Disember 2019
CENTRAL THAILAND
Bangkok (2nd Visit), Khao Yai, Ayutthaya & Kanchanaburi
Bahagian 9: Ayutthaya 1
PERJALANAN KE AYUTTHAYA
HARI KEDUA (5)
Part 19: Lunch Di Salasa Khao Yai
Berkunjung lagi ke Salasa Khao Yai. Kali ini untuk lunch pulak. Maklumlah, kami terpaksa kembali ke sini kerana ini adalah satu-satunya restoran Muslim di Khao Yai. Disebabkan masing-masing kepenatan selepas bersuka-ria di Jim Thompson Farm, ramai yang tertidur dalam perjalanan menuju ke restoran.
|
Perjalanan pulang ke Khao Yai |
Setibanya di Khao Yai, bas membuat perhentian sebentar di tepi sebuah stesen minyak kerana ada ahli rombongan yang tertinggal barang di Nannam Country Home & Resort. Syukurlah tour agent kami dapat berhubung dan mengatur dengan pihak resort supaya barang tersebut dihantar ke stesen minyak ini.
|
Patung-patung gajah di hadapan stesen minyak |
Waktu kami tiba, memang ada ramai pengunjung ke Salasa Khao Yai. Tapi tak apa sebab makanan kami memang dah sedia terhidang di bilik khas macam semalam.
|
Banyak kereta sedang parking di depan restoran |
|
Signboard di depan Salasa Khao Yai |
|
Salasa Khao Yai yang dikunjungi lagi buat kali ketiga |
Makanan di Salasa Khao Yai memang sedap. Walau ini kunjungan ketiga kami ke sini, menu makanan yang disediakan berbeza dari dua kunjungan yang sebelum ini. Makanan Thai pun memang kena dengan selera kita, jadi memang berselera kita makan di sini.
|
Makan tengahari |
|
Buah-buahan tempatan |
|
Sandwich yang dibeli untuk bekalan dalam perjalanan |
Part 20: Perjalanan Ke Ayutthaya
Alhamdulillah, selesai sudah program lawatan kami di Khao Yai. Dah tiba masa untuk kami bergerak menuju ke destinasi kami yang seterusnya ~ Kanchanaburi. Tapi dalam perjalanan ke sana, kita akan membuat persinggahan sebentar di Ayutthaya.
|
Goodbye, Khao Yai |
|
Perjalanan ke Ayutthaya |
|
Sawah padi |
|
Tugu Jagung |
|
Gerai di tepi jalan |
Jika perjalanan dari Bangkok ke Khao Yai semalam menggunakan lebuhraya yang menuju ke Laos, perjalanan ke Ayutthaya dan Kanchanaburi adalah menggunakan lebuhraya yang menuju ke Myanmar.
|
Tempat persinggahan di tepi lebuhraya |
|
Nurseri bunga-bungaan |
|
Bendera Thailand |
|
Perusahaan membuat tembikar |
|
Burger King |
|
Saint John Mary International School |
Kami juga melalui sebuah kem tentera yang besar dalam perjalanan menuju ke Ayutthaya.
|
Kem Tentera |
|
Pintu masuk ke Kem Tentera |
|
Kereta kebal |
|
Tasik di tepi Kem Tentera |
|
Iklan |
|
Iklan projek pembangunan kat sini kot |
|
Khinzir yang gemuk bulat |
Dalam perjalanan menuju ke Ayutthaya ini, mari kita bercerita tentang matawang Thailand. Matawang Thailand dinamakan Thai Baht. Sebelum ini, nilai Thai Baht berbanding Ringgit Malaysia adalah THB 10 = RM 1. Tapi masuk tahun 2019 ini, nilainya dah menjadi THB 10 = RM 1.40. Sedih, kan?
|
Thai Baht |
Seperti juga perjalanan dari Bangkok ke Khao Yai semalam, bas kami membuat satu perhentian rehat di Saraburi. Tapi stesen minyak yang menjadi persinggahan kami kali ini tak sama dengan stesen minyak persinggahan semalam.
|
Persinggahan di Saraburi |
|
Bas berhenti mengisi minyak |
|
Kedai-kedai di tepi stesen minyak |
|
Penunggang motosikal |
|
Pintu masuk ke sebuah Wat Buddha |
|
Kilang pemprosesan padi |
|
Lori |
|
Sebuah bandar Siam |
|
Kawasan penanaman padi |
|
Pemandangan di dalam bas |
Selepas mengharungi perjalanan selama 3 jam, bas kami tiba di Ayutthaya.
|
Tiba di Ayutthaya |
|
Ukiran Garuda pada pintu gerbang |
|
Kemuncak pintu gerbang |
Part 21: Ayutthaya
Ayutthaya yang dibangunkan pada tahun 1350, adalah ibukota kedua bagi Thailand selepas Sukhothai. Di zaman kegemilangannya Ayutthaya merupakan sebuah pusat perdagangan yang penting kerana kedudukannya yang terletak di persimpangan antara China, India dan Semenanjung Tanah Melayu.
Ayutthaya pernah menjadi kota terbesar di dunia dengan penduduk seramai 1 juta orang pada tahun 1700. Rekod pedagang dari Eropah menceritakan tentang istana bersalut emas, perayaan-perayaan hebat dan kapal-kapal besar yang berlayar di Ayutthaya pada ketika itu. Kegemilangan Ayutthaya menimbulkan irihati Kerajaan Burma yang bersebelahan. Ayutthaya akhirnya musnah dalam satu serangan Burma pada tahun 1767 yang menghancurkan keseluruhan kota.
|
Bangunan Kerajaan di Ayutthaya |
Ayutthaya kini terbahagi kepada dua bahagian: Old Ayutthaya dan New Ayutthaya. Kami tiba melalui New Ayutthaya. Ayutthaya kini juga terkenal sebagai pusat automotif Thailand kerana banyak syarikat pengeluar kenderaan dunia mendirikan kilang pemasangan kenderaan mereka di sini.
|
Pemandangan di Ayutthaya |
|
Ayutthaya kini terkenal sebagai pusat automotif di Thailand |
|
Landasan keretapi di Ayutthaya |
Old Ayutthaya dan New Ayutthaya dipisahkan oleh sebatang sungai yang bernama Chao Phraya. Sungai ini berpunca dari pertemuan Sungai Ping dan Sungai Nan di Nakhon Sawan di utara dan mengalir ke selatan sehingga ke Bangkok sebelum masuk ke Teluk Siam. Bas membawa kami menaiki jambatan menyeberang sungai untuk menuju ke Old Ayutthaya.
|
Menyeberang Sungai Chao Phraya menuju ke Old Ayutthaya |
|
Chinatown di Old Ayutthaya |
|
Sekolah di Old Ayutthaya |
|
Pasar-pasar begini adalah pemandangan yang biasa ditemui di Thailand |
|
Kedai menjual perabot kayu jati |
Bersambung ke Bahagian 10...
CATATAN PERJALANAN BANGKOK & BEYOND (2019):