Disember 2019
CENTRAL THAILAND
Bangkok (2nd Visit), Khao Yai, Ayutthaya & Kanchanaburi
Bahagian 3: Khao Yai 2
SUNFLOWER FIELDS
HARI PERTAMA (3)
Part 5: Misi Mencari Bunga Matahari
Selepas makan tengahari di Salasa Khao Yai, kami bergerak menuju ke ladang bunga matahari yang merupakan tarikan utama pengunjung ke Khao Yai.
|
Bergerak mencari bunga matahari |
|
Four Faced Buddha |
|
Bangunan macam istana di puncak bukit |
|
Close-up bangunan bak istana di puncak bukit |
Perjalanan menuju ke ladang bunga matahari adalah melalui kawasan pertanian yang sebahagian besarnya ditanam dengan pokok jagung. Mungkin disebabkan cuaca yang kering ketika itu, daun-daun pokok jagung kelihatan layu kekeringan. Kata Saran, daun-daun jagung yang kering ini akan dituai menjadi makanan haiwan ternakan.
|
Ladang jagung |
Dalam perjalanan ke ladang bunga matahari ini juga, kita dapat melihat sebuah patung emas Master Monk Luang Pu Thuad. Master Monk ini adalah seorang sami Buddha yang sangat terkenal di Thailand.
|
Patung Master Monk di tengah kawasan ladang |
|
Master Monk Luang Pu Thuad |
|
Kuil Master Monk ini sering dikunjungi oleh penganut-penganut Buddha dari seluruh Asia Tenggara |
Central Thailand kini terkenal sebagai penghasil utama bunga matahari. Namun demikian, bunga matahari tidaklah berbunga sepanjang tahun. Ia hanya berkembang mekar sekitar bulan November - Januari setiap tahun. Kalau datang di luar waktu ini, memang kita takkan berjumpa dengan bunga yang berkembang. Bunga matahari berkembang paling besar dan tumbuh paling tinggi sekitar bulan Disember seperti ketika kami di sana.
Part 6: Rai Manee Sorn Sunflower Field
Ada banyak ladang bunga matahari di sekitar Khao Yai. Ladang yang kami lawati adalah Rai Manee Sorn yang merupakan ladang bunga matahari yang terbesar di sini.
|
Arah ke Ladang Rai Manee Sorn |
|
Pemandangan ladang bunga matahari |
|
Pemandangan ladang bunga matahari dari atas bas. |
Nama saintifik bagi Bunga Matahari adalah Helianthus, gabungan dari perkataan Greek Helios (Matahari) dan Anthus (Bunga). Seperti namanya, Bunga Matahari sentiasa bergerak mengikut pergerakan matahari dari timur ke barat. Fenomena ini dinamakan sebagai Heliotropism. Heliotropism sebenarnya berlaku bagi pokok Bunga Matahari yang masih muda. Bunga yang telah tua tidak lagi berbuat begitu dan kekal tetap menghadap ke timur. Satu fakta lain yang menarik ialah walaupun bunga matahari bergerak mengikut pergerakan matahari dari timur ke barat sepanjang hari, ia akan kembali menghadap ke timur di sebelah malam untuk menunggu mengikut pergerakan matahari terbit di sebelah pagi esoknya.
|
Bunga matahari sentiasa bergerak mengikut arah matahari |
|
Fenomena pergerakan Bunga Matahari menghadap matahari dinamakan sebagai Heliotropism. |
|
Bunga matahari yang telah tua walau bagaimanapun akan sentiasa menghadap ke timur dan tidak mengikut pergerakan matahari |
|
Laluan masuk ke dalam ladang bunga matahari selepas turun dari bas |
Bunga matahari mula ditanam di Thailand pada tahun 1988. Pada masa sekarang, kombinasi ladang bunga matahari di Thailand meliputi kawasan seluas 800 km persegi dengan pusat penanamannya yang utama terletak di Wilayah Lopburi dan Nakhon Ratchasima. Selain menjadi tarikan pelancongan, bunga matahari juga ditanam untuk mendapatkan minyak dan bijinya. Penghasilan minyak bunga matahari di Thailand kini telah mencapai 60,000 ton setahun.
|
Bunga Matahari saujana mata memandang |
|
Satu lagi pemandangan ladang bunga matahari yang saujana mata memandang |
|
Berjalan masuk ke ladang bunga matahari |
|
Berjalan di celah bunga matahari |
|
Ketinggian pokok bunga matahari ketika ini hampir nak sama dengan ketinggian orang dewasa. |
|
Pemandangan dekat bunga matahari |
Tahukah anda bahawa Bunga Matahari adalah bunga kebangsaan bagi negara Russia? Maharaja Russia yang bernama Tsar Peter The
Great telah melihat Bunga Matahari sewaktu baginda melawat Holland. Disebabkan baginda takjub dengan keindahannya, baginda telah membawa bunga tersebut kembali ke
Russia dan menjadikannya bunga kebangsaan negara.
