Disember 2019
CENTRAL THAILAND
Bangkok (2nd Visit), Khao Yai, Ayutthaya & Kanchanaburi
Bahagian 14: Bangkok 1
DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET
HARI KEEMPAT (1)
Part 35: Perjalanan Ke Damnoen Saduak
Dah tiba masa untuk kami kembali ke Bangkok pagi ini. Dalam perjalanan, kami akan membuat persinggahan di dua buah pasar yang unik di Thailand: Damnoen Saduak Floating Market dan Maeklong Railway Market. Tapi walau apa-apa hal sekalipun, kita mulakan dulu dengan sarapan pagi di Kanokan Hotel di Kanchanaburi.
|
Sarapan pagi dulu... |
Perjalanan kami dimulakan seawal pukul 7 pagi kerana kami nak mengejar keretapi yang lalu di Maeklong Railway Market pada pukul 11.30 pagi.
|
Memulakan perjalanan ke Bangkok. |
Sepanjang perjalanan kami di Thailand, kami sering melihat binaan tinggi yang macam space ship di kawasan-kawasan kediaman. Sekali imbas nampak macam tangki air tapi sebenarnya bukan. Rupa-rupanya ia adalah chimney krematorium pembakaran mayat. Seperti penganut agama Hindu, mayat penganut Buddha juga akan dibakar dan abu mereka ditabur ke dalam sungai.
|
Binaan menara seperti space ship ini banyak kelihatan di serata tempat di Thailand. |
|
Rupa-rupanya ia adalah chimney krematorium pembakaran mayat |
Goodbye, Kanchanaburi! Kanchanaburi dengan sejarah pahit kekejaman Jepun pada Perang Dunia Kedua kami tinggalkan kini. Pengalaman ini juga mengubah pandangan kami kepada Orang Jepun yang terkenal sebagai bangsa yang asyik tertunduk hormat kat orang lain itu. Ternyata generasi mereka yang dulu sangat berbeza.
Kami juga diberitahu yang sehingga kini jarang ada Orang Jepun yang datang melawat ke Kanchanaburi. Mungkin generasi baru Jepun sekarang enggan datang ke sini kerana malu dengan kekejaman yang pernah dibuat oleh datuk dan nenek mereka dulu di zaman perang.
|
Meninggalkan Kanchanaburi |
|
Terusan |
Part 36: Damnoen Saduak Floating Market
Damnoen Saduak terletak di sebuah wilayah yang bernama Ratchaburi. Perjalanan dari Kanchanaburi ke sana memakan masa kira-kira 2 jam.
|
Tiba di Damnoen Saduak |
LONGTAIL BOAT
Kami pernah melawat ke Damnoen Saduak sewaktu berkunjung ke Bangkok pada tahun 2012 dulu. Ketika itu kami dibawa dengan van terus ke Floating Market. Pengalaman kali ini pula berbeza kerana kami akan dibawa ke pasar menggunakan Longtail Boat.
Setiap Longtail Boat boleh memuatkan 8-10 orang penumpang. Kami menaiki bot yang pertama dengan ditemani oleh Saran. Dahlah naik bot yang pertama, duduk kat kerusi yang paling depan pulak tu.
|
Duduk paling depan dalam Longtail Boat |
|
Berlepas menuju ke Floating Market |
|
Meninggalkan pangkalan Longtail Boat |
|
Menuju ke terusan yang sebenar |
|
Duduk berlunjur kaki dalam Longtail Boat |
Perjalanan ke Damnoen Saduak dengan Longtail Boat adalah dengan menggunakan Terusan Damnoen Saduak yang merupakan terusan yang terpanjang dan paling lurus di Thailand. Kepanjangan terusan ini ialah 32 km. Ia juga mempunyai lebih dari 200 cabang. Pangkalan Longtail Boat dari mana kami berlepas terletak di salah sebuah cabang ini.
|
Masih di cabang terusan |
|
Iklan Cobra Show.
Dari jauh nampak macam gambar buaya. Ingatkan amaran supaya
berhati-hati dengan buaya di sini. Kata Saran, tak ada buaya dalam
terusan ini. Yang ada cuma biawak saja. |
Terusan ini dibina atas inisiatif Raja Thailand, King Rama IV yang ingin menyambung Sungai Maeklong dengan sistem sungai di China bagi mempertingkatkan pengangkutan dan perdagangan. Terusan ini mengambil masa 2 tahun pembinaan dan akhirnya siap pada zaman pemerintahan pengganti baginda, King Rama V.
Di sepanjang terusan, kita dapat melihat rumah-rumah tradisional Thai dan cara kehidupan penduduk tempatan. Terusan ini juga dipenuhi dengan bot-bot yang berulang-alik membawa pelancong dan penduduk tempatan.
Pasar terapung adalah sebahagian hidup masyarakat Thai sejak zaman dulu. Dengan adanya terusan baru Damnoen Saduak, semakin banyak pasar berkembang di dalamnya dan Lad Plee Market adalah pasarnya yang terbesar. Pada tahun 1971, Tourism Authority of Thailand membuat keputusan untuk memperkenalkan Lad Plee Market sebagai sebuah destinasi pelancongan. Pasar ini dimodenkan dan dikenali kini sebagai Damnoen Saduak Floating Market.
FLOATING MARKET
Longtail Boat parking di penghujung Floating Market. Kami diberi masa sejam untuk bersiar-siar dan membeli-belah di sini.
|
Tiba di Floating Market |
|
Keluar dari Longtail Boat |
Ketika itu, Myself dan Husband dapati Floating Market ini tidak semeriah dan sesibuk sewaktu kami berkunjung ke sini pada tahun 2012 dulu.
