Disember 2019
CENTRAL THAILAND
Bangkok (2nd Visit), Khao Yai, Ayutthaya & Kanchanaburi
Bahagian 10: Ayutthaya 2
UNESCO WORLD HERITAGE SITE
HARI KEDUA (6)
Part 22: UNESCO World Heritage Site
Kota Ayutthaya didirikan oleh King Ramathibodi I pada tahun 1350 untuk melarikan diri dari wabak campak yang sedang menyerang Lop Buri. Menjelang awal kurun ke-15, Ayutthaya berubah menjadi sebuah kuasa besar dengan penaklukan Sukothai pada tahun 1438. Rekod pedagang Eropah yang datang pada kurun ke-16 menceritakan kegemilangan Ayutthaya. Malangnya pada kurun ke-18, kota ini hancur diserang tentera Burma, meninggalkan kesan-kesan runtuhan yang tinggal kini.
Secara keseluruhannya, terdapat 67 buah kesan runtuhan kota di Ayutthaya. Kawasan runtuhan kota ini sangat besar, jadi kami dibawa mengelilinginya dengan menggunakan bas.
|
Melihat runtuhan kota dari atas bas |
Sebahagian besar runtuhan yang tinggal adalah kuil-kuil Buddha yang dibina oleh Raja-raja Siam yang memerintah pada zaman dahulu kala. Memang susah nak membezakan kuil-kuil ini kerana semuanya nampak hampir sama pada pandangan mata ini.
WAT MAHA THAT
Sebuah kesan runtuhan yang jelas dilihat dari atas bas adalah Wat Maha That yang merupakan kompleks runtuhan yang terbesar di Ayutthaya. Ia didirikan oleh King Borommaracha I pada lewat kurun ke-14. Bangunan-bangunan yang berikutnya telah didirikan oleh penggantinya, King Ramesuan.
|
Wat Maha That |
|
Pintu masuk ke Wat Maha That |
|
Mentari terbenam di sebalik Wat Maha That |
|
Wat Maha That adalah runtuhan kuil yang terbesar di Kompleks UNESCO Ayutthaya |
|
Wat Maha That penting kerana pada masa dahulu banyak upacara diraja diadakan di sini. |
|
Chedi Utama di Wat Maha That dikatakan menyimpan peninggalan-peninggalan Buddha |
Wat Maha That juga mempunyai satu tarikan istimewa kerana di sini terdapat sebuah kepala Buddha yang tersangkut di celah akar pokok. Ada banyak kisah yang menceritakan bagaimana kepala Buddha ini boleh berada di sini. Salah sebuah kisah yang paling popular adalah ia dikatakan tersangkut di di celah pokok selepas satu kejadian banjir besar.
|
Kepala Buddha yang tersangkut di celah akar pokok (Sumber: Internet) |
|
Chedi utama di Wat Maha That |
|
Chedi inilah agaknya yang dikatakan menyimpan peninggalan-peninggalan Buddha |
|
Meninggalkan Wat Maha That |
WAT PHRA RAM
Wat Phra Ram pula dibina pada tahun 1369 sebagai tempat pembakaran mayat King Ramathibodi I. Kuil ini dibina menghadap ke Phra Ram Pond. Antara ciri penting kuil-kuil Buddha lama di Thailand adalah menara-menara tinggi yang dinamakan sebagai Prang. Prang di Wat Phra Ram dibina mengikut gaya Khmer.
|
Kolam di depan Wat Phra Ram |
|
Pemandangan Wat Phra Ram dari seberang kolam |
|
Pemandangan berdekatan Wat Phra Ram |
|
Wat Phra Ram |
|
Pemandangan ke dalam Wat Phra Ram |
|
Prang di Wat Phra Ram ini dibina mengikut gaya Khmer |
|
Bangunan-bangunan di sekeliling Prang dinamakan Wihan |
|
Satu lagi pemandangan Wihan di Wat Phra Ram |
|
Pemandangan petang di Ayutthaya UNESCO Heritage Area |
AYUTTHAYA UNESCO WORLD HERITAGE SITE
Ayutthaya menerima pengiktirafan sebagai UNESCO World Heritage Site pada tahun 1991. Selepas dimusnahkan dalam serangan Burma dulu, ibukota negara Thailand telah dipindahkan ke Bangkok yang terletak lebih jauh ke selatan. Malah pembinaan kota baru di Bangkok dikatakan sangat mirip dengan kota Ayutthaya yang telah dimusnahkan. Malah nama 'Ayutthaya' diturut dimasukkan ke dalam nama rasmi kota Bangkok dalam Bahasa Thai.
