Disember 2019
CENTRAL THAILAND
Bangkok (2nd Visit), Khao Yai, Ayutthaya & Kanchanaburi
Bahagian 13: Kanchanaburi 3
HELLFIRE PASS
HARI KETIGA (3)
Part 31: JR Tham Krasae Restaurant
Kami dibawa makan tengahari di Restoran JR Tham Krasae yang terletak dekat dengan Stesen Keretapi Thamkrasae. Pemilik restoran ini bukan seorang Muslim, tapi dia memiliki Sijil Perakuan Halal makanan di restorannya dari Majlis Agama Islam Thailand.
|
Berjalan ke JR Tham Krasae Restaurant |
|
JR Tham Krasae Restaurant |
|
Pemandangan Wang Pho Viaduct dilihat dari JR Tham Krasae Restaurant |
|
River Kwai |
Makanan dihidangkan secara buffet di restoran ini. Buffet Makanan Halal dan Tidak Halal disediakan di ruang makan yang berasingan. Tapi rasanya Buffet Halal ini hanya disediakan atas permintaan.
|
Buffet Makanan Halal di JR Tham Krasae Restaurant |
|
Buffet yang disediakan adalah Makanan Thai dan Pasta. Memang sedap makanan yang disediakan. |
|
Kita boleh makan dengan selesa kerana Buffet Halal ini disediakan secara berasingan dari Buffet Tidak Halal. Ruang makan untuk Buffet Halal dan Tidak Halal pun disediakan berasingan. |
|
Pemandangan di JR Tham Krasae Restaurant |
|
Makan tengahari sambil menikmati keindahan River Kwai dan Wang Pho Viaduct |
Pemilik restoran ini juga menyediakan ruang untuk kami bersolat. Ruang ini terletak di sebuah kawasan terbuka di tingkat atas restoran. Kami diberitahu yang pemilik restoran ini sebenarnya mempunyai perancangan untuk membina sebuah bilik solat yang sempurna untuk pelanggan Muslimnya, tapi bilik ini belum siap lagi pada masa sekarang.
|
Landskap di JR Tham Krasae Restaurant |
|
Berjalan keluar dari JR Tham Krasae Resataurant |
Part 32: Menuju ke Hellfire Pass
Selepas makan tengahari, kami dibawa ke destinasi lawatan kami yang terakhir di Kanchanaburi ~ Hellfire Pass.
|
Menuju ke Hellfire Pass |
|
Sebahagian lagi Landasan Keretapi Maut yang menuju ke stesen akhir perkhidmatannya di Nam Tok. |
|
Hutan Kayu Jati |
|
Mahidol University Kanchanaburi Campus |
|
Kampus Mahidol University |
|
Kawasan ini banyak ditanam dengan Pokok Asam Jawa |
|
Pergunungan di Kanchanaburi |
|
Pemandangan di kawasan Nam Tok yang merupakan destinasi akhir perkhidmatan Death Railway yang dikendalikan oleh State Railways Of Thailand sekarang. |
Dalam perjalanan ke Hellfire Pass, kami melalui Stesen Nam Tok Sai Yok yang merupakan stesen akhir perkhidmatan Death Railway sekarang. Stesen ini hanya 30 minit dari Thamkrasae di mana kami turun tadi. Tidak jauh dari stesen ini adalah sebuah air terjun yang dinamakan Sai Yok Noi.
Selepas itu kami tiba di sebuah kem tentera. Hellfire Pass yang ingin kami lawati sebenarnya terletak di dalam kem tentera ini. Semua pelawat perlu mendaftar di pintu masuk ke kem tentera. Bagi kami segala-galanya diuruskan oleh Local Tour Guide kami yang bernama Saran.
|
Patung Buddha di perkarangan kem tentera |
|
Sebahagian pemandangan kem tentera |
|
Pintu masuk ke Kem Tentera |
Part 33: Hellfire Pass
Tempat pertama yang kami lawati adalah muzium di Hellfire Pass Interpretive Centre yang dibina oleh Kerajaan Australia untuk memperingati anggota tentera negara tersebut yang menjadi tawanan perang Jepun dan dijadikan buruh paksa pembinaan Thai-Burma Death Railway.
|
Tempat parking kenderaan di Hellfire Pass |
|
Peta keseluruhan Hellfire Pass |
|
Kami di sini |
|
Hellfire Pass Interpretive Centre |
|
Pintu masuk ke Interpretive Centre |
|
Reception Counter |
|
Kisah mengenai buruh paksa pembinaan Landasan Keretapi Maut |
|
Lest We Forget |
Sebelum melawat ke ruang pameran muzium, kami dibawa terlebih dulu ke Platform Pemerhatian di luar muzium untuk melihat pemandangan dari sana. Kelihatan gunung-gunung tinggi tidak jauh dari tempat di mana kami berdiri. Di sebalik pergunungan ini adalah negara Myanmar.
