Thursday, 19 December 2019

2016 BANGKOK & BEYOND BHG. 06 (Jim Thompson Farm 1)

Disember 2019

CENTRAL THAILAND
Bangkok (2nd Visit), Khao Yai, Ayutthaya & Kanchanaburi

Bahagian 6: Khao Yai 5
JIM THOMPSON FARM 1

HARI KEDUA (2)

Part 13: Jim Thompson Farm 

Highlight bagi percutian kami ke Khao Yai adalah Jim Thompson Farm. Tak mudah sebenarnya merancang untuk melawat ke sini kerana ia hanya dibuka kepada pengunjung selama 4 minggu setahun. Waktu pembukaannya juga berbeza pada setiap tahun dan cuma diumumkan dekat-dekat dengan waktu pembukaannya.

Kalau kita memang menetap di Thailand, mungkin tak bermasalah sangat nak berkunjung ke sini. Tapi bagi orang yang datang dari luar Thailand seperti kita yang perlu menempah tiket penerbangan dan percutian ke sini, kunjungan ke Jim Thompson Farm bagaikan satu perjudian. Bak kata pepatah Melayu: Untung Sabut Timbul, Untung Batu Tenggelam. Syukur Allah permudahkan bagi kami kerana tarikh yang dijadualkan bagi kami melawat ke sini (9 Disember 2019) adalah hari ketiga Jim Thompson Farm dibuka kepada pengunjung bagi tahun 2019.

Tiba di Jim Thompson Farm
Kami tiba di Jim Thompson Farm pada pukul 9 pagi, iaitu sebaik saja pintunya dibuka kepada pengunjung. Ketika berjalan dari tempat parking bas ke pintu masuk, kami dapat melihat berbondong-bondong bas pelancong lain tiba di sini.

Bas-bas pelancong yang tiba di Jim Thompson Farm
Pintu masuk ke Jim Thompson Farm terletak di seberang jalan sana
Selain dari bas-bas pelancong yang tiba bersama kami, dah ramai juga pengunjung lain yang tiba lebih awal berbanding kami. Sebahagian besar mereka terdiri dari pelajar-pelajar sekolah yang datang membuat rombongan ke sini.

Pengunjung-pengunjung yang dah tiba lebih awal dari kami
Menunggu bersama patung kerbau di Jim Thompson Farm
Adoii, ramainya orang!
Peta Jim Thompson Farm
Sambil Local Tourist Guide kami Saran menguruskan pembelian tiket masuk, kami pergi ke tandas dulu. Walaupun pengunjung ke sini ramai, tandas di Jim Thompson ini bersih dan terjaga rapi. Rekabentuk tandasnya juga cantik dan menggambarkan ciri tradisional kawasan di sini.

Kafe di pintu masuk ke Jim Thompson Farm
Berjalan ke Toilet
Toilet di Jim Thompson Farm
Suasana toilet di Jim Thompson Farm
Macam Toilet Kampung
Menunggu ahli-ahli kumpulan selesai menggunakan toilet
Kolam di depan toilet
Sami Buddha
Lepas itu, kami kembali berkumpul di kawasan pintu masuk. Lama juga Saran menguruskan tiket masuk kami. Maklum sajalah, bilangan kami kan ramai. Sambil menunggu Saran, kita tengok-tengok dulu perhiasan yang ada di sekitar tempat ini.

Kerbau
Labu
Bunga
Tiket masuk Weekday ke Jim Thompson Farm berharga THB 180 (RM 25) seorang.
Lepas dah dapat tiket, kita beratur pulak untuk naik kenderaan ladang masuk ke dalam. Boleh tahan juga terpaksa berebut dengan budak-budak sekolah yang beratur bersama kami.

Beratur nak naik kenderaan ladang
Kena berebut juga dengan budak-budak sekolah ni nak naik kenderaan ladang
Kenderaan Ladang
Perkhidmatan Kenderaan Ladang di Jim Thompson Farm sangat efficient. Kenderaannya banyak dan bergerak bersilih-ganti. Tak perlu nak menunggu lama untuk menggunakannya. Yang menjadi masalah cuma pengunjung yang datang berkumpulan dan tak mahu berpisah dengan group masing-masing.