|
Ayutthaya telah menerima pengiktirafan sebagai UNESCO World Heritage Site pada tahun 1991. |
|
Ayutthaya Tourist Center |
|
Gajah untuk tunggangan |
Part 23: Wat Phra Si Sanphet
Kami tiba di Ayutthaya pada lewat petang selepas mengharungi perjalanan yang panjang dari Khao Yai. Banyak tempat-tempat bersejarah di Ayutthaya telah ditutup ketika itu. Oleh yang demikian, kami dibawa singgah untuk melihat Wat Phra Si Sanphet dari luar sahaja.
|
Peta Ayutthaya |
Disebabkan kedudukannya yang terletak di perkarangan istana raja pada masa dahulu, Wat Phra Si Sanpet juga kini dikenali sebagai Royal Palace.
|
Thanon Si Sanphet |
|
Pandai anjing ini minta sedekah |
|
Melihat Wat Phra Si Sanpet dari luar sahaja |
Satu pemandangan menarik di Wat Phra Si Sanphet ini ialah bangunan pintu masuknya yang masih dijaga cantik. Bangunan ini yang dinamakan Wihan Phra Mongkorn Bophit bukanlah bangunan asal. Ia adalah bangunan moden yang telah dibina semula.
|
Phra Mongkorn Bophit |
|
Phra Mongkorn Bophit kini berfungsi sebagai sebuah Kuil Buddha |
Phra Mongkorn Bophit kini digunakan sebagai sebuah kuil Buddha. Ia menempatkan salah sebuah patung Buddha yang terbesar di Thailand di dalamnya. Patung ini dibina oleh King Chairacha pada tahun 1538. Ia mengalami kerosakan teruk sewaktu serangan ke atas Ayutthaya pada tahun 1767. Patung ini walau bagaimanapun telah diperbaiki dan kerja pembaikannya siap pada tahun 1990.
|
Penjual Muslim berhampiran Wat Phra Si Sanphet |
|
Roti Telur |
Tapak pembinaan Wat Phra Si Sanpet adalah tanah yang dikurniakan oleh King Boroma-Tri-Loka-Nat pada tahun 1448. Wat ini digunakan sebagai kuil bagi upacara seperti mengangkat sumpah kesetiaan dan upacara sembahyang diraja. Tak seperti di kuil-kuil lain, tak ada sami yang tinggal secara tetap di sini. Sami-sami hanya dijemput ke kuil ini bila ada upacara berlangsung. Adalah dikatakan pada satu masa dulu, ada sebuah patung emas Buddha setinggi 16 meter di sini. Bila Ayutthaya diserang, patung ini dimusnahkan dan dileburkan menjadi emas seberat 160 kg.
|
Peraturan melawat ke Tapak Warisan Dunia UNESCO di Ayutthaya |
Wat Phra Si Sanphet juga mempunyai 3 buah chedi yang setiap satunya menyimpan abu mayat 3 orang Raja Ayutthaya: King Trailok, King Borom Ratchathirat III dan King Rama Thibodi dan juga beberapa peninggalan Buddha.
|
Chedi di Wat Phra Si Sanphet yang menyimpan abu mayat raja-raja Ayutthaya |
|
Runtuhan kuil |
|
Pemandangan lebih dekat runtuhan kuil |
|
The Tree of Pranakhon Si Ayutthaya |
|
Tembok Wat Phra Si Sanphet |
|
Pemandangan lebih dekat tembok kuil |
|
Satu lagi pemandangan tembok Wat Phra Si Sanphet |
WAT PHRA RAM
Kalau tadi kita cuma melihat Wat Phra Ram dari atas bas, sekarang kita lihat pula Wat ini dengan lebih dekat. Wat Phra Ram sebenarnya terletak hanya seberang jalan dari Wat Phra Si Sanphet.