|
Menikmati pemandangan dari Platform Pemerhatian |
|
Di sebalik pergunungan di depan sana adalah negara Myanmar |
|
Laluan menuju ke Hellfire Pass |
|
Pemandangan dari Platform Pemerhatian |
Pemandangan yang kami perhatikan di sini adalah Khwae Noi Valley yang merupakan sebahagian dari jajaran Thai-Burma Railway yang sepanjang 415 km. Disebabkan rupabuminya, buruh-buruh tahanan dipaksa untuk membina jambatan dan tambakan tanah untuk memungkinkan pembinaan landasan tersebut.
|
Peta Khwae Noi Valley |
MEMORIAL MUSEUM
Sebelum melawat ke Hellfire Pass yang sebenar, kita melawat dulu ke muzium. Pameran di dalam muzium ini hebat, interaktif dan menarik. Maklum sajalah sebab ia dibina oleh Kerajaan Australia.
|
Laluan masuk ke Memorial Museum |
|
Nama-nama tentera Australia yang terkorban dalam pembinaan Landasan Keretapi Maut diabadikan pada dinding di muzium ini. |
Landasan Keretapi Maut dibina menggunakan tenaga buruh paksa yang terdiri dari 60,000 tawanan perang dari Tentera Bersekutu dan beratus ribu rakyat marhaen dari jajahan takluk Jepun di benua Asia yang sebahagian besarnya datang dari Malaysia dan Singapura. Rakyat marhaen berbangsa Asia ini digelar "Romusha" oleh Tentera Jepun.
Ramai buruh paksa ini yang mati disebabkan kerja berat dan kekurangan makanan dan perubatan sewaktu pembinaannya. Saat paling sukar adalah dalam tempoh yang digelar sebagai "Speedo" oleh Tentera Jepun (dalam tahun 1943) di mana kerja-kerja pembinaan dipergiatkan untuk mengejar masa penyiapan. Mayat tawanan perang dari Tentera Bersekutu ini disemadikan semula di kubur-kubur perang dengan penuh penghormatan di Kanchanaburi selepas perang tamat. Bagi mangsa yang terdiri dari Romusha pula, tak siapa tahu di mana mereka bersemadi.
|
Down The Memory Lane |
|
Pemandangan di dalam muzium |
|
Banyak sejarah Perang Dunia Kedua yang diabadikan di muzium ini |
|
Tentera Bersekutu yang dijadikan tawanan perang Tentera Jepun |
Kemudian kita masuk pula ke sebuah teater untuk menonton sebuah dokumentari mengenai pengalaman bekas-bekas tawanan perang Tentera Bersekutu yang berjaya diselamatkan selepas perang tamat. Memang sayu mendengar cerita mereka. Ramai bekas tentera ini yang walaupun berbangsa Inggeris tak dapat menahan air mata bila mengenangkan nasib buruh-buruh paksa Romusha yang bekerja bersama mereka dulu. Ramai yang mengakui, nasib mereka lebih baik berbanding Romusha yang kebanyakannya hilang tanpa kesan selepas tamat perang.
|
Menonton dokumentari dalam teater |
|
Kisah mengenai Hellfire Pass |
|
Ramai bekas tentera yang tak dapat menahan kesedihan bila mengenangkan nasib rakan-rakan dan buruh-buruh Romusha yang maut sewaktu menjadi buruh paksa. |
|
Kisah pembinaan Wang Pho Viaduct yang kami lalui dengan Death Railway pagi tadi |
|
Buruh-buruh paksa yang bertugas dalam pembinaan Landasan Keretapi Maut |
|
Pemandangan di kem tahanan yang sesak dan serba kekurangan |
|
Buruh-buruh paksa terpaksa berjuang untuk meneruskan kehidupan dengan menggunakan apa saja yang ada pada mereka. |
MEMORIAL WALKING TRAIL
Selepas melawat muzium, barulah kita menjejak Memorial Walking Trail pula.
