian abu mayat 300 orang tentera yang terpaksa dibakar untuk mengelak wabak kolera. |
Dari semasa ke semasa, Kanchanaburi War Cemetery diziarahi ahli keluarga tentera yang disemadikan di sini. Sewaktu berada di sana, kami dapat melihat beberapa pengunjung Mat Salleh yang mencari pusara ahli keluarga mereka. Walaupun mereka tidak seagama dengan kita, agak sayu melihat mereka. Bayangkanlah kalau kita yang berada di tempat mereka ~ mencari ahli keluarga kita yang maut jauh dari kampung halaman.
Selepas beberapa ketika, kami meninggalkan Kanchanaburi War Cemetery. Destinasi kami yang seterusnya masih mempunyai perkaitan dengan pusara yang kami lihat di sini ~ Bridge On River Kwai dan Thai-Burma Death Railway.
|
Death Railway Museum and Research Centre di seberang Kanchanaburi War Cemetery |
|
Meninggalkan Kanchanaburi War Cemetery |
Bersambung ke Bahagian 12...
CATATAN PERJALANAN BANGKOK & BEYOND (2019):