Monday, 30 December 2019

2019 BANGKOK & BEYOND BHG. 17 (Golden Buddha)

Disember 2019

CENTRAL THAILAND
Bangkok (2nd Visit), Khao Yai, Ayutthaya & Kanchanaburi

Bahagian 17: Bangkok 4
NOUVO CITY HOTEL, PHRA SUMEN FORT & GOLDEN BUDDHA

HARI KELIMA (1)

Part 44: Nouvo City Hotel

Sawadeekap, Bangkok! Dah tiba hari terakhir pengembaraan kami ke Thailand hari ini. Pada pagi ini kami berada di Nouvo City Hotel yang terletak di sebuah kawasan bersejarah di Bangkok yang bernama Rattanakosin.

Korridor di luar bilik hotel
Pemandangan dari lif kaca sewaktu turun ke bawah untuk bersarapan
Satu lagi pemandangan dari lif
Pemandangan terusan di belakang hotel, juga dilihat dari dalam lif.
Nouvo City Hotel adalah sebuah hotel Muslim di Bangkok yang bertaraf 4 bintang. Pekerjanya ramai terdiri dari Muslim Thai dan semua makanan yang disediakan di Hotel adalah Halal. Walaupun ia hotel Muslim dan ada larangan arak di hotel, ramai juga kami lihat penginap-penginap Mat Salleh di hotel ini.

Petugas di Canal Restaurant, Nouvo City Hotel
Pemandangan di dalam restoran
Pilihan Makanan Western
Jangan risau, segala-galanya Halal di restoran ini
Sijil Perakuan Halal turut dipamerkan di restoran
Kami memilih tempat duduk outdoor yang terletak di tepi terusan untuk breakfast pagi ini. Tapi cuma kami saja yang berbuat begitu, ahli-ahli kumpulan lain memilih untuk makan di dalam. Maklumlah kat luar ni panas, tak ada air-cond.

Terusan di luar restoran
Pilih makan kat seat luar pagi ini
Seperti yang Myself ceritakan tadi, hotel ini terletak di kawasan yang dinamakan Rattanakosin di Bangkok. Selepas Kerajaan Ayutthaya yang kita lawat dua hari lepas dimusnahkan oleh tentera Burma, Raja Siam memindahkan ibu kota negaranya ke Bangkok. Kawasan yang dipilih di Bangkok pulak untuk mendirikan kerajaannya adalah Rattanakosin yang terletak di tebing timur Sungai Chao Phraya. Malah Grand Palace yang menjadi kediaman rasmi King of Thailand kini juga terletak di sini.

Sebagai pertahanan dari serangan Burma, Raja Siam mengarahkan terusan dibina di sekeliling Rattanakosin sehingga menjadikan Rattanakosin sebagai sebuah pulau. Terusan yang terletak di belakang Nouvo City Hotel ini adalah salah sebuah dari terusan tersebut. 

Terusan yang dibina di belakang Nouvo City Hotel ini adalah sebahagian dari terusan sistem pertahanan Rattanakosin dulu
Jambatan yang dibina menyeberang terusan
Ada banyak Ikan Patin berenang-renang dalam terusan ini
Biawak mengejar Ikan Patin dalam sungai

Part 45: Phra Sumen Fort

Program yang dijadualkan bagi kumpulan kami pada pagi ini adalah shopping di Old Siam Plaza. Walau bagaimanapun, mana-mana ahli kumpulan yang tak mahu mengikut program ini, boleh memilih Free & Easy. Kami cuma diminta balik ke hotel pada pukul 11.30 pagi untuk makan tengahari dan check-out selewat-lewatnya pada pukul 11.45 pagi. Selepas makan tengahari di hotel, kami akan bertolak ke airport untuk pulang.

Memandangkan Myself dan Husband bukan kaki shopping, kami memilih Free & Easy. Pada mulanya kami bercadang untuk melawat ke Grand Palace yang boleh dikunjungi dengan berjalan kaki saja dari Nouvo City Hotel. Walau bagaimanapun, cadangan ini terpaksa dibatalkan bila diberitahu yang Grand Palace ditutup untuk kunjungan awam hari ini disebabkan ada upacara Royal Barge Procession sempena pertabalan King of Thailand yang baru pada petang itu.

Bila kami check kat Google, kami dapati ada Phra Sumen Fort yang juga terletak dalam walking distance dari hotel. Jadi kami membuat keputusan untuk melawat ke sana saja.

Pemandangan di depan Nouvo City Hotel
Nouvo City Hotel, Bangkok
Tuk Tuk yang parking kat tepi hotel
Alms Giving
Kami berjalan kaki saja menuju ke Phra Sumen Fort. Oleh kerana kawasan Rattanakosin ini berdekatan dengan Grand Palace, memang banyak perhiasan yang kami perhatikan di tepi-tepi jalan sempena upacara Royal Barge Procession.