|
Arah ke walking trail |
|
Turun tangga ke bawah... |
|
Ada Audio Guide percuma disediakan untuk pengunjung dalam Bahasa Thai dan Inggeris |
|
Kaunter Audio Guide |
|
Kenangan dari seorang lagi mangsa buruh paksa |
|
Penerangan tentang Memorial Walks |
Memorial Walks yang disediakan terletak 250 meter di bawah bukit di mana muzium didirikan. Ia adalah laluan yang sama digunakan oleh buruh-buruh paksa untuk pergi ke tempat kerja. Tapi laluan ini kini dah dibina cantik dan selamat, bukanlah laluan tanah yang curam dan merbahaya seperti waktu itu.
|
Laluan keluar ke Memorial Walks |
|
Laluan yang sebenar terletak jauh di bawah sana |
|
Kisah sejarah Landasan Keretapi Maut |
Tak sukar sebenarnya nak hiking di Memorial Trail ini. Sebahagian laluannya dibina dari kayu dan sebahagian lagi dah diturap rata dengan batu-batu kerikil. Rasa macam berjalan membuat Bush Walking di Blue Mountain dekat Sydney dulu. Maklum sajalah, kawasan sejarah ini dibangunkan oleh Kerajaan Australia. Jadi feeling-feeling macam Australia tu tetap ada di sini.
|
Sebahagian Memorial Walk dibina dari kayu macam laluan buat Bush Walking di Australia |
|
Cuma yang mungkin jadi problem kepada sesetengah orang adalah tangga-tangga yang tinggi begini. |
|
Tapi jangan gusar, ada tempat-tempat berehat yang disediakan di sepanjang laluan. |
|
Huh, jauh lagi kena turun ke bawah. |
|
Cantik pokok-pokok buluh di tepi laluan ni. |
|
Masih kena turun lagi ke bawah di sana |
|
Tangga adalah sahabat setia kalau kita berjalan di Memorial Walk ini |
Di hujung laluan berkayu ini barulah kita tiba di kawasan tapak pembinaan Thai-Burma Railway yang sebenar. bermula dari sini, jalan laluannya berturap dengan batu-batu kerikil yang kecil.
|
Tapak sebenar pembinaan Thai-Burma Railway |
|
Keterangan mengenai tapak pembinaan Thai-Burma Railway |
|
Beginilah gambaran landasan yang pernah wujud di sini dulu. |
|
Berjalan menuju ke Hellfire Pass yang sebenar |
|
Pokok-pokok kayu jati yang tinggi menjulang di sekitar |
Laluan ini adalah landasan yang tidak sempat disiapkan sebelum Jepun menyerah kalah kepada Tentera Bersekutu.
|
Kesan pembinaan landasan keretapi yang masih tinggal |
|
Tebing-tebing tinggi di tepi laluan |
Sepanjang perjalanan di laluan ini kita boleh mendengar kisah pembinaan landasan ini menerusi audio yang diberi. Ceritanya lebih kurang sama saja dengan cerita yang kita tengok di teater di muzium tadi.
|
Mendengar kisah pembinaan Landasan Keretapi Maut menerusi audio |
|
Suasana di sini hening dan sepi, sama seperti suasana sewaktu kami melawat ke Kem Tahanan Nazi di Dachau, Germany dulu. |
|
Insaf bila mengenangkan betapa beribu-ribu buruh paksa maut di sini pada masa dulu. Mungkin ada perkuburan mereka di sekitar sini yang kita tak tahu. |
|
Di tempat-tempat tertentu ada disediakan papan keterangan seperti ini |
|
Buruh-buruh paksa yang kurus kering kerana kekurangan makanan |
|
Semakin menghampiri Hellfire Pass yang sebenar |
|
Kerusi untuk berehat |
|
Ngeri juga melihat kecuraman tebing di tepi laluan ini |
|
Batu-batu gunung yang terpaksa dipecahkan oleh buruh-buruh paksa untuk pembinaan landasan |
|
Tiba di Hellfire Pass |
Hellfire Pass adalah laluan di celah gunung batu sedalam 17 meter dan sepanjang 110 meter yang dipecahkan dengan menggunakan tenaga manusia. Sewaktu
pembinaannya, buruh-buruh paksa dipaksa bekerja sehingga 16-18 jam sehari sehingga lewat malam
dengan cuma diterangi api dari jamung. Pemandangan api jamung di malam
hari inilah yang memberikan nama Hellfire Pass (Laluan Api Neraka) kepada tempat ini. Selepas perang tamat pada bulan Oktober 1945, 124 buah kubur tahanan ditemui di sini.
