Tuesday, 17 December 2019

2019 BANGKOK & BEYOND BHG. 04 (Palio Khao Yai)

Disember 2019

CENTRAL THAILAND
Bangkok (2nd Visit), Khao Yai, Ayutthaya & Kanchanaburi

Bahagian 4: Khao Yai 3
PALIO KHAO YAI & CHOCOLATE FACTORY

HARI PERTAMA (4)

Part 7: Palio Khao Yai

Selepas melawat Ladang Bunga Matahari, kami dibawa pula melawat ke Palio Khao Yai, sebuah kawasan membeli-belah yang dibina bagaikan sebuah bandar di Tuscan, Italy.

Palio Khao Yai
Berjalan masuk ke Palio Khao Yai
Kedai-kedai di pintu masuk ke Palio Khao Yai
Topi dan pelbagai cenderamata untuk jualan
Lagi pemandangan gerai cenderamata di pintu masuk ke Palio Khao Yai
Street Market
Pemandangan di Street Market
Pancutan air ala Itali berhampiran Street Market
Semakin jauh kita masuk ke dalam, suasana bak Italy semakin terasa.

Bangunan yang dibina menyerupai sebuah menara lama di Italy
Pemandangan lebih dekat bangunan menara
Cenderamata yang bertemakan Venetian Festival di Palio Khao Yai
Palio Khao Yai dibina oleh seorang pemilik vineyard di Khao Yai yang bernama Khun Phinai Dhadasih. Dia dikatakan mendapat ilham untuk membina perkampungan ala Itali ini selepas kembali bercuti bersama rakan-rakannya di Itali. Cuaca yang sedikit dingin di Khao Yai ketika itu juga turut menyemarakkan suasana seakan Italy di sini.

Cuaca yang sedikit dingin ketika itu membangkitkan suasana Itali di sini
Sedang melayan peminat
Kemeriahan suasana Italy di Palio Khao Yai
Lorong kecil di Palio Khao Yai
Lagi suasana di Palio Khao Yai
Bak kata Husband, bersiar-siar di Palio Khao Yai memang mengingatkan kami kepada pengalaman berkunjung ke Mediterranean Harbour di Disneysea Tokyo. Bangunan-bangunan di sini memang saling tak tumpah seperti bangunan-bangunan di sana. 

Seperti suasana di Mediterranean Harbor di Tokyo Disneysea dulu
Bunga-bunga cantik
Cat Cafe
Suasana ketika menjenguk ke dalam Cat Cafe dari luar tingkap
Husband bergambar di Palio Khao Yai
Lagi kedai cenderamata
Replika pancutan air Bocca della Verita (Mouth of Truth) yang terkenal di Rome
Patung ukiran di Palio Khao Yai
Sewaktu di Palio Khao Yai ini juga, kami sempat singgah di sebuah Art Gallery. Ada pameran mengenai mendiang King Bhumibol Adulyadej yang meninggal dunia pada tahun 2016. Raja yang memerintah selepas kematian baginda kini adalah anakandanya yang bernama King Maha Vajiralongkorn.

Galeri Art Exhibition
Pameran mengenai mendiang King Bhumibol Adulyadej
Potret ahli keluarga mendiang King Bhumibol Adulyadej
Potret mendiang King Bhumibol Adulyadej sewaktu muda
Mendiang King Bhumibol Adulyadej sangat disayangi oleh rakyat Thailand sewaktu hayatnya.
Selepas melawat Art Gallery, kami meninjau lebih jauh ke dalam Palio Khao Yai. Suasana Italy semakin terserlah di sini.

Suasana Italy yang semakin terserlah
Bagai bersiar-siar di Italy
Tangga dengan bunga yang menarik
David
Walaupun hari telah beransur malam, Palio Khao Yai kelihatan meriah. Kata Tour Leader kami, sewaktu beliau datang ke sini tahun lepas, Palio ini agak sepi. Tak banyak kedai yang dibuka untuk menjalankan perniagaan, mungkin disebabkan suasana ekonomi yang kurang baik. Namun demikian, banyak kedai yang ditutup telah dibuka semula sekarang menjadikan suasana semakin meriah. Mungkin ini adalah kesan kenaikan matawang Baht yang mengukuhkan ekonomi negara Thailand.

Bilalah agaknya kami boleh sampai ke Italy yang sebenarnya?
Walaupun Palio Khao Yai hanya copy cat sebuah bandar di Italy, Myself berpandangan copy cat ini sangat berjaya dan flawless.
Fountain
Selfie di tengah lorong
Lagi suasana bagai bersiar di Italy
Bandar yang menjadi ilham kepada Khun Phinai Dhadasih sewaktu mendirikan Palio Khao Yai adalah Florence di Itali. Maka tak hairanlah jika terdapat sebuah replika menara jam yang terkenal di Florence di sini.