Potret King of Thailand yang baru ditabalkan, King Vajiralongkorn yang juga memakai gelaran King Rama X.
Pemandangan menghala ke Hotel Nouvo dari jambatan di atas terusan
Nama jambatan ini la agaknya...
Royal Barge Procession adalah sebenarnya perarakan Raja Thailand dengan kapal Royal Barge di Sungai Chao Phraya. Banyak jalan di sekitar Rattanakosin terutama yang menghala ke Grand Palace dan Sungai Chao Phraya ditutup sempena upacara tersebut hari ini. Oleh itu, jalan-jalan sekeliling pun banyak yang kelihatan lengang. Malah mana-mana ahli kumpulan yang bercadang membuat Free & Easy hari ini  telah dipesan oleh Tour Leader untuk menggunakan LRT bagi mengelak dari kemungkinan terperangkap dalam kesesakan jalan raya waktu nak balik ke hotel.

Nampak tersiksa sungguh Mat Salleh yang berbadan besar naik Tuk Tuk yang comel di Bangkok.
Jalan di Rattanakosin agak lengang hari ini.
Wayar-wayar elektrik yang berselirat atas kepala memang sangat mencacatkan pemandangan kota Bangkok.
United Nations Industrial Development Organization (UNIDO)
Pejabat UNIDO di Bangkok
Shrine Buddha di seberang jalan dari bangunan UNIDO
Ada kucing tengah duduk dekat shrine

PHRA SUMEN FORT

Satu masa dulu, ada 14 buah kota yang didirikan oleh Raja Siam untuk mempertahankan Bangkok dari serangan musuh. Walau bagaimanapun, hanya 2 buah sahaja yang masih berdiri kini dan Phra Sumen Fort adalah salah sebuah dari kota tersebut.

Phra Sumen Fort
Disebabkan ketika itu masih awal pagi, Phra Sumen Fort belum dibuka kepada umum. Jadi kami hanya melihat saja kota berwarna putih ini dari luar. Suasana di sekitar Phra Sumen Fort juga agak sibuk sedikit ketika itu kerana petugas-petugas yang terlibat dengan Royal Barge Procession sedang melapor diri di sana.

Menara Phra Sumen Fort
Tembok yang mengelilingi Phra Sumen Fort
Pintu masuk ke Phra Sumen Fort ketika itu hanya dibuka kepada petugas-petugas yang terlibat dengan Royal Barge Procession
Disebabkan kami tak dapat masuk ke Phra Sumen Fort, kami hanya bersiar-siar saja di sekitar kawasan kota.

Pipit Banglamphu Museum yang juga terletak di perkarangan Phra Sumen Fort
Pipit Banglamphu Museum ini adalah sebuah muzium sejarah yang satu ketika dulu pernah berfungsi sebagai Rumah Percetakan.
Wat Sungwej School di belakang Pipit Banglamphu Museum
Terusan di tepi sekolah
Kunci Air
Semua petugas yang terlibat dengan Royal Barge Procession memakai pakaian berwarna kuning hari ini.
Kami kemudiannya menyeberang jalan besar untuk melihat pemandangan Phra Sumen Fort dari seberang sana. Disebabkan pergerakan trafik yang terhad hari ini, mudah juga bagi kami nak melintas jalan yang pada kebiasaannya sangat sibuk ini.

Joy Luck Club
Pemandangan Phra Sumen Fort dari seberang jalan
Hebat juga pemandangan kota ini dari seberang jalan.

Di sebelah Phra Sumen Fort ini ada sebuah taman cantik yang bernama Santichaipakarn Park. Malangnya taman ini juga tak boleh dimasuki ketika itu.

Santichaipakarn Park
Taman ini terletak di sebelah Phra Sumen Fort
Santichaipakarn Park juga tak boleh dimasuki ketika itu
Kami kemudiannya membuat keputusan untuk berjalan berpatah balik ke arah Grand Palace. Walaupun Grand Palace tak boleh dimasuki, tengok dan tangkap gambar dari luar pun bolehlah. Seingat kami juga, di sekitar Grand Palace ada banyak monumen menarik yang boleh ditangkap gambar.

Shrine yang ada kucing tadi
Kotak rayuan derma untuk makanan kucing
Dekat situ juga ada sebuah lorong yang mempunyai lukisan yang cantik. Kita singgah sebentar di sana...

Lukisan-lukisan cantik pada sebuah lorong
Bergambar dengan lukisan
Lukisan pembuat permaidani
Sedang kami bergambar di sini, tiba-tiba dapat pulak call dari Tour Leader kami, Mona yang nak buat arrangement untuk pulangkan passport kepada kami. Biasalah bila tinggal di hotel-hotel yang berbintang macam Nuovo City Hotel itu, mesti kita kena serahkan passport sewaktu pendaftaran. Disebabkan Mona dah nak keluar membawa Group kami ke Old Siam Plaza, kami meminta supaya dia meninggalkan saja passport kami pada staff di Reception Counter.