Perkhidmatan Kenderaan Ladang yang sangat efficient di Jim Thompson Farm
Ada seorang Tourist Guide Ladang yang bertugas di atas setiap kenderaan ladang. Dia akan memberi penerangan tentang tempat-tempat yang kami lalui di dalam ladang. Malangnya kami tak faham penerangan yang diberi sebab dia cuma bertutur dalam Bahasa Thai. Yang kami faham cuma "Jim Thompson" dan "Malaysia" ~ kisah mengenai pengasas ladang Jim Thompson yang hilang tanpa kesan di Malaysia pada tahun 1967 dulu. 

Pemandangan di dalam Kenderaan Ladang
Tourist Guide Ladang yang cuma bertutur dalam Bahasa Thai
Jim Thompson Farm terletak di kaki Payaprab Mountain di Wilayah Nakhon Ratchasima. Ladang seluas 600 Rai ini bermula sebagai tempat penanaman pokok Mulberry bagi penghasilan benang Sutera Thai pada tahun 1988. Ladang ini dibuka pertama kali kepada pengunjung pada bulan Disember 2001. Sejak itu, ia menjadi sebuah tarikan pelancongan pertanian yang popular di negara Thailand.

Bergerak masuk ke kawasan ladang
 Farm Art
Tanaman Cosmos Flowers
Jim Thompson yang merupakan pengasas ladang ini adalah seorang bekas perisik CIA dari Amerika Syarikat yang memilih untuk bersara di Thailand. Selepas bersara, beliau bersama beberapa rakannya telah membeli Oriental Hotel di Bangkok dan menubuhkan Thai Silk Company Limited. Jim Thompson juga adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Sutera Thailand ke serata dunia.

Jim Thompson Farm masih merupakan sebuah Working Farm yang menghasilkan pelbagai produk pertanian sehingga ke hari ini. Oleh yang demikian, kita dapat melihat pelbagai aktiviti penanaman dan pertanian yang diusahakan sewaktu melawat ke ladang ini.

Tanaman Sayuran
Greenhouse
Menikmati pemandangan Greenhouse dari Kenderaan Ladang
Tak tahu pokok apa yang ditanam di sini
Pemandangan di dalam kawasan ladang
Pada 24 Mac 1967, Jim Thompson telah pergi ke Cameron Highlands di Malaysia bersama pembantu setianya. Pada sebelah petang dua hari kemudian, dia keluar bersendirian meninggalkan penginapannya dan tidak pulang walaupun siang berganti malam. Misi mencari dan menyelamat dilaksanakan melibatkan pelbagai pihak namun Jim Thompson tidak ditemui. Misi ini ditamatkan 11 hari kemudian.

Tour Guide Ladang bercerita tentang Jim Thompson. Part yang ini sajalah kita faham sebab dia sebut 'Jim Thompson' dan 'Malaysia'.
Pokok-pokok di dalam ladang
Menghampiri ladang Bunga Matahari
Ladang Jim Thompson sangat luas. Laluan yang dibuka kepada pengunjung juga berbeza setiap tahun mengikut hasil tanaman dan pertanian yang ingin dipamerkan. Sebelum datang ke sini, Myself ada membaca tulisan blog beberapa pengunjung yang dibawa melawat ke Ladang Bunga Matahari di sini. Kami walau bagaimanapun tak dibawa melawat ke situ. Hanya sekadar melihat dari luar sahaja. Myself perhatikan bunga-bunga matahari di ladang ini juga baru nak berkembang ketika itu, dan tidak sebesar bunga matahari yang kami lihat di Ladang Rai Manee Sorn semalam.