|
Pintu masuk ke Hellfire Pass |
|
Kisah mengenai Hellfire Pass |
|
Landasan keretapi di Hellfire Pass ini sebenarnya telah dimusnahkan oleh Tentera Bersekutu selepas tamat perang bagi memastikan Jepun tak akan dapat menggunakannya jika mereka kembali berkuasa. |
|
Bahagian landasan yang masih tinggal |
Ramai warga Australia berkunjung ke sini setiap tahun untuk mengenang peristiwa yang berlaku. Ada banyak memorablia dan bunga poppy yang diletakkan oleh keluarga mangsa yang terkorban sebagai tanda peringatan dan terima kasih atas keberanian dan pengorbanan mereka.
|
Bunga-bunga poppy dan memorablia yang diletakkan untuk memperingati mangsa yang terkorban. |
|
Paku berkarat yang ditinggalkan |
|
Papan keterangan |
|
Bendera-bendera Australia |
|
Pelawat ke Hellfire Pass |
Landasan Keretapi Maut dibina sepenuhnya dengan menggunakan tangan. Hanya peralatan-peralatan simple seperti tukul dan baji sahaja yang diberi kepada buruh untuk membantu mereka. Secara keseluruhan, terdapat 688 buah jambatan yang telah dibina di laluan keretapi ini. Hanya 8 buah sahaja yang dibina dari besi (seperti River Kwai Bridge) dan yang selebihnya dibina dari kayu yang ditebang dari pokok-pokok hutan yang berdekatan (seperti Wang Pho Viaduct).
|
Bayangkanlah betapa sukarnya buruh-buruh paksa memecahkan batu untuk membina laluan ini pada masa dulu. |
|
Peringatan dari keluarga mangsa perang |
|
Sebahagian lagi kesan landasan yang tinggal |
|
Bandingkan ketinggian kita dengan Hellfire Pass ini |
|
Serpihan besi dari landasan yang telah dimusnahkan |
|
Bandingkan pula kedalaman Hellfire Pass dengan pokok ini |
|
Kalaulah pokok ini boleh bercerita tentang apa yang pernah dilihatnya di sini... |
|
Mata gerudi yang masih tertanam dalam batu |
|
Lagi penghormatan yang ditinggalkan untuk mangsa-mangsa yang terkorban |
|
Keterangan tentang Hellfire Pass Memorial |
Di sebelah plak penerangan tentang Hellfire Pass yang dilekatkan kepada cerun tebing, ada sebuah plak yang didedikasikan kepada Sir Edward "Weary" Dunlop. Dia adalah seorang pakar bedah tentera British yang banyak berjasa menyelamatkan banyak nyawa di kem-kem tahanan, walaupun dia sendiri adalah seorang tawanan perang. Sir Dunlop meninggal dunia di Melbourne, Australia pada tahun 1993. Mayatnya dibakar dan abunya ditaburkan di Hellfire Pass.
|
Plak memorial untuk Sir Edward "Weary" Dunlop |
Ada dua peringkat Walking Trail di Hellfire Pass ini sebenarnya. Peringkat pertama yang terdiri dari laluan yang diturap dengan batu-batu kerikil kecil ini berakhir di Memorial Obelisk. Laluan peringkat kedua pula bermula dari belakang tugu ini sehingga ke Hintok Road. Laluan peringkat kedua ini lebih mencabar kerana ia dibiarkan dalam keadaan asal.
|
Memorial Obelisk di penghujung laluan peringkat pertama |
|
Pemandangan lebih dekat Memorial Obelisk |
|
Walking Trail peringkat pertama yang dinamakan Blue Walk berakhir di sini |
|
Walking Trail peringkat kedua yang dinamakan Green Walk sejauh 2 km lagi juga bermula di sini. |
|
Papan Memorial untuk buruh paksa Asia yang digelar oleh Jepun sebagai Romusha berhampiran Memorial Obelisk |
|
Penghormatan untuk Romusha yang terkorban |
|
Perayaan Anzac Day turut diadakan di sini pada 25 April setiap tahun untuk memperingati perajurit Australia dan New Zealand yang terkorban di sini. |
Kami cuma mengikut Walking Trail peringkat pertama sahaja. Dari sini, kami diminta untuk balik ke Interpretive Centre sama ada menerusi laluan tadi atau menggunakan laluan short cut yang lebih dekat tapi perlu mendaki tangga terus menerus setinggi bangunan 4 tingkat. Ramai yang memilih balik mengikut laluan datang tadi, cuma beberapa kerat sahaja termasuk kami yang memilih untuk mengikut laluan short cut.