Disebabkan kedudukan kami ketika itu pun tak begitu jauh dari hotel, kami membuat keputusan untuk balik saja ke hotel untuk mengambil passport itu. Buatnya hilang atau misplace karang, terpaksa mohon jadi rakyat Thailand pulak. Bergegas kami berjalan balik ke hotel. Sempat jugalah berjumpa Mona & Group yang baru nak berjalan keluar dari hotel menuju ke tempat bas parking.

Part 46: Tuk Tuk Tour

Bila dah sampai balik ke hotel, timbul pulak idea nak ronda-ronda kawasan sekeliling naik Tuk Tuk. Dengan bantuan Tour Desk di hotel, kami dapat menyewa sebuah Tuk Tuk yang pemandunya boleh bercakap English dengan bayaran THB 1000 (RM 140) selama 2 jam. Tempat-tempat yang nak dilawati dalam tempoh masa 2 jam ini pun dicadangkan kepada kami oleh staff di Tour Desk. Dia juga turut membantu menerangkan dengan terperinci program kami kepada pemandu Tuk Tuk dalam Bahasa Siam.

Posing dengan staff kat Reception Counter sambil menunggu Tuk Tuk tiba
Antara penghargaan yang pernah diterima oleh Nouvo Hotel
Pemandu Tuk Tuk kami bernama Paksorn. Dia tak pandai sangat cakap Inggeris sebenarnya, tapi cukuplah sekadar untuk komunikasi mudah.

Paksorn tiba dengan Tuk Tuknya
Berbincang dengan Paksorn tentang tempat-tempat yang nak dilawat
Memulakan Tuk Tuk Tour
Tuk Tuk ni kecil, jadi mudah saja Paksorn membawa kami menuju destinasi menggunakan laluan-laluan tikus di Bangkok. Seronok juga sebab kita boleh melihat cara kehidupan sebenar penduduk Thailand ini begitu.

Lorong-lorong belakang di Bangkok
Gerai makan di tepi jalan
Terusan
Masuk ke jalan besar
Seronok naik Tuk Tuk ni, berangin je sebab open-air. Tapi disebabkan Bangkok ada banyak kenderaan, terpaksalah menahan nafas sikit dari tersedut asap bila lalu di jalan besar. Tak seperti pemandu Tuk Tuk di Sri Lanka yang ganas-ganas dulu, pemandu Tuk Tuk di Bangkok bersopan-santun. Memang tak boleh nak memandu Tuk Tuk dengan ganas di Bangkok pun sebab jalan kat sini sesak dan banyak traffic light berbanding jalan masa di Colombo dulu.

Wajah-wajah happy naik Tuk Tuk
Kena tahan nafas takut terlebih sedut asap kenderaan sewaktu lalu di jalan besar
Paksorn membawa kami lalu dekat kawasan Grand Palace. Memang meriah suasana dan hiasan di sekitar istana sempena Royal Barge Procession.

Tiba di kawasan Grand Palace
Pemandangan Grand Palace dari luar
Keluarga Diraja Thailand tidak lagi tinggal di istana ini. Hanya upacara-upacara rasmi melibatkan Raja sahaja yang masih diadakan di sini.
Sebahagian bangunan lagi dalam kompleks Grand Palace
Kami kemudiannya lalu di sebuah kawasan yang dinamakan Chinatown. Pemandangan di sini lebih kurang macam pemandangan di Chinatown, Kuala Lumpur. Satu ketika dulu, Chinatown di Bangkok ini terkenal dengan "Thieves Market" (Nakhon Kasem) yang merupakan pasar yang menjual barang-barang curi. Kawasan ini sekarang paling meriah sewaktu perayaan Tahun Baru Cina.

Pintu gerbang di Chinatown
Pemandangan biasa di mana-mana Chinatown di Asia
Pemandangan sekitar Chinatown
Sopan santun je Paksorn dan pemandu-pemandu lain membawa Tuk Tuk
Kedai Ubat Singseh
Banyak sepanduk begini digantung di sekitar Chinatown, mungkin sempena meraikan pertabalan Raja baru dan Royal Barge Procession
Tanglung

Part 47: Golden Buddha

Persinggahan pertama Tuk Tuk Tour kami adalah di Temple of Golden Buddha. Nama sebenar kuil ini ialah Wat Traimit Withayaram Worawihan. Boleh tergeliat lidah menyebutnya.

