Saturday, 21 December 2019

2019 BANGKOK & BEYOND BHG. 08 (Jim Thompson Farm 3)

Disember 2019

CENTRAL THAILAND
Bangkok (2nd Visit), Khao Yai, Ayutthaya & Kanchanaburi

Bahagian 8: Khao Yai 7
JIM THOMPSON FARM 3

HARI KEDUA (4)

Part 16: Jim's Market @ Jim Thompson Farm

Dari Isan Village, kami terus menuju ke destinasi kami yang terakhir di Jim Thompson Farm yang dinamakan Jim's Market. Di sini pun kami terpaksa berebut naik Kenderaan Ladang dengan budak-budak sekolah yang begitu ramai itu. Kalau orang tua berebut dengan budak-budak, mestilah budak-budak yang menang. Terpaksalah kami mengalah berpecah menaiki dua kenderaan yang berlainan.

Memang ada Tourist Guide yang bertugas atas setiap Kenderaan Ladang. Sayang kita tak faham penerangan yang diberi sebab disampaikan dalam Bahasa Thai.
Banyak Modern Art yang diperhatikan dipasang di tengah-tengah ladang di Jim Thompson Farm ini.

Jim's Market adalah sebuah kedai yang menjual pelbagai produk yang dibuat di Jim Thompson Farm sendiri. Sebahagian besar jualan adalah barang-barang sutera. Harga barangan di sini agak mahal kerana kesemuanya berkualiti tinggi. Tapi Myself nasihatkan kalau anda datang ke sini dan bertemu dengan barang yang berkenan di hati, jangan teragak-agak nak membeli sebab barangan Jim Thompson sangat sukar ditemui di tempat lain.

Tiba di Jim's Market
Pemandangan di depan Jim's Market
Modern Art
Bergambar di depan Jim's Market
Bunga yang cantik di depan Jim's Market
Lagi bunga-bunga cantik
Bergambar dengan bunga-bunga cantik
Sebuah lagi modern art
Lepas dah puas bergambar di luar kita masuk ke dalam Jim's Market untuk bershopping. Memang menarik dan cantik-cantik barangan yang dijual, terutama jika anda seorang peminat Thai Silk.

Antara barangan yang menarik perhatian dan banyak dibeli oleh kumpulan kami ialah tikar jerami ini...

Tikar jerami
Suasana di dalam Jim's Market
Ada juga sebuah mesin tenun automatik yang menarik perhatian di sini.

Kita tak beli apa-apa pun. Cuma Huband yang beriya bershopping kat sini sebab dia berkenan dengan men's scarf yang dijual.

Beriya Husband shopping
Menghabiskan duit Baht yang ada
Bergambar dengan hasil belian

Part 17: Cosmos Flower Field @ Jim Thompson Farm

Lepas bershopping di Jim's Market, kita melawat pula ke ladang bunga Cosmos yang terletak di depannya. Cantik dan luas ladang ini dengan bunga-bunga Cosmos yang berwarna-warni.

Bunga Cosmos ini dipanggil Bunga Ulam Raja dalam Bahasa Melayu walaupun ia tak ada kait-mengait dengan sayur Ulam Raja.

Memang cantik pemandangan di sini, ditambah dengan cuaca yang juga sejuk nyaman.

Akhirnya tibalah masa untuk kami meninggalkan Jim Thompson Farm. Kami melangkah keluar dari Ladang Bunga Cosmos, berjalan melalui barisan pokok-pokok yang macam pemadangan di Pulau Nami di Korea.

Pemandangan yang macam di Pulau Nami di Korea
Tempat duduk yang dibuat dari rumput-rumput kering
Melihat kenderaan ladang yang lalu
Menunggu ahli kumpulan berkumpul
Kami aim nak naik kenderaan ladang yang ini
Sekali lagi kami terpaksa berebut dengan budak-budak sekolah sewaktu nak naik kenderaan ladang. Cuma kali ini kami tak mahu mengalah. Jadi dapatlah kami semua satu kumpulan naik kenderaan yang sama balik ke depan sana.

Berkejar berebut dengan budak sekolah nak naik kenderaan ladang
Drebar kenderaan ladang
Tour Guide di depan kenderaan ladang
Bye-bye, Cosmos Field
Myself perhatikan budak-budak sekolah yang perempuan di Thailand ini satu fesyen je rambut mereka. Mungkin ada peraturan sekolah yang menetapkan begitu. Kalaulah sekolah di Malaysia ada peraturan begini, mesti ada Mak Bapak yang mengamuk sebab tak terserlah kejelitaan anak masing-masing.

Satu fesyen je rambut dia orang ni.
Tak tahu sayur apa ni.
Besar sebenarnya ladang Cosmos ni.
Masih pemandangan di ladang Cosmos dari kenderaan ladang

Part 18: Meninggalkan Jim Thompson Farm

Setibanya kembali ke pintu masuk, kami diberi sedikit masa untuk ke toilet atau meninjau-ninjau pelbagai benda yang ada di sini.

Tengok rambut dia orang... satu fesyen je, kan?!
Pancutan air style kampung di pintu masuk ke Jim Thompson Farm
Pumpkin Corner
Lagi bunga-bunga cantik
Sebelum menjejak kaki ke Khao Yai, Myself memang tak tahu yang Thailand juga ada musim bunga rupanya ~ walaupun hanya selama 6-7 minggu setahun dari November ke Januari.
Di sini juga ada tempat jualan cenderamata dan hasil ladang bagi pengunjung membuat last minute shopping.

Tempat shopping last minute
Pelancong-pelancong China berposing
Jualan dari ladang
Produk sabun dari Jim Thompson Farm
Yang ini dipanggil Cocoon Coated Silk Protein Soap
Jualan bunga dalam pasu
Buah-buahan
Labu dan bunga-bungaan
Patung Kerbau
Pemandangan patung kerbau dari depan
Traktor yang dijadikan hiasan di pintu masuk
Kesenian Orang Isan
Berjalan keluar dari Jim Thompson Farm
Dah banyak kenderaan parking di sini sekarang
Berjalan mendapatkan bas.


 Bersambung ke Bahagian 9...