Sunday, 29 December 2019

2019 BANGKOK & BEYOND BHG. 16 (Asiatique)

Disember 2019

CENTRAL THAILAND
Bangkok (2nd Visit), Khao Yai, Ayutthaya & Kanchanaburi

Bahagian 16: Bangkok 3
CHOCOLATE VILLE & ASIATIQUE THE RIVERFRONT

HARI KEEMPAT (3)

Part 41: Chocolate Ville

Chocolate Ville adalah persinggahan kami yang seterusnya. Kalau hanya berdasarkan kepada namanya, kita pasti menyangka ia adalah sebuah kedai menjual cokelat. Tapi sebenarnya ia adalah sebuah kompleks restoran yang menarik, yang dibina mengikut gaya perkampungan Orang Putih.

Chocolate Ville
Chocolate Ville adalah antara tarikan pelancongan yang terbaru di Bangkok
Kincir angin di Chocolate Ville
Dari luar lagi, kita dah nampak bangunan-bangunan yang dibina bagai suasana di Disneyland. Suasana di dalamnya pun memang macam Disneyland tapi untuk orang dewasa.

Pemandangan pertama sebaik tiba di Chocolate Ville
Walaupun dibina berkonsep Eropah dan Amerika, sentuhan Thai seperti buah durian tetap diselitkan di sini.
Gerai jualan durian
Bila berjalan masuk ke dalam, pemandangannya semakin menarik ditambah pula dengan hiasan-hiasan Krismas yang telahpun dipasang. Lagu-lagu Krismas yang dimainkan melalui speaker turut memeriahkan suasana.

Perhiasan Krismas di laluan masuk
Suasana pelabuhan di pantai timur Amerika
Replika Kapal Layar
Pemandangan mentari yang dah mula nak terbenam
Kereta antik
Ada pemandu dan penumpang dalam kereta antik ini rupanya.
Memang kagum melihat suasana di Chocolate Ville. Memang cantik dan menarik. Kompleks Chocolate Ville dibuka bermula dari pukul 4 petang - 12 tengah malam. The best part, ia boleh dilawati secara percuma.

Pintu masuk sebenar ke Chocolate Ville
Pemandangan dari pintu masuk ke Chocolate Ville
Village Market & Deli
Suasana kemeriahan di Chocolate Ville
Menara yang dibina menyerupai rumah api di tengah-tengah Chocolate Ville sebenarnya boleh didaki untuk melihat pemandangan di sekitar. Tapi kami tak naik ke atas sana.

Menara di Chocolate Ville yang boleh didaki untuk melihat suasana di sekitar
Stereng kapal di bawah menara
Jambatan yang cantik di Chocolate Ville
Lagi pemandangan di jambatan yang cantik
Myself memang kagum dengan suasana di Chocolate Ville. Binaan di sini memang benar-benar membuatkan kita terasa seolah-olah yang kita berada di Eropah sana. Sikit pun tak terasa yang kita sedang berada di Bangkok bila melawat ke sini.

Adalah sikit suasana Jepun turut diselitkan di Chocolate Ville ini dengan sebuah jambatan kecil yang merentangi sebuah kolam yang penuh dengan Ikan Koi. Walaupun begitu, suasana Eropahnya tetap tak hilang.

Jambatan Jepun dengan Ikan Koi
Cantik-cantik Ikan Koi yang dibela
Sempat juga kita singgah di toilet di Chocolate Ville ini. Suasana di dalam toiletnya pun menarik.

Tin Soldier yang mejadi penghias di toilet Chocolate Ville
Suasana toiletnya dibina bagai kandang kuda
Lagi suasana di dalam toilet
Bila malam semakin menjelang, suasana di Chocolate Ville menjadi semakin menarik dan meriah dengan pengunjung.

Restoran di Chocolate Ville juga penuh dengan pengunjung. Dari maklumat yang Myself baca, walaupun nampak macam terdiri dari banyak restoran yang berlainan, kesemuanya di bawah pengurusan yang sama. Cuma kita boleh pilih nak makan dalam suasana Itali, Amerika, Belanda dan sebagainya. Disebabkan popularitinya juga, kena buat tempahan awal kalau nak makan di sini. Tapi dari pemerhatian kami, macam tak ada restoran yang dijamin Halal.