|
Laluan short cut untuk balik ke Interpretive Centre |
|
Menyesal juga sebenarnya memilih ikut laluan ini sebab tangganya sangat tinggi dan mencabar. Tapi disebabkan nasi dah menjadi bubur, kita teruskan saja mendaki tangga sehingga ke hujung. |
|
Rasa nak putus nyawa juga memanjat tangga ikut short cut ini. Syukurlah kami cukup fit untuk meneruskan perjalanan. |
|
Ahli kumpulan yang juga memilih mengikut laluan ini sedang menarik nafas |
|
Tangga yang telah kami daki setakat ini... |
Satu kelebihan memilih balik mengikut laluan ini ialah kita dapat melihat pemandangan Hellfire Pass dengan jelas di bawah sana.
|
Pemandangan Hellfire Pass dari atas |
|
Sebahagian Hellfire Pass dibina dengan cara meletupkan batu gunung dengan menggunakan dinamit. Serpihan batu yang diletupkan walau bagaimanapun tetap diangkut keluar dengan menggunakan tangan. |
|
Kereta yang digunakan untuk mengangkut batu yang telah diletupkan. Ia tetap menggunakan tenaga manusia untuk menolaknya. |
|
Platform pemerhatian di laluan short cut |
|
Jurang yang dalam |
|
Masih tak sampai-sampai lagi |
|
100 meter saja lagi... |
|
Lega bila dah tak ada lagi laluan mendaki |
|
Terus sampai kat tempat parking bas rupanya. Memang betul-betul short cut. |
|
Meraikan kejayaan pulang menggunakan laluan short cut yang sangat mencabar itu |
Sebelum balik ke bas, Myself dan Husband sempat meninjau gerabak keretapi lama yang ditinggalkan dekat tempat parking kenderaan Hellfire Pass. Sebiji macam keretapi yang digunakan oleh tentera Nazi di Germany dulu.
Selepas semua ahli kumpulan dah berkumpul, barulah kami meninggalkan Hellfire Pass.
|
Kembali ke bas |
|
Di sinilah laluan short cut tadi berakhir |
|
Pemandangan sewaktu keluar dari Kem Tentera |
|
Hebat Minah Salleh ni berjalan seorang diri begini |
Part 34: Dinner Di Kanchanaburi
Dari Hellfire Pass, kami kembali ke Kanchanaburi. Bila Tour Leader memberitahu yang kami akan dinner awal hari ini, semua bersetuju sebab masing-masing dah tak sabar nak balik ke bilik selepas penat hiking di Hellfire Pass tadi.
|
Pemandangan Stesen Nam Tok Sai Yok yang merupakan stesen keretapi terakhir Thai-Burma Death Railway yang masih beroperasi. |
|
Gerai-gerai di tepi stesen keretapi |
|
Sungai |
|
Kembali ke bandar Kanchanaburi |
|
Seni ukiran batu |
|
Eyy, Makan Resort!! |
|
Tak pasti yang ini kilang atau restoran |
|
Kanchanaburi |
|
Pasar-pasar begini memang sentiasa ada di mana-mana bandar di Thailand |
Memang awal kami dinner hari itu, jauh lebih awal dari waktu berbuka puasa. Tapi tak kisahlah asalkan perut kenyang.
|
Restoran dinner kami |
Dinner kami disediakan di sebuah restoran local Muslim di Kanchanaburi. Tak tahu apa nama restoran ini sebab tak ada langsung tulisan rumi.
|
Jom kita masuk ke dalam |
Myself tak boleh nak bagi clue langsung tentang nama atau kedudukan restoran ini di Kanchanaburi. Kalau nak ke sini, cari saja signboard ini yang terletak betul-betul kat depan restoran...
|
Boleh baca tak? Hahaha! |
|
Suasana di dalam restoran |
Makanan yang disediakan adalah makanan Thai yang tipikal. Memang sedap dan kena dengan selera kita. Oleh kerana beras sangat murah di negara ini, nasi tambah tidak dikenakan bayaran di mana-mana restoran di Thailand.
|
Makan malam yang simple dan sedap |
Tengah makan kat sini ada pulak ahli kumpulan yang bergurau tanya password untuk wifi. "Ada tulis kat atas sana tu," balas seorang lagi ahli kumpulan.
|
"Ada password wifi kat atas tu!" |
|
Inilah password yang dimaksudkan. Boleh baca? Hahaha! |
Memang seronok kalau travel dengan Group yang sekepala begini. Ada saja gurauan dan hilai tawa yang menghiburkan.
|
Pemandangan di dalam bas sewaktu balik ke hotel |
|
Selamat kembali ke Kanokan Hotel |
Bersambung ke Bahagian 14...
CATATAN PERJALANAN BANGKOK & BEYOND (2019):