Ladang Bunga Matahari di Jim Thompson Farm
Bunga-bunganya baru nak berkembang di sini
Bunga Matahari
Pada tahun 1974, Mahkamah Thailand mengisytiharkan kematian rasmi Jim Thompson sebagai 'dead in absentia'. Kehilangan beliau masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.

Sungai yang mengalir di tengah ladang
Pokok Buluh yang ditanam di tepi sungai
Tanaman Sekoi (Millet)
Ladang Sekoi
Sekoi adalah sumber makanan penting di India dan Afrika. Di kebanyakan negara lain, ia digunakan sebagai makanan haiwan ternakan.
Hampir tiba di destinasi
Tiba di Pumpkin Hill

Part 14: Pumpkin Hill @ Jim Thompson Farm

Destinasi pertama kami di Jim Thompson Farm adalah di Pumpkin Hill yang mercu tandanya terdiri dari sebuah struktur seperti bukit yang dibina menggunakan buah-buah labu.

Pumpkin Hill
Ramai yang berebut nak bergambar di Pumpkin Hill
Myself dan Husband cuma pandang sepi pada labu-labu ini. Kami sebaliknya lebih tertarik kepada pemandangan bunga-bungaan berbagai warna yang terhampar di depan Pumpkin Hill. Pemandangannya mengingatkan kami kepada Government Gardens yang pernah kami lawat di Rotorua, New Zealand dulu. Dahlah cuacanya pun dingin nyaman, sama macam cuaca musim panas di Rotorua dulu.

Berhampiran taman bunga-bungaan yang berbagai warna ini, ada ladang tanaman Marigold. Malangnya bunga Marigold ini baru nak berkembang ketika itu. Kalau kami datang seminggu lagi, pasti ladang ini berubah wajah menjadi lautan bunga-bungaan yang berwarna kuning.

Ladang Marigold
Bunga Marigold baru nak berkembang ketika ini
Pemandangan di Ladang Marigold
Berjalan di tengah Ladang Marigold
Struktur yang dibina di tengah Ladang Marigold
Budak-budak sekolah
Bergambar dengan budak-budak sekolah
Seronok nampak ada bunga Marigold yang dah berkembang di sini
Marigold
Bunga-bunga lain yang turut dijadikan hiasan di Ladang Marigold
Rumput-rumput kering yang dijadikan kerusi untuk berehat
Berjalan di celah Ladang Marigold
Kita pun nak bergambar juga dengan budak-budak sekolah ini
Marigold yang baru nak berkembang
Cantik
Menarik
Bergambar di tengah ladang
Pemandangan dari Ladang Marigold
Lagi bunga-bunga Marigold
Pemandangan ke arah taman bunga yang berwarna-warni dari Ladang Marigold
Dah semakin ramai pengunjung yang tiba
Posing di celah bunga
Ada berbagai struktur menarik yang dibina di tengah ladang
Modern Art di tengah ladang
Pengunjung dekat Modern Art
Kenderaan ladang yang lalu di tepi Ladang Marigold
Dah puas bergembira di Ladang Marigold, kami bergerak kembali ke Pumpkin Hill. Lagipun dah tiba masa untuk berkumpul semula untuk bergerak ke tempat lain pula.

Kembali ke Pumpkin Hill
Semakin ramai pengunjung yang datang
Singgah semula di taman bunga yang cantik ini
Menangkap gambar bunga
Beautiful Colours
Bergerak ke tempat berkumpul yang ditetapkan
Husband bergambar bersama Saran
Pemandangan ke arah gunung
Tempat menunggu Kenderaan Ladang di Pumpkin Hill
Gerai menjual topi di Pumpkin Hill
Ahli-ahli kumpulan sedang berkumpul
Kesenian di Pumpkin Hill
Kenderaan Ladang
Kanak-kanak Tadika yang datang melawat bersama guru mereka
Comel budak-budak ni. Tertib dan sangat berdisiplin mengikut arahan Cikgu.
Segerombolan lagi budak sekolah yang baru tiba.
Kenderaan Ladang yang bermotifkan Buah Tembikai


 Bersambung ke Bahagian 7...