Myself paling suka seksyen yang dibina macam suasana Giethoorn di Belanda. Cantik, tenang dan damai je rupanya.

Suasana bagai di Giethoorn, Belanda
Rosewood Inn di tepi terusan
Suasana Krismas di tepi pelabuhan
Landskap yang menarik
Landskap di Chocolate Ville yang dijaga rapi dan cantik
Waterfront Glasshouse
Di penghujung seksyen yang dibina bagai Giethoorn itu pula, ada sebuah rumah bunga-bungaan yang dinamakan Waterfront Glasshouse. Cantik bunga-bunga yang ditanam di dalamnya. Seronok kita bergambar di sini sambil buat-buat pose Saranghaeyo.

Pintu masuk ke Waterfront Glasshouse
Saranghaeyo
Suasana di dalam Waterfront Glasshouse
Bunga-bunga cantik di dalam Waterfront Glasshouse
Pemandangan menghala ke luar
Pemandangan di luar Waterfront Glasshouse bila malam menjelang
Kami tak diberi masa yang panjang di sini kerana nak berkunjung ke destinasi kami yang seterusnya, Asiatique The Riverfront. Tapi puas juga melihat dan bergambar dengan pemandangan yang menarik dalam tempoh yang diberi.

River Boathouse
Pancutan air di dalam kolam
Jambatan dengan hiasan Krismas
Lampu dah mula dinyalakan
Satu lagi suasana bila lampu mula dinyalakan
Sempat jugalah kami menikmati suasana malam di Chocoalate Ville. Pemandangannya betul sangat magical bila lampu-lampu dinyalakan.

Suasana magical di Chocolate Ville bila malam menjelang
Menikmati makan malam di Chocolate Ville
Pintu keluar dari Chocolate Ville
Pemandangan menghala keluar
Pemandangan menghala ke dalam dari pintu keluar
Love In Chocolate Ville
Macam nak menangis je Teddy Bear ini bila diajak bergambar dengan kita
Tengok lagi suasana malam yang sempat dirakamkan sebelum kami meninggalkan Chocolate Ville.

Kincir angin di luar Chocolate Ville
Lampu-lampu cantik pada kincir angin
Perhiasan Krismas di luar Chocolate Ville
Pengunjung yang baru tiba di Chocolate Ville
Home Town
Duduk menunggu bas tiba
Memang seronok berkunjung ke Chocolate Ville. Myself memang recommend anda datang ke sini jika berkesempatan berkunjung ke Bangkok.

Part 42: Asiatique The Riverfront

Asiatique The Waterfront adalah sebuah kompleks hiburan, membeli-belah dan kebudayaan yang terkenal di Bangkok. Seperti juga Chocolate Ville, Asiatique The Riverfront dibuka bermula dari pukul 4 petang sehingga ke lewat malam setiap hari.

Tour Guides Lounge di Asiatique The Riverfront
Bas menurunkan kami di Tour Guides Lounge yang terletak di seberang jalan dan kami dibawa berjalan kaki ke pintu masuk Asiatique The Riverfront. Ada banyak pintu masuk sebenarnya dan kami masuk menerusi Pintu No. 1.

Pintu No.1 Asiatique The Riverfront
Pemandangan ke dalam Asiatique The Riverfront dari Pintu No. 1
Asiatique The Riverfront
Asiatique The Riverfront adalah sebenarnya kompleks gudang lama bagi Pelabuhan Bangkok yang telah dibangunkan semula dan diberi nafas baru sebagai sebuah pusat pelancongan. Suasana di sini lebih kurang macam Central Market di Kuala Lumpur tapi saiznya jauh lebih besar.

Kedai-kedai di dalam Asiatique The Riverfront
Sejarah lampau kawasan Asiatique yang bermula sebagai gudang pelabuhan
Ada banyak kedai yang menjual cenderamata di Asiatique
Cenderamata yang dijual memang cantik dan menarik
Lorong di celah Asiatique
Macam suasana di sebuah pasar malam pun ada
Kedai Kebab di Asiatique
Ada banyak juga kedai menjual makanan Halal yang kami jumpa di Asiatique
Laluan tram di Asiatique
Tram Stop
Kami dibawa terlebih dulu ke kawasan Riverfront yang terletak di tebing Sungai Chao Phraya. Ada banyak kedai makan dan hiburan di sini.