|
Wat Phra Ram |
Wat Phra Ram bermaksud The Temple of Rama. Ia adalah kuil yang tertua di Ayutthaya. Nama Ayutthaya pula bermaksud Undefeatable dalam Bahasa Sanskrit. Namun kota ini tetap tewas kepada tentera Burma.
|
Chedi dan Prang di Wat Phra Ram |
|
Pemandangan Chedi dengan lebih dekat |
|
Ini pulak pemandangan Prang dengan lebih dekat. Ia dihiasi dengan ukiran Garuda, Naga dan Buddha |
Lebih 200 tahun dulu, Wat Phra Ram bersama bangunan-bangunan lain di Ayutthaya adalah mercu tanda bagi sebuah kerajaan yang sangat hebat di Asia Tenggara. Ia diperintah oleh 33 orang raja dari 5 dinasti.
Dah sampai masa untuk kami pergi dari sini. Perjalanan kami masih jauh menuju ke Kanchanaburi. Namun sebelum itu, kita makan malam dulu di sebuah restoran Muslim di Ayutthaya ini.
|
Meninggalkan Wat Phra Ram |
|
Menuju ke tempat makan malam |
Part 24: Restoran Yeeloh-Malik
Kami diberitahu ada komuniti Islam di Ayutthaya tapi bilangan mereka tidak ramai. Jadi tak ada restoran Muslim yang besar di sini. Restoran Yeeloh-Malik yang menjadi persinggahan kami untuk dinner malam ini bolehlah dianggap sebagai restoran yang terbesar di Ayutthaya.
|
Pemandangan Restoran Yeeloh-Malik dari atas bas |
|
Muslim Food (Yeeloh-Malik) |
|
Pemandangan di dalam restoran. Memang terpaksa duduk berlaga-laga punggung disebabkan bilangan kumpulan kami yang ramai. |
|
Walaupun sedikit pedas, makan malam yang disediakan memang sedap. |
|
Pemandangan dari dalam restoran menghala ke luar |
|
Pemandangan di depan Restoran Yeeloh-Malik |
|
Satu lagi pemandangan di depan restoran |
|
Pemandangan jalan besar di depan Restoran Yeeloh-Malik. Restoran ini terletak di kawasan Old Ayutthaya, tidak jauh dari Ayutthaya UNESCO World Heritage Site. |
Part 25: Tiba Di Kanchanaburi
Perjalanan kami diteruskan lagi ke Kanchanaburi selepas makan malam di Ayutthaya. Perjalanan dari Ayutthaya ke Kanchanaburi mengambil masa 2 jam 30 minit dan kami tiba di Kanchanaburi pada pukul 10 malam.
|
Tiba di Kanchanaburi |
Setibanya di Kanchanaburi, kami terus dibawa ke hotel penginapan kami yang bernama Kanokan Hotel. Hotel ini mempunyai 3 buah blok bangunan dan penginapan kami terletak di blok yang ketiga. Urusan check-in juga mudah kerana pihak hotel telah meletakkan kakitangan mereka di blok ini sendiri bagi menguruskan penginapan kami.
|
Tiba di Kanokan Hotel di Kanchanaburi |
|
Menunggu check-in ke bilik penginapan |
Selepas perjalanan yang sangat panjang selama 15 jam sejak meninggalkan Nannam Country Home & Resort di Khao Yai pagi tadi, pemandangan katil di Kanokan Hotel memang sangat menggoda.
|
Bilik penginapan kami di Kanokan Hotel |
|
Satu lagi pemandangan di dalam bilik penginapan |
Bersambung ke Bahagian 11...
CATATAN PERJALANAN BANGKOK & BEYOND (2019):