Disember 2019
CENTRAL THAILAND
Bangkok (2nd Visit), Khao Yai, Ayutthaya & Kanchanaburi
Bahagian 15: Bangkok 2
MAEKLONG RAILWAY MARKET & THEPPRASIT HONEY CENTRE
HARI KEEMPAT (2)
Part 37: Maeklong Railway Market
Dari Damnoen Saduak Floating Market, kami dibawa pula berkunjung ke sebuah lagi pasar yang unik di Thailand ~ Maeklong Railway Market. Pasar ini terletak di bandar Maeklong kira-kira 20 minit perjalanan dengan bas dari Damnoen Saduak.
|
Tiba di Maeklong |
|
Berjalan menuju ke Maeklong Station |
|
Stesen Keretapi Maeklong |
Setibanya di Maeklong, kami terus dibawa ke Stesen Keretapi Maeklong. Maeklong Railway Market terletak hanya di seberang stesen keretapi ini sahaja.
|
Pemandangan Maeklong Railway Market dari depan Maeklong Station |
Maeklong Railway Market adalah pasar barang basah. Banyak makanan basah dan kering dijual di sini, macam di Pasar Terbuka di Malaysia juga. Keunikannya ialah mereka berniaga betul-betul di kiri-kanan landasan keretapi. Kalau berjalan nak menengok barangan yang dijual dalam pasar, memang kita kena berjalan atas landasan keretapi.
|
Suasana di dalam Maeklong Railway Market |
|
Khemah-khemah gerai dipasang merentangi landasan keretapi |
|
Ikan yang dah siap dibersihkan dan dibuang kepala |
|
Penjual Makanan Laut |
|
Ikan yang disusun cantik dan rapi untuk jualan |
Seperti yang yang diperhatikan di Damnoen Saduak Floating Market tadi, pasar-pasar di Thailand memang sangat bersih. Peniaga-peniaga pasar di Thailand memang mengambil berat tentang kebersihan. Barangan yang hendak dijual juga, disusun cantik dan rapi. Kalau kat pasar di Malaysia, ikan-ikan yang hendak dijual pasti dilonggok begitu saja. Tak adalah penjual mengambil kisah nak menyusun ikan tu cantik-cantik dan rapi macam kat sini.
|
Semua barangan yang hendak dijual disusun dengan cantik dan rapi |
|
Bila semua barangan jualan disusun cantik dan rapi, pasar kelihatan cantik dan kemas walaupun ia hanya pasar terbuka. |
|
Katak Panggang |
|
Bergambar kenangan di Maeklong Railway Market |
Bila dah dekat time keretapi nak lalu, kita tumpang menunggu kat gerai seorang Kakak menjual bahan-bahan masakan Tomyam. Baik Kakak ni, siap offer kerusi lagi suruh kami duduk kat gerai dia. Demi nak membalas budi, kami tolong promote bahan-bahan masakan Tomyam yang dijual oleh Kakak ini kepada ahli-ahli Group kami. Dekat 10 set jugalah barangan dia dapat kami tolong jual kat ahli Group.
|
Kakak Penjual Bahan Tomyam yang baik hati bagi kami tumpang tengok keretapi dari gerai dia. |
Bila tiba time keretapi nak lalu, hon amaran dibunyikan dan pengumuman dibuat dalam 3 bahasa: Thai, Jepun dan Inggeris. Masa inilah kita dapat melihat peniaga-peniaga secepat kilat menolak ke tepi gerai dan barangan jualan mereka untuk membolehkan keretapi lalu. Khemah-khemah yang dipasang merentang landasan keretapi juga ditolak ke tepi.
|
Kakak Penjual Tomyam ini sebenarnya mempunyai dua gerai bertentangan di landasan keretapi. Dia berkemas di gerai yang sebelah sana dulu. |
|
Khemah-khemah mula ditolak ke tepi |
|
Kawasan landasan sedang diclearkan |
|
Kakak Penjual Bahan Tomyam menolak gerai jauh dari landasan |
|
Ada railing sebenarnya dah disediakan di gerai-gerai di sini untuk kemudahan menolak gerai jauh dari landasan. |
|
Anjing yang menolong tuannya membawa bakul |
|
Bersedia menunggu keretapi lalu |
|
Tengok Mat Salleh kat sana tu duduk di tengah landasan nak mengambil gambar keretapi. |
Excited sungguh sewaktu keretapi ni lalu. Sloww je dia jalan melintasi Railway Market. Kat banyak tempat di Thailand, memang kita boleh berjalan melintas atas jalan keretapi tanpa larangan. Tapi tak ada pulak berita orang kena gilis dengan keretapi macam kat Malaysia.