Chao Phraya River Cruise pun ada yang berlepas dari sini. Pemandangan malam bot-bot cruise ini yang dihiasi dengan lampu-lampu yang terang memang memukau pandangan.

Di tepi Riverfront ini juga ada banyak restoran yang menjual makanan tipikal Thai dan juga makanan antarabangsa. Ada juga restoran yang kami lihat menjual makanan Halal. Selain dari itu, restoran makanan exotic pun ada.

Sauh besar di tepi Riverfront
Peta Asiatique
Kerusi rehat di tepi Riverfront
Pelbagai restoran ada di sini
Lagi pemandangan suasana restoran di Asiatique
Gerai-gerai begini pun banyak
Masa zaman bangunan gudang dulu pun kawasan ini dah terkenal sebagai tempat makan-makan agaknya.
Gambaran pekerja gudang makan-makan pada masa dulu
Gerai Satay
Agak-agak sedap tak daging dia ni?
Sejarah Asiatique sebagai Pelabuhan Bangkok di zaman dulu kala juga tidak dilupakan. Ada dibina patung-patung yang menggambarkan pekerja-pekerja pelabuhan tengah mengangkut barang dari kapal.

Pemandangan kotaraya Bangkok yang terletak di seberang Sungai Chao Phraya juga menarik perhatian dari Asiatique. Tapi sesuatu yang Myself perasan sejak dari lawatan pertama pada tahun 2012 dulu juga, bangunan-bangunan di Bangkok tidaklah begitu bercahaya di malam hari seperti di bandar-bandar besar yang lain. Jimat elektrik agaknya.

Di satu sudut Asiatique The Riverfront pula ada pusat hiburan keluarga yang dinamakan Asiatique Park.

Asiatique Park
Pelbagai hiburan keluarga ada di Asiatique Park
Carousel dua tingkat
Kuda-kuda di Carousel
Jom jalan lagi ke sana...
Apa dia buat bergantung macam tu?
Mummy yang nak lari dari bangunan rupanya.
Rumah Hantu
Rumah Hantu ini dipanggil Mystery Mansion
Takut!!!
Dahlah bulan mengambang penuh kat Asiatique malam ini...
Kat Asiatique ini juga ada sebuah Ferris Wheel tapi taklah sebesar Eye of London atau Singapore Flyer tu.

Ferris Wheel kat sebelah Mystery Mansion
Pejabat Tiket Ferris Wheel
Pod Ferris Wheel
Di seberang Asiatique Park juga, ada kedai-kedai yang lebih berkonsep outdoor.

Kemudian kami masuk ke dalam semula supaya senang nak mencari pintu keluar ke tempat bas nanti.

Masuk ke dalam semula
Berjalan menuju ke arah Pintu No. 1
Selain kedai-kedai yang menjual barangan, ada juga beberapa hiburan yang tersedia di Asiatique The Riverfront. Antaranya ialah sebuah Pertunjukan Muay Thai.

Gelanggang Pertunjukan Muay Thai
Muay Thai (Kick Boxing) adalah tinju tradisional Siam
Muay Thai yang dipersembahkan di Asiatique The Riverfront sebenarnya lebih bersifat show dari pertandingan yang sebenar.
Menara Jam di tengah Asiatique
Fish Spa
Tak berkesempatan nak mencuba Fish Spa hari ini
Kemudian kami bertemu pula dengan teater Calypso Bangkok yang pernah kami saksikan sewaktu berkunjung ke Bangkok pada tahun 2012 dulu. Calypso Bangkok ini adalah sebuah persembahan yang dibuat oleh Ladyboy. Tapi masa itu, ia dipanggil Calypso Cabaret. Persembahan ini berkonsep seperti persembahan Cabaret di Paris dan memang menghiburkan. Tapi kami tak tengoklah show ini sekali lagi hari ini kerana tak berkesempatan.