Kemudian kami bertemu dengan sebuah port yang bagus untuk menikmati pemandangan. Dari sini barulah kita dapat melihat suasana keseluruhan Pasar Terapung ini.
|
Kat atas sana macam ada port pemerhatian yang bagus |
|
Hah, memang boleh menikmati pemandangan pasar dari sini. |
|
Apa-apa pun, kita posing dulu... |
Damnoen Saduak Floating Market bukan hanya terdiri dari peniaga-peniaga bersampan. Ada juga peniaga yang berniaga di tebing terusan. Kebanyakan penjual di sini terdiri dari kaum wanita yang memakai pakaian petani dan bertopi jerami. Pasar ini hanya dibuka di sebelah pagi sehingga ke tengahari sahaja.
|
Pemandangan Floating Market |
|
Market ini tidak kelihatan sesibuk dulu |
|
Longtail Boat sedang melintas terusan |
|
Longtail Boat berlalu pergi |
|
Macam lebih ramai orang berjual di tepi tebing berbanding di dalam terusan |
|
Ramai penjual bersampan memakai pakaian petani seperti yang dipakai oleh makcik ini. |
Seperti juga di kebanyakan tempat lain yang kami kunjungi di Thailand, memang ada banyak rombongan budak sekolah yang juga membuat lawatan. Di Damnoen Saduak ini, sempat juga Myself bergambar dengan seorang pelajar perempuan Muslim yang mengikut rombongan sekolahnya. Walaupun cuma dia seorang yang bertudung dan rakan-rakan yang lain memakai skirt, nampak mereka begitu selesa berjalan bersama.
|
Ramai rombongan budak sekolah juga berkunjung ke sini |
|
Bergambar dengan pelajar Muslim Thai |
|
Walaupun cuma dia seorang yang Muslim, kelihatan pelajar ini sangat rapat dengan rakan-rakan yang lain. |
Sesuatu yang Myself perhatikan di mana juga kedai di Thailand, para pekedai dan penjaja sangat mengambil berat tentang presentation barangan yang dijual. Barangan untuk jualan sentiasa tersusun rapi dan cantik, termasuk jugalah barang-barang yang dijual dari atas sampan di Floating Market ini.
|
Penjual Barbecue Pork |
|
Tempat menyewa sampan kalau nak bersiar-siar di dalam pasar |
|
Traffic Jam dalam terusan |
|
Pelancong-pelancong yang menyewa sampan untuk bersiar dalam pasar |
|
Penjual makanan masakan panas |
|
Perhatikan bagaimana barang-barang jualan disusun dengan cantik di dalam sampan |
Kita berjalan lagi sehingga sampai ke sebatang jalan yang seakan membelah dua pasar ini. Bila kita pandang ke pasar yang di sebelah sana, barulah kami sedar yang pasar yang lebih meriah yang kami kunjungi pada tahun 2012 dulu adalah di situ. Pandai-pandai je kita buat kesimpulan pasar ini dah tak semeriah dulu sebelum selidik habis-habisan. Hehehehh!
|
Inilah pemandangan pasar terapung yang sama kami lihat masa dulu |
|
Bergambar kenangan di Damnoen Saduak |
|
Husband pun nak bergambar juga |
|
Jalan yang membelah Damnoen Saduak Floating Market |
|
Tugu Floating Market |
|
Mengintai Floating Market dari atas jambatan |
|
Kesibukan di Floating Market |
|
Damnoen Saduak Floating Market |
|
Ular Sawa untuk bergambar |
Ada ramai penjual makanan panas yang berniaga dari atas sampan di Floating Market. Kalau nak makan, boleh saja membeli dan makan sambil duduk di tebing terusan.
|
Penjual masakan panas yang memasak di atas sampan sendiri |
|
Boleh beli dan duduk makan di tepi terusan seperti ini |
|
Ramai budak sekolah tengah bersiar di tengah pasar |
Disebabkan Husband teringin sangat nak cuba makan Pulut Mangga Thailand, kita pun belilah satu dari penjual di sini.
|
Iklan Pulut Mangga yang sangat menggoda Husband |
|
Membeli Pulut Mangga |
|
Bergambar dengan Kakak Penjual Pulut Mangga |
|
Gembira mendapat Pulut Mangga |
|
Pulut Mangga colourful yang dibeli. Rasanya pun sangat sedap. |
|
Bergambar dengan Geng Budak Sekolah pulak |
Memandangkan waktu berkumpul yang ditetapkan dah hampir, kami kembali ke tempat di mana kami turun dari Longtail Boat masa datang ke Floating Market tadi.
|
Berjalan kembali ke Pangkalan Longtail Boat |
|
Kedai Menjual Cenderamata |
Sampai kat sana, tak nampak sesiapa pun ahli Group kami di sana. Jadi sempatlah kami makan Pulut Mangga yang dibeli.
|
Makan Pulut Mangga |
Tunggu punya tunggu tak siapa pun yang muncul. Kami suspect yang semua orang dah naik ke atas bas yang parking di belakang Pangkalan Longtail Boat ini. Jadi kita carilah bas dan memang betul, semua orang dah naik. Jadilah kami orang yang terakhir naik ke atas bas, tapi mujurlah cuma lewat 5 minit dari waktu yang ditetapkan. Buat Grand Entrance, begitu! Hahaha!
Bersambung ke Bahagian 15...
CATATAN PERJALANAN BANGKOK & BEYOND (2019):