|
Hahh!! Keretapi dah tiba |
|
Lalu dengan elegant atas barang-barang jualan di pasar |
|
Menunggu keretapi lalu |
|
Drama Hindustan betul gaya Mat Salleh ni menunggu nak mengambil gambar keretapi. Kita macam nak jerit je kat dia: "Nehi!!!" |
|
Dah nak lalu depan kita dah!!! |
|
Muat-muat je keretapi ni lalu celah pasar. |
|
Gambar Husband kena photo bomb dengan Kakak kat depan ni. Hahaha!! |
|
Dekat betul! Macam boleh bercemolot dengan keretapi masa dia lalu. |
|
Keretapi berlalu pergi |
|
Menuju ke Stesen Maeklong |
Almost immediately suasana pasar kembali seperti sedia kala selepas keretapi berlalu. Memang ia pemandangan yang unik. Tapi kalau nak tengok suasana begini, timing datang tu kena betul. Keretapi ini hanya lalu di sini 2 kali sehari ~ pukul 11 pagi dan 4 petang.
|
Suasana perniagaan sedang dikembalikan |
|
Sekejap saja pasar dah jadi seperti semula. |
Bila keretapi dah berlalu, kami kembali ke tempat berkumpul yang ditetapkan di Stesen Maeklong. Kebetulan keretapi tadi tengah berhenti di situ. Jadi posing-posing lagi dengan keretapi kat Maeklong Station pulak.
|
Menunggu menyeberang jalan nak kembali ke Stesen Maeklong |
|
Keretapi tengah berhenti di sana |
|
Posing-posing dulu dengan keretapi |
|
Meninggalkan Maeklong Railway Market |
Part 38: Lunch Di Maeklong
Program seterusnya ialah makan tengahari. Dari Maeklong Railway Market, kami dibawa berjalan kaki merentas bandar menuju ke sebuah restoran Muslim di sana.
|
Berjalan merentas bandar menuju ke restoran |
|
Tiang yang menarik di tengah bandar Maeklong |
|
Penghujung sebelah sini Maeklong Railway Market |
|
Wat Buddha |
|
Pintu masuk ke Wat Buddha |
Cuaca agak panas hari ini. Berpeluh ketiak jugalah berjalan menuju ke restoran time tu.
|
Kawasan pinggir bandar Maeklong |
|
Penjual Pork Sausage |
Akhirnya kami tiba di restoran makan tengahari. Tak tahu apa nama restoran ini yang sebenarnya sebab hanya ada tulisan Thai saja di luarnya. Pemilik dan pekedainya pun semua cuma tahu bercakap dalam Bahasa Thai saja. Tapi disebabkan pemilik restoran ini bernama Amin, kita panggil sajalah restoran ini sebagai Kedai Pak Amin.
|
Kedai Pak Amin |
|
Pemandangan dalam Kedai Pak Amin |
|
Pelbagai menu dihidangkan dalam Kedai Pak Amin |
|
Makanan di Kedai Pak Amin yang sedap |
Kedai Pak Amin besar dan juga mempunyai surau yang luas dan selesa. Di sinilah kami menumpang solat Jamak Zohor dan Asar sebelum meneruskan perjalanan ke Bangkok. Ada juga mesin basuh pakaian menggunakan duit syiling kat sini. Mesti Pak Amin juga mengusahakan Homestay. Tapi tak boleh nak dapatkan sebarang maklumat sebab kita tak tahu cakap Siam.
|
Surau yang luas dan selesa di Kedai Pak Amin |
Sewaktu di Kedai Pak Amin juga kami bertemu dengan sekumpulan warga Malaysia dari Kelantan yang juga makan di sini. Mereka berkonvoi dengan berkereta dari Kelantan sebenarnya. Sebelum tiba di sini mereka bermalam di Hat Yai. Jauh tu, perjalanan yang memakan masa lebih 12 jam.
|
Husband bergambar dengan ahli konvoi berkereta dari Kelantan |
Kami juga sempat bertemu dengan pemilik kedai ini, Pak Amin. Bila Husband membuat thumbs up kepada Pak Amin nak memberitahu yang makanannya sedap, terus Pak Amin bertakbir sekuat hati. Terperanjat semua orang dalam kedai dibuatnya. Mungkin itulah cara Pak Amin nak menggambarkan appreciation kerana terdapat halangan komunikasi.