Temple of Golden Buddha
Pintu masuk ke Temple of Golden Buddha
Berjalan menuju ke Pejabat Tiket
Bunga-bunga cantik di pintu masuk ke Temple
Pejabat Tiket
Tiket masuk yang dikenakan ialah THB 40 (RM 5.50) seorang
Tiket Masuk
Larangan menggunakan imej Buddha sebagai tatoo.
Gerai menjual peralatan sembahyang
Tiket berasingan diperlukan untuk melawat Muzium ini. Tapi kami tak masuk ke sana.
Bangunan yang menyimpan Golden Buddha di temple ini dinamakan Phra Maha Mondop setinggi 3 tingkat. Tingkat pertama dan kedua digunakan sebagai pameran sejarah Chinatown dan Golden Buddha. Patung Golden Buddha yang sebenar disimpan di tingkat paling atas.

Bangunan Phra Maha Mondop
Patung singa penjaga kuil
Tangga naiknya curam dan licin
Sayup tingginya
Mungkin nama rasmi kuil dalam Bahasa Thai
Ukiran Bunga Lotus
Pemandangan lebih dekat ukiran Bunga Lotus
Sebaik sampai di atas, kita akan dapat melihat loceng-loceng sembahyang seperti yang banyak dilihat di kuil-kuil di Tibet dalam TV tu.

Loceng-loceng sembahyang di luar kuil
Ramai pengunjung yang akan membunyikan loceng ini sebelum masuk ke dalam kuil
Menurut ceritanya patung Buddha emas yang disimpan di kuil ini berasal dari Sukhothai sebelum dibawa ke Ayutthaya. Pada tahun 1767, Ayutthaya ditakluk tentera Burma. Patung Buddha ini telah diselamatkan dari dicuri oleh tentera Burma dengan cara menyalutnya dengan plaster. Patung ini terbiar bersalut plaster dengan begitu lama di Ayutthaya sehingga semua orang lupa tentang asal usulnya yang diperbuat dari emas.

Pintu masuk ke kuil
Peraturan melawat ke dalam kuil
Sebahagian bangunan ini juga disalut dengan emas
Kasut perlu dibuka sebelum masuk ke dalam kuil
Bila King Rama I menubuhkan kota Bangkok, baginda mengarahkan patung-patung Buddha di Ayutthaya dan kawasan-kawasan di sekitarnya yang masih terdedah kepada ancaman Burma dibawa ke Bangkok. Golden Buddha telah dibawa ke Wat Chatonaram di Bangkok sebelum dipindahkan ke sini, dalam keadaan masih bersalut dengan plaster.

Peralatan sembahyang yang dibuat dari emas
Ukiran naga di tangga naik ke kuil
Kepala naga ini dilindungi dengan plastik
Sebuah bangunan telah dibina di perkarangan kuil ini pada tahun 1955 untuk menempatkan patung tersebut. Sewaktu diangkat dengan kren, kabel kren telah putus menyebabkan patung terjatuh ke dalam lumpur. Bimbang mereka akan dirundung nasib malang kerana menjatuhkan patung suci, kesemua pekerja yang terlibat melarikan diri.

Patung ini ditemui keesokan harinya, sewaktu sami-sami datang ke kuil. Patung ini ditemui dalam lumpur dan sebahagian plaster yang menyalutnya telah pecah menyerlahkan rupa sebenar patung ini yang diperbuat dari emas. Patung ini kemudiannya didirikan semula dalam kuil dalam keadaan asalnya dengan penuh penghormatan.

Golden Buddha
Golden Buddha ini adalah patung Buddha emas padu yang terbesar di dunia
Patung Buddha setinggi 3 meter dan seberat 5.5 ton ini dianggarkan berusia di antara 700-800 tahun. Ia adalah patung Buddha emas padu yang terbesar di dunia. Guinness Book of World Record telah menganggarkan nilai patung ini sebanyak GBP 21.1 juta pada tahun 1991.

Seperti juga di kuil-kuil Buddha yang lain, pengunjung tidak dibenarkan memakai topi sebagai tanda hormat. Kita juga tak boleh membuat bising dan mengganggu penganut-penganut yang sedang bersembahyang.

Pemandangan menghala ke luar kuil
Pintu kuil yang dibuat dari emas
Perhiasan di dalam kuil
Pemandangan Golden Buddha dari sisi
Kotak-kotak derma
Banyak patung Buddha kecil diletakkan di sekeliling Golden Buddha ini
Kami tak menghabiskan masa yang lama di sini. Hanya sekitar 30 minit untuk melihat suasana di sini saja.

Laluan keluar dan masuk disediakan secara berasingan untuk mengelakkan kesesakan
Pemandangan menghala ke bawah kuil
Satu lagi pemandangan menghala ke bawah kuil
Meninggalkan Temple of Golden Buddha


 Bersambung ke Bahagian 18...