Ada juga fakta menarik lain mengenai Bunga Matahari. Bunga ini sebenarnya berasal dari Amerika Utara dan telah dibawa ke seluruh
dunia oleh penjajah Spanish.
|
Bunga matahari adalah bunga kebangsaan bagi negara Russia |
|
Tekun menghadap matahari |
|
Ada beberapa platform disediakan untuk pengunjung mengambil gambar keseluruhan ladang bunga matahari. |
|
Tenggelam di celah bunga matahari |
Orang Greek Purba juga mempunyai mitos mengenai bunga matahari. Bunga matahari dikatakan berasal dari seorang pari-pari yang bernama Clytie. Clytie jatuh cinta kepada Dewa Matahari yang bernama Apollo. Malangnya cinta Clytie tidak berbalas. Oleh yang demikian, Clytie hanya mampu duduk memandang Apollo dari pagi sampai ke petang.
Dewa lain yang bersimpati kepada Clytie menukarkan beliau menjadi tumbuhan. Kaki Clytie bertukar menjadi batang manakala mukanya pula bertukar menjadi bunga. Rambut Clytie yang berwarna kuning keemasan turut bertukar menjadi kelopak bunga matahari yang berwarna kuning. Walau dah bertukar menjadi pokok bunga matahari, Clytie tetap setia memandang ke arah Apollo.
|
Mengambil gambar di tengah ladang |
|
Bunga matahari yang menurut mitos Orang Greek berasal dari kisah cinta Clytie kepada Dewa Matahari Apollo |
|
Berposing dengan bunga matahari |
|
Bagi dia pakai spek hitam. Biar nampak handsome sikit dalam gambar. |
|
Lorong di celah tanaman bunga matahari |
|
Tulisan Siam tu tulis Khao Yai agaknya |
|
Kita dan bunga matahari |
|
Husband pulak dengan bunga matahari |
|
Bunga matahari yang tertunduk di depan Husband. Sedih terlindung dengan Husband dari pandangan matahari kot?! Hahaha! |
Kita tengok lagi gambar-gambar yang kami ambil di tengah ladang bunga matahari...
|
Bergambar dengan Singa |
|
Standing In The Eyes Of The World |
|
Memang tak jemu melihat pemandangan bunga matahari di sini |
|
Berbuai di tengah ladang |
|
Sayup di hujung sana |
|
Love Sunflower Khao Yai |
|
Close-up sikit.. |
Setiap kejadian Tuhan memang ada keistimewaan. Keistimewaan Bunga
Matahari adalah ia mampu menyedut radiasi nuklear dari
tanah. Disebabkan kemampuan untuk mengeluarkan toksin seperti plumbum,
arsenik dan uranium dari tanah yang tercemar secara semulajadi, bunga matahari kini banyak
ditanam di Fukushima, Jepun yang terjejas dengan pencemaran radiasi
nuklear sewaktu peristiwa tsunami besar pada tahun 2011.
|
Tekun mengambil gambar bunga matahari |
|
Pemandangan menghala ke laluan masuk ke ladang |
Selain dari berjalan di celah-celah bunga matahari, ada juga aktiviti menunggang kuda yang boleh dibuat di sini.
Bukan saja bunga matahari yang cantik kat sini. Bila dah duduk berdekatan dengan bunga-bunga cantik, lalang pun nampak cantik kat sini...
Lepas dah puas bergambar di tengah bunga matahari dan juga kat lalang, kita tinjau pulak gerai-gerai jualan yang ada di sini. Kebanyakan kedai di sini menjual cenderamata dan barangan-barangan hasil pertanian. Yang paling istimewa adalah biji bunga matahari yang sedia untuk dimakan.
|
Gerai berhampiran ladang bunga matahari |
|
Barangan cenderamata yang berilhamkan bunga matahari |
|
Produk dari ladang |
|
Biji bunga matahari yang sedia untuk dimakan |
|
Bergambar kenangan dengan penjual biji bunga matahari |
|
Husband bergambar dengan pemuda Muslim yang menjual kelapa pandan untuk minuman. Dia bernama Alif. |
|
Husband bergambar dengan hasil belian dari ladang bunga matahari |
|
Bunga-bunga tiruan |
Sambil menunggu ahli rombongan selesai shopping, sempat juga Myself dan Husband melawat ke tempat sewa kuda berhampiran. Kena bayar sebenarnya kalau nak bergambar dengan kuda-kuda ini. Disebabkan kami kedekut, kita curi sajalah tangkap gambar dari jauh.
|
Tempat menyewa kuda |
|
Kuda padi untuk disewa bagi kegunaan kanak-kanak |
|
Pemandangan sewaktu meninggalkan ladang bunga matahari |
Bersambung ke Bahagian 4...
CATATAN PERJALANAN BANGKOK & BEYOND (2019):