Piazza Palio yang mengambil ilham dari kota Florence di Italy
Replika menara jam yang cantik
Fountain ini juga cantik
Suasana di tepi fountain
Cantik
Masa mencemburui dan dah tiba saat untuk kami bergerak meninggalkan Palio Khao Yai.

Dalam perjalanan keluar, kami bertemu pula dengan sebuah mini zoo. Malangnya, mini zoo ini sedang ditutup dan binatang yang terdapat di dalamnya sedang dipindahkan untuk bermalam di tempat lain ketika itu.

Kandang Kambing
Arnab
Percubaan untuk melarikan diri
Comel
Fountain dekat Mini Zoo
Pemandangan fountain dari belakang
Bergambar dengan fountain
Tiba waktu yang ditetapkan, kami melangkah meninggalkan Palio Khao Yai. Walaupun hanya lawatan yang singkat, memang seronok singgah melawat ke sini. Lebih-lebih lagi dengan suasana cuaca yang juga macam kat Italy.

Melangkah meninggalkan Palio Khao Yai
Secret Garden
Restoran favourite Myself di Malaysia. Tapi tak boleh nak makan di sini sebab Tidak Dijamin Halal.
Bergambar dengan basikal tua
Gerai-gerai di pintu masuk ke Palio Khao Yai
Ukiran kuda di depan pintu masuk ke Palio Khao Yai
Pemandangan ukiran kuda dari belakang
Bas kami menanti di sana

Part 8: Chocolate Factory

Persinggahan seterusnya sambil menunggu waktu untuk makan malam adalah ke Chocolate Factory.

The Chocolate Factory
Pintu masuk ke Chocolate Factory
Seperti namanya, Chocolate Factory adalah sebuah kilang membuat cokelat. Namun disebabkan hari dah malam ketika kami tiba di situ, kilang cokelat ini telah ditutup. Yang dibuka ketika itu hanyalah restorannya.

Restoran mewah di Chocolate Factory
Berjalan menuju ke taman di hadapan Chocolate Factory
Pintu masuk ke Chocolate Factory Restaurant
Pemandangan taman dari depan Chocolate Factory Restaurant
Persinggahan kami di Chocolate Factory adalah sebenarnya hanya untuk bergambar di depan bangunannya. Suasana di sini meriah dengan hiasan pokok Krismas yang cantik di depan sebuah pancutan air buatan.

Tangga turun ke taman di depan restoran
Pemandangan pancutan air dari tangga
Bergambar di tangga menuju ke taman
Pemandangan Chocolate Factory dari depan
Pokok Krismas di depan Chocolate Factory
Melihat Pokok Krismas dengan lebih dekat
Bergambar dengan Aishah dan Mona di depan Chocolate Factory
Pemandangan ke arah Kedai Cokelat yang terletak di tingkat bawah. Tapi kami tak masuk ke sana.
Berjalan meninggalkan Chocolate Factory

Part 9: Dinner Di Salasa Khao Yai

Kami dibawa kembali ke Restoran Salasa Khao Yai untuk dinner pula. Maklum sajalah, ini kan satu-satunya restoran Muslim di Khao Yai. Di sini sajalah kami makan malam dan makan tengahari selama berada di Khao Yai.

Kembali ke Salasa Khao Yai untuk makan malam
Suasana malam di Salasa Khao Yai
Seperti sewaktu makan tengahari tadi, makanan untuk kami juga disediakan di sebuah bilik khas di restoran.
Makanan di Salasa Khao Yai memang sedap. Menu makan malam yang disediakan juga berbeza dengan menu sewaktu tengahari tadi. Memang puas hati dapat makan di sini.

Dinner yang sedap di Salasa Khao Yai
Husband bergambar bersama pemilik Restoran Salasa Khao Yai yang bernama Harun.

Part 10: Nannam Country Home & Resort

Dah selesai makan malam barulah kami dibawa ke hotel penginapan kami yang bernama Nannam Country Home & Resort. Tapi disebabkan suasana ketika itu dah malam, tak nampak suasana sebenar di sekeliling resort ini.

Nannam Country Home & Resort
Bilik penginapan kami
Bilik penginapan yang diberi kepada kami di Nannam Country Home & Resort sangat besar dan selesa. Siap ada loteng lagi di tingkat atas. Mungkin bilik ini disediakan untuk penginapan bagi sekeluarga sebenarnya. Tapi tak adalah katil yang disediakan di atas loteng. Kalau bawak tilam sendiri, boleh kembang dan tidur di sana.

Katil yang besar dan selesa
TV
Loteng di bilik kami
Tangga naik ke atas loteng
Suasana di atas loteng. Boleh kembang tilam dan tidur beramai-ramai di sini.
Pemandangan dari atas loteng
Satu lagi pemandangan dari atas loteng


 Bersambung ke Bahagian 5...