|
Pak Amin bertakbir dengan kuat sambil bergambar dengan Husband |
Part 39: Perjalanan Ke Bangkok
Perjalanan kemudian diteruskan lagi ke Kota Bangkok yang terletak 2 jam dari situ. Satu pemandangan menarik yang dapat diperhatikan adalah sebuah Lombong Garam yang sangat besar tidak jauh selepas kami meninggalkan Maeklong.
|
Lombong Garam |
|
Besar betul lombong garam ni |
Bas juga membuat satu persinggahan untuk mengisi minyak dalam perjalanan ke Bangkok.
|
Bas berhenti mengisi minyak |
|
Kayu untuk hulur duit kepada kenderaan yang tinggi kot ni |
|
7 Eleven kat stesen minyak |
|
Air oren yang kami beli kat 7 Eleven |
Kami tiba di Bangkok pada kira-kira jam 3 petang. Pemandangan pertama yang kami lihat adalah Sungai Chao Phraya yang membelah kota ini.
|
Tiba di Bangkok |
|
Bangunan unik kat kota Bangkok |
|
Lagi bangunan unik di kota Bangkok |
|
Bendera Thailand |
|
Potret Raja Thailand |
|
Lebuhraya yang sangat tinggi di kota Bangkok |
|
Bangkok adalah ibukota dan bandar yang terbesar di Thailand |
|
Bangunan pencakar langit di Bangkok |
|
Macam bangunan Gherkin kat London |
|
Sedikit kesesakan di kota Bangkok |
|
Sebuah terusan di kota Bangkok |
Part 40: Thepprasit Honey Centre
Persinggahan pertama kami di Bangkok ialah pusat jualan madu lebah yang bernama Thepprasit Honey Centre. Biasa la kan, kalau ikut Group Tour macam ni mesti ada persinggahan wajib begini. Tapi kata Tour Leader kami, kat Thailand semua Group Tour diwajibkan buat 1 saja persinggahan begini, taklah sampai 4 kedai macam kat China. Kedai persinggahan pun boleh dipilih antara pusat jualan madu lebah ataupun kedai permata. Travel Agent kami memilih membawa kami ke kedai jualan madu lebah.
|
Membuat persinggahan di pusat jualan madu lebah |
|
Pusat jualan ini terletak di tingkat bawah sebuah bangunan kondo mewah |
Nama pusat jualan madu ini ialah Thepprasit Honey. Ia menjual produk-produk madu lebah dari Northern Thailand berhampiran kawasan Chiangmai. Ketibaan kami disambut oleh seorang petugas yang bernama CK. CK adalah seorang lelaki berbangsa Cina yang sebenarnya berasal dari Pulau Pinang.
|
CK menyambut kami di Thepprasit Honey |
|
Thepprasit Honey |
Di sini kami diberi penerangan tentang khasiat madu dan produk-produk yang dihasilkan oleh Thepprasit Honey. Produk yang dipromosikan kepada kami adalah Mature Honey. Banyak juga ilmu baru yang kita dapat tentang khasiat madu sewaktu mendengar penerangan dari CK. Sambil mendengar taklimat, kita dijamu dengan minuman madu sejuk yang memang sedap dan menyegarkan.
|
Mendengar taklimat di Thepprasit Honey |
|
Minuman madu yang sedap dan menyegarkan |
|
Produk madu lebah keluaran Thepprasit Honey |
Lepas mendengar taklimat, kami diberi masa untuk membeli produk madu. Kalau dah travel ramai-ramai begini memang adalah yang akan membeli.
|
Membeli-belah produk kesihatan madu lebah |
Myself dan Husband tak beli pun produk kesihatan madu lebah di sini. Kami sebaliknya membeli minuman Lemon Honey yang dijual di sini. Harganya cuma THB 30 (RM 4) sebotol. Sempat jugalah kami angkut 6 botol untuk dibawa balik ke Malaysia. Tak menyesal beli sebab rasanya memang sedap.
|
Membeli air Lemon Honey |
|
Hasil belian kami di Thepprasit Honey |
Bersambung ke Bahagian 16...
CATATAN PERJALANAN BANGKOK & BEYOND (2019):