Disember 2019
CENTRAL THAILAND
Bangkok (2nd Visit), Khao Yai, Ayutthaya & Kanchanaburi
Bahagian 5: Khao Yai 4
NANNAM COUNTRY HOME AND RESORT & PERJALANAN KE JIM THOMPSON FARM
HARI KEDUA (1)
Part 11: Suasana Pagi Di Nannam Country Home & Resort
Hotel penginapan kami di Khao Yai adalah Nannam Country Home and Resort yang sebenarnya terletak di luar bandar Khao Yai. Disebabkan kami tiba dalam kepekatan malam tadi, tak nampak suasana di sekeliling resort. Bila mentari muncul pada pagi ini dan kita keluar ke balkoni, barulah tahu yang rupa-rupanya ada sebatang anak sungai kecil yang mengalir di belakang bilik kita.
|
Pemandangan dari balkoni di luar bilik |
|
Barulah kami tahu yang rupa-rupanya ada sebatang anak sungai kecil yang mengalir di belakang ini. |
|
Pemandangan bilik penginapan kami dari luar |
|
Husband bergambar di depan bilik |
Sarapan pagi disediakan di bangunan utama resort yang terletak kira-kira 100 meter dari bilik penginapan. Sambil berjalan beramai-ramai ke sana, kita nikmati suasana di sekitar resort yang awesome ini.
|
Jalan-jalan nak pergi breakfast... |
|
Bilik penginapan kategori lain di Nannam Country Home & Resort |
|
Patung Kambing Biri-biri |
|
Mengintai ke dalam Kandang Arnab |
|
Penghuni di dalam kandang |
|
Comel |
|
Dewan Serbaguna di Nannam Country Home & Resort |
|
Patung di depan Dewan Serbaguna |
|
Sungai di belakang Kandang Arnab |
|
Penunjuk Arah |
Restoran sarapan pagi di Nannam Country Home & Resort ini juga terletak di sebuah setting yang indah. Makanan yang disediakan walau bagaimanapun tidak semua Halal dimakan.
|
Restoran Sarapan Pagi |
|
Jom kita masuk ke dalam... |
|
Pekerja di restoran |
|
Perhiasan sempena Hari Krismas yang semakin menjelang |
|
Meninjau-ninjau apa yang boleh dimakan... |
|
Banyak yang tak boleh dimakan di sini. |
|
Mencari tempat duduk yang sesuai |
|
Meja pilihan kami |
|
Posing dulu sebelum makan |
|
Pilihan breakfast kami |
Masih ada sedikit masa selepas breakfast. Jadi kita gunakan kesempatan ini untuk menikmati keindahan anak sungai yang mengalir di sebelah restoran. Anak sungai ini jugalah yang mengalir di belakang bilik penginapan kita.
Bila jam menunjukkan pukul 7 pagi, terkocoh-kocoh kita bergegas kembali ke bilik. Ini adalah kerana kami diminta mengeluarkan beg pada pukul 7 pagi dan meletakkannya di hadapan bilik untuk diangkut oleh porter ke bas. Kami cuma menginap di sini hanya untuk satu malam.
|
Terkocoh bergegas kembali ke bilik... |
|
Porter datang untuk mengangkut beg ke bas |
|
Beg diangkut mendapatkan bas |
Lepas beg dah selamat diangkut oleh Porter, kami terus bersiar-siar menikmati suasana di sekitar resort.
|
Buai laju-laju... |
|
Teater bagi Cowboy Show |
|
Nampak macam teater ini tidak lagi digunakan sekarang |
|
Replika rumah burung |
Dah puas berjalan di bahagian belakang resort, kita berjalan-jalan pula di bahagian depan.
|
Bas kami yang sedang parking di depan resort |
|
Bagasi yang sedang dikumpulkan dekat bas |
|
Ruang penyimpanan bagasi bas ini sangat besar. Boleh berdiri dengan selesa di dalamnya. |
|
Pemandangan bas dari depan |
|
Cuba cari Husband kat mana? |
|
Kafe dekat pintu masuk ke resort |
|
Bergambar di pintu masuk ke resort |
|
Pemandangan di depan pintu masuk ke resort |
|
Nannam Country Home & Resort ini sebenarnya terletak jauh dari bandar Khao Yai |
|
Wayar elektrik di Thailand juga berselirat atas kepala seperti di Vietnam |
Akhirnya dah tiba masa untuk kami meninggalkan Nannam Country Home & Resort. Jom kita naik bas...
|
Berjalan balik mendapatkan bas |
|
Lalu depan kafe semula |
|
Posing dulu sebelum naik bas |
|
Bunga-bunga cantik |
|
Altar persembahan begini memang banyak dilihat di Thailand seperti juga di Bali |
|
Masa untuk bergerak... |
|
Jom masuk dalam bas... |
|
From Khao Yai With Love... |
|
Macam tidur kat dalam Bilik Pengantin. Hahaha!! |
Part 12: Perjalanan Ke Jim Thompson Farm
Tepat pukul 7.45 pagi, kami bergerak ke destinasi kami yang seterusnya ~ Jim Thompson Farm. Perjalanan dijangka memakan masa 1 jam 30 minit.
|
Melalui bandar Khao Yai |
|
Pasar Pagi di Khao Yai |
|
Masa lalu malam tadi pun ada Pasar Malam di sini |
|
Panjang betul pasar ini. Macam-macam ada... |
Perjalanan seterusnya adalah melalui kawasan-kawasan pertanian.
Kami juga melalui sebuah empangan besar yang bernama Lam Takhong Dam. Besar betul empangan ini. Pemandangannya pulak mengingatkan kami kepada tasik-tasik di New Zealand dulu. Empangan ini pada mulanya dibina untuk tujuan pengairan dan bekalan air. Tapi kini ia turut digunakan untuk penghasilan tenaga elektrik.
|
Lam Takhong Dam |
|
Lagi pemandangan Lam Takhong Dam |
|
Macam pemandangan kat New Zealand dulu |
|
Wind Farm di atas bukit bertentangan dengan Lam Takhong Dam |
|
Kawasan Rehat Lam Takhong Dam |
|
Cantik |
Jim Thompson Farm terletak di sebuah kawasan yang agak ulu juga. Banyak kali bas berpusing keluar dari jalan besar untuk mendapatkannya. Dalam setiap pusingan, kita akan masuk ke jalan yang semakin lama semakin kecil.
|
Seni Ukiran Batu |
|
Perhiasan-perhiasan yang dibuat dari batu untuk jualan |
|
Kawasan pertanian |
|
Membelok keluar dari jalan besar |
|
Tour Leader kami Mona sedang memberi penerangan tentang proram lawatan ke Jim Thompson Farm |
|
Mentari pagi menyinar terang |
|
Tanah-tanah pertanian |
|
Tanaman sayuran |
|
Tanaman Ubi Kayu |
|
Lembu ternakan |
|
Khao Yai dikelilingi gunung-gunung yang besar. Malah nama Khao Yai sendiri membawa maksud Gunung-gunung Besar. |
|
Kawasan pertanian lagi |
|
Terusan |
|
Pemandangan kawasan perkampungan di Thailand. |
|
Macam pemandangan kawasan perkampungan di Malaysia juga |
|
Signboard menuju ke Jim Thompson Farm |
|
Tiba di Jim Thompson Farm |
Bersambung ke Bahagian 6...
CATATAN PERJALANAN BANGKOK & BEYOND (2019):