Disember 2019
CENTRAL THAILAND
Bangkok (2nd Visit), Khao Yai, Ayutthaya & Kanchanaburi
Bahagian 7: Khao Yai 6
JIM THOMPSON FARM 2
HARI KEDUA (3)
Part 15: Isan Village @ Jim Thompson Farm
Dari Pumpkin Hill, kami menaiki Kenderaan Ladang menuju ke persinggahan seterusnya yang dinamakan Isan Village.
|
Kenderaan Ladang di Pumpkin Hill |
|
Kawasan rehat berhampiran perhentian Kenderaan Ladang di Pumpkin Hill |
|
Art Installment di tengah ladang |
|
Tanaman sayuran |
|
Lagi pemandangan tanaman sayuran |
|
Kincir Angin |
Orang Isan adalah penduduk asal di kawasan Thailand di sebelah sini. Sewaktu Jim Thompson memulakan perusahaan suteranya, dia banyak dibantu oleh Orang Isan. Bila menghampiri Isan Village di Jim Thompson Farm, kita dapat melihat penanaman sayuran menggunakan kaedah tradisional Orang Isan.
Di seberang pintu masuk Isan Village di mana Kenderaan Ladang berhenti menurunkan kami, kita dapat melihat sebuah kandang ternakan haiwan.
|
Pintu masuk ke Isan Village |
|
Kandang haiwan ternakan di seberang pintu masuk ke Isan Village |
Dari
jauh, haiwan yang diternak kelihatan macam kerbau. Tapi kata seorang Pakcik dalam
kumpulan kami, haiwan ini adalah Seladang. Memang betul Seladang la
kot, sebab saiznya jauh lebih besar dari kerbau yang biasa kita lihat.
Seterusnya kami masuk ke Isan Village untuk mengenali cara hidup dan aktiviti mereka. Pintu masuk ke Isan Village ini dihiasi dengan fabrik panjang yang dinamakan Pa Pawet.
|
Pa Pawet |
|
Fabrik panjang yang dinamakan Pa Pawet ini menghiasi sepanjang laluan masuk ke Isan Village. |
|
Husband bergambar di celah Pa Pawet |
|
Mengikut keterangan yang diberi, Pa Pawet ini mempunyai kaitan dengan ajaran dalam kitab suci Agama Buddha. |
Kemudian kita berjalan melalui rumah-rumah tradisional kaum Isan. Seperti rumah kampung tradisional di Malaysia, rumah-rumah ini dibina dari kayu. Bentuk rumah mereka pun macam rumah kampung tradisional di Malaysia.
Masyarakat tradisional Isan di Thailand adalah pesawah padi. Oleh itu, perkampungan ini dibina di tepi sawah padi untuk menunjukkan suasana tersebut.
Sutera Thai yang diperkenalkan ke serata dunia oleh Jim Thompson juga berasal dari kesenian tradisional Kaum Isan.
|
Perusahaan membuat sutera secara tradisional di Isan Village |
|
Benang sutera mentah |
|
Memintal benang sutera |
|
Peralatan yang digunakan adalah peralatan tradisional |
|
Pupa |
|
Kepompong sutera |
|
Pupa dan kepompong sutera |
|
Benang-benang sutera |
|
Memasak kepompong untuk mematikan ulat sutera |
|
Ulat sutera yang sedang memakan Daun Mulberry |
|
Pemandangan dekat ulat sutera yang sedang memakan Daun Mulberry |
|
Pameran Kepompong Ulat Sutera |
|
Sebahagian keterangan mengenai penghasilan benang sutera tradisional |
|
Buaian tradisional yang dibuat dari kayu |
|
Pemandangan perkampungan dari tepi sawah padi |
Kemudian kita melawat pula dengan lebih dekat sawah padi. Di pinggir sawah ada dipamerkan replika Bubu Tradisional yang digunakan untuk menangkap ikan di sawah.
Ada pokok buluh yang cantik ditanam berbaris di tepi sawah. Jom kita melawat ke sana...
Di hujung lorong pokok buluh ada pulak bunga-bunga cantik yang ditanam mengikut cara Orang Isan.
Dah puas berjalan di sawah, kita kembali ke dalam kampung.
|
Sebuah lagi rumah tradisional Isan |
|
Pemandangan di perkampungan Isan |
|
Alat muzik tradisional yang dibuat dari buluh |
|
Seronok Adik-adik ini dapat bermain alat muzik tradisional ini |
|
|
Sebuah rumah Isan yang boleh dilawati |
|
Tangga naik ke rumah Isan |
|
Peralatan menumbuk padi tradisional |
|
Kesenian tembikar |
|
Barangan Tembikar |
|
Pembuatan tembikar secara tradisional |
|
Kesenian dari Mengkuang |
|
Jahitan rotan di tepi mengkuang |
|
Pakcik Isan yang tekun membuat kesenian mengkuang |
|
Tempat simpanan padi tradisional |
|
Pengunjung-pengunjung ke Isan Village |
Banyak sebenarnya benda yang boleh dilihat di Isan Village. Selain proses penghasilan benang sutera dari ulat sutera, kita juga boleh melihat proses mewarna benang sutera secara tradisional.
|
Bahan-bahan semulajadi yang digunakan untuk mewarnakan benang sutera |
|
Proses mewarna benang sutera |
|
Benang-benang sutera |
|
Memasak makanan tradisional Isan untuk dijual kepada pengunjung |
Lepas melihat penghasilan pelbagai kraf tradisional Isan di sebelah sini kampung, kita berjalan ke sebelah sana kampung pula untuk melihat persembahan kebudayaan Isan.
|
Berjalan ke seberang sana kampung pulak |
|
Kedai menjual barangan sutera |
Persembahan kebudayaan Isan ini hanya nyanyian. Kami cuma duduk sebentar sahaja menyaksikan persembahan ini sebab kita tak faham apa yang sedang dinyanyikan.
|
Persembahan kebudayaan Isan |
|
Ramai penonton persembahan ini terdiri dari rakyat Thai sendiri. Cuma mereka saja yang dapat bertahan menyaksikan persembahan nyanyian yang mendayu-dayu ini kerana mereka memahami apa yang sedang dinyanyikan. |
|
Persembahan kebudayaan yang simple |
|
Pakaian tradisional Orang Isan |
Sambil menghabiskan masa yang tinggal sedikit lagi sebelum waktu berkumpul semula, kami berjalan-jalan menikmati suasana dan pemandangan di sekitar.
|
Gerai-gerai makanan |
|
Bunga-bunga cantik |
|
Kolam |
|
Bangunan di tengah kolam ini boleh dilawati tetapi kami tak sampai ke situ |
|
Cuaca yang dingin ketika itu di Jim Thompson Farm membolehkan bunga-bungaan berkembang mekar |
|
Jim Thompson Farm |
|
Pondok menunggu Kenderaan Ladang di pintu masuk ke Isan Village |
|
Pemandangan pondok dari depan |
|
Menunggu Kenderaan Ladang untuk ke destinasi yang seterusnya |
Bersambung ke Bahagian 8...
CATATAN PERJALANAN BANGKOK & BEYOND (2019):