Kaunter tiket untuk persembahan Calypso Bangkok
Iklan persembahan Calypso Bangkok. Memang sebiji macam show yang pernah kami lihat dulu.
Pemandangan Teater Calypso Bangkok dari luar
Snowman di Bangkok
Ladyboy adalah perkara biasa di Thailand kini. Malah kami diberitahu keluarga-keluarga di Thailand sekarang memang berfikiran terbuka kalau ada anak-anak lelaki mereka nak membuat pertukaran jantina. Malah ada yang berpendapat masa depan anak mereka sebagai Ladyboy jauh lebih cerah berbanding masa depan sebagai anak lelaki.

Seperti di Malaysia, Lanca juga banyak digunakan di Thailand pada masa dulu.
Patung Penarik Lanca
Kisah sejarah Lanca di Thailand
Dekat patung Penarik Lanca ini ada pula seorang gadis Thai bermain alat muzik tradisional untuk mengutip derma bagi membiayai pengajiannya. Disebabkan gadis ini cantik manis dan mudah tersenyum, memang ramailah yang berderma.

Pemandangan menghala ke Pintu No. 1
Gadis manis yang mengutip derma sambil bermain alat muzik tradisional
Sebelum meninggalkan Asiatique The Riverfront, kita singgah sebentar di butik Naraya. Naraya adalah sebuah jenama kedai yang terkenal di Thailand. Ia ditubuhkan oleh Queen of Thailand terdahulu (Queen Sirikit) bagi membantu ibu-ibu tunggal di seluruh negara itu. Naraya menjual pelbagai barangan handikraf yang diusahakan oleh ibu-ibu tunggal dari seluruh Thailand.

Butik Naraya
Pemandangan di dalam Butik Naraya
Kraftangan dari sabun
Akhirnya tibalah masa untuk kami meninggalkan Asiatique The Riverfront yang menarik ini. Kami kembali ke tempat berkumpul yang ditetapkan di Tour Guides Lounge yang terletak di seberang jalan.

Disebabkan jalan di depan Asiatique The Riverfront ini sangat sibuk, ada polis yang mengawal membantu pejalan kaki melintas jalan.
Berjalan menuju ke Tour Guides Lounge
Asiatique Tour Guides Lounge

Part 43: One Night In Bangkok

Agenda lawatan kami hari ini selesai selepas melawat ke Asiatique The Riverfront lalu kami dibawa ke hotel penginapan kami yang bernama Nouvo City Hotel. Malangnya perjalanan kami ke hotel yang terletak di tengah kota terperangkap dalam kesesakan lalu lintas walaupun jam ketika itu dah selepas pukul 9 malam. Memang dahsyat sebenarnya traffic jam di Bangkok kalau dibandingkan dengan Kuala Lumpur. Kalau di Kuala Lumpur, kesesakan jalan di pusat bandar pasti dah lega di masa-masa begini, tapi tidak begitu di Bangkok.

Bangkok masih mengalami traffic jam yang teruk walau selepas pukul 9 malam.
Kami akhirnya tiba di Nouvo City Hotel pada pukul 10 malam. Hotel ini istimewa kerana ia adalah sebuah hotel 4 bintang yang patuh syariah di Bangkok. Pemilik hotel ini adalah seorang Muslim Thai dan kedudukannya pun sangat hampir dengan Grand Palace yang merupakan tarikan pelancong paling popular di Bangkok.

Tiba di Nouvo City Hotel
Lobi di Nouvo City Hotel.
Makan malam kami juga disediakan di hotel ini sendiri. Disebabkan hotel ini patuh syariah, makanan yang disediakan memang makanan Halal. Memang puas hati dapat mencuba segala-gala yang dihidangkan dalam buffet di restoran hotel ini.

Lorong menuju ke restoran
Canal Restaurant di Nouvo City Hotel
Pemandangan di dalam restoran
Alhamdulillah, boleh makan kenyang-kenyang sebab semua makanan di hotel ini adalah Halal.
Lepas makan, barulah kami masuk ke bilik. Bilik penginapan yang disediakan pun luas dan selesa. Seperti di Sri Lanka dulu, ada anak gajah comel yang menanti atas katil di dalam bilik.

Koridor menuju ke bilik penginapan
Bilik penginapan yang luas dan selesa
Bilik airnya terletak di sana
Pintu ke bilik air. Ada compartment yang berbeza untuk shower dan tandas.
Anak Gajah yang menanti di atas katil
Arah Kiblat


 Bersambung ke Bahagian 17...